KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, August 27, 2009

Apa itu Fidyah?

Dipetik dari SINI

(sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja, walaupun dia mengganti seumur hidupnya, tidak dapat ia menebus keberkatannya…)

Fidyah adalah denda yang dikenakan kepada korang yang meninggalkan puasa pada tahun lepas atau 10 tahun lepas atas sebab sebab yang patut tapi dek kerana cuai atau tak sengaja, sekali.. pejam celik masa berlalu, sedar sedar korang sudah tiba di halaman Ramadhan tahun ini…

“Alamak!?, tahun lepas puasa tak ganti lagi, dah tiba pulak puasa tahun ni, nak buat camne ni abang Hamka?”

Ikutkan hati aku, nak sajer aku lempang mereka mereka yang melengah-lengahkan ganti puasa ni.., Tapi takpe,.. dah korang mengaku tak sengaja, atau terpaksa, yang buat korang kena tinggalkan puasa, dengan alasan menyusu anak, hamil, sakit atau sudah tua, jadi sekarang, korang kenalah bayar fidyah kepada Pusat Kutipan Zakat mengikut bilangan hari yang korang tinggalkan, dan walaupun korang dah bayar, puasa yang korang tinggalkan itu tetap nak kena ganti dan jangan cuba nak tambah dengan qadha puasa tahun ni, aku pijak perut korang tu karang..

Maka nak dijadikan cerita, sehari sebelum ramadhan baru baru ni, ada hamba Allah yang tertinggal puasa tahun lepas mintak tolong jasa baik aku yang murni ini agar tolong bayarkan fidyah untuk dia sebab beliau perasan sibuk, (dan malu) ok, biar aku yang tak malu ni tolong bayarkan, tapi kau kena bagi duit banyak sikit, sebab aku tak tahu berapa kadar bayaran untuk setiap puasa yang kau dah tinggal tu..

Dia pun bagilah aku seratus dua sebagai nilai pendahaluan dan jika tak cukup kelak, aku kena tambah pakai duit aku dulu dan bayar kemudian, (hampeh) tapi takpe, sebab aku sedang belajar gaya pulang ke pangkal jalan, serta belajar juga ilmu menjadi lelaki beriman di akhir zaman, ok, aku setuju tolong bayarkan fidyah untuk dia pakai duit dia dulu yang jika tak cukup tambah duit aku ganti kemudian, ,maka.., melangkahlah aku bersama duit dan harapannya menuju ke Pusat kutipan Zakat di sebuah daerah di Malaysia..

Korang jangan tak percaya, masih banyak lagi tempat tempat yang lengang dan lapang dalam dunia ni selain masjid, dan itulah yang aku lihat dalam pejabat kutipan zakat dan fidyah ini, lengang takde orang, malahan kerusi pegawai kaunter jugak kosong dan lengang..

Aku terus menuju mesin tiket, tekan satu butang, keluar nombor giliran berserta bunyi ding dong, dan sejurus juga dari belakang pintu kaunter, terpancullah seorang pemuda berbaju kemeja kemas tanpa misai dan janggut…

“Assalamuialkum, boleh saya Bantu”

Sopan pemuda tanpa misai dan janggut ni, lalu kami duduk dan aku pun nyatakanlah tujuan aku untuk bayar fidyah puasa tahun lepas(baca: wakil)

Sedang asyik pemuda sopan tanpa misai dan janggut betulkan kerusi serta keluarkan fail dari dalam meja, aku mulakan pertanyaan tentang ke mana duit fidyah ini akan disalurkan?

Maka jawab pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu, duit tu akan digunakan untuk bayar kepada fakir miskin dan orang susah yang memerlukan bantuan..

Pling! Datang idea dalam kepala aku, apa kata aku cari sendiri fakir miskin dan bagi duit fidyah terus kepada mereka, aku rasa dari segi hokum tak salah, tapi tak tahulah undang undang ugama islam Malaysia boleh bagi ke tak..

Pada mulanya, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak beberapa setuju dan takut jika aku terbahagi wang tu kepada mereka yang tak fakir lalu beliau sungguh sungguh menerangkan ciri ciri orang fakir supaya aku tak tersalah.., sedang aku sebenarnya terkenang pada sorang kawan aku yang kena tipu bulan lepas oleh kawan rapatnya sendiri, sekarang, dah jadi muflis, hutang keliling pinggang, hutang alongpun ada..

Bila aku cerita niat aku pulak, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak setuju jika aku agihkan wang tu pada kawan aku yang muflis tu, sebab kawan aku tu ada kerja, dan tak lapar, Cuma hutang banyak sahaja, sama macam orang lain yang berhutang, beliau bukan fakir dan sebagainya.., lalu aku menguatkan hujjah aku bahawa kawan aku tu fakir sebab terpaksa berhutang untuk makan, kereta kena tarik, rumah nak kena jual bla bla bla, itu ini begitu begini..

Akhirnya pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu akur dan setuju dengan niat aku setelah mendengar panjang lebar hujah dari penulis blog keretamayat, siap tumbuk meja lagi aku hari tu! ha ha, aku berjaya jugak yakinkan beliau akhirnya walaupun beliau tak ada janggut macam aku, ha ha!

Ok, sekarang saya dah nak balik, saya nak bagi wang ni kepada kawan saya tu, saya nak tolong dia, err, sebelum saya balik, boleh tak saudara tolong kira berapa jumlah fidyah yang patut saya bayar (baca: wakil) supaya saya tak terlebih pulak nanti bagi kat kawan saya yang susah tu..

Pemuda sopan tanpa misai dan janggut tersenyum lalu keluarkan kalkulator dan tanya,

“Berapa hari puasa yang tinggal tu?”

Aku pun menyatakan bilangan hari yang tak puasa tu sambil melihat matanya, tapi mata beliau sedang melihat paparan kalkulator dan jari jari sedang menari di butang kalkulator..

Tiba tiba aku bertukar niat, dari nak bantu kawan aku, aku ubah kepada biarlah aku bayar wang yang di wakilkan ini kepada pusat zakat, biar mereka uruskan, biar mereka cari fakir miskin, tugas aku cukup sampai sini, lagipun mana tahu jika betul dari segi hukum kawan aku yang susah tu tak jatuh dalam katogori fakir sebab sendiri cari pasal, tak kena menjawab aku depan Allah? maka sebagai langkah keselamatan dalam urusan akhirat, aku keluarkan duit dan bayar kepada Pusat Kutipan Zakat…

Lagipun, 1 hari tak puasa kena bayar fidyah bersamaan satu atau dua mud beras, atau bersamaan 1 cupak beras, jadi tinggal 3 hari bersamaan 3 cupak dan mengikut kadar harga beras semasa, aku kena bayar sebanyak RM 3.30 sen.(baca: wakil!!)

Aku pun bayar dan beredar dari Pusat Kutipan Zakat dengan jayanya.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran