KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, October 21, 2008

Makluman - Produk ADABI

AWAS MAKANAN YG TAK HALAL, TERUTAMA CHICKEN RICE SHOP

Assalamualaikum sahabat.....

Mula mula ucapan Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir Batin

Di sini ana mendapat makluman bg produk ADABI. Informan dari bekas Resource Manager (ADABI) yang telah resign baru2 ni.

Untuk produk ADABI jika boleh elaklah beli barangan dibawah:-

Sos Cili dan Sos Tomato - (bukan dikilangkan tetapi sub terus dari Kilang KIMBALL CHEONG NAN)

Instant Noodle - kesemua perasa (SDA - seperti di atas - sub terus dari Kilang di Melaka)

Sos Tiram - Sub terus dari kilang bangsa Cina - x pasti kandungan nya sbb QC dari ADABI x dapat check sebab dibotol di kilang di atas.

Kicap ADABI - Akan disubkan kepada kilang di Batu Caves (milik Bangsa Cina)

Ini adalah kebanyakkan Manager berugama Islam telah ramai berhenti kerja (look elsewhere) dan kebanyakkan produk ADABI di subkan....

Salah sorang Marketing Manager sekarang adalah orang bukan Islam (Bangsa Cina),

Produk yang boleh dipercayai adalah rempah ratus seperti serbuk kari, kunyit, sup bunjut dll kerna diproses sendiri di kilang ADABI dan monitor oleh QC sendiri...

Semoga dengan info ini dapat di manafaatkan.......InsyaALLAH.

Sebarkan pada sahabat yang lain......

Bersama ini juga ana attachedkan kehalalan restoran yang telah disahkan oleh JAKIM - untuk rujukan.
Attached Files
File Type: pdf Status kehalalan restoran dll.pdf (55.3 KB, 265 views)

2 comments:

Anonymous said...

Mari aku settlekan masalah adabi ni

Masalah org zaman skrg ialah terus je forward email tanpa selidik dulu.
Nak glamor jadi org pertama bagitau.

Lain kali kalau dapat email, jangan forward dulu.
Selidik dulu. Kalau betul baru forward.
Kalau email tu tak betul, kan dah bersubahat menyebarkan fitnah.

Lagipun kebanyakan email jenis ni tak tau punca dari mana.
No telefon pun tak ada.


Ni aku dapat dari website adabi
ni link dia http://www.adabi.com.my/news022.htm



Penjelasan Rasmi Bagi Kenyataan Dalam E-mel Berangkai


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertamanya, terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan saudara-saudari terhadap produk Adabi.

Kebelakangan ini, Adabi Consumer Industries telah menerima rangkaian e-mel yang berkemungkinan telah menimbulkan keraguan dan kemusykilan di kalangan pelanggan-pelanggan Adabi tentang produk Adabi.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa Adabi Consumer Industries adalah sebuah syarikat bumiputra yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam. Selain itu, kakitangan pengeluarannya juga adalah 100% beragama Islam. Dalam kesempatan ini, Adabi Consumer Industries ingin memperjelaskan tentang isu-isu yang dibangkitkan di dalam e-mel yang disebarkan, dengan harapan ianya dapat merungkai segala kemusykilan dan menghilangkan keraguan saudara-saudari tentang produk Adabi.

1) Sos Cili & Sos Tomato
Sos Cili telah dikeluarkan oleh syarikat Adabi Consumer Industries sejak sedekad yang lalu. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan kualiti, adalah diakui bahawa sos cili dan sos tomato Adabi telah dibeli secara terus daripada Syarikat Kimball Cheong Chan Sdn Bhd sejak dua tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, usaha pembelian terus ini telah mendapat kelulusan daripada pihak JAKIM. Pengiktirafan status halal pula boleh dirujuk melalui Sijil Halal yang telah dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) dengan nombor siri: 00000495.

2) Mi Segara Adabi
Bagi produk Mi Segera Adabi, segala jenis perisa/perencah (sachet) di dalam bungkusan Mi Segera Adabi merupakan keluaran syarikat Adabi Consumer Industries. Sebagai sebuah syarikat pengeluaran perencah dan serbuk masakan, Adabi Consumer Industries mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pelbagai jenis perencah yang berkualiti. Memandangkan permintaan pelanggan terhadap mi segera Adabi adalah terhad, Adabi Consumer Industries tidak dapat mengeluarkan mi tersebut secara terus dari kilang Adabi. Ini disebabkan kos pengeluaran secara terus memerlukan kos pelaburan yang tinggi dan ianya adalah tidak ekonomikal. Sebagai alternatifnya, mi (kek) tersebut dibeli secara terus daripada sebuah syarikat pengeluaran mi yang berstatus halal dan diiktiraf oleh JAKIM. Produk Mi Segera Adabi ini telah mendapat pengiktirafan status halalnya daripada JAKIM melalui Sijil Halal dengan nombor siri:008472.

Sekiranya permintaan pada produk Mi Segera Adabi meningkat pada masa hadapan, insyaAllah, pengeluaran mi (kek) tersebut akan dibuat sepenuhnya di kilang Adabi sendiri.

3) Sos Tiran Adabi
Sos Tiram Adabi BUKANLAH produk keluaran syarikat Adabi Consumer Industries. Produk Sos Tiram Adabi dikeluarkan oleh sebuah syarikat lain yang telah mendapat hak pentaftaran nama Adabi untuk produk sos tiram (menerusi keputusan mahkamah). Maklumat pengilang dan pengeluar sebenar produk sos tiram Adabi boleh dirujuk pada botol produk tersebut. Adabi Consumer Industries pernah beberapa kali mengumumkan dalam akhbar dan majalah berhubung perkara ini. Justeru itu, Adabi Consumer Industries tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau masalah yang timbul akibat daripada penggunaan produk tersebut.

4) Kicap
Kicap Manis dan Kicap Masin Adabi merupakan produk keluaran syarikat Adabi Consumer Industries dan tidak pernah disub-kontrakkan kepada mana-mana syarikat atau pengilang.

5) Perletakan Jawatan Pengurus Yang Beragama Islam
Kenyataan pada e-mel yang diedarkan tersebut merupakan suatu fakta yang tidak berasas dan menyeleweng.

6) Pengurus Pemasaran Berbangsa Cina
Pada masa ini, Adabi Consumer Industries tidak mempunyai Pengurus Pemasaran. Bekas Pengurus Pemasaran yang telah meletak jawatan adalah seorang melayu dan beragama Islam. kenyataan yang dikeluarkan pada e-mel tersebut ternyata merupakan satu kenyataan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai sebuah syarikat bumiputra yang ingin berkembang ke peringkat global, Adabi Consumer Industries sentiasa berusaha menghasilkan pelbagai produk yang boleh diterima oleh semua orang. Di dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran produk Adabi, akan terdapat usahasama yang dijalankan bersama syarikat-syarikat lain sama ada melalui 'sub-kontrak' atau lain-lain bentuk perniagaan. Walaupun demikian, Adabi Consumer Industries memberi jaminan bahawa sekiranya terdapat produk-produk yang tidak dikeluarkan secara terus dari kilang Adabi, Adabi Consumer Industries akan tetap memastikan produk yang dikeluarkan terjamin dari segi halal dan kualiti samada pada kandungannya, proses pengeluarannya, peralatan dan mesinnya atau apa sahaja yang berkaitan.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan pada mana-mana produk Adabi, saudara-saudari adalah dinasihatkan untuk terus merujuk kepada Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Timbalan Ketua Jabatan Pemasaran: En Mohd Zahiruddin Idrus atau Ketua Jabatan Kawalan Mutu: Pn Hasimah Abdul Karim di talian: 03-60923678 atau emel kepada: info@adabi.com.my

Adabi Consumer Industries ingin mengambil kesempatan di sini untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan kepedulian saudara-saudari terhadap produk Adabi. Sokongan saudara-saudari terhadap produk keluaran Adabi Consumer Industries amatlah diperlukan untuk memastikan Adabi kekal maju, berkembang dan mampu menjadi contoh syarikat bumiputera Islam yang berjaya. Adabi Consumer Industries juga memohon kerjasama semua untuk menyebarkan maklumbalas ini sama ada melalui emel atau sebarang bentuk komunikasi lain.

Sekian, terima kasih.


Abdul Hady Hj Zabil

Presiden, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.
20 Oktober 2008

Unknown said...

Bagaimana kah proses pengeluaran kicap manis

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran