KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Sunday, March 23, 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADDUN:MB TRG dilucutkan ahli Umno

Awat jadi lagu niee??
Perpaduan apakah ini????
MANA ketaatan kepada Sultan????
Siapa penderhaka????
Siapa pemecah belah masyarakatttttttt????
Semakin panassssssss!!

MB Terengganu yang baru menerima watikah daripada MPPR, Dato' Ahmad Said kini adalah ADUN Bebas dan bukan lagi ahli Umno.

Beliau kini dilucutkan keahlian setelah hadir ke majlis Mengangkat sumpah MB yang akhirnya ditukar kepada Majlis menerima watikah sahaja. Keahlian Umno MB Trg itu disahkan oleh Dato' Rosol Wahid ketika dihubungi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama rombongan 23 ADUN BN lain di atas jemputan Pak Lah.

Sebelum ini, Tg Nan ada menyatakan tindakan disiplin akan diambil oleh BN terhadap Ahmad Said serkiranya engkar arahan Pucuk pimpinan tertinggi dan tidak mengiktiraf Idris sebagai MB Terengganu.

Ini bermakna, MB Terengganu dilihat terpaksa menelan slogan yang turut dicipta bersama-sama Idris dahulu iaitu MEMAHAT SEJARAH, MENCIPTA TAMADDUN.

Kedudukan MB Terengganu itu dilihat terumbang ambing dan sukar diramal. Terdapat ura-ura 11 Adun lain akan turut menyokong Mat Said, tetapi apabila soalan itu diajukan kepada Rosol, dia menyatakan bahawa kesemua 23 Adun masih bersamanya.

Malah katanya, walaupun apa yang terjadi, beliau dan teamnya itu tetap di belakang Idris dan Pak Lah.

Tunggu dan lihat drama bersiri ini....(Mengalahkan drama korea..beb!!)

3 comments:

Anonymous said...

waktu Lim Kit Siang suh adun DAP boikot perlantikan MB perak tu UMNO bising kata dia tak hormat sultan la apa lah. NOw?UMNO tak hormat raja perlis dan terengganu??kenapa dorang tak kata apa2??berat sebelah.

Anonymous said...

tu pon jangan dok sokong hangit
sampai tak tahu hujung pangkal
besaq dah kot..bawak2 pikiaq panjang sikit laaa........

BudakBaik

Anonymous said...

ni jenis sokong, sokong yang membawa rebah. Begini le jadinya kalau kepentingan sendiri melebihi tanggungjawab kepada rakyat. jawatan digunakan utk mengaut kekayaan yang tak berkat. tu pasai la kena karma dari Allah mcm ni. tak sedar2 jugak.

-Na-

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran