KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Tuesday, June 30, 2009

GENG BARU JUMPA



Salam,
Nie ada sorang lagi spesis yang berjaya ditemui..
Ca hang pa Teka dulu sapa dia haa? kot- kot ada yang cam la..
Tapi Mamat nie cuma setahun ja kat SMP 87. Lepas tu blah pi SM Serdang Kedah. Sebelum tu, dulu dia kat SKP 81-86..
Teka Pi la kot - kot kena.. heeeeeeee
gambaq bawah tu gambaq adik beradik dia.. ops silap.. gambaq adik beradik anak sulong dia.. Dah 2 pompuan 1 lelaki.
Anak- anak dia di pelihara oleh mak mertua belaiu di IPOH.
MamaT nie dok kat Aloq Setaq , mengaku bujang lagi tiga heeee.. Isteri dia dok study kat KL... Doktor pakar.
PoYOOO beToii... family depa nie!! susah nak pikiaq la awat la jadi lagu nieeeee, Payah nak ketemu .. Asyik dok terpeRam ja . Kesian ooo noo !!!
Peram pon Peram la janji Masyukkk !!! heeeee

Monday, June 29, 2009

'Inilah bekalan akhirat saya'

'Inilah bekalan akhirat saya'



Pendakwah serta pengasas Asrama Baitul Ummah ini pernah menjadi bapa ayam.




PENGORBANAN pengasas Asrama Baitul Ummah, Abdul Rahman Ramani Abdullah, 40, sememangnya besar.

Beliau sanggup menjual rumah dan barangan elektrik miliknya seperti televisyen dan mesin basuh demi mendapatkan wang membina rumah kebajikan itu yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, dia menceritakan saat kehilangan ibu bapa ketika berumur 12 tahun.

"Ayah dan ibu meninggalkan lapan orang anak termasuk saya yang merupakan anak keempat. Masing-masing belum pandai mengurus keperluan hidup.

"Kami berlapan mengambil keputusan membawa haluan masing-masing. Saya berhijrah ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan modal RM10," ujarnya sebak.

"Sampai sahaja ke Kuala Lumpur saya tidur merempat termasuk di perhentian bas dan di tepi jalan sebelum diterima bekerja di sebuah restoran mamak di Sungei Way, Petaling Jaya.

"Saya buat kerja macam-macam daripada mencuci pinggan, mengambil pesanan hingga membancuh air minuman. Upahnya cuma tempat tinggal dan juga makanan untuk mengisi perut.

"Tetapi tidak lama selepas itu saya ditahan pihak berkuasa kerana bekerja di bawah umur. Selepas itu saya ditempatkan di rumah anak yatim kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor.

"Saya tinggal di situ selama enam tahun iaitu sehingga umur 18. Rasa sedih juga kerana terpisah dengan adik-beradik kandung.

"Rumah itu menjadi tempat untuk berteduh dan mendapatkan sesuap nasi. Rumah anak yatim dahulu kurang menitikberatkan soal pendidikan berbanding sekarang," katanya.

Tersentuh dengar azan

Sebaik sahaja keluar dari rumah anak yatim, Abdul Rahman terus bekerja di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Sepanjang bekerja saya yang beragama Hindu banyak bergaul dengan rakan-rakan Melayu.

"Mungkin ini ketentuan Allah. Malah semasa kecil saya selalu menonton rancangan mengaji al-Quran di televisyen.

"Tetapi saya amat tersentuh mendengar laungan azan yang amat unik menyebabkan saya mengambil keputusan memeluk Islam," katanya sayu.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Abdul Rahman diberhentikan oleh majikannya. Dia terpaksa hidup merempat sekali lagi. Permohonannya untuk mendapat bantuan zakat pula tidak dilayan.


ASRAMA Baitul Ummah yang menempatkan anak-anak yatim menjadi 'pelaburan' akhirat Abdul Rahman.


Pernah dia dihalau kerana ingin tidur di masjid.

"Saya lihat ada beberapa orang musafir yang tidur di beberapa buah masjid di Kuala Lumpur, jadi saya minta supaya dibenarkan menumpang teduh untuk sementara waktu.

"Saya ada menunjukkan kad mualaf tetapi tidak diterima pihak pengurusan masjid. Saya bukan ingin mencuri dan membuat perkara tidak baik.

"Akhirnya saya kembali kepada kehidupan asal sewaktu mula datang ke Kuala Lumpur dengan menjadikan tepi longkang, taman permainan dan juga tepi jalan sebagai tempat untuk melelap mata," katanya.

Kemudian, Abdul Rahman bergaul dengan beberapa peniaga tepi jalan. Dari situlah dia mengenali kumpulan samseng yang mencari wang dengan cara yang mudah.

Kerana wang juga beliau hampir membunuh orang dalam satu pergaduhan. Dia turut terlibat dengan aktiviti pelacuran dan menjual VCD lucah.

Sebagai bapa ayam pula, Abdul Rahman mendapat komisen yang agak lumayan.

"Kadang-kadang saya dapat komisen RM200 seorang. Jika ada lima orang pelacur, sekali langganan dah RM1,000.

"Itu belum ikut pakej langganan berlainan yang hasilnya boleh mencecah ribuan ringgit sehari," kesalnya.

Ketika itu, namanya sangat dikenali di Jalan Pahang, Chow Kit dan Jalan Ipoh kerana kegiatan jenayah termasuk mengedar dadah.

Abdul Rahman mengakui pendapatannya ketika itu boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan. Dengan pendapatan sebanyak itu, semua hotel pernah menjadi tempat dia bermalam.

Hidayah kedua

Namun petunjuk Allah tiada siapa yang tahu.

"Ada seorang ustaz yang sering menasihatkan saya supaya berubah. Mulanya saya berdegil tetapi lama-kelamaan mula berfikir sampai saya harus sebegini.

"Melakukan dosa tidak menyenangkan hidup walaupun dilimpahi kemewahan," Abdul Rahman menarik nafas dalam-dalam.

Selepas itu, dia bersungguh-sungguh mencari ilmu agama sehingga ke sekolah pondok di Kelantan. Selepas beberapa tahun, dia diberi peluang mengajar ilmu agama kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam di Hulu Klang, Selangor.

"Saya sedih melihat keadaan mereka yang kurang memahami ajaran Islam sehingga mendorong saya menubuhkan Asrama Baitul Ummah lima tahun lalu," ujarnya.

Asrama itu bukan sekadar membantu Orang Asli tetapi juga anak yatim, fakir miskin dan mualaf. Dibuka pada tahun 2004, asrama ini kini mempunyai 400 orang penghuni.

"Tetapi 50 orang sahaja yang tinggal di asrama kerana ruang tidak mencukupi. Cuma persekolahan mereka tetap dibiayai dan dipantau.

"Saya ingin mereka berjaya dunia dan akhirat. Jika membuat kesilapan, mereka akan dihukum sebagai satu pengajaran.

"Syukur ada yang telah melanjutkan pelajaran ke universiti mahupun kolej swasta. Inilah (Baitul Ummah) bekalan saya di akhirat nanti," ujarnya.

Bantulah kami ya Allah!

aku copy dari SINI





Berkuliah dan memberikan ceramah di depan masyarakat di negeri ini hampir membuatkan saya rasa kelainan sedikit berbanding semenanjung.Mereka semuanya seolah dahagakan ilmu pengetahuan macam pengembara yang haus inginkan air di gurun sahara.Mereka memberikan respek pada saya yang hanya belum lagi mencecah tiga puluhan.Saya juga memberikan mereka penghormatan kerana sanggup menunggu semata-mata ingin mendengar kuliah.Saya pun terasa diri kecil bukan kecil badan.hehe tetapi terasa diri mengecil kerana ilmu saya bukanlah sebanyak ynag mereka jangkakan.

Alangkah indahnya berkongsi walau sedikit.Sebagai rutin biasa,saya akan membaca terlebih dahulu sebelum masuk ke gelanggang.Perlu membaca dan membuat rivisi.Minggu ini saya bercerita tentang kisah iblis yang bertemu Rasullullah s.a.w secara terpaksa atas arahan Allah s.w.t dan mendapat respon yang baik kerana selepasa kuliah,terus mereka mendapatkan kertas nota yang ada di tangan saya,ingin fotostat katanya.

Penyebaran Islam di sini agak lambat dan tidak dinafikan ada sejarah yang mengatakan negeri ini telah pun menerima Islam lebih kurang saat penyebaran Islam di Melaka.Saya pun agak bersetuju dengan teori ini kerana melihatkan factor geografi negeri ini yang lebih hampir dengan Kepulauan Indo dan Filipina.Tentunya jasa pendakwah terdahulu amat tinggi nilainya kerana mereka meneroka tempat yang gersang dengan agama lalu menukarkan mereka kepada Islam.

Hari ini amat berbeza dengan dahulu.kalau dahulu lain sekarang lain kata orang.Dulu guna radio namun hari ini,sesetengah orang di sini menggunakan siaran tv dan radio pun berbayar.Pada saya,Islam akan memberikan harapan baru dan nadi baru bagi memastikan suasana harmoni ini kekal selamanya.Mengharap pada Islam memang benar kerana Islam akan menang namun kita ini adakah dapat berlumba-lumba mencari keredooan Allah s.w.t tanpa bergantung pada Islam.?

Tidak…sekali-kali tidak akan kita menang tanpa mengambil Islam sebagai paksinya.Sehubungan dengan itu,saya mengharapkan lebih ramai antara para ustaz-ustazah bangkit bersama berjuang dan tidak perlu takut untuk memberikan inzar masyarakat.Perlukah kita menutup pintu rumah semata-mata tidak mahu berjuang sedangkan masyarakat seakan-akan memanggil kita untuk segera membimbing mereka.Ikhlas kan diri dan doalah untuk mencapai keikhlasan.

Ya zaljalalilwalikram,amitna ala dinil ISLAM.

Friday, June 26, 2009

Suhizad : Dibumi KiWi



Kemarin , aku hantaq email kat Suhizad Sudin minta berita & cerita diri dia..
Kepada Kengkawan hat kenai lagi JAD nie , boleh lah contact dia di:-

izadsudin@gmail.com

Nie Isi Email dia kat aku, tanpa edit. kang kalu aku Edit kang mau 14 helai pulak artikel nie,.. heeee


"cerita aku la ni..la ni tgh buat phd specialize dlm mobile network kat massey university , palmerston north, NZ. Anak 2 org ...yg sulung 9 yang second 6 thn. Wife aku pun sama gak, tgh buat phd dlm information system planning. Aku bulan 10 ni 2 tahun kat bumi Kiwi ni. Insyaallah , 2011 habis kot. Sblm ke NZ, aku attach dgn Univ Malaysia Perlis, dari tahun 2003, wife aku dgn UUM. ni ada 2 3 kepin gambaq aku n family"

Terima Kasih la JAD atas email hang . tulis la lagi... Jangan Lupa boh gambaq hang ngan awek- awek KIWI no! tak pa line clear, bini hg tak jumpa link nie.. heeeeee


Kos kahwin cuma RM250


LAPAN pasangan pengantin ceria selepas Majlis Perkahwinan Beramai-ramai yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman semalam.


KEMAMAN – Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.

Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai di sini semalam.

Jumlah tersebut meliputi RM100 untuk kursus kahwin, RM113 upah jurunikah, RM5 untuk borang perkahwinan dan RM32 mas kahwin.

Kesemua pengantin yang berumur 14 hingga 35 tahun itu dinikahkan secara serentak oleh lapan jurunikah di Masjid Sultan Ahmad kira-kira pukul 12 tengah hari.

Sementara bagi majlis kenduri ditaja sepenuhnya oleh Pejabat Agama Daerah, Pejabat Daerah dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dihadiri kira-kira 700 jemputan di pekarangan masjid berkenaan.

Wednesday, June 24, 2009

Fadilat Bulan Rejab


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB - Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita dah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”



1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430/Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Seterusnya http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/04/fadhilat-bulan-rejab/

Sunday, June 21, 2009

Friday, June 19, 2009

Ghaziyah menahan dahaga

Ghaziyah menahan dahaga






GHAZIYAH Jabir adalah wanita yang mewarisi sifat-sifat keperwiraan keturunan Quraisy. Dia tidak takut atau gentar dengan sesiapapun. Dia juga digeruni oleh masyarakat Quraisy kerana sifat yang dimilikinya. Dia berani berkata benar walaupun di hadapan orang yang lebih kuat daripadanya.
Ghaziyah memeluk Islam apabila suaminya, Abul Akar menemui Rasulullah dan menyatakan keimanannya kepada Allah. Ghaziyah mula melaksanakan dakwah Islam kepada wanita-wanita Quraisy lain. Ramai wanita Quraisy tertarik memeluk Islam kerana keperibadian Ghaziyah yang menarik dan kepetahannya berkata-kata.
"Apa? Ghaziyah sedang menarik lebih ramai wanita Quraisy memeluk Islam. Kita mesti lakukan sesuatu supaya pengikut baru Muhammad tidak bertambah!" salah seorang pembesar Quraisy melahirkan rasa bimbang tentang dakwah yang dijalankan oleh Ghaziyah di kalangan wanita Quraisy.
"Saya cadangkan supaya kita pergi ke rumah Ghaziyah dan menghukumnya supaya orang lain tidak berani mengikut jejak langkahnya," cadang seorang lagi pembesar Quraisy yang benci dengan Islam.
"Saya setuju dengan cadangan kamu. Kita ugut dan takutkan Ghaziyah supaya dia hentikan dakwahnya di kalangan wanita kita," sokong pembesar-pembesar yang mahu usaha Ghaziyah dihentikan serta-merta.
Mereka semua sepakat dan bergegas ke rumah Ghaziyah bagi mengugut dan menakutkannya supaya dia tidak meneruskan usaha murninya itu. Walaupun pembesar-pembesar Quraisy menceroboh masuk ke rumahnya, Ghaziyah tetap menerima tetamu yang tidak diundang itu dengan senyuman.
"Kamu akan mendapat hukuman jika tidak menghentikan dakwah di kalangan wanita Quraisy dengan segera," ugut pembesar-pembesar dengan memandang wajah Ghaziyah.
"Saya tidak akan hentikan apa yang benar," Ghaziyah mempertahankan dirinya di hadapan pembesar-pembesar Quraisy yang semakin marah dengan jawapannya.
"Tangkap Ghaziyah dan ikat pada unta. Kemudian, jemur dia di tengah pancaran matahari sehingga dia mahu kembali ke agama nenek moyang kita," perintah pembesar-pembesar Quraisy kepada orang bawahannya.
"Pastikan ada orang mengawal unta itu supaya tidak ada orang lain yang datang membantu Ghaziyah," pesan pembesar-pembesar Quraisy lagi kepada orang bawahannya.
Dua orang pengawal yang ditugaskan mengawal Ghaziyah yang diikat pada seekor unta yang dijemur di tengah-tengah pancaran matahari padang pasir. Tekaknya kering, mulutnya pecah-pecah, muka dan kulit badannya terbakar digigit pancaran matahari yang terik. Pengawal Quraisy duduk di dalam khemah sambil makan dan minum tanpa mempedulikan rayuan Ghaziyah yang dibiarkan dalam kepanasan matahari tengah hari.
Ghaziyah hanya berserah kepada Allah dengan penderitaan yang sedang dialaminya. Dia yakin Allah tidak membiarkan hambanya diperlakukan dengan kejam. Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah sambil mengharungi kepanasan, kesejukan dan kehausan selama tiga hari berturut-turut.
"Ya Allah! Kasihanilah hambamu yang terseksa ini. Saya bermohon kepada-Mu supaya penderitaan saya berkurangan, " Ghaziyah berdoa kepada Allah dengan sisa-sisa tenaga yang hampir kehabisan.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Allah mendatangkan sebaldi air kepada Ghaziyah lalu menuangkan ke atas tubuhnya. Dia dapat melihat baldi air itu tergantung di antara bumi dan langit.
Ghaziyah minum air yang dituangkan itu dengan sepuas-puasnya. Tubuhnya yang letih kini kembali bertenaga. Keyakinan kepada kuasa Allah semakin utuh dalam diri Ghaziyah.
"Bagaimana tubuh Ghaziyah itu basah?" Tanya salah seorang pengawal yang keluar dari khemah memeriksa dari mana datangnya bunyi air dituang.
"Cuba kamu periksa sama adakah ikatan Ghaziyah itu terbuka?" balas kawannya yang kelihatan tercengang menyaksikan kejadian di hadapan matanya.
"Ikatannya masih kuat dan mustahil Ghaziyah dapat mengambil air ?" kedua-dua pengawal itu berasa hairan dan terkejut.
"Dari mana kamu dapat air?" tanya salah seorang pengawal yang masih bingung memikirkan bagaimana Ghaziyah dapat mencapai bekas air walaupun masih terikat pada unta.
"Allah, Tuhan semesta alam tidak membiarkan hambanya dizalimi. Doa orang yang dizalimi segera dimakbulkan. Air itu datangnya dari Allah." Ghaziyah menjelaskan dengan tenang kepada dua orang pengawal yang mula rasa takut dengan kejadian itu.
"Sekiranya kata kamu benar, benarlah agama kamu. Agama kamu lebih baik daripada agama kami. Sesungguhnya kami bersaksi Allah tuhan kami dan Muhammad adalah rasulnya," ucap kedua-dua pengawal itu apabila cahaya iman masuk ke jiwa dan hati mereka.
Mereka membebaskan Ghaziyah daripada ikatannya. Kemudian, mereka memohon maaf kepada Ghaziyah kerana membiarkannya terseksa di padang pasir selama tiga hari.
Ghaziyah memaafkan kedua-dua pengawal itu kerana mereka terpaksa menurut perintah tuan mereka hanya bencikan agama Islam. Dengan pertolongan yang diberikan oleh Allah, Ghaziyah berjaya mengislamkan dua orang pengawal Quraisy itu.

Thursday, June 18, 2009

IPOH MALIIII.....TALAK SOMONG LO.....

saja nak bagi tau hgpa semua.....kawan lama kita.....




assalamualaikum semua,
pertama kali aku nak ucapkan selamat bersua kembali, dah lama aku tak sumbangan kan artikel apa-apa untuk blog kita ni. so aku pun nak bagi tau le, yg kawan kita 2 org ni, ada kt pendang... kalau nk jumpa depa, sorang dok kt smk tokai, dan sorang lagi dok wisma negeri a/s.... alor setar ( bukan amerika syarikat @ alor star). aku jumpa gak depa ni... sorang dekat ja, kt bukit raya, dan sorang lagi kat a/s. sapa kenai cuba teka nama depa....jeng-jeng, jeng.....betoi aku bagi hadiah, lawatan percuma ke manik urai...sampai jumpa lagi.......

Wednesday, June 17, 2009

AL- FATIHAH


Gambar sekadar hiasan


HARI ini 17 Jun 2009 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1430 kita telah kehilangan seorang lagi rakan & sahabat seusia kita, sebumbung dan sezaman dengan kita. Allahyarhamah Kalsom Binti Othman telah kembali kerahmatullah pada jam 6.00 pagi tadi ketika hendak berwuduk di Hospital Sultanah Bahiyyah Aloq Setaq. Allahyarhamah meninggalkan 2 orang anak, berusia 11 (lelaki) dan 7 tahun (perempuan) dan seorang suami. Diberitakan Allahyarhamah mengidap barah kelenjar.
Beliau pernah belajar di tingkatan 1S1, 2S1 & 3S1 dari tahun 1987-1989 di SMP.

Nie aku petik email dari Syitoh yang sudi meng'email" aku tengahari tadi

"salam. aku nak habaq ni ada kawan kita sekolah menengah pendang nama dia kalsom othman dulu kelas ERT duduk kat bukit raya telah kembali ke rahmatullah pada subuh tadi setelah menderita kanser. alfatihah buat allahyarhamah. semoga tuhan mencucuri rahmat keatas rohnya. amin.
nak bagi detail aku taktau nak terang. arwah tu sepupu ngan najwa ahmad geng smp gak. arwah ni duduk kat umah rubiah bukit raya gak. orangnya kecik2. aku dapat sms daripada najwa ahmad.dia duduk kelas ert. timah bt bakar geng sekampung ngan dia gak.arwah sekolah kat smp sampai form 5 aje."

Jenazah Allahyarhamah disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Kg Bukit Raya pada 2.30 ptg tadi.
Keterangan lanjut bolehlah menghubungi Najwa Ahmad : 0194669597

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Sebuah doa yang berdasarkan dari sabda Nabi Muhammad Saw., jika ada seseorang membiasakan membaca doa ini setiap hari sebanyak dua puluh lima kali (25x) dan ia mati maka Allah Swt. akan memberikan kepadanya pahala orang yang mati syahid.

اَللّهُمَّ بَا رِكْ لِى فِى الْمَوْتِ وَفِيْمَا بَعْدَالْمَوْتِ

Allaahumma Baarik Lii Fil Mauti Wafiimaa Ba'dal Mauti

(Wahai Tuhanku, berkatilah saya dalam kematian dan sesudahnya)

Makkah dan Madinah akan datang

Kerajaan Arab Saudi bercadang untuk memajukan kawasan Masjidil Haram –tempat Ka’bah berada di dalamnya– dan Masjid Nabawi di Madinah sehingga akan menjadi bangunan termegah di dunia. Memang seharusnya, kerana puluhan juta umat Islam dari seluruh dunia tertumpu tempat suci itu setiap tahun, sampai kiamat untuk menyempurnakan ibadah rukun Islamnya. Benar-benar projek mega raksasa yang sangat sangat sangat mengagumkan sekali. Malah lebih hebat dari Projek Koridor yang dicadangkan oleh kerajaan Be End!!! Inilah foto-fotonya. Jangan lupa memuji Allah dan Rasul-Nya!!

image0015

Tiga tahun ke depan, Makkah Al-Mukarramah akan menjadi begini!!

a

image0026

Proyek perumahan (penginapan) raksasa akan dimulai memutari Masjidil Haram. Dan hasilnya akan seperti ini setelah 12 tahun!! Titik kecil di tengah-tengah lingkaran adalah Ka’bah.

a

image0036

Gedung Tertinggi ke-2 di dunia akan dibangun di Jeddah. Dan, kareta api listrik akan dimulai tahun depan dari Masjidil Haram ke Mina, dari Mina ke Mudzalifah, dari Mudazalifah ke Arafah.

a

image0044

Rumah Allah, Ka’bah, akan tertutup oleh empat payung raksasa. Ratusan ribu jama’ah haji yang sedang melaksanakan ibadah akan merasakan teduh dari sengatan panas sinar matahari!! Allahu Akbar!!

a

image0086

Dan, lingkungan Masjid Nabawi di Madinah akan seperti ini setelah empat tahun ke depan!! Kotak kecil di tengah lingkaran adalah Masjid Nabawi sekarang.

Roda kereta Firaun di Laut Merah?



Oleh IBRAHIM ABDULLAH

MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.

Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah


Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.

Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.

Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.

Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.

baca lagi kat sini

Sunday, June 14, 2009

Kamera dalam usus - (khas Utk Azizi Usus)

Kamera dalam usus

EndoKapsul boleh merekodkan sehingga 56,000 keping gambar sepanjang lapan jam ia bergerak di kawasan usus pesakit.


KAMERA berharga RM6,000 ini boleh mendiagnosis sehingga 85 peratus masalah usus.

CUBA bayangkan, perut anda dibelah dan usus kecil yang memiliki kepanjangan kira-kira enam meter dikorek keluar dari perut sebelum dimasukkan tiub berkamera semata-mata untuk mengenal pasti masalah yang ada padanya.

Bagi sesetengah orang yang menghidap cirit-birit atau sembelit berlanjutan tanpa sebarang rawatan, mungkin kaedah endoskopi ini terpaksa dilalui bagi merawat sindrom rengsa usus (IBS).

Kaedah konvensional yang telah diguna pakai selama hampir 50 tahun ini telah membantu banyak masalah kesihatan melibatkan usus sama ada usus kecil ataupun besar. Namun proses tersebut agak rumit dan memerlukan pengawasan berterusan daripada pakar.

Selain endoskopi, pesakit juga perlu meminum sejenis cecair khas sebelum melakukan imbasan sinar X bagi mengenal pasti masalah pada usus.

Bagaimanapun hasil diagnosis melalui kaedah ini dikatakan tidak begitu memberangsangkan kerana imej yang terhasil sukar dipastikan entitinya kerana imbasan sinar X hanya berwarna hitam dan putih.

“Badan kita mempunyai imej 3D. Jika seseorang itu menjalani imbasan sinar X di bahagian perut, berbagai-bagai andaian boleh diputuskan daripada keputusan sinar X.

“Boleh jadi warna hitam yang dilihat itu ketumbuhan dan mungkin juga ia adalah sambungan ke usus besar,” jelas Pakar Bedah Gastroenterologi di Pusat Pakar Alpha Kota Damansara, Dr. Robert P. Jalleh.


SELEPAS menelan kamera endoKapsul, pesakit boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Selain endoskopi, doktor akan melihat kepada gejala seseorang di samping meneliti sejarah perubatan pesakit bagi tujuan diagnosis.

Tidak perlu belah perut

Seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan, kini imej di dalam usus kecil sudah boleh dilihat secara jelas tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan.

“Pesakit kini berpeluang memilih untuk menggunakan kaedah pembedahan atau hanya menelan kapsul berkamera yang dipanggil endoKapsul untuk memberi gambaran jelas mengenai masalah yang wujud di dalam usus kita,” katanya.

Tambah Robert, apa yang lebih meyakinkan, endoKapsul bukan sahaja memudahkan malah mampu meningkatkan ketepatan diagnosis sehingga 85 peratus dan pesakit digalakkan bergerak seperti biasa bagi mempercepatkan kapsul kamera ini turun ke usus kecil.

“Kapsul dengan kamera binaan ini sememangnya beresolusi tinggi dan imej yang dirakam boleh dilihat jelas pada skrin komputer.

“Dengan ukuran 26x11 milimeter atau dua kali ganda saiz kapsul biasa, endoKapsul merupakan kaedah untuk mengenal pasti penyakit dalam usus kecil yang paling efektif setakat ini,” katanya.

Dengan kepantasan merakam dua keping gambar sesaat, endoKapsul boleh merekodkan sehingga 56,000 keping gambar sepanjang lapan jam ia bergerak di kawasan usus pesakit.

“Sebelum menelan endoKapsul, pesakit diminta berpuasa dan minum ubat khusus bagi membersihkan usus mereka.

“Selepas itu, lapan pad antena akan dipasangkan di bahagian abdomen pesakit sebelum kapsul diberi untuk ditelan.

“Setiap imej yang dirakam akan disalurkan ke pad seterusnya disimpan pada satu alat perakam yang dipasang di pinggang pesakit.

“Selepas lapan jam, pad tersebut akan ditanggalkan dari tubuh pesakit dan doktor akan meneliti setiap imej yang dirakam menggunakan komputer untuk mendapatkan pengesanan yang lebih optimum,” katanya.


ANDA boleh mengetahui penyakit yang dihidapi dengan melihat gambar-gambar usus anda sendiri.

Jelas Robert, imej yang jelas dihasilkan endoKapsul memang membantu para doktor mengenal pasti kawasan yang bermasalah namun tiada kawasan tepat yang boleh ditentukan oleh kapsul ini.

“Kita cuma boleh menganggarkan masalah itu berada di bahagian atas, tengah atau bawah bergantung pada masa dan imej kawasan usus yang dihasilkan namun kita tidak tahu lokasinya secara tepat,” jelasnya.

Walaupun kewujudan kapsul berkamera mempermudahkan para doktor mengenal pasti jenis penyakit di bahagian yang paling sukar dicapai itu, tidak semua pesakit boleh menggunakan peralatan serba canggih ini.

“Kaedah endoKapsul memang sangat membantu tetapi ia bukan satu-satunya cara yang kita boleh guna untuk mengesan penyakit di bahagian usus. Bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit tertentu, mereka tidak boleh menggunakan kaedah ini.

“Oleh sebab itu, sebelum mengesyorkan endoKapsul kepada pesakit, doktor akan mengkaji sejarah kesihatan mereka bagi mengelak sebarang kerumitan yang mungkin timbul sekiranya mereka menelan kapsul ini,” jelasnya.


KEMBUNG perut dan najis berdarah mungkin petanda awal usus anda bermasalah.

Tambahnya, memandangkan kos kapsul tersebut mencecah RM6,000 sebiji dan ia hanya boleh digunakan sekali sahaja, tidak semua pesakit mampu membelinya dan mereka lebih cenderung menggunakan kaedah biasa.

“Kebanyakan hospital sama ada swasta atau kerajaan sudah memiliki teknologi ini namun ia bergantung kepada pesakit sama ada untuk membelinya atau tidak.

“Walaupun begitu, terdapat pesakit yang amat digalakkan menggunakan kapsul ini terutama warga emas yang mungkin berdepan risiko lain sekiranya terpaksa menjalani pembedahan pengesanan konvensional,” katanya.

Rengsa si usus kecil

Kebanyakan kes penyakit yang melibatkan usus kecil amat jarang ditemui di negara ini namun masih ramai yang berisiko berdepan penyakit di bahagian usus kecil sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal.

“Di Malaysia, 90 peratus kes dilaporkan melibatkan usus besar dan hanya 10 peratus berkaitan usus kecil.

“Antara penyakit yang sering dilaporkan ialah sindrom rengsa usus yang juga dikenali sebagai IBS.

“Ia merupakan gangguan terhadap fungsi usus di mana pesakit mengalami sakit perut yang bukan sahaja berulang-ulang tetapi juga kronik.

“Antara simptomnya, perut memulas, senak, kembung, angin dan perubahan tabiat membuang air besar. Terdapat juga pesakit yang mengalami cirit-birit, sembelit atau gabungan kedua-duanya sekali.

“Jika anda mendapati najis anda berdarah, segera dapatkan rawatan kerana ia bukan ciri-ciri IBS dan tidak mustahil ia merujuk kepada penyakit yang lebih serius,” katanya.

Robert memberitahu, pembuangan air besar yang normal adalah berbeza-beza iaitu minimum tiga ketul najis sehari. Tetapi jika yang berlaku sebaliknya, bahan-bahan kumuh yang tersimpan di dalam badan seseorang dalam jangka masa yang lama boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

“Jika orang sihat membuang air besar sama ada satu atau dua kali sehari, ada pesakit IBS melakukannya dua kali seminggu atau hanya sekali dalam tempoh dua minggu.

“Dalam kes cirit-birit pula, terdapat pesakit yang membuang air besar sehingga 10 kali sehari tetapi yang keluar hanya cecair. Ini menyebabkan pesakit tidak puas dan akan mengulanginya beberapa jam kemudian,” jelasnya.

Friday, June 12, 2009

Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam


M. Subash

SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.

Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.

Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.

"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.

Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.

Ustaz Ibrahim Mat Isa

Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.

Tuesday, June 9, 2009

Still Have Faith in Judiciary?


Heee ,, Creatif sungguh mamat sekoq nie buat poster ...

Ca hang pa perati betoi2 .. gambaq sapa nie?

Aku jumpa kat sini

Monday, June 1, 2009

HARI ULANGTAHUN TUDM KE-51



HARI nie 1 JUN 2009. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke 51 buat Geng2 kita yang masih bertugas dengan TUDM. Sapa lagi kalau bukan Mak cik JASLIZA.

Dulu ada 2 orang lagi memba kita yang dok dlm TUDM tu, tapi jodoh tak panjang pi bersara awai... Aripin Mehat , lanie bekerja di AiRoD Sdn Bhd TUDM Aloq Setaq di Kepala Batas. Walaupun dah berenti tapi masih gherja repair helikopter TUDM lagi... Kira sambut sekali la noo.. Memba kita yg sorang lagi tu sampai la nie masih tak dapat dikenali, apatah lagi nak menghubungi...

sebagai pemeunuh artikel elok kita peringat balik makcik Jas kita dengan petikan amanat Panglima TUDM sempena perutusan sambutan Jubli Emas TuDm tahun lepas " SAUDARA/SAUDARI YANG DIHORMATI SEKELIAN, sempena hari yang penuh bermakna ini, SAYA INGIN MENGINGATKAN SEMULA KEPADA SELURUH WARGA TUDM TENTANG TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN SEGALA KEPENTINGAN NEGARA DENGAN MENENTUKAN TAHAP KESIAGAAN OPERASI TUDM SENTIASA BERADA DITAHAP YANG TINGGI. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA SAUDARA/SAUDARI INI ADALAH AMAT BERAT DAN SAUDARA/SAUDARI TIDAK BOLEH SEKADAR BERPUAS HATI DENGAN TAHAP PENCAPAIAN STATUS QUO KERANA SAYA YAKIN MASIH BANYAK LAGI RUANG BAGI SAUDARA/SAUDARI UNTUK MELAKUKAN INOVASI DAN BERUSAHA LEBIH GIGIH UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SECARA BERTERUSAN (CONTINUOUS IMPROVEMENT)."
Selamat BERJUANG JAS!!!!!

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran