KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik darah pun naik, tapi awas........

Baru malam kemarin aku tengok pak lah dlm buletin utama umumkan minyak hanya akan naik pada OGOS nanti.. tup2 ari jadi bercabang lain pulak lidah dia... Ca hangpa komen sikit..
Dengaq sikit ceramah minyak naik versi 2006 lepas tu baca pulak komen roslan sms dari
http://n32.blogspot.com/by roslan sms
Saya menerima SMS bertalu-talu diikuti dengan panggilan dan email. Ya PM Dollah Badawi siang tadi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 12 tengah malam ini. Petrol naik 40% dari RM1.92 seliter sekarang ke RM2.70 iaitu naik RM0.78 sen seliter. Diesel pula naik RM1.00 seliter dari RM1.58 ke RM2.58 seliter.

Menurut Utusan Online:

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, PM berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Rebat atau subsidi atau apa sahaja istilahnya (kononnya tunai sekitar beberapa ratus akan dibayar semasa kita memperbaharui cukai jalan) pokoknya harga minyak pasca PRU ke 12 ini naik mendadak “gila” nya. Memang kita akui ianya berlaku ekoran kenaikan mencacak harga minyak dunia, tetapi berbalik kepada isu kita sebagai negara pengeluar minyak, mengapa kita rakyat menjadi mangsa, maka kerana itu perasaan marah meluap-luap rakyat terhadap kenaikan kali ini pasti mencabar.

Saya difahamkan disaat ini pun sudah ada usaha untuk menganjurkan PROTES besar-besaran, yang memang wajar memandangkan kerajaan sudah gagal sama-sekali membendung dan mengawal kenaikan kos hidup. Tetapi AWAS, PROTES kali ini berisiko tinggi, kerana kali ini ia pasti lebih hebat dan marak, kalau dulu kita PROTES dalam keadaan kita tiada kuasa kecuali di Kelantan (dengan bergantung majority 1 kerusi) kali ini kita ada 5 negeri dan puluhan kerusi Parlimen.

Hati kecil saya berkata, jika marak, maka ia membuka jalan untuk menjatuhkan hasil tuaian PRU ke 12, AWAS………

2 comments:

Aku said...

apa yang aku boleh buat, hanya berdoa semoga Allah SWT hancurkan pemimpin yang zalim dan menindas rakyatnya. itu saja. La ni depa berada di puncak kuasa dan berbuat apa saja kat rakyat. Tak apa..tak apa. Yang pasti orang yang zalim akan tetap mendapat balasan yang setimpal dengan apa yag mereka kerjakan. Allahuakbar!!

-Na-

Aku said...

cuba fikirkan..

Sekarang ni kerajaan buat perbandingan harga dengan negara negara yang currency mereka jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Mengapa tak bandingkan harga minyak yang dijual oleh negara negara pengeluar minyak macam Arab Saudi? Arab Saudi jual minyak hanya 19 cent satu liter. Iran pulak 30 cent seliter. Venezuela lagi murah... 16 cent seliter.

Now, Arab Saudi keluar kan 1 juta barrel satu hari kan. Sedangkan pengeluaran minyak Malaysia 700,000barrel sehari. Kalau ikut ratio antara Arab Saudi dan Malaysia ialah 1.4 : 1. Bermakna tak jauh beza pun dari segi kuantiti pengeluaran minyak Malaysia dan Arab Saudi.

Persoalannya mengapa harga minyak antara Malaysia dan Arab Saudi terlalu besar bezanya? Dan perkara kedua untuk kita fikirkan ialah minyak Malaysia adalah lebih baik dari mereka! Tapi bagaimana Arab Saudi jual murah sangat minyak?

Kerajaan pernah cakap Malaysia cuma gunakan 500K barrel minyal satu hari. And jumlah ni banyak kurangnya dari apa yang Malaysia keluarkan iaitu 700K barrel minyak sehari. And again minyak Malaysia lebih mahal untuk dijual dan Malaysia beli minyak lebih murah.

Jadi, rugi teruk ke kalau bagi subsidi yang tinggi? Lain lah kalau Malaysia memang tak ada minyak dan harga minyak tu naik apabila pasaran dunia minyak pun naik. Lu pikir lah sendiri.

Masih ingat kata2 Najib?
Najib sangkal harga minyak naik selepas pilihan raya
25/02/2008 7:50pm


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal andaian bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini.

“Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik,” katanya semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema “Selamat, Aman dan Makmur” di sini. - Bernama

selebihnya no komen dari aku.

-Na-

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran