KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, December 14, 2007

Aku cuba mencintaiMu


Aku cuba mencintaiMu
Tapi tak terasa juga
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
Aku fikir –fikir segala nikmatMu
Aku kenang-kenang rahmatMu
Aku nampak kemurahanMu
Atas nama Tuhan aku akur..
Namun aku belum jatuh hati juga padaMu
Aku susah hati, aku selalu sedih
Mengapa terjadi begitu
Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
Sedang aku tahu
Aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
Jika hendak dihitung, tak mungkin terhitung
Walau melalui komputer
Aku iri hati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka kepadaMu
Hilang selera makan keranaMu
Asyik memuja dan memujiMu
Mensuci dan membesarkanMu
Terutama di waktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi
Mereka merintih kepadaMu
Mengharap kasih sayang padamu
Air mata mereka membasahi pipi
Merasa engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah jantung hati mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! Kerasnya hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar taufik, hidayah dan inayahnyaMu
bahagia dan bertuahlah mereka yang dikurniakan
kecintaan kepadaMu
aku bila lagikah Tuhan?
Dapat sedikit pun jadilah
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa
Walau di hujung nafas yang bakal tiba……………

p/s: Ewahhhhhhh.....amacam OK kaaa...kalau aku baca sajak nie...
he he he...depan PC nie ok laaa...depan hangpa mampuih aku nak bacanya....

2 comments:

Fizah said...

Pandai gak hang no..ingat tau merapu ja..SYABAS BETE..

BudakBaik said...

BudakBaiklah katakan...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran