KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Sekadar titipan biasa...

Salam semua!

Dah lama aku tak melepaskan jari jemari yang mongel ni menari2 dengan bebas di sini. Bukan tidak sudi. Tapi ketandusan idea. Banyak yang ingin diperkatakan. Tapi tak terzahir oleh kata2.

Aku tidak mahu memberikan alasan sibuk kerana itu bukan alasan. Itu adalah kenyataan. Tapi hari ni aku tiada alasan untuk tidak memberikan sedikit coretan di sini kerana hari ini aku kurang sibuk. Bukan tidak sibuk, cuma kurang. Walaupon retina mataku tertacap di skrin excel spreadsheet, sempat juga aku menyelit di ruangan ini. Ruangan yang aku rindui setelah sekian lama menyepi dari berkata2.

Banyak yang ingin diperkatakan. Tapi biarlah kusimpulkan agar ia tidak panjang dan tidak lenguh juga jari jemari aku menekan keyboard laptop ni. Aku perlu mengejar masa dan idea. Kerana sekali ia datang , tidak mungkin ia berpatah balik. So sementara idea masih bersarang di kepala ini, biar aku uraikan di sini saja.

Baru2 ini aku menyertai lawatan yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama dengan office aku. Lawatan sehari itu bertujuan untuk melawat asnaf2 yang diberikan bantuan oleh LZS dan LZS mahu kami lihat sendiri ke mana wang zakat yang diberikan. Tujuan kedua mungkin untuk kami melihat sendiri ketelusan LZS dalam memainkan peranan sebagai pemegang amanah bagi wang kutipan zakat ini.

Apa yang ingin kukatakan di sini, alangkah beruntungnya para asnaf yang bermaustatin di Selangor. Pelbagai bantuan yang diberikan oleh LZS bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dan menguruskan hidup dengan lebih sempurna. Ya..Selangor adalah negeri yang mempunyai paling banyak syarikat korporat. Sudah tentunya hasil kutipannya sangat sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri2 yang lain.

Mereka yang tiada rumah diberikan rumah secara percuma. Dinamakan Desa Ehsan. hanya basuh kaki saja masuk rumah. Hanya bayar bil letrik dan jugak bil api saja. Bantuan yang lain LZS sediakan seperti bantuan makanan, persekolahan anak2. Malah pengangkutanan anak2 utk ke sekolah hari2 pon disediakan. Untung kan.

Kami berpeluang untuk meninjau dalam rumah asnaf2. Memang cukup semualah. ada peti ais besar 2 pintu, ada mesin basuh automatik. Malah ada mesin jahit Singer yang bukan setakat mesin jahit semata. Siap ada utk jahit tepi apa semua. Untung kan.

Cuma aku dengar juga rungutan para asnaf berkenaan dengan masalah anai2..masalah siling rumah bocor apa semua. Dalam hati aku, bersyukur lah byk bantuan yang dapat. Masalah siling bocor, anai2 apa semua tu selesai la sendiri. Kalau itupon nak harapkan LZS juga tatau la.

Inilah masalah asnaf2 yang dihadapi oleh LZS seperti yang diceritakan oleh pegawai LZS. Masalah fakir miskin ni ialah masalah attitude. Semua nak harapkan LZS. Mereka tidak ada daya usaha sendiri. Nak ubah mentaliti masyarakat itu yang susah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Sewaktu membuat lawatan ke Desa Ehsan di Jeram kami melewati beberapa rumah kedai kosong dan tertutup. Menurut pegawai LZS itu adalah kilang yang dibina utk perusahaan mee kuning dan juga perusahaan membuat rempah ratus. Tapi terpaksa ditutup kerana tiada tenaga kerja yang ingin meneruskan perusahaan tersebut.

Menurut pegawai LZS, mereka mengeluarkan modal lebih dari 5 juta utk membeli keperluan dan mesin2 tapi disebabkan tidak mendapat kerjasama dari para asnaf2 maka kilang tersebut terbiar begitu saja. Sayang kan. Dalam hati aku, orang2 lain mencari2modal untuk memulakan business. Nak buat pinjaman pon punya susah nak lulus. Tapi mereka yang berruah ini yang rezekinya datang bergolek golek depan mata, masih gagal memanfaatkan apa yang diberi. Sayang sungguh la. Aku sangat kesal dengan sikap sebegini. Sangat2 kesal. Tak terucap oleh kata2.

Banyak lagi lawatan kami ke tempat asnaf2 lain tapi cukuplah satu cerita ini insyaAllah buat masa ni. Idea pon dah makin kering ni. InsyaAllah sekiranya masa mengizinkan aku tak akan lokek mensumbangkan sedikit masa dan idea buat memeriahkan lagi blog kita ni.

Sebelum jari jemariku berhenti menari, aku ingin mengucapkan salam aidiladha buat semua kengkawan dan semoga ibadah korban yang kita lakukan akan membuatkan perjalanan hidup kita lebih berkat. Salam Aidil Adha buat semua!

SALAM AIDIL ADHA- Kelebihan Bulan Zulhijjah

hari aidiladha Pictures, Images and Photos




Tak ramai yang tahu amalan-amalan yang sesuai dan yang dianjurkan kepada umat Islam pada bulan ZulHijjah ini. Sebab kita dah biasa faham tentang kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain daripada sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji serta mengadakan korban. Seluruh umat Islam mendapat kebajikan daripadanya, baik mereka yang menunaikan Haji, baik mereka yang tak menunaikan haji tapi berkorban dan juga baik kaum fakir miskin yang memperoleh rezeki korban. Dan hari yang paling diutamakan pada bulan ini pula adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam juga menggalakkan umatnya agar melakukan amalan kebajikan yang banyak pada bulan ini kerana kelebihan musim haji itu, dan juga kerana kelebihan Kaabah Allah yang menjadi kunjungan para jemaah haji.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”. Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.


Saya cuba ringkaskan dan senaraikan segala amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.

  • 1. Menunaikan haji dan umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. (Maaf, saya tak jumpa sanadnya ni dari mana. Sape2 tahu harap bagitahu saya)

  • 2. Berpuasa
Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.

Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkata:

"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis." Riwayat al-Nasaa'i, 4/205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2/462.

  • 3. Berzikir
Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.

Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22:28)

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

Eid Al Adha Pictures, Images and Photos
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

  • 4. Bertaubat
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

  • 5. Memperbanyakkan amalan soleh
Terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

  • 6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

  • 7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.

"Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir." (Surah Al-Hajj 22:28)

  • 8. Solat Aidil Adha di masjid dan mendengar khutbah
Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.


AIDILADHA Pictures, Images and Photos

Friday, November 20, 2009

UPSR, Cuti & Kenduri

Hari-Hari dan Hari

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan.

Sekadar nak mengukir ucapan tahniah buat anak2 yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Kepada yang tidak, teruskan usaha lagi. Perjalanan belum berakhir.

Anak Sulong aku cuma boleh 1A 4 B.. kira Alhamdulillah la..

Anak - anak orang lain dapat berapa A?


Kepada rakan2 cikgu yang dah mula bercuti, SYOQnya hangpa.. Teringin aku nak cuti mcm hangpa..

Raya haji ke 3 nie 29hb Nov,, rumah aku buat kenduri . Kahwin kan adik ke 4 aku. Alamat F535A Kg Pantai Prai , Pdg Serai Kedah. Keluar Tol Sg Petani Selatan , Cari sign Board Pinang Tunggal. Kat kg pinang Tunggal tu ada Sign Board pi Kg Pantai Prai , umah Aku. Jalan pintas nak pi Kulim.

Seminggu lepas tu pada 5Hb Disember, Kat umah mertua aku pulak . Kenduri kahwin adik ipaq aku.
alamat sebelah Madrasah Kg Panchor , Charok Kudong. dari Gajah mati tu hang pa ikut sign board kenduri
Nama Pengantin Musliha & Saiful.

AKu ambik kesempatan nie nak jemput semua Kengkawan yang baca blog nie bersama keluarga dan tolong jemput sekali kengkawan & family depa yang tak dapat info dari blog nie untuk hadir ke rumah aku & mertua aku pada ke 2/2 tarikh tu.

TAK jumpa umah , call aku 0173122639 / 0193579900 . boleh aku jemput hangpa pakai menatang kat bawah nie.. heeeeeeee



NAJWA Ahmad pon SMS aku jemput semua kengkawan Pakat pi makan kenduri korban kat umah dia di Batu hampaq, jln ke SM tengku Temenggung. Pada hari raya ke 3. Sama sari dgn kenduri kat umah aku. Kalau hangpa sesat , pandai2 la tipon dia ..


Pakat2 Mai noo
Terima kasih

Rumah Melayu dahulukala


Ruslina Ruslin, 28, gembira dapat membina sebuah kediaman tradisional Melayu di bandar raya Alor Star.




SI bapa pernah memberitahu anak gadisnya: "Suatu hari ayah akan berhenti untuk melihat rumah ini tetapi pada masa itu ia bukan lagi milik ayah."

Si bapa sebenarnya bercadang untuk menjual rumah tradisional Melayu itu.

Namun si anak, Ruslina Ruslin, 28, tahu bapanya, Ruslin Long, 56, sekadar ingin menguji sejauh mana sayangnya beliau pada rumah yang baru sebulan didiami itu.

Terletak di celah-celah deretan rumah berstruktur konkrit di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pengguna jalan raya yang melepasi Plaza Tol Utara, Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke bandar raya itu pasti terpegun melihat rumah berwarna coklat itu.

"Pernah ada seorang wanita turun dari keretanya dan menadah tangan seperti berdoa. Wanita itu kemudian memberitahu saya yang dia bersyukur kerana di sebalik rumah-rumah batu di bandar itu masih ada rumah kampung di sini," cerita Ruslin, seorang peniaga.


KONSEP tandas dan bilik air di luar rumah menyempurnakan reka bina lama ini.


Melangkah masuk ke perkarangan kediaman ini, mata pantas terpaku pada pagar buluh yang diselang-seli dengan dawai besi. Ia sinonim dengan masyarakat Melayu dulu-dulu yang memagari rumah mereka menggunakan sumber dari alam semula jadi.

Perasaan kagum terus menyelubungi tatkala kaki memijak kulit siput-siput laut dan batu-batu sungai yang dijadikan hamparan di halaman rumah.

"Penggunaan siput laut lebih mesra alam kerana selain berupaya menyerap air, ia juga mudah dijaga," kata Ruslina, seorang graduan seni bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Tempayan di kaki tangga

Tangga yang membawa pengunjung ke dalam rumah pula dibina secara terbuka sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.


RUSLIN menambah nilai nostalgia kepada rumah lama idamannya itu dengan mengadakan acara mengacau dodol sempena Aidilfitri lalu.


Seperti lazim bagi masyarakat Melayu membasuh kaki terlebih dahulu sebelum memasuki rumah, sebuah tempayan dan timba yang diperbuat daripada upih disediakan di kaki tangga.

Sebaik saja memijak beranda, dua buah bangku kayu panjang sedia menanti untuk tetamu melabuhkan punggung sambil menghirup udara segar dan memerhati pemandangan sekeliling.

"Pemidang atas yang diperbuat daripada kayu cengal dan diukir awan larat ini pula menjadi sisir atau laluan angin yang dapat memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin bersantai di beranda ini," terang Ruslina.


RADIO antik menghiasi rumah Ruslina.



RUSLINA (kiri) meneruskan impian bapanya, Ruslin.


Setelah menghilangkan lelah, serambi pula menunggu dengan hamparan tikar mengkuang. Tanpa set sofa, tetamu hanya duduk bersila atau bersimpuh yang sinonim dengan budaya Melayu dahulukala.

Di sini, sekali lagi keunikan kediaman ini terserlah dengan kehadiran sebuah radio lama dan kepala rusa di dinding yang selalunya digunakan untuk menyangkut kopiah atau baju.

Memerhati dinding kelarai buluh, mata dihidangkan pula dengan susunan lukisan yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang mengerjakan sawah, kanak-kanak bermain basikal dan pemandangan kampung.

"Serambi ini dihiasi dengan sisir udara dan jeriji terbuka bagi memudahkan pengaliran udara dan membolehkan rumah ini 'bernafas' dengan mudah," ujar Ruslina, pemegang Sarjana Pengurusan Pembinaan Bersepadu dari UiTM Shah Alam.

Bagaimanapun, rumah ibu sangat berbeza daripada konsep beranda dan serambi. Ia sebaliknya dilengkapi perabot yang disusun rapi.

Di sudut tepinya terdapat sebuah meja solek, sebuah meja untuk membuat kerja dan sebuah meja bulat beserta dua buah kerusi rehat.

Konsep moden rumah ibu

Mata turut tertarik pada katil bercadar putih dan kertas dinding dengan rona lembut. Hamparan permaidani biru tambah menaikkan seri rumah ibu itu.

"Rumah ibu direka luas tanpa sebarang penghadang bagi keselesaan penghuni.

"Di sebalik keunggulan ciri-ciri tradisional bagi rumah ini, saya menyelitkan elemen moden bagi rumah ibu," ujar Ruslina lembut.

Menjenguk belakang rumah ibu, terdapat satu sudut berlantai kayu yang dikenali sebagai pelantar gincah yang digunakan sebagai tempat untuk membasuh pakaian.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM:
SISIR dan kekisi yang membenarkan udara keluar masuk rumah.
AMALAN membasuh kaki dengan menceduk air dari dalam tempayan menggunakan batok masih dikekalkan.
DAPUR kayu mampu menghidupkan nostalgia.
TANGGA yang dibina terbuka seolah-olah mengalu-alukan kedatangan tetamu.


Mengekalkan persekitaran rumah kampung, sebuah perigi turut dibina dengan timba daripada upih dan bilik air yang terletak bersebelahan.

Keliling rumah pula diindahkan dengan tanaman dan tumbuhan herba seperti serai, daun pandan, cili, pokok kelapa selain pokok bunga termasuk melur dan bunga kerak nasi.

"Tumbuhan hijau itu dapat menambahkan lagi seri persekitaran rumah di samping memberi ketenangan kepada penghuni," kata Ruslina yang memberitahu aktiviti mengacau dodol buat pertama kali diadakan di pekarangan rumah itu sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM:
BAWAH rumah dengan binaan tiang tinggi.
BERANDA menjadi perhentian pertama rumah Melayu lama.
REKAAN moden menghiasi bilik tidur di rumah ibu.SERAMBI yang dihampar tikar mengkuang sangat sinonim dengan gaya hidup masyarakat dahulukala.


Si bapa yang tertarik dengan topik itu mencelah bahawa ia diadakan bagi mengimbas nostalgia mengacau dodol menjelang raya semasa di kampung.

"Saya menjemput staf-staf RNA Design serta rakan-rakan daripada pelbagai kaum untuk berkongsi pengalaman memasak hidangan tradisional itu," ujar Ruslin ceria.


Monday, November 9, 2009

F1 malaysia: projek didahulukan Masyuuk diutamakan

Biaq betoi gambaq hat aku tengok nie.. Real beb . Tak kan super impose kot? Ca pakar2 forensik kat blog nie "seasat" tengok.......

Dalam pada toyota hat Besaq bagak & maju gila dalam bab permotoran nie tarik diri . Tot- tot kita pulak tebiang pi masuk. (lagi berita klik kat sini )
Ca hangpa komen sikit..

Wednesday, November 4, 2009

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran