KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, February 22, 2008

Keadilan Khalifah Abdul Aziz

Aku mengimpikan pemimpin seperti ini.



--------------------------------------------------------------------------------

Khalifah Umar Abdul Aziz, adalah seorang pemimpin yang adil dan bijaksana. Beliau sangat jujur. Kekuasaan di tangannya bererti kemakmuran untuk rakyatnya, dan bukan untuk diri atau keluarganya. Beliau sangat berhati-hati menggunakan wang negara, agar tidak jatuh kepada bukan haknya. Rakyatnya hidup dalam suasana kerukunan yang aman, tanpa kebimbangan untuk menyampaikan keluhan atau kesulitan hidup terhadap tindakan pegawai pemerintah yang bertindak tanpa mempertimbangkan baik buruk kepada rakyat dan negara.
Beliau tidak ingin melihat rakyat melakukan perbuatan yang tidak baik. Beliau tidak takut untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan termasuk orang-orang yang rapat dengannya.
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di dalam pejabatnya sedang
memeriksa buku keluar masuk wang negara dan juga Baitulmal. Tiba-tiba khalifah terdengar ketukan.

Bilik itu diterangi dengan lampu minyak, yang cukup terang untuk membaca. Khalifah bertanya tanpa membuka pintu, "Siapa di luar?" "Saya ayah," terdengar suara seorang pemuda, puteranya sendiri.

"Ada urusan apa?" Tanya khalifah. "Saya disuruh oleh ibu untuk berbicara dengan ayah tentang beberapa perkara," jawab puteranya. "Masalah apa?" tanya Khalifah. "Buka pintu dulu ayah. Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak. "Terangkan dulu, masalah apa? soal keluarga, soal kemasyarakatan atau soal negara?" Tanya khalifah, tetap tidak dibuka pintu untuk anaknya masuk.

"Tentu saja urusan keluarga kita, Ayah." jawab anaknya hairan. "Kalau begitu, tunggu sebentar," sahut khalifah Umar daripada dalam. Lantas ia bangun, menghampiri satu-satunnya lampu di biliknya dan ditiup hingga padam. Barulah pintu itu dibuka dan disuruh anaknya masuk. Puteranya itu semakin hairan. Masakan mereka hendak bercakap di dalam gelap?Apakah ayahnya terlalu kuat bekerja sehingga tindakannya menjadi ganjil, di luar kebiasaan orang awam?

Lalu anaknya bertanya kepada khalifah," Ayah, di bilik ini, hanya ada satu lampu. Mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang di tengah kegelapan?" "Benar, kita akan berbicara di dalam gelap, kita akan berbicara di dalam bilik ini," jawab khalifah tanpa ragu-ragu. "Mengapa, ayah?" tanya anaknya kerana inginkan kepastian. "Adakah kau tahu, bilik apakah ini?" tanya khalifah semula kepada anaknya. "Pejabat, ayah?" jawabnya. "Siapa ayahmu?" khalifah menyoal anaknya lagi.

"Pemimpin negara, Khalifah, Amirul Mukminin," jawab anaknya semakin bertambah kehairanan. Bahkan semakin curiga, jangan-jangan ayahnya telah mabuk kuasa. "Itulah dia jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin, maka kita harus bercakap tanpa lampu di bilik ini," ujar khalifah kepada anaknya. "Mengapa?" soal anaknya lagi. Khalifah lantas memberikan penjelasan. "Yang akan kita bincangkan adalah diatas urusan keluarga, sedangkan minyak lampu itu dibeli dengan wang negara. Wang rakyat. Aku tidak mahu kerana urusan keluarga, akan merugikan harta kepunyaan rakyat dan negara. Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaaan adalah amanat yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak?"

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran