KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, December 6, 2007

aku, hosmet aku, che det, kawan dia dan bateri keta

Jangan tertipu dengan tajuk panjang kat ataih tu.saja aku letak tatau nak letak apa tajuk.

Alkisahnye malam tadi, misi che det utk mai rumah aku berjaya dengan bangganya. Walaupon hujan turun namun che det yang memiliki semangat keperwiraan yang tinggi, digagahi juga mai umah aku utk melaksanakan misi menggantikan bateri keta aku. Makaseh pada che det sudi tolong. Aku dah kata toksah sebab benda2 mcm tu selalu aku buat sendiri saja. Tapi che det dengan kedegilan dia, dia nak jugak tolong. Lagipon dah lama tak jumpa dia. dekat 15 tahun la tak tengok che det.

Maka petang semalam bila sampai ja rumah, aku terus ponnnnn!ponnnn!ponnnnn (horn keta)hosmate aku dlm umah utk melunaskan misi kami menyerang hendap pasar borong. Apalagi tujuannya tidak lain dan tidak bukan, utk membeli barang2 utk masak kat che det dan kawan dia la.

Kalau hangpa nak tau, hosmet aku ni hobi dia suka masak. Bila dengaq orang nak mai rumah ja, dia la yang melompat2 sebab nak masak. Aku ni tukang siang bahan2 saja dan masak nasik saja. Hak masak semua dia la. Kalau dulu, aku tak berapa kenai sgt nama2 ikan laut ni. Yang aku tau ikan temenung, ikan tamban, ikan sardin, ikan bilih, ikan jerung, ikan yu ikan paus...panjang kata, terlalu limit la ilmu pasai ikan ni. Tapi bila duk dengan dia, boleh dikatakan aku tau byk jugak la nama2 ikan ni beserta dengan bentuk badan ikan serta paras rupanya sekali. Juga aku baru tau ketam bentuk ni rupa ni sedap masak apa, ikan mcm ni elok masak apa. Kalau aku mesti main hantam saja.

Dipendekkan cita, che det tepon, dia lambat sket sebab hujan. Tu la det, hang nak sgt kan mai umah aku. kesian kat dia sebab hujan. Nak meredah hujan lagi. Nak bawa bateri lagi. Pengorbanan yang bukan sket. Umpama membawa obor sukan sea.

Sampai ja det kat rumah aku, dia dengan penuh sifat kemalu maluan tak mo masuk rumah. Galak aih det ni. dia kata dia nak tukaq bateri dulu.maka, dengan gigihnya dia dan kawan dia budak ganu teruih la buat keja kebajikan. Makaeh byk2 det no. budi baik hang tak akan aku lupa.

Dah letih tukaq bateri, maka sessi makan pon bermula. Det ni malu nak start makan. 5 minit duk sengih2 tgk nasi ..ampeh hang. Makan sajalah. Kalau mai rumah aku malu nak makan, memang rugi lah. tambah pon mcm tak berani nak tambah saja :)

ni sajalah yang boleh dihidangkan utk det ngan kawan dia


det tersenyum penuh kemanjaan


Det, terima kasih sekali lagi susah payah tolong aku no. lepaih ni kalau bateri torch lite aku abih, bateri jam rosak, aku minta tolong hang lagi no :)
Nanti jgn lupa no bawak anak bini mai rumah. Boleh masak best2 sket.

2 comments:

chedet said...

Cisss Na .. dengan penuh kemalu- maluan (betoi ka perkataan nie/)aku membaca karangan hang..
SIREH betoi la hang.. ingat kot hang melawak sja semalam.. tiba2 hari nie dah masuk paper blog berita tukaq battery tu.. tapi yang tak aci nya awat hang tak BOH gambaq hang sekali..
Kengkawan.. Sedap oiii makan masak lomak ikan patin , baby kailan 7 sambal tumis melaka kat umah NA semalam.. TERIMA KASIH la kerana berjaya menggemukkan aku semalam.

Anonymous said...

hahah relax la pak lobai. aku cakap aku buat weyy..hehe..
insyaAllah kalau ada masa aku p ambush umah hang lak no.tungguuuuuuu..
tapi hang kena bagi map aaaa..sat gi aku sesat sampai hutan melintang lakk.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran