KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, January 9, 2008

Ops Hijrah pada awal tahun masihi 2008 lalu

dibawah ni aku serta kan gambaq ops hijrah yang aku turut serta pada malam ambang tahun baru di KLCC hari 31 disember 10 mlm hingga 1 Jan 2008 -8.30 pagi.

panjang cerita nie..

hangpa tengok ja gambaq nie dulu.. atau pi kat sini http://www.flickr.com/photos/22643091@N03/







Dalam operasi 10- 12tghmalam.. diketuai oleh YB Salehuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Krian denagn disertai oleh hampir 1000 petugas telah menyebarkan risalah dakwah kepada para pengunjung di sekitar KLCC. Bermula jam 2- 4 pagi operasi OPS HIJRAH dibawah kendalian Ustaz Masridzi bin Sad telah menjalankan operasi di sekitar kawasan BUKIT BINTANG, BANGSAR, DATARAN MERDEKA, SELAYANG, TASIK PERDANA & TASIK TIWANGSA serta JALAN P RAMLEE.
Dalam operasi ini para sukrelawan ditugaskan menemui para remaja yang masih berkeliaran menghiasi dada KUALA LUMPUR dengan pelbagai aktiviti yang menjejaskan akhlak muslim. Antara ramai yang ditahan sedang bercumbu - cumbuan dikawasan yang cukup strategik. Ada kalangan mereka juga sedang berkhayal dengan berbagai bentuk dadah & arak dan berbagai bentuk kegiatan kerosakan moral lagi. Kesemua mereka ini yang berjumlah 300 orang berjaya dikumpulkan di dewan Masjid AsSyakirin KLCC.
Program seterusnya diisi dengan sesi kaunseling oleh Ustaz Masridri , Ustaz Abu Hassan & imam besar Masjid AsSyakirin. Diselang seli dengan persembahan multimedia yang cukup memberi kesan kepada para remaja. Sehingga menjelang subuh suasana dewan Masjid ini dihiasi sendu dan diselang- seli tangis penyesalan yang keluar dari hati nulari para remaja ini sendiri. Tanpa dipaksa raungan tangisan dan jeritan keinsafan berkumandang dikeheningan subuh pagi 1 Jan 2008 ini. Cukup mengharukan.
Selesai sembahyang subuh. Ada kalangan remaja ini yang relahati menyuruh petugas untuk menghubungi keluarga mereka supaya datang menjemput diri mereka yang sudah punya azam tahun baru yang lebih bermakna.
Daripada surat luahan hati yang ditulis oleh semua remaja, rata- rata remaja amat mengalu-alukan program seumpama ini yang cukup amat memberi kesan kepada mereka. Ada kalangan mereka yang telah jauh hanyut dilalaikan dengan gelombang maksiat ini merasakan seolah-olah mereka baru dilahirkan semula sebagai insan setelah menjalani program kaunseling ini.
Mudah- mudah usaha kami yang sedikit ini mampu memberi kesan positif kepada pengurangan gelombang maksiat yang terlalu disuburkan mutakhir ini.
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. - Al Baqarah 2: 284"

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran