KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, December 22, 2008

ISU IPD Pendang Yg Terbengkalai

Petikan Perbahasan YB Dr Hayati di Parlimen

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamulaikum warahmatullah, selamat pagi
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, ada sedikit tambahan IPD Kuala Muda
di Sungai Petani.
4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
bilakah projek Balai Polis Pendang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan
IPD Kuala Muda Sungai Petani akan diteruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada
syarikat terbabit.
■1030
Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Pendang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, projek cadangan Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah tidak dilaksanakan secara cross subsidy bersama balai polis
Yan dan IPD Sungai Petani seperti Yang Berhormat tanyakan tadi. Sebenarnya projek ini asalnya
termasuk dalam pakej projek penswastaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan Kedah yang telah
dimeterai perjanjian dengan kerajaan pada Julai 2001.
Tempoh perjanjian penswastaan ialah mulai 11 Julai 2001 selama tiga tahun. Kos membina
ketiga-tiga IPD ini berjumlah RM109 juta. Cara pembayarannya dengan pemberian tanah ataupun
lands award milik kerajaan yang digunakan oleh PDRM di Sungai Petani kepada kontraktor. Harga
tanah tersebut adalah senilai dengan kos projek.
Walau bagaimanapun, dalam kontrak ini pihak kontraktor hanya dapat menyiapkan projek
IPD Kuala Muda sahaja. Kos pembinaan ialah RM53.7 juta. Sijil layak menduduki dikeluarkan pada 2
DR. 11.12.2008
8
September 2004. Kerajaan telah membayar kos projek ini dalam bentuk memberikan sebahagian
tanah yang dijanjikan dalam kontrak yang bersamaan dengan nilai RM53.7 juta.
Projek IPD Pendang telah dimulakan oleh kontraktor pada 15 Mac 2005 tetapi telah
terbengkalai ketika kemajuan kerja yang dicapai hanya sekitar 28%. Atas persetujuan kedua pihak
kontraktor dan kerajaan, kontraktor bersetuju menarik diri dari melaksanakan projek yang seterusnya
perjanjian telah ditamatkan pada 17 September. Status projek tersebut pada masa ini adalah kita
akan laksanakan projek ini melalui private finance initiative dengan izin di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan dan ianya akan dilaksanakan pada 2009. Status projek-projek tersebut adalah
di dalam proses penyediaan dokumen peringkat tender oleh pihak JKR selaku agensi pelaksana.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya projek ini telah dimulakan semasa Pilihan Raya Kecil
Pendang 2002. Kerajaan telah memberikan tanah kepada syarikat ini di Sungai Petani iaitu bekas
kem polis hutan di Sungai Petani dan mereka telah pun berjaya membuat rumah kedai, rumah
penginapan dan telah berjaya menjual dan mendapat keuntungan RM400 juta tetapi dua balai polis di
Yan dan juga di Pendang masih terbengkalai. Di Yan belum dibuat dan di Pendang macam Yang
Berhormat Menteri kata 28%. Hari Khamis lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab 27%.
Tak apalah. Dekat-dekat 27 dengan 28. Masalah yang dihadapi adalah kawasan tersebut telah pun
ditumbuhi oleh pokok-pokok menjadi hutan dan membiak banyak binatang buas. Saya tak tahu
syarikat yang mendapat projek ini kalau tak silap saya Nagasari telah pun diberhentikan dan
menghantar surat surrender tidak mahu lagi meneruskan.
Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang membengkalaikan
projek yang telah diberikan. Mereka sudah dapat tanah, sudah buat bangunan dan untung beratus
juta tetapi ditinggalkan dua buah balai polis ini. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap
syarikat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, 27 dengan 28 samalah kira. Betul Yang
Berhormat cakap tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek ini telah ditamatkan. Bila
ditamatkan pihak kementerian melihat dari segi nilai kepada projek yang siap. Sebab itu satu sahaja
tanah yang diberikan satu lot di Sungai Petani yang telah diberikan kepada kontraktor yang
bersamaan dengan nilai kontrak yang sudah siap. Yang lagi dua itu tidak diberikan kepada kontraktor
dan akan dilakukan melalui projek PFI sebagaimana yang saya katakan tadi.

Kelmarin Menteri pi Sg Petani dan dia kata memang syarikat tu akan kena tindakan, pada sesi lepas lagi ana dah beberapa kali bangkitkan isu itu dan dah berapa syarikat yang dah surrenda nak buat IPD tu, tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka .
Pemaju gagal siap 2 IPD boleh dikenakan tindakan
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pemaju yang gagal menyiapkan ibu pejabat polis (IPD) daerah Pendang dan Yan yang tertangguh sejak lebih 10 tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kegagalan syarikat pemaju itu melaksanakan kedua-dua projek berkenaan yang pada asalnya hanya bernilai RM55.7 juta menyebabkan kerajaan terpaksa merancang semula pembinaan kedua-dua IPD itu dengan kosnya meningkat kepada RM90 juta.

“KDN sedang meneliti semula terma perjanjian projek itu dan sekiranya ada fakta kukuh, kita akan mulakan tindakan saman.

"Pada masa depan kita kena buat perjanjian lebih ketat supaya kejadian seperti ini tidak berulang kerana kita sekarang kena belanja RM90 juta untuk menyiapkan dua IPD itu," katanya selepas mendengar taklimat projek pembangunan polis Kedah di pejabat polis trafik Kuala Muda di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Mashuri Zainal dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Syed Hamid bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat pemaju diberikan kontrak membina projek itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.
Pembinaan IPD Pendang dan Yan serta Kuala Muda diumumkan pada 1997 menerusi konsep penswastaan, dengan kerajaan menukarkan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bandar ini sebagai kos pembinaan tiga IPD itu kepada sebuah syarikat pemaju.

Bagaimanapun, hanya IPD Kuala Muda disiapkan pada 2003 manakala dua lagi tidak disiapkan dengan IPD Pendang hanya siap setakat 28 peratus, manakala pembinaan IPD Yan belum dimulakan.

Ketiga-tiga projek berkenaan sepatutnya mampu menyediakan 700 unit kuarters untuk anggota polis.

Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengambil balik tanah seluas 5.5 hektar yang sepatutnya diberikan kepada pemaju terbabit kerana kegagalan membina IPD Yan dan Pendang.
Bagaimanapun, kawasan seluas 72 hektar di Sungai Petani sudah menjadi milik syarikat berkenaan sebagai kos membina IPD Kuala Muda.

Beliau berkata, pembinaan semula kedua-dua IPD terbabit dijangka dimulakan tahun depan menerusi konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

"Kos asal pembinaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan ialah RM109.4 juta dengan IPD Yan berharga RM26.7 juta, manakala Pendang RM29 juta.

"Sekarang kita hendak bina semula (IPD Yan dan Pendang) dan setiap satu berharga RM45 juta,” katanya.

Selain itu, beliau juga kecewa kerana IPD Baling baru sudah 95 peratus siap dan sepatutnya sempurna pada 2005 belum boleh diduduki

Senang-senang syarikat dapat untung tetapi lepas tangan kerajaan tak ambil apa-apa tindakan. Dalam sesi lalu ada dinyatakan syarikat tersebut, bunyi macam Nagasari, tetapi ana kena pastikan dulu sama betul atau tidak.
Walau bagaimanapun, kawasan hutan tapak IPD tu sekarang sudah jadi hutan belantara dihuni oelh ular sawa, biawak dan mungkin naga juga .

sumber : http://mppendang.blogspot.com

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran