KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, September 2, 2009

KAHH!!! KAHH Padan Muka kita Kena Pemohong lagiiiii

Kenaikan Harga Minyak : Menteri 1 Malaysia Ismail Sabri bohong kepada rakyat !

Graf ini adalah bukti bahawa minyak mentah tidak pernah melepasi USD80 setong semenjak Bulan Oktober 2008. Menteri Ismail Sabri menyatakan harga minyak melepasi USD80 di minta bertaubat kerana membohongi rakyat Satu Malaysia di Bulan Ramadan !

Graf ini adalah bukti bahawa minyak mentah tidak pernah melepasi USD80 setong semenjak Bulan Oktober 2008. Menteri Ismail Sabri menyatakan harga minyak melepasi USD80 di minta bertaubat kerana membohongi rakyat Satu Malaysia di Bulan Ramadan !

http://www.tvantara.com/v1/video?id=1428

Tindakan menaikkan harga minyak hanya akan menzahirkan lagi bebanan kepada rakyat dengan penyusulan kenaikan harga barangan lain, pada bila-bila masa.

Secara sindiran, Ketua Angkatan Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata, kenaikan harga minyak ini adalah hadiah merdeka daripada kerajaan UMNO-Barisan Nasional, sempena sambutan kemerdekaan Negara, semalam.

“Saya merasakan kenaikan harga minyak merupakan hadiah merdeka daripada kerajaan UMNO-Barisan Nasional, ini merupakan perkara yang bertentangan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh media propaganda milik kerajaan Barisan Nasional iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dari RM1.75 kepada RM1.80 dan RON97 dari RM1.80 kepada RM2.05 seliter, bermula hari ini.

Biarpun alasan yang diberikan ekoran kenaikan harga minyak dunia AS$40 setong kepada AS$82 setong, namum persoalannya adakah tindakan ini wajar memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan merupakan penindasan hak rakyat, tambahan ketika ini negara sedang mengalami masalah ekonomi yang agak meruncing.

“Sudah jelas dengan kenaikan harga minyak, negara Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan tindakan kerajaan ini merupakan tindakan menindas hak rakyat di dalam di mana negara kita sedang mengalami masalah ekonomi yang meruncing dan dalam masa yang sama rakyat ditekankan dengan kenaikan harga barang. Jadi sudah pastilah, kenaikan harga minyak ini akan membebankan lagi tambahan rakyat sedang bersedia menghadapi hari raya aidilfitri,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan dilakukan bagi mengaburi mata rakyat.

“Bagi kita, ini tidak bertanggungjawab kerana kerajaan hanya menggunakan semula retorik dan mantera politik sama sebelum ini yang menyatakan harga minyak di negara kita lebih murah berbanding dengan negara-negara jiran. Kenyataan Datuk Ismail Sabri semalam jelas menyatakan sekarang kita guna RON95, dahulu RON97 terlalu tinggi untuk kereta-kereta di negara kita. Ini termasuk hujah-hujah yang tidak masuk akal di mana mereka cuba menjustifikasikan harga minyak,” katanya.

Shamsul berkata, tindakan kerajaan ini merupakan tindakan yang amat malang kepada rakyat dan Pakatan Rakyat berharap rakyat mengambil sikap dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai negara Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak, beliau berkata tindakan itu amat malang kepada rakyat dan menggesa agar kerajaan memulangkan hasil kekayaan bumi kepada rakyat.

“Saya lihat ini soal pengurusan, kita lihat negara seperti Venezuela contohnya, kerajaan mereka telah memulangkan semula hasil mahsul dari negara mereka kepada rakyat.

“Mereka meletakkan kepentingan ini kepada rakyat tetapi tidak di Malaysia, dalam keadaan pasaran harga minyak di luar negara dinaikkan, harga minyak tetap dinaikkan. Dalam keadaan harga menurun, pun dinaikkan juga,” katanya.

Beliau meminta menteri yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan yang konkrit dalam hal ini dan bukan memperbodohkan rakyat.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zulkifli Ahmad menegaskan kerajaan harus bijak mengurus kekayaan minyak negara.

“Kita selaku megara pengeluar minyak yang merupakan pengeluar minyak bersih, tidak wajar menunjukkan bahawa kenaikan yang seperti ini berbanding dengan negara- negara pengeluar minyak. Jadi kalau kita bandingkan dengan negara Singapura, negara- negara yang tidak punya minyak, itu bukan perbandingan yang baik. Ini jelas menunjukkan bahawa perlu ada satu political wheel untuk benar-benar mengizinkan dan mengurus harta kekayaan minyak kita ini yang mesti pada akhirnya rakyat mendapat manafaat itu,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu membuktikan bahawa tadbir urus ekonomi negara ini boleh dilaksanakan dengan baik.

“Sebagai negara pengeluar minyak, kita tidak menunjukkan bahawa kita adalah penjaga yang baik dalam mengurus harta kekayaan kita,”katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail membidas pucuk pimpinan yang menaikkan harga petrol ketika rakyat sedang dibelit kegawatan ekonomi dunia dan bakal berdepan dengan kos berlipat kali ganda, menjelang musim perayaan pertengahan September ini.

Beliau mempersoalkan, apakah ini hadiah Perdana Menteri Najib Razak kepada rakyat yang membuta tuli menyokong pentadbiran pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Sambutan hari merdeka diberikan kepada kita, naik harga minyak. Belum lagi 1 September, naik harga minyak. Padahal kita diberitahu bahawa 1 September barulah minyak petrol naik harga, tapi belum habis kita merasa 31 Ogos, harga minyak dah naik,”katanya.

Nota : Oil has rallied from a low of US$32.40 in December 2008, which was the weakest in nearly five years, to a 2009 high of US$75 a barrel last week. — Reuters

Sumber : www.tvantara.com

3 comments:

chedet said...

Pengiraan Pada kadar harga semasa 2 Sept 2009 pukul 1137pagi

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 68.60 (bersamaan dengan RM 241.47)
(tengok software harga minyak dunia kat side bar blog kita nie)

1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.52
Harga satu liter > RM 241.47 / 159 liter = RM 1.518

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 1.518 - RM 0.30 = RM 1.218 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.05 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia =
RM 2.05 - RM 1.218
= RM 0.832 per liter.

hisham said...

caya hang det, siap ada jalan kira math lagi ni.....dulu Miss Lee ajaq math (T2) hg asyik dok perasan kt dia ja...aku ingat la?

Lan said...

teringa RAMLI CHA ajat mate tam kat aku dulu...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran