KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, January 21, 2009

Barack Obama seorang Muslim?


Terjemahan bebas suarasa.com dari laman web about.com
Dalam satu emel yang diterima oleh Ron, P. ada dakwaan yang menyatakan bahawa Obama adalah seorang Muslim yang menyembunyikan identiti agama beliau yang sebenar dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden USA. Emel tersebut menyatakan bahawa Obama lahir di Honolulu, Hawaii. Anak kepada Barack Hussien, seorang Islam berkulit hitam dari Nyangoma-Kogel, Kenya. Manakala dan ibunya Ann Dunham, seorang Athies dari Wichita, Kansas.

Ibubapa Obama berkenalan di Universiti Hawaii dan mendirikan rumahtangga sejurus selepas itu. Ketika Obama berusia dua tahun, kedua ibubapanya berpisah. Bapanya pulang ke Kenya.

Ibunya berkahwin dengan lelaki indonesia Lolo Soetoro yang beragama Islam. Ketika berusia 6 tahun, keluarganya berpindah ke Indonesia. Obama disekolahkan di sebuah sekolah agama di Jakarta. Beliau juga menghabiskan masa dua tahun bersekolah di sekolah Katholik.

Obama menyimpan rahsia pegangan agamanya dengan cermat. Jika dipersoalkan tentang fakta bahawa dia pernah beragama Islam, dia dengan cepat menyatakan bahawa “Dia dulu pernah menjadi seorang Islam, tetapi dia juga menghadiri sekolah kristian Khatolik”.


Penasihat politik Obama cuba untuk menunjukkan bahawa pengetahuan agama Islam Obama datang yang dari bapanya, hanya memberi kesan yang sementara. Secara zahirnya, bapa Obama balik ke Kenya sebaik sahaja bercerai dengan ibunya tanpa mempunyai peluang untuk mempengaruhi cara hidup anaknya.

Lolo Soetoro, adalah bapa tiri Obama dilabelkan sebagai seorang Muslim yang radikal, menghantar Obama ke sekolah agama beraliran Wahabi di Jakarta. Fahaman Wahabi menurut kandungan emel tersebut merupakan fahaman pengganas yang melancarkan jihad menentang dunia barat.

Demi untuk mempertahankan survival politik, mengistiharkan diri sebagai seorang Kristian boleh menarik sokongan umum di US. Oleh itu Obama turut menyertai United Church of Christ dalam usaha mengurangkan tanggapan bahawa beliau adalah penganut agama Islam.

Website about.com yang membincangkan tentang emel mengaitkan Obama dengan fahaman agama Islam, menafikan dakwaan Obama adalah seorang Muslim. Walaupun website tersebut mengakui bahawa bapa Obama, Barack Hussien adalah seorang Islam, tetapi beliau telah meninggalkan ajaran Islam dan menjadi seorang Atheis semasa berkahwin dengan ibu Obama.

About.com juga menafikan dakwaan Obama bersumpah dengan menggunakan Quran semasa mengangkat sumpah sebagai senator. Sebaliknya menyatakan bahawa Obama menggunakan bibile miliknya sendiri semasa mengangkat sumpah yang dikendalikan oleh naib presiden Dick Cheney.

Malam tadi Obama secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai presiden US, jika benar seperti dakwaan tersebut Obama bukan sahaja bangsa berkulit hitam pertama menjadi presiden US tetapi turut membawa gambaran negatif terhadap kesyumulan ajaran agama Islam. Sokongan tidak berbelah bahagi regim Zionis kepada Obama menunjukkan puak Yahudi tersebut mempunyai agenda tersendiri untuk memburuk-burukkan agama Islam."

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran