KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, December 13, 2007

TEMUDUGA TERTUTUP

TEMUDUGA SBG "CALON JENAZAH"


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.



LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).



KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham
Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah
sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang
yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di
datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :
di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya
engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa
yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat
itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa
nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran
daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat
itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah:

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran