KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, February 9, 2010

5 Sekawan Cetus iLuvislam.com


www.iLuvislam.com
Team Tabloid iLuvislam




Untuk pilihan ikon minggu ini, ILuvIslam memperkenalkan lima anak muda berjiwa besar di sebalik tabir laman sesawang iluvislam.com. Mungkin selama ini tidak ramai mengenali siapakah yang bertanggungjawab terhadap iluvislam.com.

Mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laman web iluvislam.com ialah Mohd Nurul Imran Koyube, Muhamad Ruzaini Ibrahim, Firdaus Rahim, Wan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery dan Ahmad Izwan Nordin. Kelima-lima jejaka ini adalah rakan baik dan bersepakat berkongsi pengalaman menubuhkan iluvislam.com yang sehingga kini telah menjadi wadah tarikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan anak muda. Usaha mereka turut dibantu bebe rapa krew lain.

Kesungguhan yang terpancar daripada usaha murni mereka berdakwah telah menarik perha-tian Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB), Datuk Hussamuddin Yaacub. Demi menyokong mereka, beliau akhirnya besetuju menjalinkan kerjasama dengan iluvislam.com.

Menurut pengasas iluvislam.com ini, pertemuan dan perkenalan dengan KKSB memberi makna buat me reka, apatah lagi dengan persetujuan kedua-dua pihak memikul tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat. Kerjasama yang terjalin dengan adanya ILuvIslam (majalah akhbar) tidak ubah seperti satu hubungan simbiosis yang istimewa.

Selain itu, kolaborasi ini turut dilihat sebagai satu ranting dalam usaha berdakwah dunia moden yang menuntut individu agar lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan medium dakwah. Ia juga dilihat mampu menarik warga muda dan remaja untuk membaca dan menyimpan sisipan akhbar bagi mempertingkatkan ilmu agama serta info tentang isu semasa.

Berkongsi ilmu
Menurut Presiden iluvislam.com, Mohd Nurul Imran Koyube atau lebih mesra dengan panggilan Im, pada awalnya iluvislam.com ditubuhkan bagi berkongsi ilmu dan maklumat di kalangan rakan-rakan yang bakal melanjutkan pela jaran di luar negara. Antara yang ingin disampaikan adalah persediaan hidup di negara orang. Tambah Imran, melalui laman web ini, dia dan empat rakannya yang lain turut cuba berkongsi info tentang persediaan rohani dan jasmani agar tidak berlaku sebarang kejutan budaya.

Walau bagaimanapun akui pemuda dari Sungkai ini, laman iluvislam.com cuma aktif bermula penghujung 2007. Itupun setelah ditegur beberapa orang rakan. Ujar Ruzaini, pada peringkat awal, iluvislam.com cuma untuk memenuhi masa senggangnya. Namun, setelah melihat semakin ramai yang melayarinya, Ruzaini mula berasa seronok. “Setelah ditegur, kami menjadi lebih bertanggungjawab terhadap laman ini. Hasilnya iluvislam.com sudah mencecah ratusan ribu pengunjung dan terkenal di kalangan remaja dan orang ramai sama ada di dalam mahupun di luar negara,” sambung Ruzaini tersenyum puas.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran