KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, July 31, 2009

Aku, Ida dan 12 Kuntum Mawar Merah

Kakiku masih berlari pantas…seperti mana pantasnya masa berlalu…setiap derap kakiku melangkah begitu jugalah kenangan-kenangan lalu datang menjengukku.


Ketika aku sampai ditepi highway itu..aku memberhentikan langkahku..aku melihat ke sebuah rumah yang letaknya tidak jauh dari permatang sawah di Bukit Cepat. Perlahan airmataku mengalir..namun diselang-seli dengan senyum..sekurang-kurangnya aku pernah sampai dirumah itu.

Pagi itu seperti biasa..aku menuju kekedai bunga yang berada tidak jauh dari pejabatku. Sesampainya aku disitu, wanita cina yang aku panggil ‘Auntie’ akan memberi senyuman mesra padaku.
“Aaaah…macam biasa?” tanyanya
Aku hanya tersenyum. Lalu membayar harga 12 kuntum mawar merah itu.
“Adik…boleh tanya?”
“boleh. Ada apa?”
“Ini bunga ah..makwe punya ka?” katanya sambil tersenyum
Aku pun turut tersenyum. “Bukan.” Jawabku pendek.
“Kalau bukan. Apsal kasi bunga..tiap-tiap bulan 12 kuntum?” Katanya.
“Dulu saya suka dia. Tapi dia tak suka sama saya. Saya bagi bunga supaya dia ingat
saya masih sayang dia..12 bulan dalam setahun..”
“Awak memang betul-betul sayang dia…bukan makwe pun lagi mau kasi bunga tiap-tiap bulan”
Aku hanya tersenyum.

5 minit. Itulah masa yang seringkali aku minta daripada Zaki setiap pagi. Zaki hanya membiarkan. Aku hanya ingin memandang wajah Ida…5 minit cukuplah..sekurang-kurangnya ia memberiku semangat untuk meneruskan perjalananku dikota penuh dugaan ini. Namun hari itu..Ida dengan tenang mengucapkan ayat “Ida sayang kau sham. Tapi Ida tak cinta kau” .
Ayat itu terus menghantui dikotak fikiranku hari itu. Sesekali aku merenung keluar dari jendela kelasku..melihat bangunan-bangunan lama diseberang jalan Lebuh Ampang…air mataku menitis. Sesekali aku tersenyum melihat kuntuman bunga kertas yang telah kering dikotak disketku. Itulah antara pemberian Ida padaku..walaupun ianya mungkin hanya sekadar gurauan…tapi aku menerimanya dengan penuh kegembiraan. Tiba-tiba aku melihat Ida melintas jalan bersama Zaki. Mereka kelihatan amat mesra. Aku hanya mampu mendoakan agar mereka bahagia…sekurang-kurangnya setiap kali aku melihat dia tersenyum hatiku menjadi tenang…setenang kabus dingin dipagi hari…

Hari itu, Ida memanggilku. Aku terus berjumpa dengannya sambil cuba menahan pilu didada.
“Ida tidak pasti samada kita akan berjumpa lagi. Ini Ida berikan beberapa gambar Ida pada Sham”. Ida menghulurkan beberapa gambarnya memakai baju hijau berdekatan dengan Sungai Gombak, Pasar Seni. Aku menerimanya sambil menghulurkan senyuman.

“Ida..sham mungkin tiada disisi Ida jika ditakdirkan suatu hari nanti Ida diijabkabulkan dengan orang lain…hanya Sham mampu berdoa untuk Ida dan biarlah Sham menyanyikan lagu untuk Ida…sebagai hadiah perkahwinan Ida…”

“Selamat wahai pengantin baru..semoga bahagia keanak cucu..selamat tinggal oh sayangku semoga gembira selalu..betapa sedih..betapa pilu..melihat kau berdua disitu..bersama duduk diatas tahta dihari persandinganmu..”..tiap-tiap baris lagu itu bagaikan pisau menghiris perasaanku..namun kugagahi jua menyanyikannya hingga tamat..sambil cuba melukiskan sebuah senyuman hambar.
Gambar itu masih berada dalam albumku, aku tidak perlu menatap gambar itu lagi kerana gambar itu sudah kurakamkan dalam kotak fikiranku…

Masa berlalu…ketika jejariku sedang pantas menaip baris-baris aturcara dikamar kecilku pada malam itu…tiba-tiba hatiku tersentak kulihat tarikh dijam tanganku…Hari ini 7hb. Febuari…hari lahir Ida tiba-tiba bibirku berbicara…aku hanya mampu tersenyum..lalu mengangkat tangan memohon pada Penciptaku…

“Ya Allah…hari ini, kau telah ciptakan insan istimewa…Insan itu pernah membuat aku gembira dan bahagia…dari itu Ya Allah…kupohonkan kebahagiaannya dan berkatilah kehidupannya..dan jadikanlah dia hambamu yang solehah…Amin”

Cinta..tidak semestinya berakhir digerbang perkahwinan…namun cinta sejati menuntut kita mengingatinya hingga keakhir hayat….Hari ini aku tersenyum girang…Ida menghantar smsnya padaku…Terima Kasih Ya Allah…sekurang-kurangnya Engkau telah menunaikan satu permintaanku..sebelum aku pergi meninggalkan alam yang fana ini…

5 comments:

chedet said...

peeeehhhhhhhhhhhh .. meleleh gilerrr cerita lu broooooo..
tangkap nangis siol..
cerita betoi ka bro?

arisham said...

Cerita betul la bro...yang empunya diri ada kat dalam website xsmpendang nih... :). takperlah citer lama..bukan nak mengungkit..tapi kenangan itu indah..

Jasliza M Fikry said...

sapa dia tuu...aku kenaika...

mokhry said...

wah ni cerita menarik ni...tangkap lentok ....sapa ye?? ni drama ke , betui2 ni.....

akob kobaH said...

salam
Aku kenai la sapa yg dimaksud kan tu heheh tak pa sabaq la sham..

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran