KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, January 7, 2009

KALAULAH TEMPAT BERITA BERTUKAQ DARI REMBAU KE SUNGAI PETANI....?

HANGPA BACA DULU BERITA DIBAWAH, lepaih tu cuba pikiaq kalau tempat berita nie bertukaq pi kemana2 tempat di negeri KEDAH ka , Kelantan ka Perak ka,, mudah cerita negeri pakatan Rakyat la..... apa akan jadi sempena musim pilihan raya kecil KT nie?.....Lu PK la sendiri.. heeeee....


Persekolahan empat beradik di Rembau terbantut

"Sinar Harian 7 Jan 09 REMBAU – Sesi persekolahan yang bermula Isnin lalu terpaksa dilupakan sementara oleh empat beradik, kerana kemiskinan hidup keluarga mereka. Siti Nur Asmah, seharusnya mendaftarkan diri sebagai murid Tahun Satu Sek Keb Kayu Ara namun disebabkan ketidakmampuan bapanya menyediakan keperluan sekolah, hasrat anak kecil yang bersemangat ke sekolah ini terpaksa ditangguhkan.

Tiga adik beradik lain yang berusia antara 9 hingga 15 tahun juga terpaksa melupakan hasrat ke sekolah buat sementara waktu sehingga bapa mereka mempunyai wang membeli kelengkapan persekolahan dan menjelaskan yuran sekolah.

Shahrin Kasim, 45, hanya bekerja sebagai pembantu jualan di pasar dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan, menyara 10 anak dan isterinya, Julia Buruk yang sarat mengandung 7 bulan.

Menurutnya, pendapatan bulanan setelah ditolak sewa rumah yang didiaminya kini di Taman Rembau Utama dan menjelaskan hutang-piutang yang lain, bakinya hanya tinggal sedikit untuk membeli keperluan makanan. “Setakat ini, sudah banyak kali kami sekeluarga terputus bekalan makanan dan hanya mengalas perut dengan lempeng atau cucur yang disediakan isteri, namun saya bersyukur anak-anak dapat menikmati makanan,” ujarnya.

Katanya, lima daripada 10 anak-anaknya yang berumur antara 3 hingga 20 tahun tidak menamatkan sekolah menengah. “Hendak makan pun susah, apatah lagi untuk membeli dan menyediakan keperluan yang sempurna buat anak-anak saya ini biarpun di dalam hati kecil, mahu melihat anak-anak berjaya sepertimana anak-anak orang lain,” katanya lagi.

Shahrin berkata, jika tidak kerana kesempitan wang, sudah tentu empat daripada lima anaknya iaitu Mohd Syukri 15, Siti Zubaidah 13, Mohd Shahrizan 9, dan Siti Nur Asmah 7, dapat bersekolah seperti biasa. Seorang lagi anaknya, Mohd Samsudin, 16, bertekad untuk terus bersekolah biarpun serba kekurangan.

“Saya juga runsing ke mana mahu mengadu masalah yang dihadapi dan setakat ini saya tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak. “Saya kasihan kepada anak-anak, kesusahan hidup yang dialami menyebabkan mereka malu dan disisihkan rakan-rakan di sekolah, tetapi apakan daya,” katanya.

Menurut Shahrin lagi, persekolahan anak-anaknya akan diteruskan jua dan dia akan berusaha mencari sumber lain untuk membeli keperluan persekolahan, buku dan membayar yuran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2316239.asp "

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran