KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, September 8, 2009

Kedah: Wakil Rakyat tak buat kerja ka atau terlepas pandang?

Inilah rumahku, syurgaku

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my


JITRA: Amat memilukan melihat kehidupan seorang warga emas di Kampung Pida 5, Sematang Jawa, Air Hitam, dekat sini, tinggal di pondok buruk seperti reban ayam yang dibina di atas tanah orang selain terpaksa menggunakan air parit untuk kegunaan harian sejak lebih 10 tahun lalu.

Murad Mat, 80, bukan saja terpaksa berteduh di pondok seluas tiga meter persegi, tetapi hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.

Anak tunggalnya tidak lagi tinggal bersama selepas mengikut suami ke Langkawi.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, pondok buruk itu hanya berdindingkan zink dan plastik selain kawasan sekitarnya dipenuhi sampah-sarap termasuk tong plastik dan tin buruk. selanjutnya sini




Apa wakil rakyat buat sampai hal sebegini dibiarkan,takkan kena tunggu keluar suratkhabar baru mahu diambil tindakan.Atau tiba musim pilihanraya kecil baru parti politik masing masing kelam kabut nak bantu.Buat pemimpin politik tengok tengok lah sama rakyat,jangan asyik berpolitik kebajikan rakyat jangan terbiar.

Pisau begitu tersentuh hati apabila melihat nasib Pak murad ,yang uzur dan pondok yang diduduki tak layak langsung untuk seorang warga emas menghabiskan sisa hidupnya. Kemana perginya Kerajaan berkebajikan?Ini lah PAS,hanya pandai beretorik.sana sini salahkan orang kerja tak buat juga.

Dahulunya kawasan ini diwakili oleh Dato Othman Aziz,Exco Belia dan Sukan Kedah.Dan selepas Pru12 adun kawasan ini diwakili oleh PAS,dan ahli parlimennya pula Yb Dato Mukhriz dari Umno. Pisau berharap kedua dua orang pemimpin agar mengambil tidakan seberapa segera,jangan biarkan hal ini berlanjutan.

Nak berpolitik tu politiklah tapi tengok masa la jugak,Umno dan PAS hal kebajikan pada rakyat jangan lupa.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran