KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Saturday, May 24, 2008

Alhamdulillah...

sekurang-kurangnya masih lagi ada waktu untuk mengingati jugak ALLAH...
KITA pulak camna..?????

Tanda² Sakit - This is Good..!!

Risalah ini bagus untuk anda semua.......

Tanda-tanda sakit yang selalu Kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
I) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Iii) Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Iv) Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
V) Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru Dan kerongkong.
I) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Iii) Bersin
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
A. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
C. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
I) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
Di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
I) Bibir pucat

A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Ii) Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung Dan sistem pengedaran darah.
I) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat Dan lain-lain lagi.
Ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
I) Telinga terasa tersumbat :
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak Dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat Dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
I) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
Ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
Iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras Dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

B) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

C) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

D) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

E) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

F) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

G) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

H) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foo t).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E.. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a.. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16.. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses = pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ;
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM :
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk :
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Kisah batu putih...

Assalamualaikum...


(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)

memandangkan ada sahabat kita sentuh pasai batu putih tu lalau aku buka topic nie... ini aku ambik dari KedahLanie punya blog... nak karang banyak2 pon aku rasa aku punya pendapat sama la macam ADMIN dia....alahai nasib....


tengok sendiri lee.. kedudukan pulau tersebut

Nie ada satu komen dari seorg sahabat Pasal Kes Pulau Batu Putih.. Entahlaa nak kata apa pon tak tahu la.. betul atau tidak pakat2 pikiaq laa...Terasa macam negeri ke 6 plak yg jatuh kat pembangkang.....

Seperti komen saya kat tajuk yang lebih kurang sama, Singapura nak sangat kat Pulau tu kerana strategi tentera. Tidak bermaknanya pulau tu jauh dari Singapura dia tak berhak nak mengambilnya. Contoh paling senang adalah kepulauan Falkland yang diambil oleh UK dari Argentina. Tu lagi jauh berbanding dengan Batu Putih dan Singapura. Siap gi perang.. mane de pi ICJ. Tak main la ICJ nihhh.. Falkland agak besar la juga berbanding Batu Putih. Tetapi dengan adanya hak Singapura ke atas pulau tu, maka adengan menambak pun boleh la bermula.

Lepas tu bole la letakkan peralatan ketenteraan untuk pemantauan jarak jauh....errrr remote menyinsing. Sekarang nih pergerakan kapal antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak senang dipantau. Singapura bole la buat pelabuhan kecik kat situ untuk letak stesen kapal selam dan stesen minyak dia. Bole menempatkan helikopta diorang yang canggih tu. Jauh lebih canggih dari Nuri TUDM. Puhhhh banyak jimat masa dan tenaga la kalau dah ada stesen kat situ. Nak serang Vietnam pon clear.

Tahhhh nak cakap apa-apa pon tak guna dah sekarang .. Harapkan lain kali tak la jadi macam nih..

Oleh : Mena0L (TKO)

apa kata hangpa semua........????

Thursday, May 22, 2008

Fakta menarik :

"PakLah dalam sesi Dewan Rakyat telah memaklumkan tentang kos pembangunan Putrajaya setakat ini sdalah hampir RM12 billion. Tahukah anda berapa banyakkah duit RM12,000,000,000 tu.

Untuk makluman anda keluasan Putrajaya ialah 4932 hektar bersamaan dengan 49,360 meter persegi. Sekiranya jumlah wang tersebut dipecahkan kepada duit kertas RM50, maka kita perlukan sebanyak 24,000,000 keping.

Bilangan kepingan duit kertas RM50 sebanyak itu boleh digunakan untuk menutup seluruh keluasan Putrajaya sebayak 5 lapisan. Cubalah anda bayangkan.

Waw banyaknya duit dileburkan disitu berbanding dengan peruntukan untuk orang-orang kampung dan luar bandar. Setujukah anda dengan duit yang telah dileburkan di Putrajaya..."

Wednesday, May 21, 2008

Taqwa, Ujian Dan Perjuangan

Perjalanan hidup memang tidak akan reda dari dugaan dan cabaran. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ; "Adakah manusia menyangka bahawa cukup sekadar mereka menyatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

ujian datang dari pelbagai sudut dan ruang. Bagi umat Islam yang bergelar mukmin, seharusnya setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi di dalam kehidupan seharian dijadikan sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan yang menciptakan. Keimanan bukan hanya dengan kata-kata dan luahan. Keimanan itu perlu diuji dan dibuktikan dengan pelaksanaan. Oleh kerana kehidupan insan itu punya matlamat dan tujuan, ianya tidak dapat lari dari kepayahan dan ancaman.

Untuk mengikuti ujian, kita perlulah bersedia dengan segala macam bekalan dan kekuatan. Bekalan yang terpenting itu adalah taqwa kepada Tuhan. Allah berfirman yang maksudnya, ; "Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa" (sila rujuk konsep taqwa). Bekalan taqwa ini perlulah mencukupi kerana sekiranya kurang maka kita akan serba kekurangan dalam mendepani ujian yang dikenakan. Mahu ikut peperiksaan di universiti pun perlu buat persidaan yang cukup. Inikan pula mahu lalui ujian yang telah Allah janjikan dengan kepayahan dan kesukaran seperti yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam FirmanNya dengan mafhumNya ; "Sekiranya (hijrah @ perjuangan) itu dekat jaraknya dan pendek perjalanannya pastinya mereka akan mengikuti Mu (wahai Muhammad). Akan tetapi ia (hijrah dan perjuangan Mu itu) jauh dan penuh kepayahan".

Orang terdahulu duiji keimanan mereka dengan penderitaan dan kepayahan. Lihat sahaja Rasulullah SAW sebaik2 insan yang Allah ciptakan, hidupNya penuh dengan ujian dan dugaan. Ancamam dan cubaan yang dihadapi dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan tiada tandingannya sehingga tergolong dikalangan Rasul-rasul ulul Azmi yang palimg tinggi darjatnya. Kesusahan dan kepayahan yang dihadapi itu dihadapi sebagai bukti keimanan Baginda yang jitu dan teguh kepada Allah Taala. Kalau sudah namanya hidup dalam perjuangan perlu sedia menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Soalanya, adakah kita ini telah meletakkan diri kita di medan perjuangan yang sebenar??? (Medan perjuangan seperti yang di bawa Oleh Rasulullah SAW). Ya, jika belum maka kenapa mahu mengeluh jika ditimpa ujian dan kepayahan sedangkan ianya baru sedikit berbanding dengan ujian para pejuang Islam. Ujian di dalam kehidupan seharian itu belum namanya ujian jika kita tidak meletakkan diri kita di dalam perjuangan yang dibawa Baginda. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan. Moga kita tergolong di kalangan mata rantai-mata rantai yang menjadi penerus perjuangan Baginda walau di mana posisi kita berada. Islam dijunjung walau di mana bumi dipijak insyaallah.

Wallahu'aalam

Thursday, May 15, 2008

SELAMAT HARI GURU.dari hisyam hamzah

Blog kita, makin hari makin menarik Aku selalu jugak xplor blog ni bila free. Seronok juga artikel, artikel yang dikongsi bersama. Tahniahlah buat penulis blog. Semua penulis blog hampir aku kenal belaka, kawan-kawan masa sekolah dulu. Zahari dan mina kawan aku yang paling intelek, det susah nak lupa tahi lalat di atas bibirnya, jas, gadis manja, zam keko, dimana anda sekarang? Kawan aku paling bunga, fizah, kecik molek orangnya, Lan sawa, budak mata biru, Tahniah kepada anda semua. Dan pengunjung lain, boleh lah kita bertanya khabar selepas ni. Maaf sebab hari reunion x smp dulu aku ada hal kat kg isteri, so tak leh join. Teringin gak nak join, tapi apa leh buat……
My contack no, dah ada kat laman blog. E mail = hisham_hamzah@yahoo.com

Kepada rakan-rakan kelas, masihkah anda ingat aku lagi ni……..
Gambar aku terkini, usia dah 34 tahun dah………… sama macam korang jugak le. Mari kita ingat mati, jom, chow dulu, lain kali kongsi lagi k. kesempatan ini aku nak ucap selamat hari guru, terutama kpd rakan-rakan yg bergelara cikgu, sekadar beberapa nama cikgu yanti,cikgu 4non,cikgu mizi, cikgu Nangreza, cikgu Nazer, cikgu mina, cikgu dan yang bukan cikgu selamat hari ibu dan selamat bercuti sekolah selepas ini.

Sekian.
Che det, tolong masukkan dalam blog pada 16 mei ni tq.

p/s;
Tahniah Syam..
Banggga aku dapat kawan mcm.
Tak sangka dapat jadi cikgu hang nooo..
Sorry syam, gambaq yang attach tu tak leh up load. hang guna doc bukan jpeg. nanti hang post lain kat aku noo
SELAMAT HARI GURU!!!
TERUSKAN Berkarya kat sini...

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama



Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu

Friday, May 9, 2008

Something to share with …………

Assalamualaikum ,

Something to share with …………………………………..

Ada satu ceramah...disampaik an oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...
Di riwayatkan begini.....


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?


Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana
mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...


wassalam...


P/S: TERASA JGK NIH....!!!!

Wednesday, May 7, 2008

MAI KOMEN PASAI SALAM>..

aku petik dari satu forum di www.tranungkite.net. apa kata kengkawan.. Komen sikit

"Assalamualaikum,

Saja nak cerita kat kawan kawan. Apa rasa kawan kawan sekiranya kawan kawan disapa dengan ucapan Assalamualaikum abang/pakcik/encik dengan yang memberi salam itu berpakaian baik sikit dari telanjang. Dan itulah yang terjadi pada saya hari ini. Waktu saya jalan jalan di pasaraya, saya ditegur oleh minah tak bertudung, rambut perang, pakai skirt, baju sarung nangka, dengan mengucapkan salam, kemudian menghulurkan flyer (jual ubat lah ni). Saya serba salah, tetapi terkeluar dari mulut saya begini, "Tak layak ucapan mulia itu keluar dari mulut yang dipunyai oleh pemaksiat, malulah dengan Allah, meminjam ucapanNya dalam keadaan melakukan maksiat".

Elok saya berlalu, laulu pula seorang Arab dengan jubahnya, lagi seklai wanita itu beri salam, Isteri saya dengar Pak Arab itu berkata "MasyaAllah, Astagfirllah ...... (tah apa apa lagi yang diucapkan)" Ini memang perkara yang benar benar terjadi. .."

Apa komen rakan rakan....

Monday, May 5, 2008

CORETAN DARI BUSYRA










Assalamialaikum,

Tima kasih hantag email kat saya. Untuk pengetahuan saya sekarang tinggal di Klang. Habis belajar kat UPM terus kerja ngan construction company sebagai Purchaser selama 7 tahun pastu kerja ngan salah satu kilang kat Klang sebagai Operation Manager dan sekarang bisnes sendiri buat trading supply barang ke jabatan kerajaan. Buat kecik2 dulu. Kalau ada kekawan yang boleh bagi project call la saya kat 013-3932928/013-3232928.Modal jangan risau.Apa2 saja semua boleh supply. Mana tau ada rezeki anak2 kita.
Kahwin tahun 2000 ngan orang terengganu. Sama2 belajar kat UPM dulu. Alamat rumah saya

No.11, Jalan cempakasari 15,
Taman Cempakasari
42100, Klang Utama
Selangor.

Nak tau macamana saya boleh jumpa blog ni. Saya bukak secara tak sengaja. Rasa rindu zaman sekolah dulu. Pastu pegi kat google search taip la sekolah menengah Pendang. Tengok ada blog bekas sekolah menengah Pendang. Try bukak.Pastu ternampak la gambar che det yang hensem ni. Tapi seingat saya dulu che det ada tahi lalat kat atas mulut kan? Tapi dah x dak dah buang ke? Mula2 nak joint risau takut che det dah tak kenal. Tapi alhamdulillah kenal lg.

Attached gambar anak2 saya and family

Regards
Busyra Md Nadzir

Thursday, May 1, 2008

Email Sahabat Semua diperlukan semula.

Salam,
Untuk makluman semasa proses pemindahan template tempohari telah berlaku satu kesilapan yg tak disengajakan dimana email2 sahabat semua telah ter'DELATE' sekali dengan templat yg lama... Oleh itu dipohon jasa baik anda untuk memberikan semula email2 anda untuk sahabat2 menghubungi anda semua...

- sila masukkan kat ruangan komen dibawah.

Katil kemas sendiri


ENRICO BERRUTI menunjukkan katil kemas sendiri ciptaannya di Switzerland, baru-baru ini.

JIKA anda seorang yang pemalas untuk mengemas katil selepas bangun tidur, anda tentunya merasakan produk hasil ciptaan seorang pereka Itali ini sebagai mengujakan.

Pereka Itali, Enrico Berruti telah menghasilkan satu sistem katil mengemas sendiri. Katil yang dilengkapi dengan dua lengan di kiri kanannya itu akan bertindak mengemas katil sendiri dengan sistem tersendiri. Sistem itu boleh diadaptasi pada mana-mana katil linen.

Ciptaanya telah dipamerkan dalam Pameran Rekacipta Antarabangsa ke-36 di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

*baguih odar satu nie..terutama untuk golongan2 yg penyegan tu..

Kek ‘air tangan’ warga Bangladesh

Oleh ATIKAH DALI

ISHAK menunjukkan sebahagian warga asing termasuk dari Bangladesh dan Nepal yang ditangkap menyalahgunakan permit kerja dengan bekerja membuat kek di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Tidak disangka-sangka kek yang gebu, lembut dan sedap yang dijual oleh sebuah syarikat pembuat kek terkemuka dihasilkan oleh ‘air tangan’ warga Bangladesh.

Rahsia tersebut terbongkar ekoran tertangkapnya sebanyak 58 warga Bangladesh termasuk Nepal yang diambil bekerja oleh syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Walaupun permit warga asing itu ke negara ini sebagai tukang cuci, tetapi mereka diambil bekerja sebagai pembuat kek di syarikat itu.

Akibatnya, syarikat tersebut dan dua ejen yang membekal pekerja asing berkenaan dikenakan kompaun RM600,000 oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan menyalah guna permit yang dikeluarkan.

Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, kompaun tersebut telah dirujuk kepada Peguam Negara semalam dan ia mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

“Pemeriksaan Imigresen terhadap semua pekerja lelaki warga Bangladesh dan Nepal yang ditahan ini mendapati mereka mempunyai permit kerja sebagai tukang cuci.

“Bagaimanapun, restoran tersebut telah menyalahgunakan permit yang dikeluarkan dengan menggaji pekerja tukang cuci untuk kerja-kerja membuat kek,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Semua syarikat tersebut didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002).

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran