KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, July 9, 2009

Demi masa...6S


Pagi itu aku berkayuh dari rumah...gembira rasanya..akhirnya ayah membelikanku basikal BMX...BMX kuning itu meluncur laju. Aku sampai ditempat meletak basikal..Khairul Azman turut baru sampai sambil meletakkan basikal BMXnya.

"Hai..basikal baru ker?" dia bertanya
"Aaahh..baru semalam beli kat Pendang...eh., balik nanti ingatkan aku kata aku bawa basikal..nanti aku lupa pulak.."
Khairul Azman hanya tersenyum. "Eh. nanti sambung tau cerita 'Kungfu Man'" katanya sambil tersenyum.

Kami masuk kekelas 6S yang terletak ditingkat bawah..hujung..berdekatan dengan taman kecil SKP..
Sambil melangkah masuk, aku menjeling manja kepada Zairulnizam yang sedang duduk mencari-cari sesuatu dalam beg sekolahnya.Dia duduk berdekatan dengan pintu belakang kelas 6S. Suraini dan Jazliza sedang mengekek ketawa..entah apa yang diceritakan... Aku duduk sambil mencuit Zaidi..

"Weh Zaidi...pinjam buku English hang..aku nak tiru..aku belum buat lagi nih"
Zaidi duduk bersebelahan denganku..dibelakangku Ibnu Khaldoon...
Tanpa berlegah..Zaidi menghulurkan buku latihannya agar ditiru olehku..

"Sham...jangan lupa sambung 'Kungfu Man'! " Saifulnizam, rakan sekelasku yang agak macho..menjerit dari barisan sebelah.

Sebentar kemudian, Ibnu mencuit belakangku.."Hang punya ikan karin (pelaga) aku dah bawak..aku letak kat dalam kolam".
"Takpa...nanti rehat kita pegi tengok..baper ekoq?"
"Dua" jawab Ibnu pendek..

Selesai sahaja Ustaz Abdul Razak mengajar Agama Islam...loceng tembaga itu berbunyi menunjukkan masa rehat.

Aku, Zaidi dan Ibnu Khaldoon menuju kekolam yang letaknnya dekat dengan surau SKP.
Aku melihat kedalam kolam..nampak anak-anak berudu berenang-renang dengan bebasnya.
"Ibnu..hang bawak ikan karin ka...anak berudu kat aku?" Aku menoleh kearah Ibnu yang terkenal dengan cerita "Hantu Telinga Puting"nya.
"Anak berudu nak buat hapa?..bongok...ikan karin la...nie aku letak dalam plastik kat tepi nie...balik nanti hang amik...jangan terjun dalam kolam nie pulak" Ibnu mengeleng-gelengkan kepalanya. Zaidi hanya ketawa mengekek.

Dari jauh kami nampak, Suhizaz...Bahtiar (cucu Guru Besar) dan Muhd Ruhaidi (anak cikgu Khatijah) sedang bermain bola.
"Patutlah otak depa lebih pandai...depa main bola...kita main ikan karin" Aku memandang muka Ibnu.
"Sebabtu la..si Zairulnizam tak layan hang...otak budak-budak" ketawa Ibnu.
Nasib baiklah dia anak Ustaz Zakuan...kalau tak..mau aku libas dengan tendangan Gabanku.

Selesai sembahyang Zohor...kami menuju kekantin..aku menyeluk poket mengeluarkan duit 50 sen..aku membeli laksa dan air sirap. Selesai makan kami masuk kekelas..

Saifulnizam..Khairul Azman...Sham kecik semua menantiku dengan muka yang berseri-seri..
Aku mengambil kerusi lalu duduk dihadapan mereka. Saufi, Wafi sedang sibuk bermain game & watch Western Bar.

"Kungfu Man!" aku mula bercerita...sambil terus menjeling-jeling mencari kedudukan Zairulnizam...Khairul terus bertanya "Berapa banyak cabai tu?". "Diamlah...dia yang cerita bukan hang" Saifulnizam terus mengetuk bahu Khairul. Sambil mendengar ceritaku, sempat juga Khairul melakar gambar kereta.

..... "En. Sham...En. Sham" Nazirah menghentikan lamunanku...
"Aii..termenung nampak...Naz nak minta sign nih..."
Aku hanya tersenyum...

Alangkah indahnya kenangan-kenangan itu...kini tiap kali aku melewati SKP...aku akan tersenyum...disinilah segalanya bermula....

5 comments:

Anonymous said...

ya la..masa 6s dan semayang zohor & asar kt surau sekolah..sekolah sesi petang tu bro..

aku yg tak glamer said...

aku ingat lagi saifulnizam suka sangat lukis kereta,penuh buku dia gambar kereta..dia yg putih2 rambut kerinting tu kan, dok mana dia la? (dah jadi blog SKP pulak..hehe,jangan marah SMP noo..)

arisham said...

rumah dia kat belakang Pendang...ayah dia siak masjid Pendang...aku dah lama tak jumpa dia...taktau la la nie kerja apa dah..dok kat mana pun taktau...hehehe..

Unknown said...

apa pulak belakang pendang bro, rumah murah seberang pendang,,,

arisham said...

hahaha...tak sama ka? seberang dengan belakang?? kah kah kah...sorii..

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran