KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, February 26, 2009

Salam....sekadar ingin berkongsi gambar yang diambil pada April 1987. Dalam dok tengok gambar-gambar lama aku terjumpa gambar ni. Aku uploadkan untuk tatapan kawan-kawan yang mengenali mereka ini. Kalau ada sesiapa yang mengenali atau muka dia ada dalam gambar ini harap boleh memberi komen. Rasa aku gambar ini diambil ketika kami hendak ke kelas malam pada setiap hari di asrama putera. Start pukul 8.30 sampai 10.00 malam kalau aku tak silap. Mungkin Det lebih arif kot....

Wednesday, February 25, 2009

Kenangan mengusik jiwa

Salam..apa khabar semua rakan samada yang mengenali aku atau tidak. Dikesempatan ini aku nak story ckit tentang pengalaman aku kat SMP tahun 1988. Pengalaman tinggal di asrama memang best. Di situ aku mula kenal cikgu Radhi, Cikgu Osman dan Cikgu Hussein. Rasanya dulu kesian kat diorang sebab pening nak menjaga budak2 asrama yang memang terkenal sebagai kategori buas dan nakal. Pengalaman sejarah hitam aku semasa aku dibuang asrama sebab mencuri tebu kat belakang asrama tu. Bukan niat nak mencuri pun cuma pengaruh kawan sebab tak tahan tengok tebu yang montel2 tu. Sebelum dinyahkan dari asrama tu aku dapat tandatangan kat tangan oleh Cikgu Osman dengan rotannya tu. Sakit bukannya main lagi tapi tahan sebab nak jaga mancho konon. Last sekali berulanglah aku dari Sungai Tiang ke SMP. Kalau tak kerana rotan itu rasanya aku masih x insaf hinggalah sekarang..wasalam.

sukan smk pendang

kedudukan rumah sukan, dulu hangpa masih ingat lagi tak rumah sukan masing-masing
18-02-09....
juara bintang
naib juara ,jerai
ke 3, ledang
ke 4, kinabalu
tercorot , titiwangsa

AS tayang filem hina Islam

WASHINGTON: Filem kontroversi yang dihasilkan oleh Ahli Parlimen Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders, bakal ditayangkan di Amerika Syarikat Khamis ini selepas senator Republikan, Jon Kyl, bersetuju menjadi hos menayangkan dokumentari menghina Islam itu.

Kyl menjadi penaja majlis itu bagi Wilders, yang tidak dibenarkan memasuki Britain awal bulan ini selepas pegawai Britain berkata dia membawa ancaman kepada undang-undang awam.

Kementerian Dalam Negeri Britain enggan membenarkan Wilders memasuki negara itu berdasarkan alasan dia 'akan mengamcam keselamatan masyarakat dan awam.'

Ahli perundangan Belanda itu dijemput ke bangunan Capitol untuk menayangkan filem selama 17 minit itu, Fitna, yang mengkritik al-Quran sebagai 'buku fasis' dan membandingkan Islam dengan Nazi.

Wilders mempertahankan diri daripada tuduhan 'berat sebelah' berhubung desakan sendiri untuk bebas bersuara tetapi pada masa sama mahu al-Quran diharamkan.

"Saya mahu al-Quran diharamkan. Di Belanda, kami mengharamkan Mein Kampf. Saya melihat perbandingan kedua-dua buku ini. Bukan hanya ia adalah ideologi pemerintahan satu parti politik tetapi kedua-duanya juga menghasut keganasan," katanya.




WILDERS ketika diusir dari lapangan terbang Heathrow, London baru-baru ini.

Monday, February 23, 2009

Pernikahan Online Pertama di Arab Saudi



JEDDAH - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah.

Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.


Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah



Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertamakalinya mengelola acara pernikahan semacam ini.

"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah.
"Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.



Berita selanjutnya (Bahasa Indonesia) : http://eramuslim.com/berita/dunia/untuk-pertamakalinya-pernikahan-via-cyber-digelar-di-saudi-arabia.htm

Friday, February 20, 2009

INFO PASAI NEGARA

• Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"
• Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.
• 0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
• Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
• Bolivia ada dua ibu negara.
• Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km
• Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan
• Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia
• Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
• Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
• Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu. Adakalanya sehingga 6 inci.

Thursday, February 19, 2009

Salam.... buat kali ke 2 aku tulih dalam blog ni setelah hampir 3 tahun blog ni diujudkan oleh chairman kita che det. tahniah atas usaha yang begitu jitu. aku ni sebenaqnya buta IT sbb jarang-jarang aku terlibat. takat nk byq bil melalui maybank 2u tu aku tau la.
Untuk sham hamzah tahniah sbb dh jd cikgu kat smp. dh lama kita tinggai sekolah tu... aku kalau balik memang sah-sah x leh jalan. ari tu ingat nk pi umah mina n zahari tp depa ada gheja kt kl...x jd gak. Anot pun selalu sms aku...aku ja x dan nk balaih..memanjang busy. maklumlah anak byk...Apa-apa pun salute kt hangpa semua yang telah rasmi menjadi ahli-ahli blog ni.

Wednesday, February 18, 2009

JEBAT Oi JEBat!!! : Sungguh ka?


Klik pada gambaq untuk paparan lebih besaq

Layan Pie La Walaupon Tak Paham...



SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .

Kata sudin dalam filem bujang lapuk ... "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Monday, February 16, 2009

cikgu-cikgu kita masih ada

Assalamulaikum
Sekadar ingin berkongsi..
Memandangkan kita semua xsm pendang student, aku ingin berkongsi sst di coretan ini. Sekarang aku dah pun mula bertugas di sekolah kita dulu. Aku bertugas sebagai kaunselor di sini mulai 01-01-09. Dah 12 tahun bertugas di negeri orang dan juga tempat orang , rasa ingin berbakti di tempat sendiri lak, so aku mintak le ke daerah pendang, tk sangka pulak kena bertugas di smp.
Sebenarnya aku dah tinggalkan smp sejak 1993 (habis stpm) lagi… sekarang dah tahun 2009 dah hampir 16 tahun aku tinggalkan smp. Cikgu-cikgu yg ngajar kita dulu masih ramai lagi… eg cikgu hishamudin (geo), cikgu zurah ( add math), cikgu nadzri (p.am), pn teh ( bio math),, mr quah,(English) ustazah faridah (pi sej 6), ustaz jaafar (pi), Cikgu ahmad Ramli, (bm), cikgu teoh, pn latifah (kim), cikgu radzi (seni), pn rosnah hamzah (pa,geo), cikgu wah mahyudin (bm), pn eshah (bi) ingat lagi tak ? nnti bila free aku bubuh gambar depa wajah sekarang…
Cikgu hishamudin dah jadi pen kanan kat smp. Aku ada jugak sembang-sembang dengan depa, imbau balik zaman 16 tahun dulu.. aku bukan budak glamour kat sekolah dulu, jadi depa susah nak ingat aku…tp ada jugak yg ingat. Maklumlah dah beribu-ribu anak murid depa… aku pun sama gak,,, susah nak ingat anak murid aku, lainlah kalau depa bagi tau…. Key word untuk bagi tau, head boy, zabidi ahmad , best student beh teik seng (spm) dan khairul anor stpm, itu, depa ingat.
Banyak gak perubahan yg berlaku kat smp… ingat tak, bilik guru dulu-dulu---sebelah bilik guru kalau hg pa masih ingat waktu tkn 1 dulu, sebelah tu 1k1 dan 1k2 pas tu 2k1 kan…. La ni semua tu dah tak dak dah,,,, blok bawah semua dah jadi bilik guru, blok atas dah jadi library…hg pa ingat tak ni?
Skrg dah ada tkn 6 sains. Rumah sukan masih macam dulu gak kinabalu, bintang, ledang, jerai dan titiwangsa, dulu aku rumah bintang, la ni aku guru Ledang lak..
Kantin dah tukaq nama jadi cafeteria,,, dah ada dewan marbawi, mlm2 aku main badminton kt situ. Surau dah besar. Blok tkn 6 dulu-dulu dah tukar jadi blok tkn 3.. tkn 6 dok kat blok belakang sekali…blok 5 sc still macam dulu..
Budak-budak lani, dah kaya-kaya, kalau dulu moto kita letak kat garaj depan asrama kan, lani moto kena letak kat gelanggang bola tampar dan tapak dewan marbawi, banyak sangat dah tak muat…
Ada berita sedih, kalau hgpa masih ingat cikgu hasnah hamidun (math tkn 3), baru ke rahmataalah baru-baru ni. Al fatihah
Rakan guru xsmpendang pun ramai kat sini, batch kita cuma Noraini mD Isa ja. Juinor dan senior kita ada la 7 ,8 orang lagi.
Sekian wasalammm..
p/s baru-baru ni Fuziah coras ada tel aku, dia pun akan jadi kaunselor gak selain sedia ada mizi dan aku …tahniah la…dapat KPLI..kena bersedia posting sabah swak la…
segan ooo bila kena bertugas dengan cikgu-cikgu kita, takleh nak log lak sangat.
Kalau ssiapa mai smp, contack aku, boleh blanja minum.

Eishh Kedai Sapa laa baguih sampai terra nie...

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Limau.

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Wallahualam

Tuesday, February 10, 2009

MURTAD : SAMBUT VALENTINE

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Aku rasa Elok jika kita selami apakah yg tersirat disebalik perayaan valentine itu sendiri.. Untuk makluman semua,Valentine adalah nama seorg paderi(St.valentino) yg hidup semasa pemerintahan seorg Maharaja sekitar tahun 270 AD yg bernama Maharaja Claudius II.Semasa pemerintahannya,Claudius II mengharamkan rakyatnya drpd berkahwin sebaliknya mengarahkan mereka menjadi tentera kpd negara. Valentine menyedari perintah ini adalah sangat kejam lalu bertindak mengahwinkan beberapa pasangan secara senyap2. Tindakannnya diketahui oleh Claudius II lalu beliau dijatuhkan hukuman bunuh. Semasa di dlm penjara,beliau di rawat oleh seorg gadis anak pegawai penjara dan telah jatuh cinta pd gadis tersebut. Sebelum beliau di hukum bunuh beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kpd gadis itu yg bertajuk "FROM YOUR VALENTINE" yang digunakan sehingga ke hari ini dlm bentuk kad2 bagi merayakan Hari Kekasih. Justeru itu,bagi mengenang beliau maka pd tahun 498 AD Pop Gelasius telah mengisytiharkan 14 FEB sebagai Hari Kekasih. so,dlm situasi camni apabila kita turut meraikan perayaan ini seolah olah merupakan satu kemenangan bg org kristian krn menyanjungi perjuangan paderi mereka. Cuma hakikat yg perlu diketahui di sini adalah perayaan ini hanyalah suatu kaedah yg digunakan oleh musuh islam utk meracuni pemikiran umat islam...lihat lah berapa ramai anak gadis kita yg kehilangan dara mereka akibat terlalu asyik dan ghairah menyambutnya bersama-sama dgn teman lelaki masing2.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. Awat bunyi tak tegas langsung?


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata,Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

rujuk:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0212&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive&arc=hive

Monday, February 9, 2009

Kelas Inggeris - Artikel XVI

Daripada tak faham sudah jadi faham pulak undang-undang. Tetapi perlulah ada sedikit ilmu bahasa inggeris. Perhatikan rangkap berikut:

Perak State Constitution: Artikel XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Compare with the Federal Constitution:

Federal Constitution: Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”

Ramai yang cuba menafsir benda yang sampingan iaitu satu menyebut Dewan Undangan dan satu lagi menyebut Ahli-ahli Dewan. Kedua-dua benda itu tidak menjurus kepada soalan yang saya menafsir secara berikut.


Menurut kedua-dua rangkap tersebut ada satu subject iaitu MB atau PM yang memegang teraju kerajaan. Ia menyebut "Apabila Mentri Besar..." atau "Apabila Perdana Menteri..". Dengan itu, tindakan atau kandungan artikel adalah merujuk kepada si-penama dan bukan Sultan atau YDPA. Ingat, MB not Sultan should act - MB yang disuruh bertindak.

Dalam artikel tersebut disebut keadaan, yakni sudah jelas apa keadaan itu, "gagal memperolehi kepercayaan majoriti Dewan/Ahli2 Dewan". Sepertimana saya sebutkan Dewan atau Ahli2 tidak timbul kerana mereka bukan subjek tetapi sebahagian dari keadaan. Pokoknya hilang kepercayaan majoriti.

Seterusnya artikel mengarahkan subjek yakni MB supaya melakukan dua perkara sahaja:

1) Bubarkan Dewan (atas permintaan MB, Sultan membubarkan)

ATAU

2) Letak jawatan

Hanya perkara (1) yang menjadi isu. MB berkenaan telah menjalankan arahan artikel sebiji ayat tersebut. Yang menentukan pembubaran tidak disebut Sultan malah dengan jelas menyebut:

atas permintaan MB (at 'his' request),

barulah Sultan membubarkan (the Sultan dissolves). Maka Sultan tidak ada kuasa eksekutif melainkan sebagai tindakan 'adat' - 'ceremonial'.

Tiada ayat terselit, tersurat, tersirat yang mengatakan "Sultan has the option, or can delay, or can withhold, or can differ, or can direct". Elek.

Sekian kelas bahasa inggeris bagi maksud memperjelaskan ini bagi tujuan penyaksian sesiapa yang berkenan.

Sunday, February 8, 2009

Kita Anak Pendang

Hari nie..masa aku tengah duduk baca laporan bulanan...tiba-tiba ada member lama called..Ibnu Khaldoon Ahmad Zakuan (mesti dia terkejut aku boleh ingat nama full dia...hahahha..aku mmg dikenali dengan memory 8G). Dah lama tak jumpa dia..kalau langgar kereta pun mau bertekak dulu gamaknya..lepas tu baru tau member dunia akhirat hehehe..

Tapi yang peliknya..aku taktau la...rasanya 5-6 hari sebelum tu..aku memang mimpi jumpa dia..ini kali kedua, kali pertama aku mimpi jumpa Suhizaz Sudin (then aku tidak sengaja jumpa laman web pasal dia..lecturer UUM). Mungkin ini semua berkat doa aku...syukur..aku selalu berdoa jumpa kawan-kawan lama..aku rindu kat depa semua..bagi aku kawan umpama setitis darah yang mengalir dalam tubuh kita...tanpa mereka..cerita hidup kita takkan lengkap...

Ada banyak lagi member yang belum aku jumpa...maybe diaorang bukan internet user...antara nama yang dapat aku listkan ..

Zaidi - dia member baik aku masa darjah 6S..dia memang suka lukis machine..
Saifulnizam - ayah dia siak masjid pendang..
Bahtiar Razri - kali terakhir aku jumpa dia masa aku kerja as Supervisor stesen Petronas temporary
Mat Ruhaidi - dah kahwin duduk kat Switzerland...member F1 engineer Petronas
Sharizal - member tingkatan 1-3..last sekali aku tau dia kerja kat Kolej Islam Melaka
Zainuddin - member baik aku anak polis, dulu dia duduk kat Taman Mawar..aku nak pergi rumah dia pun aku tak ingat dah row mana...
dan banyak lagi..

Tapi apa yang penting...aku nak ucap tahniah pada Det & member semua..dengan blog nie..kita semua dapat bertemu kembali..tak kisahlah siapa pun kita...samaada kita kini seorang menteri, businessman, pengurus, pegawai...sehinggalah tukang basuh pinggan...yang penting kita semua anak pendang!. Di sini, kita pernah sama-sama berlari, terjatuh..belajar mengenal a..b..c sehinggalah H2O...

Ingatlah..Allah tidak melihat kita melalui duit atau kereta besar..Allah melihat hati kita..yang telah berjaya..bantulah yang masih sedang mencari erti kehidupan..bantulah dengan apa cara yang terdaya...yang tidak berjaya, usahlah malu..kita semua sama..mungkin nasib sesetengah kita adalah lebih baik...mungkin anda masuk syurga dahulu daripada sesetengah kita..

Setiap kali aku melihat SMP atau SKP...mataku selalu berkaca...aku rindu...aku rindu pada zaman kanak-kanakku...dimana kita semua bersatu..tanpa ada sempadan kaya atau miskin...dimana politik tidak beerti bagi kita...dimana kita sentiasa bantu-membantu menyelesaikan soalan Ilmu Hisab atau Bahasa Inggeris...

Tanyalah diri...apa yang anda mampu lakukan untuk rakan-rakan anda...dan ingatlah..kita semua...anak pendang!.


p/s aku yang masih....diperjalanan ...hidup ini...

Thursday, February 5, 2009

Taqwa, Ujian Dan Perjuangan

Bismillah...

Perjalanan hidup memang tidak akan reda dari dugaan dan cabaran. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ; "Adakah manusia menyangka bahawa cukup sekadar mereka menyatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

ujian datang dari pelbagai sudut dan ruang. Bagi umat Islam yang bergelar mukmin, seharusnya setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi di dalam kehidupan seharian dijadikan sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan yang menciptakan. Keimanan bukan hanya dengan kata-kata dan luahan. Keimanan itu perlu diuji dan dibuktikan dengan pelaksanaan. Oleh kerana kehidupan insan itu punya matlamat dan tujuan, ianya tidak dapat lari dari kepayahan dan ancaman.

Untuk mengikuti ujian, kita perlulah bersedia dengan segala macam bekalan dan kekuatan. Bekalan yang terpenting itu adalah taqwa kepada Tuhan. Allah berfirman yang maksudnya, ; "Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa" (sila rujuk konsep taqwa). Bekalan taqwa ini perlulah mencukupi kerana sekiranya kurang maka kita akan serba kekurangan dalam mendepani ujian yang dikenakan. Mahu ikut peperiksaan di universiti pun perlu buat persidaan yang cukup. Inikan pula mahu lalui ujian yang telah Allah janjikan dengan kepayahan dan kesukaran seperti yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam FirmanNya dengan mafhumNya ; "Sekiranya (hijrah @ perjuangan) itu dekat jaraknya dan pendek perjalanannya pastinya mereka akan mengikuti Mu (wahai Muhammad). Akan tetapi ia (hijrah dan perjuangan Mu itu) jauh dan penuh kepayahan".

Orang terdahulu duiji keimanan mereka dengan penderitaan dan kepayahan. Lihat sahaja Rasulullah SAW sebaik2 insan yang Allah ciptakan, hidupNya penuh dengan ujian dan dugaan. Ancamam dan cubaan yang dihadapi dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan tiada tandingannya sehingga tergolong dikalangan Rasul-rasul ulul Azmi yang palimg tinggi darjatnya. Kesusahan dan kepayahan yang dihadapi itu dihadapi sebagai bukti keimanan Baginda yang jitu dan teguh kepada Allah Taala. Kalau sudah namanya hidup dalam perjuangan perlu sedia menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Soalanya, adakah kita ini telah meletakkan diri kita di medan perjuangan yang sebenar??? (Medan perjuangan seperti yang di bawa Oleh Rasulullah SAW). Ya, jika belum maka kenapa mahu mengeluh jika ditimpa ujian dan kepayahan sedangkan ianya baru sedikit berbanding dengan ujian para pejuang Islam. Ujian di dalam kehidupan seharian itu belum namanya ujian jika kita tidak meletakkan diri kita di dalam perjuangan yang dibawa Baginda. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan. Moga kita tergolong di kalangan mata rantai-mata rantai yang menjadi penerus perjuangan Baginda walau di mana posisi kita berada. Islam dijunjung walau di mana bumi dipijak insyaallah.

Wallahu'aalam

Tuesday, February 3, 2009

Hindari Chikungunya

Anda mengalami demam panas, sakit-sakit sendi, ruam pada badan, atau sakit kepala? Segeralah berjumpa doktor anda.


KAWALAN Aedes dilakukan dalam pelbagai kaedah sejak sekian lama, namun ia masih menghantui masyarakat kita.


KETIKA ada pihak yang tidak mahu laporan mengenai penyakit Chikungunya terus dihebohkan dalam media, lebih ramai yang mahukan informasi ini sampai ke pengetahuan mereka.

Ini bukan soal menimbulkan keresahan awam, tetapi tidak salah jika impak yang terbit daripadanya membuatkan masyarakat umum lebih bermaklumat, berwaspada dan seterusnya bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka.


NYAMUK Aedes aegypti pembawa Chikungunya.


Mengikut risalah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia pertama kali dikesan di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu, ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara-negara Eropah.

Walaupun ia adalah endemik, iaitu selalu terjadi di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, dan Asia Tenggara, namun ia bukanlah sejenis penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


SIKAP masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan hanya menambah kemungkinan buruk.


Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.

Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.


AWASI kediaman anda terutamanya kesihatan orang yang anda sayangi.





Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari tiga hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya adalah di antara dari tiga hingga tujuh hari.

Soalan yang sering ditanyakan apabila muncul sesuatu penyakit adalah 'apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?'.

Maka, jawapan kepada soalan itu sangat bersifat kritikal, lantaran tindakan seseorang untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit Chikungunya boleh mempercepatkan proses rawatan dan untuk pesakit itu sembuh.

Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.

Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berusia pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi Chikungunya. Penyakit ini biasanya akan berakhir dan pesakit boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan untuk pesakit luar lazimnya diberi berdasarkan simptom yang dialami pesakit.

Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.

Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

KHAS untuk LELAKI yg rasa dia MACHO..

Lelaki lebih ramai mati lemas

Hanya 20 peratus rakyat negara ini mahir menyelamatkan mangsa lemas


OMBAK besar berupaya menyebabkan kejadian lemas di pantai.


DOLAH Said (gambar kecil), 47, merupakan Presiden Persatuan Penyelamat Kelemasan Putrajaya. Selain itu, beliau juga seorang jurulatih Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia dan ahli Persatuan Penyelamat Kelemasan Dunia (ILSF).

Dolah berpengalaman selama 13 tahun dengan aktiviti berkaitan air sama ada renang, menyelamat serta berkayak. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai pengurus bahagian kolam air beberapa taman tema air di negara ini.

"Saya minat sangat aktiviti air. Mungkin disebabkan saya orang kampung dan tinggal berdekatan sungai di Kangar, Perlis. Asal balik sekolah terjun terus ke sungai.

"Selain itu, negara kita dikelilingi air sama ada air laut, sungai, lombong malah tali air sendiri untuk tanaman seperti padi. Jadi agak rugi jika kita tidak mahir berenang serta menyelamatkan orang lain," katanya.

Dolah berkata, 20 peratus sahaja rakyat negara ini mempunyai kemahiran untuk menyelamatkan mangsa lemas. Lebih malang, berdasarkan statistik antarabangsa, lebih ramai lelaki mati lemas berbanding wanita iaitu pada kadar 4:1.

"Sepanjang pengalaman saya menjadi jurulatih renang, ada yang menjadikan aktiviti itu untuk berseronok sahaja.

"Namun jarang yang betul-betul ingin menjadikan kelas renang itu sebagai tempat bertanya bagaimana menyelamatkan diri dan orang lain sekiranya lemas," katanya.

Dolah juga berpengalaman mengendalikan kursus teknik Resusitasi Pulmonari Kardio (CPR), kayak, menyelamat kelemasan dalam air dan juga berenang.




Kebiasaannya tempoh seseorang untuk mahir dengan aktiviti renang serta menye- lamat mengambil masa antara sebulan hingga dua bulan.

Namun beliau berpendapat kesedaran masyarakat untuk belajar berenang dan menyelamat telah mula tinggi.

"Masyarakat Cina lebih berminat dengan aktiviti renang dan menyelamat berbanding kaum India dan Melayu.

"Seharusnya ada seorang dalam setiap keluarga yang mahir sekurang-kurangnya melakukan CPR. Ini kerana nyawa itu tiada gantinya," katanya.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa teknik untuk menyelamatkan mereka yang sedang lemas.

"Kadang-kadang kita terjun sahaja sebab kita tahu berenang. Tetapi bagaimana pula jika mangsa peluk dengan kuat menyebab- kan kita tidak dapat berenang. Akhirnya dua-dua mati lemas.

"Ada alatan atau benda yang boleh kita gunakan untuk menyelamatkan orang seperti tali, tayar, dahan kayu yang kuat serta akar pokok selain meminta pertolongan daripada orang lain," katanya.

Beliau berkata, negara kita boleh mengorak langkah mewajibkan kursus renang dan menyelamat di sekolah seperti yang dilakukan oleh negara maju.

"Di luar negara setiap sekolah mewajibkan aktiviti renang dan menyelamat namun kita hanya terdapat di beberapa sekolah terutama di bandar besar.

"Mungkin kita boleh mulakan di sebuah sekolah di setiap dae- rah, bukan menunggu bantuan semata-mata," katanya yakin.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kondominium mewah yang mempunyai kolam renang tidak diselia oleh mereka yang mahir berenang dan menyelamatkan orang lain.

"Adakalanya pengawal keselamatan ditugaskan untuk menjaga kolam tersebut. Memang terdapat tanda amaran dan sebagainya namun nyawa manusia itu bukan dapat diganti," katanya tegas.



Monday, February 2, 2009

tAk mAu koMeN : Gua tAk caMpot Lu



INFO PASAI HAIWAN

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.
**************************************************************
Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan
berwarna putih.
**************************************************************
Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.
**************************************************************
Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.
**************************************************************
Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.
**************************************************************
Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan
membunuhnya.
**************************************************************
Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

Ca hgpa bayangkan kalor gajah boleh melompat?

**************************************************************

Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.

*************************************************************

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

Lepas baca nie jgn pulak hgpa pi dera kucing buat xperiment paksa kencin dlm bilik gelap pulak. heee...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran