KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, November 21, 2008

Masuk Jawi



CUTI SEKOLAH dah abih seminggu hari nie. Hat mana ada anak jantan, mula berkira nak pujuk anak2 depa nak bagi kurang buas sikit. Aku ? Heeeee... semua anak2 aku dah...... JUST nak imbau balik zaman kita yang dah lepas dulu . baca la sikit artikel nie


Berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.
Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


Teringat balik Masa aku masuk jawi dulu , tahun 1984. Masa tu kita semua darjah 4. Dah liat dah . Heeee.. Cuti sekolah bulan 12. Pak aku masuk share aku dan adik ke 2 aku MOHD NASIR (officemate LAN SAWA)dalam senarai budak2 yg bakal bertukaq alam dirumah seorang saudara aku di Charuk Kudong. Awatnya "Bertukaq alam" pulak ? Kalau sebelum nie alam pakai helmet , lepas dari kejadian tu aku dah tak payah pakai helmet lagi... Heeeeeee...

Kami bersunat cara tradisional. Pakai Tok Mudim dari SAWA. Kg Lan . tengok misai tok mudim tu ja boleh kuruih semangat. Peserta seramai 6 orang aku no 4 adik aku no 5. No 1 mestilah tuan rumah.

Tapi nak dijadikan cerita. Yang no 1 nie Gemuk Gedempoi sikit. Untuk melapah dia nie susah la sikit. Kena tekan isi keliling pangkal anu tu. Dah la terketaq takutkan Tok Mudim, senjata dia yang kecik tu pon terKELOQ masuk dalam isi. So lama la sikit nak kerjakan dia nie.



OLeh kerana proses peserta No 1 nie lama sikit. Orang lain kat belakang lagi la koi pelan ketaq. TOT-tot si No 1 renggah Ghhiyau . Berkereot la semangat kami yg menunggu nie. Masa tu aku dok pikiaq, kalau la boleh lari!!! tapi semua jalan nak lari depa dah blok. Bergagah jugak la menunggu giliaq aku. Tapi Alhamdulillah semua peserta yg 5 org lagi cool..
Selesai sudah hari bersejarah tu, esok pula , ada lagi hari menderita nak kena tempoh. Pagi2 lagi kami kena kejut untuk dicuci luka bersunat tu. Kena buka balut . pakai ayaq rebusan daun inai, kulit setoi dan entah kejadah apa lagi tah ramuan ayaq tu.. Mak oiii.. Siksanya nak tanggalkan balutan nie.. Tobat dah oiii aku tak mau masuk jawi lagi.....

heeeeee, cerita aku , mesti la aku jadi HEro...

1 comment:

Jasliza M Fikry said...

chedet...
anak aku baru sunat minggu lepaih pakai laser. renggah ghhiyau macam kenkawan yg hg ceghita 2 la. aku nk beli game boy la, ghegrek la nk bagi dia diam....mcm2 aku janji tp lepaih 2 hari, aku cakap umi saja ckp ja...kalau x dengaq cakap kensel semua sekali.muka dia tarik 44 buleh ikat macam mulut cencorot la...he...he... he...kalau ada sapa2 anak depank sunat pakai laser aku leh bagi no phone. depa mai ghumah

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran