KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, April 28, 2008

berwajah baru...

Salam semua...

Aku harap hangpa jangan terkejut plak dengan blog kita nie... bukan apa aku menyahut seruan tuan empunya blog kita supaya make up semula tempat lepak kita nie..dan dengan rajinnya aku hari nie cubalah mengodek apa yg patut kat blog nie ini pon sempena line stremyx aku boleh On line semua selepas mangkok hayun mana thah telah mencilok wayar telepon kat kawasan aku awai bulan lalu...

jadi aku harap hangpa bergembiralah di blog kita denga berwajah baru nie.. segak tak segak hanya ini yg mampu aku godek bagi kat hangpa...

Ok nanti aku godek lagi tang mana patut... pastu silalah bagi cadangan nak buat apa lagi dgn blog nie... tak pon bagi la cadangan nak letak apa lagi kat blog nie... Ok blah.......

Tuesday, April 22, 2008

Refresh diri kita....JOm kenai Keluarga Rasulullah...

Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah oleh
Hj Ahmad bin Haji Awang

Monday, April 21, 2008

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

HONDA 5 seater

Wednesday, April 16, 2008

Tangan Bangku

Mungkin ramai yg tidak menyedari fenomena isteri tidak reti memasak atau calon isteri xreti memasak semakin bertambah skrg.

Kalau lelaki yang tidak pandai bermain bolasepak digelar 'KAKi BAngku'...jadi, bagi perempuan yang xreti memasak...'TangaN Bangku'...

Mengikut statistik liar, fenomena ini berkait rapat dengan faktor MALAS. Malas disini bukannya beerti tertumpu kepada pergerakan..tetapi malas untuk mendalami bidang ini dan lebih menumpukan kepada kerjaya masing- masing.

Dan, dalam sedar tak sedar, rupanya faktor 'Tangan Bangku' ini boleh juga menyumbangkan kepada Masalah Rumahtangga seterusnya PENCERAIAN.
Maklumlah...isteri asyik beli lauk kt luar jer...dhla mahal..xsedap plak tu..dapur dh naik berkurap..suami dh naik meluat...
mmgla lelaki pun bleh memasak...tp kalau hari- hari...mcm auuuuwww la plak...xgitu chef wan...baik punya...

Tidak percaya? Saya pun xpercaya...btul ker bleh bercerai berai ni...tp apa kata pembaca..btul ker...

sila la bg pendapat...mana tau berguna...

Tuesday, April 15, 2008

Mangkuk tandas ekonomi


MANGKUK tandas ini mampu menjimatkan penggunaan air kerana mengehadkan tiga liter air sahaja bagi sekali pengepaman.

PENGGUNAAN air tanpa terkawal akan membawa kepada pembaziran dan itulah yang cuba diatasi oleh dua orang pereka cipta dari Brazil ini. Amarildo Miranda Melo dan Edemar Antonini mencipta sebuah mangkuk tandas ekonomi untuk menjimatkan air.

Jika kebiasaannya, tandas mengeluarkan sembilan liter air untuk proses mengepam air, mangkuk tandas yang dicipta mereka hanya dihadkan kepada tiga liter penggunaan air sahaja untuk sekali pengepaman.

Produk tersebut telah dipamerkan di Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva, Switzerland baru-baru ini. Lebih daripada 700 pereka cipta daripada 45 buah negara menyertainya.

Internet serang wanita

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Cheong menjadi mangsa kepada satu penipuan yang melibatkan sekeping gambar beliau yang pernah dimuat turun ke dalam laman web, Friendster.introoo...



HAMPIR setahun yang lalu atau pada 21 Mac 2007, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Cheong menjadi mangsa kepada satu penipuan yang melibatkan sekeping gambar beliau yang pernah dimuat turun ke dalam laman web, Friendster. Gambarnya itu telah digunakan untuk menjerat seorang lelaki yang dikenali sebagai A.T dan ekoran itu, beliau terpaksa menemui Datuk Michael Chong di pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA untuk membersihkan nama baiknya.

Semuanya bermula apabila pada satu malam yang malang, A.T bersembang dengan seorang pengguna laman sembang yang menggelar dirinya sebagai Jean. Jean yang menghantar gambar melalui dalam talian mendakwa gambar itu adalah dirinya dan kemudian meminta A.T menanggalkan baju dan seluar dalam.

Pada keesokan hari, lelaki tersebut menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari wanita itu yang meminta untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam bank atau menggugut menyebarkan rakaman gambar separuh bogel A.T ke dalam internet.

Kejadian ini bukanlah perkara baru kerana biro tersebut telah menerima lima kes seumpamanya dari empat orang wanita dan seorang lelaki pada tahun 2006. Dalam kes yang melibatkan A.T dan Cheong, Michael berkata, kedua-duanya menjadi mangsa satu komplot yang menyalahgunakan maklumat peribadi.

Pengguna dan pemilik blog terkenal selaku pelatih Java dan Pembangunan permainan komputer, Kathy Sierra turut tidak dapat lari daripada menerima tempias penyalahgunaan internet atau blog pada tahun lalu.

Emel yang berbaur ugutan seperti membunuh meninggalkan tekanan yang melampau ke atasnya dirinya sehingga memaksa beliau menutup blog miliknya serta-merta.


NORTON 360 version 2.0 bukan sahaja mempunyai sifat-sifat keselamatan yang diiktiraf tetapi mengelakkan pencerobohan yang boleh menjahanamkan data.


Sierra juga enggan keluar untuk memberi pendedahan atau tampil di khalayak ramai. Kehilangannya gara-gara disebabkan oleh tindakan seorang pengguna internet yang menghantar emel dengan gambar tali gantung.

Dengan diselubungi rasa takut dan cemas, Sierra terpaksa menarik diri daripada memberi ucapan di Persidangan ETech di San Diego, Amerika Syarikat.

"Saya membatalkan semua temujanji dan projek kerana terlalu bimbang untuk meninggalkan rumah. Saya minta maaf kepada semua pihak tetapi saya tidak mungkin akan berasa selamat seperti dulu. Saya tidak dapat menjadi diri saya semula," katanya yang merupakan penulis popular blog, Creating Passionate Users.

Sebaik beliau mendedahkan masalah yang dihadapinya kepada umum, Sierra mendapat sokongan yang cukup memberangsangkan. Dia berasa lebih positif. Meskipun dia mengakui persengketaan dalam dunia blog agak lazim, namun, dia yakin serangan ini menyasar dirinya sebagai seorang wanita dalam dunia teknologi yang dikuasai oleh kaum lelaki.

"Jika anda mahu melakukan sesuatu, jangan sesekali bertoleransi dengan penderaan dan keganasan mental atau seksual. Jangan biarkan mereka terlepas," ujarnya.

Wanita telah menjadi pengguna internet yang besar pada zaman sekarang termasuk bagi tujuan e-perdagangan dan memperluaskan rangkaian sosial. Jika penggunaan internet dimulakan oleh lelaki, wanita dengan pantas mengejar dari belakang. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nielsen/NetRatings pada Mei 2006, sebanyak 52 peratus pengguna internet adalah wanita.

Tinjauan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) pula mendedahkan, tidak terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara pengguna internet lelaki mahupun wanita. Pada 2006, pengguna internet lelaki ialah 53 peratus manakala wanita 47 peratus.


PEMILIK blog individu semakin bertambah di Malaysia sejak kebelakangan ini.


Bagaimanapun, wanita yang sentiasa berada dalam talian telah meningkat sebanyak 19 peratus sejak tahun 2003 berbanding dengan lelaki yang hanya bertambah sebanyak 12 peratus. Trend ini dijangka akan berterusan.

Di Malaysia, MCMC merekodkan lebih 13 juta pengguna internet (September 2006) dan daripada angka tersebut, dua juta adalah pengguna internet dari rumah (Disember 2006).

"Kita perlu terima hakikat bahawa golongan wanita cemerlang dari segi akademik dan ia merupakan faktor penting mengapa mereka mampu bertahan lama semasa melayari internet secara serius daripada permainan komputer," jelas Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim.

Tambahnya, wanita bekerja kerap menggunakan kemudahan ini sejajar dengan kehidupan yang sentiasa sibuk lalu mengimbangkan masa untuk kerja, peribadi dan sosial.

Dengan akses kepada maklumat dan pengetahuan yang meluas, wanita secara tidak langsung mempunyai kuasa perkongsian pendapat dan pandangan yang bebas.

Bagi memperkasakan lagi perbincangan dua hala, seorang individu yang menonjol dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan negara, Datin Marina Mahathir dijemput oleh Symantec untuk berkongsi pengalamannya mengendalikan laman blog sejak lebih setahun yang lalu.

"Saya juga terima komen bersifat kurang ajar dan negatif. Ada kalanya, ia tidak mengecam isu yang dibangkitkan tetapi mengancam status saya sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri," katanya yang banyak bergantung kepada internet sepanjang hari.

Ke mana juga kaki melangkah, Marina membawa 'teman sejatinya', Blackberry untuk mendapat akses kepada internet secara mudah. Marina menggunakan internet untuk pelbagai tujuan seperti bercakap dengan anak-anak di Australia, mengemaskini blog dan bermacam-macam lagi.


WANITA bekerja kerap menggunakan kemudahan ini sejajar dengan kehidupan yang sentiasa sibuk. - Gambar hiasan

"Saya berasa lebih selesa untuk meluahkan sesuatu pandangan tanpa perlu berada di situ secara fizikal. Tetapi saya sentiasa mempraktikkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diduga."

"Misal kata, penghantaran emel yang berbaur ugutan. Seboleh-bolehnya, saya tidak menghiraukan emel itu kerana kadang-kadang siapa penghantar sebenar tidak dapat dipastikan. Ada kalanya, individu terlibat menggunakan nama samaran kepunyaan saya atau orang lain. Saya sekadar membiarkan hal itu berakhir sendiri daripada mengesahkan diri sebenar," kata Marina.

Enggan menerima nasib buruk yang pernah menimpa selebriti, Paris Hilton satu ketika dahulu apabila pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh masuk ke dalam telefon bimbit peribadinya, Marina sentiasa berwaspada dengan kandungan dan gambar yang dimuat turun ke dalam blog kerana beliau sedar bahawa sekali ia masuk ke dalam internet, ia akan berada di situ untuk selamanya.

"Jika anda tidak mahu orang tahu sesuatu, jangan masukkan gambar anda ke dalam internet," ujarnya.

Cuba jika berani


KALA jengking di bibir, bahu dan seluruh bahagian tubuh yang lain. Bersediakah anda dengan cabaran ini?

ADAKAH anda cukup berani hingga sanggup membiarkan kala jengking merayap di seluruh tubuh anda? Andre Maran Francis, penjinak haiwan berbisa dari Perak ini mempertontonkan cara beliau menangani lebih 100 ekor kala jengking di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Membiarkan haiwan antropod itu meniti di atas muka, hidung, mata, bibir, leher, lengan, dan seluruh bahagian tubuhnya yang lain, anak muda terlatih ini menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mempelajari cara terbaik untuk mendekati spesies berbisa ini.


DUA beradik ini memiliki keberanian luar biasa apabila mampu berdepan dengan reptilia pemangsa ini.


Kempen Easy Win Contest dalam bentuk siri promosi jelajah anjuran syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn. Bhd. ini juga turut membawakan cabaran ular sawa albino.

Jika kala jengking meniti ringan pada permukaan tubuh, haiwan reptilia berkulit sejuk ini pula menjalar dan melilit dengan lembut tetapi sepenuh tenaga.

BB : det @ zahari aku rasa hangpa mampu buat camnie... det sebab isi lebih.. zahari pinjam isi det.. dua2 kira ok laa....

Thursday, April 10, 2008

JAWATAN KOSONG

JABATAN PERDANA MENTERI
1. Pengawal Keselamatan Gred KP 11 P1T1 - RM740.62

2. pemandu Kenderaan Gred R3 P1T1 - RM701.42

3. Pembantu Am Pejabat Gred N1 P1T1 - RM649.15 ELAUN : RM 95.00 + RM 180.00


TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2008
sila layari www.bppsa.jpm.my

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 P1T1 - RM 1166.74

Tetap .Tamat Tingkatan III .Mempunyai sijil AO

Boleh membaca, menulis & bertutur dlm BM

sila layari www.kkr.gov.my

Tarikh Tutup : 21 April 2008

Wednesday, April 9, 2008

GETARAN JIWA

versi Mat Saleh ..dari http://www.youtube.com/user/raymondcrooke MALU LA WEH ANAK2 melayu yang dok agung 2 lagu mat saleh saja..



Tuesday, April 8, 2008

BILA HATI DAH MATI....

Banyak buruk dari baiknya... kalau tidak mampu bersikap adil
Sedihnye....

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna".. Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun.... Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya. masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak... saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu. saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap... "kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..." tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu. aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi. apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya... Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada. masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni. masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya. saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain. Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan. Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja. masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD. masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu. Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai... Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni.. (diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

Monday, April 7, 2008

NA,, Tolong sahkan berita ni sat

400 minum air bercampur najis
April 7, 2008 – 3:35 pm

ANGKUT: Lori syabas yang membawa air bersih untuk penghuni kondominium, semalam.

KLANG: Kira-kira 400 penduduk sebuah kondominium di Jalan Kampung Jawa, di sini terkejut selepas menyedari mereka bukan saja mandi, malah minum air bercampur najis sejak empat hari lalu.

Mereka menyedari perkara itu selepas jawatankuasa penduduk melakukan pemeriksaan kerana tidak tahan dengan bau busuk dan 18 penghuni mengalami cirit-birit, muntah, ruam dan demam, sejak dua minggu lalu.

Pemeriksaan mendapati ada najis dalam tangki utama takungan air berkenaan yang terletak di tingkat bawah kondominium.

Ia dipercayai berlaku apabila satu daripada paip di atas tangki air utama pecah menyebabkan najis yang disalurkan masuk dalam tangki berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei, ketika melawat kawasan berkenaan memaklumkan bekalan air di aras enam kondominium dihentikan serta-merta sejurus penemuan Khamis lalu.”Ia sangat menjijikkan dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membekalkan air kepada penduduk menggunakan dua tangki air besar ditempatkan di bawah kondominium.

“Tangki utama serta tangki lain yang dimasuki najis dalam proses pembersihan,” katanya semalam.

Proses pembersihan termasuk memastikan semua paip menyalurkan air ke kediaman penduduk bebas daripada kuman itu dijangka mengambil masa 10 hari.

Ia giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Tuesday, April 1, 2008

SEKADAR BERDIKIR






Dengaq baik2 lagunie untuk POK LEH bukan Pak LAH (gambaq sekadar hiasan.. heee..)


Anak Raja Yang Humble-Tengku Faris Petra

Bukan senang nak tengok anak raja berkain pelikat. Entah entah anak raja lain nak pakai kain pelikat pon tak pandai.




~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran