KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, February 9, 2009

Kelas Inggeris - Artikel XVI

Daripada tak faham sudah jadi faham pulak undang-undang. Tetapi perlulah ada sedikit ilmu bahasa inggeris. Perhatikan rangkap berikut:

Perak State Constitution: Artikel XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Compare with the Federal Constitution:

Federal Constitution: Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”

Ramai yang cuba menafsir benda yang sampingan iaitu satu menyebut Dewan Undangan dan satu lagi menyebut Ahli-ahli Dewan. Kedua-dua benda itu tidak menjurus kepada soalan yang saya menafsir secara berikut.


Menurut kedua-dua rangkap tersebut ada satu subject iaitu MB atau PM yang memegang teraju kerajaan. Ia menyebut "Apabila Mentri Besar..." atau "Apabila Perdana Menteri..". Dengan itu, tindakan atau kandungan artikel adalah merujuk kepada si-penama dan bukan Sultan atau YDPA. Ingat, MB not Sultan should act - MB yang disuruh bertindak.

Dalam artikel tersebut disebut keadaan, yakni sudah jelas apa keadaan itu, "gagal memperolehi kepercayaan majoriti Dewan/Ahli2 Dewan". Sepertimana saya sebutkan Dewan atau Ahli2 tidak timbul kerana mereka bukan subjek tetapi sebahagian dari keadaan. Pokoknya hilang kepercayaan majoriti.

Seterusnya artikel mengarahkan subjek yakni MB supaya melakukan dua perkara sahaja:

1) Bubarkan Dewan (atas permintaan MB, Sultan membubarkan)

ATAU

2) Letak jawatan

Hanya perkara (1) yang menjadi isu. MB berkenaan telah menjalankan arahan artikel sebiji ayat tersebut. Yang menentukan pembubaran tidak disebut Sultan malah dengan jelas menyebut:

atas permintaan MB (at 'his' request),

barulah Sultan membubarkan (the Sultan dissolves). Maka Sultan tidak ada kuasa eksekutif melainkan sebagai tindakan 'adat' - 'ceremonial'.

Tiada ayat terselit, tersurat, tersirat yang mengatakan "Sultan has the option, or can delay, or can withhold, or can differ, or can direct". Elek.

Sekian kelas bahasa inggeris bagi maksud memperjelaskan ini bagi tujuan penyaksian sesiapa yang berkenan.

10 comments:

arisham said...
This comment has been removed by the author.
arisham said...

Det,

check ayat nie :

"then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.
- bukankah itu bermakna : " dan SEHINGGALAH diminta Menteri Besar (untuk Dewan dibubarkan) dan DYMM membubarkan, beliau (Menteri Besar) hendaklah meletakkan jawatan".


bagi aku simple, aku nak peruntukan undang-undang untuk mengadakan undi semula apabila seseorang Adun lompat parti..kenapa?

Bila aku mengundi Parti A..aku tak kira sapa calon..aku mengundi kerana aku percaya Parti A boleh membawa kebaikan..tetapi apabila Adun Parti A lompat ke Parti B..itu secara tidak langsung menipu pengundi!. Patutnya kita boleh saman dia kerana menipu amanat kita..

chedet said...

ARISHAM .. aku sokong hang>>>

g's said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tapi kalau politik tak stabil camno nak carik makan g's? contoh sepupu aku keje kilang kat sg way, disebabkan politik tak menentu depa kecikkan department dia dan ubah satu department ke chiangmai, dia dapat surat VSS dah.alasan compang bagi pelabur tak yakin politik msia ke arah lebih baik.miss soru kawan anak beranak..ni masa dia g's..masa kita tak tau bila..so macammana kita harus tak ambik tau pasai politik?

chedet said...

Ampun tuanku g'S , patik mohon derhaka.. Pandangan aku Kalau kita dok pikiaq pasai kerja , anak , bini, gaji, cukup bulan, jolok kad, makan, tidoq , balik kg.. kita masih dok anuti agama sembah tokong lagi,
Islam tak kan tersebar mai kesini...
Rugi la sahabat2 1430 tahun dulu dok tingai anak, tinggai bini, tinggai kerja, tinggai opis (kebun kurma + kandang kambing depa) , tinggai kondo depa, tinggai mercedes (unta la time tu) ,,, lalu depa mabik keputusan pi ikut nabi SAW hijrah ke Madinah... Kan Buat nyusah ja... Awat tak dok nendiam ja kat Mekah tu.. rumah ada, anak bini ada, cukup bulan gaji ada..
Kalau takat nak semayang , Tan Sri Abu Jahal dan Tun Dr Abu Lahab bagi kemudahan.. siap boleh hias lagi seluruh persekitaran kaabah.. boleh kompromi lagi, nak pompuan dibagi, nak harta ditawaq, nak jadi Raja.. diangkat... Tapi kalau nak berdakwah ikut agama Muhammad ja tak leh....
Ca try klik kat sini

chedet said...

Sekadar pandangan sesambil bergobek pinang.. heeeee.. Buah cempedak dalam Gaint, hamba budak belum keraih umbun...

g's said...
This comment has been removed by the author.
g's said...
This comment has been removed by the author.
LAN said...

HE HE HE
AMPON TUANKU AMPON SEMUA
PATIK SEMBAH MASUK MENYELIT
NAK JOINT MEMANDA TUANKU SEMUA
BERGEBANG..

TANG MANA SKRG TUANKU...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran