KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Saturday, April 11, 2009

Komuniti talian Muslim

Rangkaian sosial Muslim mempunyai agenda gaya hidup tersendiri dengan menyasarkan kumpulan masyarakat konservatif.


PILIHAN bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi adalah lebih logik berbanding bahasa Arab atau bahasa serantau yang lain dalam laman Muxlim.


Shabana Ahmadzai, 19, dan Sara Bahmanpour, 20, suka melepak di rangkaian sosial Muxlim yang sama hebat dengan Facebook. Wajah-wajah mereka diserikan lagi dengan solekan dan imej animasi apabila melayari laman tersebut yang sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Diasaskan pada tahun 2006 oleh seorang warga Mesir, laman sesawang berbahasa Inggeris itu adalah sebilangan kecil daripada komuniti dalam talian yang mengkhusus kepada masyarakat Muslim dalam membangunkan sebuah komuniti yang maju di pasaran global. Laman-laman lain yang mendukung konsep yang sama adalah Mecca.com dan Islamicaweb.com

Ahmadzai yang tinggal di Finland tetapi berasal dari Afghanistan telah menjadi ahli Muxlim sejak dua tahun lalu. Dia mendapati, laman tersebut lebih mudah dilayari berbanding Facebook untuk mencari rakan dan menyertai pelbagai kumpulan seangkatan.

"Kami berkongsi ideologi yang sama walaupun dengan bukan Muslim atau Ateis. Keinginan untuk mengetahui tentang Islam dan cara hidup orang Muslim telah mencetuskan idea untuk mewujudkan laman sesawang ini," jelasnya.

Rangkaian sosial Muxlim adalah kecil. "Di Britain sahaja, hanya kira-kira 22,000 pelawat direkodkan singgah ke laman tersebut sejak Januari lalu berbanding dengan 22 juta orang di Facebook," menurut pangkalan data ComScore.

ComScore tidak mengumpul data bagi Mecca.com dan Islamicaweb.com. Bagaimanapun, Mecca.com berkata, mereka mempunyai 55,000 orang pengguna manakala Islamicaweb.com mempunyai 9,748 orang. Laman-laman itu juga mengandungi klip video, imej, blog dan laman sembang.

Seorang rakan Ahmadzai, Bahmanpour baru sahaja menyertai Muxlim. Menurutnya, laman itu telah memberinya 52 orang kawan dan kebanyakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Dia berasa selesa dapat beramah mesra dengan mereka yang berpandangan konservatif sehinggalah liberal.


Mohamed El-Fatatry

Dalam gambar profil, Bahmanpour memuat turun sekeping imej bertudung yang diambil oleh seorang jurugambar profesional. Dalam salah satu gambar tersebut, Bahmanpour memakai solekan dengan meniru bintang kegemarannya. "Gambar ini menimbulkan sedikit masalah kerana ramai yang berkata saya terlalu memberi tumpuan pada gambar. Semua ini menunjukkan betapa berbezanya kami."

Sebagai ahli Muxlim, gadis-gadis ini terdedah kepada hampir 150,000 orang pengguna Internet untuk bersembang, berkongsi kandungan maklumat dan membuang undi dalam talian terhadap sesuatu isu berbangkit. Mereka juga boleh mereka karakter peribadi seperti Avatar.

"Mereka yang berpegang kepada ajaran Muslim yang konservatif dan mengikuti peraturan yang ketat tidak menghadapi sebarang masalah apabila berkomunikasi melalui rangkaian dalam talian," ujar seorang wartawan dan penulis blog berbangsa Amerika-Pakistan, Ali Eteraz.

Eteraz berkata, dia menyaksikan kunjungan ramai pengguna pada awal pelancaran sesebuah laman tetapi menurun secara signifikan kerana bajet pemasaran. Muxlim yang diperkenalkan oleh Mohamed El-Fatatry, 24, menjelaskan, jumlah pengunjung telah bertambah kepada 1.5 juta orang daripada 100,000 orang sejak 18 bulan yang lalu.

"Jumlah itu hanya dua peratus daripada populasi Muslim yang melayari laman sesawang," ujar El-Fatatry yang berasal dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan kini berada di Finland untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 2004. Katanya, laman tersebut yang menjana pendapatan melalui sektor pengiklanan dan menjual kandungan yang boleh dimuat turun, dijangka akan memberi keuntungan kepada penghujung pada tahun depan dan beliau juga menyasarkan bilangan pengunjung yang berlipat ganda kepada 10 juta orang sebulan.

Strategi beliau adalah menembusi pasaran minoriti Muslim di sesebuah negara. Contohnya, sebanyak 60 peratus daripada pengguna Muxlim tinggal di Amerika Utara dan Eropah. Tiga peratus lagi adalah mereka yang bukan beragama Islam dan sebahagian besar daripada pengikutnya ialah kaum wanita.

Setahun selepas bermula, Muxlim menerima pelaburan sebanyak RM7.13 juta (AS$2 juta) daripada sebuah firma kapital Rite Internet Ventures. "Mereka mempunyai trafik pengunjung yang memuaskan dan dihargai oleh pengguna. Oleh itu, kami ramalkan kumpulan ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan rugi jika dibiarkan sebegitu," ujar Chrisoffer Hagglund, Ketua Pegawai Eksekutif kepada firma Sweden itu.

Hari ini, Muxlim mencari sumber pelaburan baru dan El-Fatatry bercadang untuk melebarkan sayap rangkaian itu dengan jenama yang mampu menembusi pasaran Muslim. Dia mengungkap semula sebuah laporan pada tahun 2007 daripada sebuah agensi pengiklanan JWT yang menjangkakan bahawa pendapatan tahunan komuniti Muslim di AS adalah berjumlah kira-kira RM606 bilion (AS$170 bilion).

Muxlim terawal bermula dengan panggilan nama MuslimSpace yang kemudiannya ditukar oleh El-Fatatry dengan rujukan Linux yang menggunakan sistem pengoperasian komputer terbuka. Sebuah akhbar di Finland membuat perbandingan kerjanya dengan pencipta Linux iaitu Linux Torvalds, seorang warga Finland.

"Ketika itu, anda banyak menemui laman yang menyediakan perkhidmatan keagamaan dan agensi mencari jodoh termasuk laman yang menganalisis tentang politik. Tiada satu pun daripada laman itu yang saya mahu. Saya mahukan sebuah laman di mana saya mampu berkongsi maklumat tentang fesyen, muzik dan filem," lapor akhbar itu.


MOHAMED EL-FATATRY (kiri) bermain ping pong dengan seorang pekerjanya di pejabatnya di Helsinki, Finland.

Muxlim juga tidak mempunyai polisi penyuntingan yang ketat tetapi membuat pemantauan teliti agar ucapan yang digunakan tidak terlalu kasar, menyoal sensitiviti kaum, imej seksi atau seksual. "Di mana lagi anda boleh mencari sebuah pasaran khusus?" soal beliau.

Eteraz juga memberitahu rangkaian sosial berbahasa Inggeris yang menarik minat masyarakat Muslim di barat terutamanya mereka yang tinggal di AS, Kanada dan Kesatuan Eropah. Ada juga kumpulan kecil dari negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim.

"Bagi sebuah laman web yang menggunakan prinsip Islam untuk memasarkan diri, pilihan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi adalah lebih logik berbanding bahasa Arab atau bahasa serantau yang lain," ujar El-Fatatry lagi.

Ahmadzai dan Bahmanpour berkata, mereka menyertai Muxlim kerana mengikut kawan-kawan lain. Ahmadzai yang mempunyai animasi Jepun pada profilnya mendapati, sesetengah orang yang diajak berbincang menganggap dirinya terlalu terbuka. Misalnya, dia pernah berbual mengenai hak seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga tidak semestinya ditiduri oleh suami selagi dia belum bersedia. "Saya percaya perbincangan sebegini penting untuk kita kekal berkomunikasi dalam talian. Tanpanya, kita tidak dapat belajar." - Reuters

2 comments:

Anonymous said...

kalau bm kan bagus. x payahlah ppsmi

Blogger said...

Bluehost is definitely one of the best web-hosting company for any hosting services you require.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran