KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, October 8, 2009

Orang Kampung Perlu Bantuan Nie...

Note : Det nie orang kampong hang nie.... cuba tengok sat tang mana boleh kita tolong....

Pesakit ketumbuhan otak mohon kerusi roda

KAMPUNG CHAROK KUDONG - Seorang pesakit tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan akibat mengalami ketumbuhan otak yang serius memohon mana-mana pihak agar dapat membantunya menyumbang kerusi roda.

Che Mustafa Selimi, 56, yang mempunyai empat anak berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan disebabkan sakit pertumbuhan di bahagian otak yang dialaminya hampir tiga tahun.

Dia yang merupakan bekas pemandu bas tradisional hanya mengharapkan pendapatan daripada dua anaknya yang hanya bekerja sebagai tukang jahit.

“Dua anak masih lagi bersekolah dan juga mengharap perbelanjaan daripada kakaknya kerana saya tidak dapat lagi menanggung keluarga.

“Akibat penyakit yang dialami ini, saya sudah tiga kali menjalani pembedahan di hospital Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, walaupun sudah tiga kali menjalani pembedahan tetapi ketumbuhan di bahagian otak masih lagi ada menyebabkan dia perlu selalu mendapatkan rawatan doktor.

Che Mustafa berkata, disebabkan penyakit itu dia tidak dapat berjalan seperti biasa dan kadang-kadang bergantung kepada tongkat.

“Walaupun menggunakan tongkat tetapi saya tidak boleh berdiri lama seperti dahulu kerana saya tidak dapat mengimbangi badan disebabkan pembedahan itu.

“Pembedahan ini memberi kesan pada mata saya menyebabkan penglihatan saya kadang-kadang menjadi kabur,” katanya

Sementara itu, isterinya, Faridah Ismail, 48 berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan bagi menyara keluarga kerana terpaksa menjaga suaminya.

“Suami amat memerlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pengurusan saya dan tidak perlu lagi memapah suami untuk ke mana-mana.

“Kerusi roda sangat diperlukan kerana sering membawa suami ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Dia berkata, dia selalu membawa suami membuat rawatan iaitu seminggu sekali dan kos perjalanan setiap kali mendapatkan rawatan sebanyak RM150.

Dia mengharapkan mana-mana pihak agar dapat menyumbangkan sebarang bantuan kepadanya bagi meringankan beban.

5 comments:

Benu said...

kalau pakat hulur sorang rm10..ikutkan members list rasanya lepas beli kerusi roda kat pak cik tu.
masuk je dlm ac cik leen ..amacam?

leen said...

klu x leh beli kerusi roda pun bole gak dia guna untuk keperluan lain....sian ler aku tengok....det cmna?

badariah said...

bulehhhh

chedet said...

aku sokong sesangat ide tu.. Pesakit nie aku kenal . pak dia dulu pemandu teksi pekan pendang lama. mungkin hangpa perasan kot teksi DATSUN lama Selimin . Adik pesakit Ahmad bin Selimin, seusia dengan kita . Dulu kelas 1SP, 2SP & 3 SP sekelas dgn Najwa

Benu said...

bila boleh kick start kempen menderma nih??

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran