KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, September 9, 2009

Cikgu Syam: Tolong Komen sikit pasai nie

Pendang : Keluarga daif mohon bantuan


KAMPUNG KUBANG ANAK GAJAH – Sebuah keluarga kurang berkemampuan memohon mana-mana pihak agar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga.

Zarina Seman, 38, yang merupakan suri rumah berkata, suaminya, Mohd Rodhi Mohd Said, 50, bekerja sebagai buruh binaan dan memperoleh pendapatan tidak menentu.

Menurutnya, hal itu sedikit sebanyak memberi beban dan kesan kepada mereka sekeluarga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan suami isteri ini memperoleh lima anak dan ada kebanyakan mereka bersekolah serta memerlukan perbelanjaan tinggi sebab bantuan yang diperoleh anaknya tidak mencukupi.

“Saya sudah beberapa kali memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sehingga sekarang tidak mendapat maklum balas.

“Saya hairan mengapa keluarga saya tidak layak untuk mendapatkan bantuan JKM memandangkan kehidupan kami memang daif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zarina berkata, JKM telah turun padang membuat tinjauan di rumahnya, namun sehingga kini dia tidak dimaklumkan alasan mereka tidak layak menerima bantuan berkenaan.

Dia turut memberitahu, penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan ini juga turut terkilan kerana mendakwa mereka seolah-olah dipinggirkan sebab tidak pernah mendapat perhatian mana-mana wakil rakyat yang turun padang meninjau masalah kemiskinan di sini.

Menurutnya, mengenai masalah penduduk, sepatutnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Majlis Ketua Kampung (MKK) seharusnya berperanan menyelesaikan masalah yang dihadapi seterusnya membawa masalah ini kepada pihak berkenaan agar ia tidak berpanjangan.

1 comment:

hisham said...

depa ni memang org kg aku....kira susah la jugak... anak ramai,,,,apa hal pun aku dh posting artikel ni kt YB Dr Hayati, mintak dia pi jengok tengok......

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran