KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Saturday, July 4, 2009

hahaha..kali nie..aku nak ajak korang semua baca Cerpen aku (ada byk dalam koleksi)...

Cerpen

MEMBURU RUSA

Oleh : Nor Arisham Bakar

Sekitar...80an.


Aku tersenyum girang apabila ayah mengarahkanku menukar pakaian. ‘Cepat !..Kalau tidak, ayah tinggal.’. Suara ayah sederhana. Ayah tidak suka membuang masa terutama sekali jika kami hendak memburu rusa atau kijang. Aku terus mencapai pakaian celoreng tentera pemberian abang iparku, Ahmad. Ayah tersenyum, dia faham minatku. Dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi tentera, malah ayah telah mendidikku dari kecil agar menjadi seorang yang berdisiplin. Rambutku sentiasa dipastikan pendek, baju mesti dimasukkan kedalam seluar dan aku dipastikan agar sentiasa ‘fit’ dengan latihan Silat Seni Gayong Malaysia yang diturunkan oleh datuk semenjak aku kecil lagi.


Dihalaman rumah aku lihat 4 orang kawan ayah sedang menanti. Aku kenal 3 daripadanya, Sjn. (B) Isa, Abu Bakar dan Pak Cik aku sendiri, Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Mat Tarzan). Seorang lagi mungkin pemandu jip. Pak Cik Mat menghulur tangan berjabat salam denganku. Aku tersenyum. ‘Dah sedia ?’ tanya Pak Cik Mat kepada ayah dan semua yang lain. ‘Sudah’. Jawab Isa. Pak Cik Mat menadah tangan dan diikuti dengan yang lainnya. Beliau membaca doa selamat dan murah rezeki. Selaku ketua, Pak Cik Mat memeriksa kesemua senapang patah yang kami bawa. Ayah membawa L.C. Smith, Isa, Abu Bakar dan Jalil (pemandu jip) membawa Winchester dan Pak Cik Mat membawa Baretta. ‘Untuk memburu rusa, senjata mestilah dalam keadaan baik. Kalau tak rugi besar kita.’ Kata Pak Cik Mat sambil tersenyum. ‘Ada apa-apa nak tambah, abang ?’ Pak Cik Mat mengajukan soalan kepada ayah. Aku kagum dengan sifat Pak Cik Mat, walaupun beliau lebih arif dalam memburu namun beliau masih juga menghormati ayah selaku abang iparnya dan juga teman seperguruan ilmu-ilmu hutan dari datuk. Ayah merenung mentari pagi yang bersinar kemudian dia menghentak hulu senapangnya ketanah sambil membaca ‘Salamun Qaulan Min Rabil Rahim’ ((Dan ucapan) selamat, perkataan daripada Tuhan Yang Pengasih - Yaasin Ayat 58). Ayah merenung ke tanah tempat hentakkan hulu senapangnya. Kemudian dia mengukur kedalaman hentakkan tersebut dengan jari telunjuknya. “Insyaallah...ada rezeki, dua ekor rusa hari ni.” Kata Ayah bersahaja sambil tersenyum. Pak Cik Mat juga tersenyum.


Kesemua barang makanan dan alatan-alatan lain kami masukkan kedalam Jip Jalil. Sepanjang perjalanan kesuatu bukit sekitar Perak, aku hanya mendiamkan diri memerhatikan pemandangan dikiri-kanan jalan. Ayah dan Pak Cik Mat asyik berbual dengan cerita-cerita harian mereka. Aku memerhatikan tubuh mereka yang agak sasa dan hidung ayah yang agak mancung, bagaikan ada suatu suara yang menceritakan kisah datuk yang datang dari tanah arab untuk membuka tanah perkampungan kami padaku. Kami singgah disebuah balai Polis dan mendaftarkan diri. Aku faham, ini penting untuk memudahkan Polis mencari kami sekiranya kami menghadapi masaalah. “Kami bagi 48 jam. Sekiranya saudara-saudara gagal mendaftarkan diri semula, Polis akan melancarkan gerakkan mencari” Kata seorang Sarjan kepada kami. Kami berjabat tangan dengan Sarjan itu dan terus menuju kesebuah kawasan hutan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Jip kami kunci dan sembunyikan dibalik semak-semak.

Kesemua bekalan kami bawa dan aku diarahkan untuk menjaga bekalan air. Selepas solat Dzohor berjemaah, kami meneruskan perjalanan. Sebelum masuk kehutan aku melihat ayah membaca “Ila fihim Yahlatal Shita I’ wasoid” (Kesenangan mereka (mengadakan) perjalanan dimusim dingin dan dimusim panas (untuk mencari penghidupan). - Quraisy Ayat 2). Kemudian dia mematahkan ranting kayu dari sebelah kiri dan melemparkannya kesebelah kanan. Setelah beberapa jam berjalan kami sampai ke sebuah ran (sebuah rumah kayu di buat diatas pokok). Mentari petang mulai condong di ufuk barat. Kami berehat sebentar di situ. Setelah meletakkan semua bekalan kami disitu, kami mula bergerak menuju kedalam hutan. Sepanjang perjalanan aku melihat ayah dan Pak Cik Mat bergerak lebih pantas dari kami dan mereka kelihatan tidak letih atau penat. Tiba-tiba ayah mengangkat tangan tanda berhenti. Pak Cik Mat menghampirinya. Ayah menunjuk beberapa tapak rusa dihadapan kami kepada Pak Cik Mat. Pak Cik Mat terus menghampiri tapak itu dan menciumnya, lakunya seolah-olah macam anjing pemburu. ‘Baru. dalam setengah jam.’. Pak Cik Mat memberitahu ayah. Ayah mengganguk tanda setuju. Isa, Abu Bakar dan Jalil tersenyum. ‘Makan rusa kita hari ni’. Kata Isa kepada Jalil sambil tersenyum. ‘Pesan orang tua-tua, jangan sesekali mengepung rusa. Nanti ada yang tertembak kawan’. Ayah memberitahu kami. Suaranya agak keras. Kami semua hanya menunduk akur. Selepas menjejaki kesan tapak kaki rusa itu kami bertemu dengan denai yang masih baru. Beberapa minit kemudian ayah memberi isyarat agar kami berhenti. Ayah menggamit Pak Cik Mat menghampirinya.


Pak Cik Mat terus merangkak perlahan menghampiri ayah. Ayah menunjukkan kesuatu arah dimana seekor rusa betina sedang mengunyah daun-daun segar disitu. Pak Cik Mat memberi isyarat agar kami berpecah kepada dua kumpulan, aku, Pak Cik Mat dan ayah mengambil jalan kesebelah kanan manakala Isa, Abu Bakar dan Jalil menuju kesebelah kiri bertujuan menghalau rusa itu menuju kearah Pak Cik Mat dan ayah. Ayah kemudian memberi isyarat agar Isa, Jalil dan Abu Bakar berhenti. Ayah terus mengangkat senapang L.C Smith nya seraya membaca 'Bismillahiramanirahim...' dan terus melepaskan tembakan tepat kearah rusa itu. Bamm! Bamm! Rusa betina itu terus menggepar, Pak Cik Mat tidak membuang masa mencabut goloknya dan terus menyembelih rusa itu. Beberapa minit kemudian Isa, Abu Bakar dan Jalil datang kearah kami. 'Kena ?' Tanya Jalil. 'Alhamdulilah....rezeki kita.' Jawab Pak Cik Mat yang masih tunduk membersihkan goloknya dengan rumput-rumput disitu. Ayah menggantikan peluru senapangnya dari jenis Baretta dan terus menyertai mereka. Aku mengekor dari belakang. Rusa betina itu sederhana besarnya. Air muka ayah kelihatan tidak berpuas hati. 'Kalau ada rusa betina, mesti rusa jantan hampir-hampir dekat sini.' Ayah memberitahu. Pak Cik Mat menggangguk tanda setuju. Tiba-tiba kami terdengar bunyi daun-daun dirempuh. Ayah terus mengangkat senapangnya dan diikuti dengan Pak Cik Mat. Kami agak terkejut apabila melihat seekor rusa jantan yang agak besar keluar dari celah-celah daun-daun itu.


Pak Cik Mat menghalakan senapang Baretta nya kearah rusa jantan tersebut lalu membaca 'Bismillahirahmanirahim...' dan terus melepaskan tembakan kearah rusa jantan itu. Ayah terus mencabut goloknya dan melangkah pantas menuju kearah rusa jantan itu, belumpun sempat ayah menghampiri rusa itu dia berundur beberapa langkah. Aku menggangkat kening kehairanan aku pasti yang lain juga demikian. Ayah terus berundur. Rusa jantan yang sudah rebah tadi tiba-tiba bangun semula sambil menggeleng-gelengkan badannya seolah-olah ia tidak cedera. Pak Cik Mat dengan pantas bergerak kehadapan kesebelah ayah. 'Dugaan ?' Tanya Pak Cik Mat sambil tersenyum. 'Iblis laknatullah..!'. Suara ayah agak keras dan penuh benci. 'Ada-ada saja nak ganggu cucu-cicit Adam...'. Sambung Ayah. 'Biasa la...' Jawab Pak Cik Mat seolah-olah dia biasa menghadapi keadaan demikian. Aku terus membaca surah Al-Qursi untuk melindungi diri. Isa, Abu Bakar dan Jalil kelihatan diam dan terpaku, air muka mereka kelihatan agak gusar. Ayah terus berdiri sambil memeluk tubuh. Aku terus bangun menghampiri ayah dan Pak Cik Mat. Aku tidak memperdulikan Jalil yang memanggilku agar tidak kehadapan. Aku terdengar ayah membaca surah Al-Qursi berulang-ulang kali.


Kemudian ayah mencapai tanah dihadapannya lalu menghembusnya sebanyak 7 kali dan melemparkannya kearah rusa itu. Rusa itu bertempik agak kuat. Ia berpaling mengadap kami. Matanya kelihatan merah. Ia mendengus-dengus. ‘Bukan lawan abang’. Aku terdengar Pak Cik Mat membisik ketelinga ayah. ‘Mari kita cuba bersama’. Pak Cik Mat mengajak ayah. Ayah mengganguk. Suasana sekeliling menjadi sunyi hanya kedengaran suara rusa jantan itu mendengus. ‘Kita cuba bismillah sembilan pula.’.

Sambung Pak Cik Mat lagi (Maaf !. Saya tidak ingat bacaan bismillah tersebut). Kemudian Pak Cik Mat mengambil senapang Baretta nya lalu melepaskan satu das tembakan kearah rusa jantan tersebut. rusa itu rebah. Ayah terus melompat pantas dan menyembelih rusa itu. Alhamdulillah kali ini rusa itu tidak bangun-bangun lagi, ia menggelepar dan kemudian tidak bergerak-gerak lagi. Ayah berdiri tegak dan tersenyum puas. Pak Cik Mat mendapatkan ayah sambil tersenyum.


Kedua-dua rusa tersebut kami ikat pada satu kayu lalu membawanya. Setelah hampir beberapa jam berjalan, kami sampai ke jip. Hari sudah melepasi senja. Kami memasukkan kedua-dua ekor rusa itu kedalam jip lalu duduk sebentar melepaskan penat sambil makan nasi yang sudah menjadi sejuk. Jalil dan Abu Bakar terus bersembang sambil ketawa kecil mungkin untuk menghilangkan rasa takut kejadian tadi. Sebentar kemudian kami terus mengemas barang-barang keperluan dan terus bergerak meninggalkan kawasan itu. Perjalanan terasa agak lama dan kami semua agak letih kerana memikul ekor rusa itu. Kami meneruskan perjalanan pulang setelah selesai solat Isyak disuatu masjid sekitar Perak dan selesai membuat laporan polis. ‘Apa benda tadi tu ayah. Macammana ayah buat ?’. Aku memberanikan diri bertanya. Ayah tesenyum sambil memusingkan kepala mengadap Pak Cik Mat. Pak Cik Mat juga tersenyum. Soalanku tidak dijawab sehinggalah kini. Aku juga tidak meneruskan niatku untuk bertanya adakah daging rusa jantan itu akan membawa mudarat jika dimakan. Tapi yang pastinya daging rusa itu menjadi hidangan makan malam kami sekeluarga. Dagingnya yang manis menyebabkan kami sekeluarga menambah nasi sehingga emak terpaksa menanak nasi lagi.


2 comments:

chedet said...

la tak sangka aku, Arisyam!! hang memang berbakat menulis.. Tak pernah hantaq kat mana2 penerbitan ka cerpen nie? Best la..

arisham said...

hahaha...takder la...aku saja-saja sekonok menulis...dulu masa 6S aku suka bercerita 'Kungfu Man'...hehehe..

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran