KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, February 3, 2009

KHAS untuk LELAKI yg rasa dia MACHO..

Lelaki lebih ramai mati lemas

Hanya 20 peratus rakyat negara ini mahir menyelamatkan mangsa lemas


OMBAK besar berupaya menyebabkan kejadian lemas di pantai.


DOLAH Said (gambar kecil), 47, merupakan Presiden Persatuan Penyelamat Kelemasan Putrajaya. Selain itu, beliau juga seorang jurulatih Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia dan ahli Persatuan Penyelamat Kelemasan Dunia (ILSF).

Dolah berpengalaman selama 13 tahun dengan aktiviti berkaitan air sama ada renang, menyelamat serta berkayak. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai pengurus bahagian kolam air beberapa taman tema air di negara ini.

"Saya minat sangat aktiviti air. Mungkin disebabkan saya orang kampung dan tinggal berdekatan sungai di Kangar, Perlis. Asal balik sekolah terjun terus ke sungai.

"Selain itu, negara kita dikelilingi air sama ada air laut, sungai, lombong malah tali air sendiri untuk tanaman seperti padi. Jadi agak rugi jika kita tidak mahir berenang serta menyelamatkan orang lain," katanya.

Dolah berkata, 20 peratus sahaja rakyat negara ini mempunyai kemahiran untuk menyelamatkan mangsa lemas. Lebih malang, berdasarkan statistik antarabangsa, lebih ramai lelaki mati lemas berbanding wanita iaitu pada kadar 4:1.

"Sepanjang pengalaman saya menjadi jurulatih renang, ada yang menjadikan aktiviti itu untuk berseronok sahaja.

"Namun jarang yang betul-betul ingin menjadikan kelas renang itu sebagai tempat bertanya bagaimana menyelamatkan diri dan orang lain sekiranya lemas," katanya.

Dolah juga berpengalaman mengendalikan kursus teknik Resusitasi Pulmonari Kardio (CPR), kayak, menyelamat kelemasan dalam air dan juga berenang.




Kebiasaannya tempoh seseorang untuk mahir dengan aktiviti renang serta menye- lamat mengambil masa antara sebulan hingga dua bulan.

Namun beliau berpendapat kesedaran masyarakat untuk belajar berenang dan menyelamat telah mula tinggi.

"Masyarakat Cina lebih berminat dengan aktiviti renang dan menyelamat berbanding kaum India dan Melayu.

"Seharusnya ada seorang dalam setiap keluarga yang mahir sekurang-kurangnya melakukan CPR. Ini kerana nyawa itu tiada gantinya," katanya.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa teknik untuk menyelamatkan mereka yang sedang lemas.

"Kadang-kadang kita terjun sahaja sebab kita tahu berenang. Tetapi bagaimana pula jika mangsa peluk dengan kuat menyebab- kan kita tidak dapat berenang. Akhirnya dua-dua mati lemas.

"Ada alatan atau benda yang boleh kita gunakan untuk menyelamatkan orang seperti tali, tayar, dahan kayu yang kuat serta akar pokok selain meminta pertolongan daripada orang lain," katanya.

Beliau berkata, negara kita boleh mengorak langkah mewajibkan kursus renang dan menyelamat di sekolah seperti yang dilakukan oleh negara maju.

"Di luar negara setiap sekolah mewajibkan aktiviti renang dan menyelamat namun kita hanya terdapat di beberapa sekolah terutama di bandar besar.

"Mungkin kita boleh mulakan di sebuah sekolah di setiap dae- rah, bukan menunggu bantuan semata-mata," katanya yakin.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kondominium mewah yang mempunyai kolam renang tidak diselia oleh mereka yang mahir berenang dan menyelamatkan orang lain.

"Adakalanya pengawal keselamatan ditugaskan untuk menjaga kolam tersebut. Memang terdapat tanda amaran dan sebagainya namun nyawa manusia itu bukan dapat diganti," katanya tegas.



No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran