KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, November 20, 2007

CORETAN DARI ZAHARI DAN MINA


A’KUM


Tenung punya tenung , gambaq kat blog kita semua….rupanya tak dak muka hensem aku
Mana nak ada , sebab aku jurukamera.

Sebelum aku mula bicara nie….sekalung tahniah dan penghargaan (Lebih pada pangkat TUN) kepada DET , pasai banyak inisiatif (usaha, masa dan wang ringgit) yang dia sumbangkan, korbankan demi mengeratkan talian sesama kita. (Aku sendiri lak sebak ngan ayat aku sendiri)

Mengimbas perjumpaan lalu pada Raya baru nie…….cukup menyedarkan aku betapa ramainya kekawan aku dan kemesraan itu tetap kekal sama seperti aku merayau dalam SMP dulu. (La …lagi la sedih ayat nie)

Dengan pimpinan Det, kami sama-sama sempat mengadakan bacaan tahlil untuk rakan kita yang telah dahulu dijemput Illahi antaranya Arwah Ridhuan Man, Saudari Liza (Kobah) dan lupa nak dinyatakan dulu, arwah Saudari Hartini Hassan (Kuala Rimau).

Pastinya janji untuk pertemuan akan datang menjadi hendaknya. Masih ramai di luar sana membawa dan memiliki memori yang sama dengan kita semasa di SMP dulu.


Sekian…buat kali ini.

ZAHARI BIN ABDULLAH & AZMINA BINTI SALLEH
BESERTA DUA PUTERA
MUHAMMAD ZARIFF ZHARFAN
MUHAMMAD ZARIFF ZIKRI

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran