KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Saturday, May 16, 2009

PROMOSI SIKIT...

Keistimewaan sup Abang Dan



SIAPA yang tidak kenal dengan Bihun Sup Abang Dan. Setiap orang yang berkunjung ke pekan Simpang Empat, Perlis, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kenikmatan bihun sup tersebut.

Keenakan bihun sup Abang Dan bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, bahkan ada pelanggannya yang berkunjung buat kali pertama ke Perlis akan datang semula ke gerainya semata-mata untuk menikmati bihun itu.

Setiap pengunjung yang datang ke gerai milik Azizan Puteh, 55, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati bihun sup daging lembu yang dicampur bersama organ dalaman seperti lidah lembu, perut, limpa dan hati.


DAGING pejal dipotong nipis untuk dicampur dengan perut, limpa, hati serta lidah lembu ke dalam bihun sup.


Bahan-bahan lain yang terdapat dalam bihun sup Abang Dan termasuklah ubi kentang, selain sambal kicap untuk menambah selera pengunjung.

Azizan yang berpengalaman menjual bihun sup selama lebih 30 tahun itu berkata, beliau menggunakan daging lembu tempatan dan import sebanyak 30 kilogram sehari manakala organ dalaman pula kira-kira 20 kilogram.

Tambah beliau, harga bagi semangkuk bihun sup Abang Dan adalah RM3 untuk bihun biasa manakala RM4 untuk bihun sup istimewa.


KEENAKAN bihun sup Abang Dan menggamit kedatangan pelanggan dari kawasan berdekatan serta luar pekan Simpang Empat, Perlis.

Bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke sana, mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa kerana ia dibuka setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 3 petang hingga 10 malam. - SHAH NIZAM OMAR

Nama gerai: Bihun Sup Abang Dan
Lokasi: Simpang Empat, Perlis (berdekatan lampu isyarat pekan Simpang Empat)
Harga: Sup istimewa (RM4), Sup biasa (RM3)

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran