KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, September 30, 2009

Gambaq Lagiii



Tak Jeles ka orang hat tak leh joint Reunion kita trip nie haa...

Meriah Gileerrrrrrrrrr Sioll heeeeeeee

hangpa ulas la gambaq2 yang ada nie.. kasi perangat sikit member 2 hat tak joint tu.. nyesal oii ..

Gambaq Reunion








keterangan gambaq dari atas kiri ke kanan..

1.Keluarga Din Penghulu.. Kali ke 2 menyertai reunion kita. Tak bertambah pon anak-anak? Jangan dok tambah mak dah la kot? hee..
First Reunion dulu, Din lah antara penyumbang kepada dana makan-makan.. Terima kasih Din.. Reunion ke 2 tahun lepas dia tak joint..

2.Keluarga Jasliza Mohd Fikri, Tahun nie beraya di Klang rumah suami Wak Suharman. Terima kasih la, bergegas balik mai jpont reunion kali ke 3 nie. keluarga nie antara yang teraktif joint reunion sejak kali pertama 2 tahun lepas.

3.kELUARGA bADARIAH jamaludin. Orang kuat JPM la nie. Dok Putra jaya. Sesapa tersesat sampai sana elok la call dia. Suami dia orang Nibong Tebal seberang Prai. First time joint.




4.Orang kuat Airod Kepala batas Aloq setaq. Arifin Mehat bersama isteri , Puan Norhayati. Dah berenti dari TUDM 2 tahun lepas. Tak pernah miss joint reunion kita. Cuma tahun lepas berkelai ngan bini dia kot. Tu yang pi reunion kali ke 2 tu ngan anak ja.. Tapi tahun nie pakat mai belaka. Terima kasih Pin.. yang sudi buat BBQ kambing pulak malam tu..
Pelahap sakan makcik LEEN kita malam tu,.. tak dan maghrib lagi dia dah pi potong reben majlis kat umah hang Pin oii malam tuu..

Gambaq geng- geng artis solo kat atas tu, maaf la tak dan nak karang lagi komen untuk hangpa,, biaq aku bertapa sat.. cari ilham.. heeeeeeee

Terima Kasih Mokhry & family, Nazer Senapi & anak dara dia, MaSyitoh Md Zain & anak, Syam & Mizi kasim, Fauziah majeed

Lagi gambaq Reunion







































Artis paling glamour pada hari kejadian reunion kita tahun nie pada aku adalah Mak Cik Hadzlina Hassan a.k.a Cikgu Bedah a.k.a LEEN.. Dia lah yang bertungkuih lumus dan berbungkuih belemuih menjayakan persiapan tempat, mengutip wang perlindungan haram a.k.a ALONG, dan orang paling awai sampai dan paling last balik.. tahniah Leeen,,. kami semua terhutang budi kat hang. Lain tahun pulun la lagiii. Kami semua berbangga dengan komitmen hang dan suami hensem hang tuuu. Auww.. leh aku goda.. heeeeeeeeeee


NasRiza & family, Zurida & family, Mak cik Pizah pengarah, Akob KoBah & Family, Fariza, Zahari & Mina, Tarmizi Saari, Na & Nurul, Md Jelani & At kobah, Radzi mad Isa & Family, Suriani & Family, Maaafffffff tttak dan nak cari idea nak ngutuk hangpa.. heeeeee.. nanti la time2 freee aku sambung komen gambaq hangpa. Apa2 pon terima kasih atas komitmen hangpa semua










Monday, September 21, 2009

Pengumuman : Group facebook untuk geng kita 87-93

Assalamualaikum Semua...

[2009-09-21_132513.jpg]

Sempena tak tau nak buat apa pada hari raya yg tak best nie dan sebelom tiba esok hari dan tempoh ngadap PC 12jam sehari di opis nie maka aku create satu Group Kat FACEBOOK untuk geng kita.. Jadi kepada yang ada facebook tu boleh la pakat mai kumpoi tang tuu.. dan pakat2 la jadi admin sendiri... senang cerita...

Group tu hangpa boleh cari kat Sek Men Pendang 1987 - 1993 .... jadi apa lagi jom pakat layan kat facebook pulak.... kepada yg tak ada akaun facebook tu pie la register satu bukan kena bayaq sekupang pon... setakat nie aku baru kesan 4 orang nie saja ada facebook yang lain tak tau lagi ada ka tak dak...
Ok apa-apa pon jumpa esok hari jika tak ada apa-apa (he he jika dapat jadi ulaq)... tetapi jika ada apa-apa aku ucapkan semoga hangpa semua syok gembira dan eratkanlah ukhwah sesama kita...

Salam Aidil Fitri...
Salam lebaran...
Ampon Maaf Di Pinta....


MAJLIS REUNION KALI KE 3|2009

Jangan Lupa nooo, InsyaAllah majlis kita jadi diadakan pada:-
TARIKH : 3 SYAWAL 1430 @ 22 SEPT 2009
MASA: 2 - 6 PTG
TEMPAT:PENDANG LAKE RESORT
KETERANGAN LANJUT KACAU PENGARAH PROGRAM DITALIAN +6012 4020066 ATAU EMAIL KE kamalina1870@gmail.com

Bayaran penyertaan di tetapkan sesikit RM30.00 Sekeluarga. Kalu hangpa yang gaji berkerdipan ribu- riban tu nak bagi lebih, kami tak kecik ati langsung.. heee
UNTUK menyumbang sila Bank in ke akaun
CIMB: 021 00066 8425 27 - HADLINA binti HASSAN
lepas tu sila sms nama, jumlah sumbangan jumlah ahli keluarga ? dewasa ? kanak yg nak hadir reunion ke no. tipon dia : 0194751870
atau email kat SINI

:: OK APA-APA PON ESOK JUMPA..jANGAN TaK jUMApA.. ::
SENARAI AHLI Yang Mengesahkan Kehadiran (INSYAALLAH):-
[Yang dah Bayaq diwarnakan HIjaU]

1. LAN SAWA : 2 Dewasa 2 anak
2. PiZaH : 2 dewasa 3 anak
3. Mail Kubang Teradeh : 2 Dewasa 4 anak
4. BadaRiah : 2 Dewasa 2 Anak
5.NORAINI MD ISA: tokey ayaq menet
6. Radzi Mat ISa C. kudong : 2 dewasa 1 anak
7. SyitOH : 2 dewasa 2 anak
8. Azizi Usus: 2 dewasa 2 anak
9. Meran Abbas : 2 dewasa 1 anak
10. Zahari & Mina: 2 Dewasa 3 anak
11. Det : 2 Dewasa 5 anak
12. Pin : 2 dewasa 3 anak
13. Lina hassan: 2 Dewasa 3 anak
14. JasLiza: 2 dewasa 4 anak
15. CT Aminah Rasid
16. Nang Reza : 2 dewasa 4 anak
17. Nurul : 1 dewasa.
18. Na majapahit: 1 Dewasa
19. Suziyuzaina: 2 Dewasa 4 anak
20. Todd aka Ibnu : 1 dewasa
21. Hisham: 1 dewasa
22.Nasriza
23. Najwa 2 dewasa 3 anak
24. fuziah majeed 2 adult 3 kids
25. zairunizam 2 dewasa 4 anak
26. zurida abdullah 2 adult 2 kids
27. NoT 2 dewasa 2anak
28. Hasliza Ramli 1 dewasa
29. Muhd yaakob kobah 2 dewasa 3 anak
30. Roghdaryanti 2 dewasa 3 anak
31.
Fariza Ahmad 2 dewasa 3 anak
32. Tarmizi Saari 2 dewasa 2 anak
33. Din Bai : 2 dewasa 2 anak
34. Nazir Senapi 2 dewasa 2 1/2 anak
35. Suriani Awang
36. Tarmizi Kasim 1 dewasa
37. Din Penghulu 2 dewasa 2anak



Friday, September 18, 2009

Ucapan Raya


[2009-09-18_204140.jpg]

Nak Ucap Selamat Hari Raya Aidlfitri...

Assalamualaikum semua,
kesempatan ini saya dan keluarga dengan rendah diri ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf, Zahir, dan Batin sekiranya sepanjang perkenalan kita sejak zaman sekolah-sekolah dahulu sampailah sekarang saya ada tersalah bicara, tersalah tulis, dan tersalah segala-galanya.... saya sekali lagi mohon jutaan ampun dan maaf....sempena hari raya ini marilah kita sama-sama bermaaf-maafan.....
ikhlas dari,
sahabat anda semua...
hisham bin amzah @ hamzah

Tuesday, September 15, 2009

Membaca al-Quran


WALAUPUN masih kecil, tetapi kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Jeddah
ini membaca al-Quran secara bertadarus bersama rakannya. - AFP

AL-QURAN merupakan kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu rahmat untuk seluruh alam. Kitab suci itu diturunkan untuk menjadi petunjuk, pedoman dan pengajaran kepada semua umat manusia di muka bumi ini. Justeru, membaca al-Quran adalah amalan yang mulia terutama sepanjang bulan Ramadan.

Ini kerana setiap bacaan al-Quran pada bulan penuh rahmat itu akan dianugerahkan pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap huruf yang dibaca.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Hadis riwayat al-Tirmizi).


MENGETAHUI kelebihan membaca al-Quran sepanjang Ramadan, umat Islam
di wilayah Mogadishu, Somalia tidak ketinggalan melakukan ibadah tersebut. - Reuters

Mengetahui kelebihan membaca kitab suci al-Quran, maka umat Islam di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala seperti yang dikatakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sama ada di masjid, surau, madrasah, rumah dan sebagainya, mereka pasti akan meluangkan masa membaca al-Quran. Beruntunglah mereka yang membaca al-Quran pada bulan Ramadan yang semakin hampir melabuhkan tirainya itu.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai umat Islam yang membaca al-Quran di serata pelosok dunia.

Monday, September 14, 2009

Saturday, September 12, 2009

Friday, September 11, 2009

Ramadhan Yang Bakal Pergi...........

Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlalu pergi tanpa mengharap keampunan dan pelepasan dari azab neraka dari Allah S.W.T.
Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.

عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر
Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.
Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ
Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.
Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan? Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Firman Allah swt:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .
Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sabda Nabi saw;

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.

Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malam ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut
1. Beriktikaf di masjid.
2. Berzikir
3. Bertasbih
4. Bertahmid
5. Istighfar
6. Membaca al-Quran.
7. Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Salam Menuju Redha Allah S.W.T.Insyaallah

Kenali Hati, Rasai hati, Hidupkan hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati, Insyaallah Kebahagiaan dimiliki......

makan FREE kat umah PIN MEHAT

Salam,
Pagi tadi ada sms dari kawan kita masuk mai dlm hand phone aku.. Past tu bertalu2 pulak SMS yg sama mai dari no tel yang berlainan. Semua memaklumkan benda yang sama...

" A'kum. tlg warwarkan kpd kwn2 malam raya ke 3 aku jemput ke rumah mak aku . Buat kambing, ayam, sate dan kerang bakar. dan kalau boleh bagitau nak mai ka dak pasai nak buat bajet"


Penghantar SMSnya adalah ARIFFIN MEHAT. Orang Kg Sungai Rotan Pokok Tai Jenun Kedah.
0134665004
0195481676

La nie dia kerja kat Airod Sdn Bhd TUDM Kepala Batas Aloq Setaq.
Kepada Kengkawan yang berhajat nak pi belasah Kambing bakaq PIN... SMS la sendiri kat PIN ke no di atas tu .

Wednesday, September 9, 2009

Apa Erti Ramadhan untuk kita...???


Hari ini merupakan hari yang ke 19 kita menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mana ia wajib keatas semua ummat yang beragama islam.
ESOK DAH MASUK SEMESTER KE 3 RAMADHAN.
Namun adakah kita sedar dan faham maksud sebenar RAMADHAN itu??Apakah kita menunaikannya hanya sekadar kerana Allah swt menyatakannya wajib lalu kita melakukannya??Adakah ia hanya kerana satu tuntutan maka kita melakukanya sekadar syarat??Berapa ramaikah dari kita sedar dan tahu bahawa didalam Bulan Rahmat inilah Allah swt telah menurunkan Al-Quran yang mana telah terkandung didalamnya akan perihal diri manusia dan sejauh mana kita menghayatinya..???

Apa yang berlaku kini merupakan satu lagi Penjajahan dalam pemikiran manusia di Bumi ini apabila kedatangan Ramadhan itu disambut dengan satu rasa yang seronok kerana memikirkan bahawa Hari Raya bakal tiba.Ramadhan kini telah menjadi satu produk yang mana setiap diri yang ada telah mempergunakan erti kata Ramadhan itu dalam mengaut keuntungan semata.Bukan menjadi kesalahan bagi kita untuk berniaga namun yang menjadi kesalahan apabila ia dipromosikan sebagai satu produk dan bukan sebagai satu bulan pengibadatan.Konsep dan pengertian Ramadhan itu dipesongkan sehinggakan apa yang disogok dan ditanam didalam pemikiran manusia setiap kali Ramadhan tiba ialah Nikmat dalam menyambut syawal.Sedangkan Allah swt berfirman bahawa` Syawal itu adalah Hari kemenangan buat manusia yang menahan dirinya dari godaan Nafsu' adakah dengan cara dan juga corak manusia yang ada hari ini maka kita telah menyambut kemenangan???Keseronokan dan hiburan semuanya akan bertemakan Ramadhan bagi menarik minat manusia dan akhirnya manuisa itu hilang arah dan hanya memikirkan keseronokan menyambut Ramadhan di dunia dan melupakan Nilai dan Bekalan yang perlu dibawa di akhirat kelak.

Tanyakan pada diri kita apakah telah sempurna amalan kita dalam meniti erti Ramadhan itu dan adakah wajar bagi kita menyambut kemenangan(Syawal) dengan seribu kegembiraan sedangkan yang sebenarnya kita sendiri telah tewas dengan diri sendiri.

Ingatlah bahawa Ramadhan itu datang bukan untuk kita merasa kemeriahan menyambut syawal,namun ia datang sebagai salah satu Bulan yang Allah swt berikan kepada manusia agar mereka kembali kepada ajaran dan hukum Allah swt dan sebenar-benar NIKMAT di dalam Ramadhan itu ialah kesempurnaan IBADAT dan KEIMANAN...

MAI LA KITA PERSIAPKAN DIRI MENYAMBUT TETAMU AGUNG "AL-QADR" yang sememangnya wajib bertandang kepada kita dalam baki 10 hari ini..

Spiderman Memalukan Negara Malaysia

Manusia paling berani?

Memanjat dengan tangan kosong dan berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter memang satu perbuatan gila. Namun, itulah 'dendam' Spiderman Perancis, Alain Robert sejak 12 tahun lalu.




LELAKI kurus dan berambut lurus ini sudah lama mengidam untuk berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu.

Percubaan pertama Spiderman Perancis itu ialah pada tahun 1997.

Bagaimanapun, dia gagal selepas ditahan pegawai keselamatan bangunan 88 tingkat itu di tingkat 60. Pada tahun 2007, dia mencuba lagi. Kali ini masih gagal. Dia ditahan, juga di tingkat 60.

Bagaimanapun, pada subuh Selasa lalu, Alain Robert, 47, dapat juga menyempurnakan dendamnya selama 12 tahun. Dia hanya mengambil masa selama 90 minit bermula pukul 6 pagi untuk memanjat bangunan keluli dan berkaca itu.


SPIDERMAN Perancis ini dikesan berada di puncak Menara 2, Menara Berkembar Petronas, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52.


Sebagai meraikan kejayaannya, Robert berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara di atas bebola kecil di hujung tiang di puncak Menara 2.

"Saya hanya menggunakan tangan untuk memanjat bulatan tiang menara itu sebelum sampai di puncak.

"Itulah kemahiran saya yang mungkin tidak ada pada orang lain," katanya yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya oleh kerajaan tempatan Perancis.


BIARPUN ditahan, dihumban ke lokap dan didenda RM2,000, Robert masih dapat tersenyum puas setelah impiannya tertunai.




Dalam perjalanan turun, Robert mengetuk tingkap di aras 88 dan meminta agar dibenarkan masuk ke dalam bangunan berikutan cuaca sejuk.

"Saya datang ke Malaysia untuk menyudahkan sesuatu. Tahukah anda, memanjat Menara Berkembar Petronas sehingga ke puncaknya merupakan salah satu impian saya.

"Mungkin saya melakukannya kerana motivasi, mungkin juga kerana kedegilan saya," ujarnya selepas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menceroboh bangunan kebanggaan rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, Robert pernah mendaki Bangunan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu yang berketinggian 150 meter dan Hotel Melia Kuala Lumpur setinggi 80 meter pada tahun 1997. Pada tahun 2002, dia memanjat bangunan Komtar setinggi 232 meter di Pulau Pinang.

Robert sememangnya sudah lama menarik perhatian antarabangsa kerana aksi-aksi gilanya.

"Adakah tindakan Robert membuatkan dia menjadi lelaki 'gila' yang paling hebat dalam sejarah dunia?" tanya sebuah akhbar berpengaruh United Kingdom, The Independent.

Personaliti mengelirukan

Jawapannya adalah ya kerana dia telah mempamerkan kemahiran lelaki legenda yang berjalan di atas tali, Charles Blondin, dan semangat kembara Lelaki Di Atas Dawai, Philippe Petit - kedua-duanya rakyat Perancis.

Tambahan pula, apa yang lebih berbahaya berbanding memanjat hingga ketinggian 700 meter bangunan Burj Dubai yang sedang dalam pembinaan tanpa sebarang bantuan keselamatan?

Undian yang memihak kepada jawapan ini turut menyebut, 'Dia berkongsi nama timangan dengan salah seorang wira komik dunia - Spiderman.'

Bagaimanapun alasan untuk jawapan 'tidak' mengundang pandangan bahawa motivasi dirinya mengelirukan - sama ada dia melakukannya untuk wang atau untuk melayan egonya sendiri.

Malah biarpun usahanya memberi inspirasi, aktiviti memanjatnya yang mengambil masa yang lama itu jarang dipaparkan dalam televisyen.




"Dia juga merosakkan reputasi dirinya apabila memanjat untuk tujuan korporat dan promosi," ujar sumber agensi.

Pada tahun 2003, Robert memanjat Bank Negara Abu Dhabi di hadapan 100,000 penonton. Pada tahun yang sama dia memanjat bangunan Lloyd's of London buat pertama kalinya bersempena mempromosikan tayangan perdana filem Spider-Man dengan bayaran RM63,018 (AS$18,000) oleh Sky Movies.

Sebelum itu, Robert berkata di laman webnya, dia sudah berjaya memanjat lebih 70 bangunan pencakar langit di seluruh dunia, termasuk Empire State di New York dan Menara Sears di Chicago, Menara Eiffel di Paris dan Taipei 101 di Taiwan.

Kenapa bukan gunung?

Robert dilahirkan dengan bakat memanjat. Dia mengasah bakatnya sejak usia 12 tahun iaitu pada binaan batuan di sekeliling rumahnya di selatan Perancis.

Sebaik saja dia mula memanjat tanpa kelengkapan keselamatan, dia menemukan kebebasan dan ketagihan yang mengujakan, terutama apabila melakukannya secara solo.


ROBERT mengidam untuk menawan mercu tanda kebanggaan Malaysia ini sejak 12 tahun lalu.


Pada tahun 1993, Robert memecahkan rekod memanjat di Verdon Gorge, Perancis.

Menerima jemputan memanjat ke Chicago setahun kemudiannya untuk sebuah rakaman, lelaki yang pernah koma, patah kedua-dua lengan, tulang pelvis, hidung, menghidap vertigo dan diberitahu tidak boleh memanjat lagi kerana terjatuh dari ketinggian 15 meter pada 1982 itu, tidak lagi menoleh ke belakang.

"Bandar Chicago membuka pintu kepada sebuah dunia baru - satu rangkaian 'gunung' yang terdiri daripada keluli dan kaca," tulisnya dalam autobiografinya, With Bare Hands pada tahun 2008.


AKSI Robert dalam salah satu percubaan 'gilanya' untuk menawan Menara Berkembar Petronas pada Mac 2007.


Buat mereka yang tidak pernah memanjat bangunan, mungkin ada yang bertanya, 'Susahkah memanjat bangunan?'

"Mudah saja, dan (bangunan Lloyd's of London) tidaklah setinggi mana," ujarnya sehari selepas berjaya memanjat bangunan setinggi 92 meter itu.

Itulah kenyataan daripada lelaki yang dapat melakukan tekan tubi dengan dua jarinya sahaja!

Lelaki berketinggian 168 sentimeter dan seberat 48 kilogram itu menjelaskan, selain memakai kasut mendaki dan berbekalkan serbuk kapur, dia memanjat dengan meraba dan mencari tempat berpaut pada susur tingkap dan unjuran lain.

Namun, pendaki bebas Britain, Leo Houlding, berpendapat bangunan tinggi yang lebih rata permukaannya lebih sukar ditawan.

"Binaan pencakar langit nampak berulang tetapi itulah yang lebih membebankan tubuh. Permukaan yang rata mungkin kotor dan licin terutama di bandar-bandar tercemar," katanya yang pernah satu ketika mendapat permintaan tinggi daripada pemilik bangunan tinggi untuk memanjat bangunan mereka.

Adakah kejayaan Robert menakluk Menara Berkembar Petronas tanpa sebarang masalah, biarpun pada pagi itu cuaca di Kuala Lumpur hujan renyai, bermaksud tahap pencemaran udara di Malaysia masih terkawal?

Mengukur tahap bahaya melakukan aktiviti itu, ternyata pencapaian Robert menonjolkan kemahiran memanjat yang luar biasa.

Menjelang Disember ini, orang ramai boleh menjangkakan kelibat Robert untuk berada di puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, yang berdiri setinggi 818 meter atau 162 tingkat, yang bakal dibuka kepada orang awam tidak lama lagi.

Tiada langsung rasa takut

"Saya sudah cuba memanjat sehingga ketinggian 700 meter November lalu. Ia agak sukar. Ia lebih tinggi daripada segala bangunan yang ada di dunia," kata Robert.

Namun, kata-katanya itu tidak menandakan perasaan takutnya. "Ketika saya memanjat, saya sangat fokus sehingga tidak ada ruang dalam fikiran saya untuk berasa takut," ujarnya.


HANYA kasut mendaki dan beg berisi serbuk kapur yang menemani Robert melunaskan impiannya menakluk bangunan tinggi.


Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Dr. Suradi Salim berkata, kesan daripada kegagalan sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Spiderman itu bermotivasi untuk mencubanya lagi walaupun pernah jatuh tercedera sebelum ini.

"Apabila seseorang itu sering melakukan aktiviti memanjat, lama-kelamaan dia akan ketagih. Dalam kes ini, Robert telah beberapa kali cuba memanjat Menara Berkembar Petronas tersebut tetapi usahanya itu menemui kegagalan.

"Orang sebegini, selagi belum berjaya mendapat apa yang diinginkan, maka, dia tidak akan puas hati. Kini hasratnya sudah tercapai dan dia berbangga dengan kejayaan itu," ulasnya.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Lihanna Borhan, pula tidak terkejut dengan apa yang dilakukan Robert kerana menganggap lelaki itu sudah sudah berada di tahap tidak fobia lagi pada ketinggian.

"Bagi dia (Robert) bahaya bukan perkara utama. Ia merupakan sesuatu yang memang dicarinya. Baginya juga, perhatian daripada orang lebih berbaloi dari wang ringgit.

"Jadi, fobia terjatuh sebelum ini bukanlah masalah bagi dirinya," ujarnya.

Solat membersih jiwa


Seorang lelaki mendirikan solat selepas berbuka puasa di Masjid Jamia yang terletak
di Srinagar, India. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam ini
disemarakkan dengan amal ibadah di serata dunia. – AP


MENGETAHUI bahawa ganjaran pahala yang diterima apabila menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda, maka umat Islam di seluruh dunia yang menyedari hakikat tersebut berlumba-lumba mengerjakannya.

Antaranya, menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih secara berjemaah. Sama ada dilakukan sendirian atau berjemaah, solat mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.


Di luar pekarangan sebuah masjid di Kabul Afghanistan, seorang lelaki tua khusyuk
mendirikan solat demi memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan. – AP


Malah dengan bersolat, seseorang itu akan berasa lebih tenang dan dekat dengan pencipta-Nya. Justeru, tidak kira di mana pun mereka berada, solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Selain solat lima waktu, solat tarawih juga dianggap begitu istimewa kerana ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Ia dikerjakan selepas solat Isyak dengan rakaat-rakaat tertentu mengikut mazhab masing-masing.


Jemaah lelaki menunaikan solat di Masjid An-Nour, Addis Ababa,
Ethiopia pada hari kedua Ramadan. – AP


Perkataan 'taraweeh' berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat dan rileks. Ini kerana selepas setiap kitaran solat (berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk), para jemaah akan berhenti seketika sambil mengalunkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w sebelum meneruskan solat untuk rakaat seterusnya.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai ibadah solat umat Islam di serata dunia pada Ramadan ini.


Seorang lelaki Palestin bersolat, sewaktu jemaah lain mengambil kesempatan
untuk berehat di dalam Masjid Al-Omari di Bandar Gaza, Palestin. – AP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak
di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak
di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran