KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, August 5, 2009

Nie Dia Tempat Kawan Kita Bekerja.. sapa nak odar kat dia laa...

Propertime perkenal Takwim Digital


Mohd. Nadzir Omar menunjukkan Takwim Digital Al-Asr keluaran Propertime di Kulim, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 4 Ogos - Dahulu kita hanya mengetahui waktu solat setelah kedengaran beduk yang diikuti dengan azan dari masjid atau surau.

Namun begitu, waktu solat berbeza-beza mengikut waktu, kawasan malah mengikut negeri-negeri dan memerlukan pengiraan yang tepat supaya setiap solat yang dilakukan berada pada waktunya.

Kini, anda tidak perlu bimbang tentang waktu solat walaupun di mana sahaja anda berada kerana Takwim Digital dihasilkan untuk membolehkan setiap umat Islam mengetahui dengan tepat setiap kali masuk waktu solat.

Pengarah Pemasaran Propertime Sdn.Bhd. (Propertime), Mohd. Nadzir Omar berkata, waktu solat Takwim Digital yang dikeluarkan oleh syarikat itu, mendapat perakuan dan kelulusan daripada Jabatan Mufti negeri-negeri.

Kata Mohd. Nadzir, Takwim Digital 'Al-Asr' kini telah dieksport ke beberapa negara jiran seperti Thailand, Brunei serta Indonesia dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah mengeluarkan lebih 100,000 unit produk berkenaan.

Menurutnya, walaupun teknologi itu agak baru dicetuskan tetapi 70 peratus masjid di negara ini sudahpun mempunyai Takwim Digital yang dihasilkan Propertime.

''Kita merasakan pasaran produk untuk keperluan di masjid di negara ini telah hampir di penuhi dan kini kami menumpukan kepada keperluan di surau-surau, rumah dan keperluan individu.

''Kami merasakan masih ada ruang untuk melebarkan pasaran produk hasil ciptaan tampatan," katanya.

Propertime Sdn. Bhd. adalah syarikat milik penuh bumiputera.

Bermula sebagai sebuah syarikat kontraktor telekomunikasi, Propertime terus meluaskan aktiviti perniagaannya kepada penyelidikan & pembangunan (R&D), pembuatan, pengilangan dan penjualan produk Takwim Digital.

Sejak pengeluaran pertama pada akhir tahun 1997 sehingga sekarang, pelbagai variasi Takwim Digital telah dikeluarkan untuk kegunaan masjid, surau, pejabat dan rumah.

Kini Propertime terus mengorak langkah dengan menambah beberapa produk (khususnya yang berasaskan LED), perkhidmatan dan rakan niaga baru bagi memenuhi permintaan pengguna.

Mohd. Nadzir berkata, antara produk yang telah dibangunkan dan dipasarkan termasuklah Jam Takwim Digital (jam paparan waktu solat) LED Messaging System (Running Light, Bulletin Board, VMS)

''Kami memberikan jaminan produk selama setahun dan yakin ia boleh tahan lama sekurang-kurangnya dalam tempoh enam tahun," katanya.

Selain itu, Propertime juga membekal peralatan komputer di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), jabatan kerajaan, mesin dan makmal untuk keperluan IPT, SIRIM, MIMOS disamping membekal peralatan telekomunikasi seperti telefon, modem, BPL dan lain-lain.

''Kita juga menawarkan perkhidmatan menyelenggara dan membaik-pulih produk Propertime Sdn. Bhd, pengiklanan di masjid dan membaik-pulih Jam Klasik,

''Apa yang menarik lagi, kita boleh menghasilkan Takwim Digital mengikut keperluan pelanggan itu sendiri supaya ia sesuai dengan cita rasa mereka," katanya.

Untuk keterengan lanjut mengenai Takwim Digital boleh menghubungi Propertime di 27, Jalan Saujana 1, Taman Industri Saujana, Lunas, Kedah tel 04-484 8834 atau 012-422 0066.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran