KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, September 15, 2009

Membaca al-Quran


WALAUPUN masih kecil, tetapi kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Jeddah
ini membaca al-Quran secara bertadarus bersama rakannya. - AFP

AL-QURAN merupakan kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu rahmat untuk seluruh alam. Kitab suci itu diturunkan untuk menjadi petunjuk, pedoman dan pengajaran kepada semua umat manusia di muka bumi ini. Justeru, membaca al-Quran adalah amalan yang mulia terutama sepanjang bulan Ramadan.

Ini kerana setiap bacaan al-Quran pada bulan penuh rahmat itu akan dianugerahkan pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap huruf yang dibaca.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Hadis riwayat al-Tirmizi).


MENGETAHUI kelebihan membaca al-Quran sepanjang Ramadan, umat Islam
di wilayah Mogadishu, Somalia tidak ketinggalan melakukan ibadah tersebut. - Reuters

Mengetahui kelebihan membaca kitab suci al-Quran, maka umat Islam di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala seperti yang dikatakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sama ada di masjid, surau, madrasah, rumah dan sebagainya, mereka pasti akan meluangkan masa membaca al-Quran. Beruntunglah mereka yang membaca al-Quran pada bulan Ramadan yang semakin hampir melabuhkan tirainya itu.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai umat Islam yang membaca al-Quran di serata pelosok dunia.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran