KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, January 1, 2009

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana
terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana
siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,
iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat
pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan
bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan
iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam
dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi
Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain
daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan
juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan
perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita
terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


"--KU SAMPAI KAN WALAU
SEBARIS AYAT--"

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran