KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, June 10, 2008

PELIK TAPI BENAR..itu yg sebenarnya yg berlaku di Malaysia

Analisis Isu Oleh rashitt

ASSALAMUALAIKUM..

Bila berbicara tentang MINYAK banyak perkara Pelik Tapi Benar boleh kita temui,antaranya ialah :

1. NEGARA pengeluar Minyak di dunia(setakat ini cuma MALAYSIA yang buat begini ) yang menjual minyak mengikut harga semasa dunia kepada rakyatnya tanpa alasan yang kukuh (kalau ada pun boleh dipertikai ) PELIK Tapi Benar.

2. Apabila sesuatu harga hendak dinaikkan, perbandingan akan dibuat dengan negara lain ,bukan perbandingan purata pendapatan rakyat yang sepatutnya dikaji.PELIK Tapi Benar.

3. Apabila sesuatu kumpulan cuba untuk memberi sumbangan kepada rakyat,kumpulan tersebut akan ditentang kononnya boleh menjejaskan negara. PELIK Tapi Benar.

4.TNB adalah satunya syarikat tunggal di Malaysia (Hanya Dia),Namun boleh mencatatkan kerugian sedangkan semua rakyat menggunakan perkhikmatannya. PELIK Tapi Benar.


5. Kadar TOL semakin lama semakin tinggi kadar bayarannya,sedangkan mengikut hukum Bank ( Semakin lama bayar hutang semakin sedikit jumlahnya ). PELIK TAPI Benar.

6. Sekiranya anda golongan bawahan yang membuat laporan Polis atas salah laku pemimpin anda pula yang akan ditangkap.PELIK Tapi Benar.

7.Malaysia ialah negara Demokrasi tapi jika anda memberi sokongan selain Barisan Nasional anda akan dilayan seperti rakyat asing. PELIK Tapi Benar.

8. Penipuan, janji kosong,cakap jer lebihhh adalah mainan pemimpin utama negara ( Kalau Negara lain dah lama bungkus ),namun masih juga ada penyokong setia. PELIK Tapi Benar.

9. Purata perbelanjaan penduduk Malaysia melebihi Pendapatan namun pemimpin masih menyatakan sepatutnya rakyat bersyukurrrr. PELIK Tapi Benar.

10. Bila anda mengusahakan sesuatu tanah tanpa kebenaran,anda boleh dianggap menceroboh.( Biar tanah tu semak gila.. takpe ). Kemungkinan juga hasil akan diambil oleh para Kroni dan pengusahaan akan diteruskan oleh mereka. PELIK Tapi Benar.

BONUS. Rakyat asing (Singapura terutamanya ) adalah rakyat emas pemimpin negara kerana dapat harga air yang murah dan boleh membeli apa saja di negara kita (Silakan..Silakan..). PELIK Tapi Benar.

BONUS 2. Untuk kegunaan rakyat sendiri seperti contoh Kereta, dibuat dengan sambil lewa,barangan tidak berkualiti, dijual mahal ,manakala rakyat asing kelas A punya,Harga Murah Maa. PELIK Tapi Benar

Cukup lah ,dah tak cukup ruang nak menulis lagi..

WALLAHUALAM..

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran