KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, December 11, 2007

Apa nak jadi ni...

Aku pelik campur hairan dengan anak2 muda kita ni yang senang sangat terpengaruh dengan orang2 asing, dengan janji2 manis mereka nak bagi kerja yang bagus di luar negeri. Dan yang sadisnye, anak2 gadis yang masih mentah ni menerima bulat2 tawaran tersebut tanpa usul periksa tanpa syak wasangka. Adakah tawaran itu ada udang di sebalik mee?Adakah tawaran itu satu perangkap? Langsung tidak difikirkan.

Hasilnye? Terpaparlah di dada akhbar2 tempatan, Raja Munirah Raja Iskandar dipenjara selama 7 tahun 1 bulan di Jepun kerana bawak masuk dadah. Menurut gadis ini, dia ditipu oleh teman lelaki yang memberinya sebuah beg kononye mengandungi pakaian hadiah utk dia pakai di Jepun. Rupanya bukan pakaian yang ada dlm beg tu, tapi DADAH.

Yang peliknye..awat pihak imegresen kita tak check betul2 beg tu? Nampak sgt betapa cuai, betapa lalainya pegawai yang bertugas. Nampak betapa lemahnya system kawalan keselamatan ke atas luggage di airport kita.

Dulu pernah kecoh kes sorang Pakistani terlepas dari kawalan keselamatan di KLIA, sampai boleh naik flight ke Singapore. Memalukan saja.

Lepas kecoh kes Raja Munirah, timbul satu kes lagi. Juga seorang gadis bernama Umi Azlim. Dilaporkan sudah setahun ditahan di penjara China kerana membawa DADAH Umi dikatakan dianiaya oleh seorang lelaki Nigeria. Mengikut keterangan Umi Azlim di mahkamah, dadah jenis heroin itutelah diserahkan kepadanya oleh seorang wanita rakyat China bila tiba di Bangkok dan telah diminta menyerahkan barang berkenaan kepada lelakiNigeria itu sebaik tiba di Shantou.

Kalau Raja Mastura dikenakan hukuman penjara,gadi malang ini lagi teruk, kena hukuman mati. Di China hukuman mati ialah ditembak oleh skuad penembak. Hai..sayang nye umur muda, orangnye cerdik, tapi beginikah caranya kita mengakhiri hidup kita?

Dipercayai gadis2 ini diperdaya oleh sindiket2 yang menggunakan lelaki yang handsome, macho dan kaya raya untuk menackle gadis2 seterusnye memperdaya mereka utk melakukan kerja2 haram ini tanpa pengetahuan gadis2 tersebut.

Dikatakan sindiket ini menawarkan pekerjaan yang lumayan di negara asing dengan bayaran yang tinggi. Lumrah manusia, nampak duit banyak, kaburlah mata, kaburlah segala2nya.

Ini terjadi pada Irine Manggi, gadis yang diberkas oleh polis Brazil kerana membawa kokain, yang menurut kakaknya, ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007(TMM). Yang peliknye, kalau pemandu pelancong kenapa la kena pergi sampai ke Brazil. Sah2 pemandu pelancong utk TMM. Kalau diikutkan logic pon, pemandu pelancong hanya tunggu pelancong mai Malaysia saja. Buat apa dia nak p sana nak promote TMM.

Sepanjang pengetahuan aku yag sempit ni, orang2 travel agency yang pi sana utk promote, bukan tourist guide ni. Patutnye, sebelum terima apa2 offer walaupon lumayan, selidik dulu la. Jangan terus terima membabi buta saja. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Apa yang aku nak highlight kat sini, kita ni terutama kaum wanita la kan, jgn mudah sangat terpengaruh atau terpedaya dengan tawaran2 lumayan dari sapa2 pon. Terutama yang melibatkan warga asing. Fikir dulu sebelum buat apa2 keputusan.

Aku sedih la bila baca paper banyak kisah2 gadis kena tipu ni. Tak pasal2 kena penjara, tak pasal2 kena hukuman mati. Oleh itu sebelum melakukan sesuatu, fikirkan pasal mak ayah kita, pasal ahli keluarga kita dan fikirkan pasal diri kita sama. Fikirkanlah. Tak kesian ke kat mak ayah kita yang dah habis air mata menangisi nasib anak dia jauh terpenjara di tempat orang.Terpaksa bersusah payah bergolok gadai nak bayar wang jaminan, legal fee dan segala mcm bayaran lagi. Tu tak masuk lagi tohmahan masyarakat sekeliling. Masyarakat kita dah la kebanyakannya jenis yang tak membantu. Menambah sengsara lagi ada. Tak kesian ke kita kepada mereka?

Oleh itu, fikirkan dulu sebelum melakukan sesuatu kerana sesuatu yang kita lakukan itu mungkin memberi impak yang kita sendiri tidak menjangkanya.

2 comments:

Anonymous said...

hang nak tau jadi apa...
p tanya SM Salim...he he he

nak tau lanie dah jadi Haru Biru karat piang...

nie aku tambah...

dok merdeka 50thn...
pokok kelapa sawit keliling
felda sawit merata negeri ada

Last2 nak beli minyak nyok tak ada
tak keharu kaaa macam tuuu...

aku senang aja....

JOM PAKAT BELI KETA BARU...
tak macam tu abang det...he he he

Anonymous said...

FUYOO>>
Satu artickle yang cukup sadis & prihatin dari mak ndak NA.. Tahniah NA.. I Love U tooo .. Hang memang berjiwa besaq ,berbakat besaq dan yang paling benaq hang memang berbadan besaq = dgn aku.. HEEEEe... :-D

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran