KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, May 22, 2009

JEMPUTAN PERKAHWINAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

SAYA, AZMINA BINTI SALLEH DAN SUAMI, ZAHARI BIN ABDULLAH
MEMPERSILAKAN SEMUA KENKAWAN DAN KAUM KELUARGA KE MAJLIS PERKAHWINAN ADINDA KAMI ALIATUN HUSNA BINTI SALLEH PADA
HARI AHAD, 31 MEI 2009
DI KEDIAMAN AYAHANDA DAN BONDA KAMI DI ALAMAT
KAMPUNG ALOR MENGKUANG, TOKAI 06660 ALOR SETAR, KEDAH
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. (PRE-REUNION 2009)

SEKIAN, TERIMA KASIH.

WASSALAM.

WALIMATUL URUS

ASSALMUALAIKUM .........

KEHADAPAN SEMUA KENKAWAN, AKU (ZAHARI) DAN MINA (AZMINA) DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI DAN BESAR HATI INGIN MENJEMPUT SEMUA SAUDARAKU DAN SAUDARI KU BESERTA KAUM KERABAT, KELUARGA MEMPERSILAKAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ADINDA KAMI PADA 31HB MEI 2009, HARI AHAD DI ISTANA HINGGAP BONDA DAN AYAHDA KAMI BERALAMAT KAMPUNG ALOR MENGKUANG, TOKAI, 06660 ALOR SETAR, KEDAH.

Wednesday, May 20, 2009

Bekas guru 100 tahun dikunjungi murid 83 tahun


BERJASA... Bekas guru, Abdullah Ismail ketika di temu bual Bernama di kediamannya di Baling hari ini. Abdullah berharap sempena Sambutan Hari Guru semua pelajar dari semua kaum di negara ini perlu menziarahi guru dan bekas guru masing-masing dalam usaha memupuk perpaduan kaum. --fotoBERNAMA

BALING: Walaupun telah bersara sebagai guru 50 tahun lepas, jasa Abdullah Ismail yang kini berusia hampir 100 tahun, tetap dikenang khusus oleh dua bekas pelajarnya yang juga sudah lanjut umur.

Abdullah yang mesra dengan panggilan, Cikgu Pak Cu, hari ini dikunjungi bekas muridnya, Jusoh Abdullah, 83, dan seorang lagi, Omar Wahab, 75, dalam satu pertemuan yang diusahakan oleh pusat khidmat seorang wakil rakyat di sini.

"Tak sangka ada bekas anak murid yang masih kenang saya dan mahu berjumpa dengan saya," kata Abdullah kepada pemberita di sini.

Beliau memulakan tugas sebagai guru pada 31 Julai 1927 di sebuah sekolah di Baling ketika berusia 17 tahun.

Sekolah terakhir beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai di Sungai Petani pada 1950.

Abdullah berkata, guru sezamannya banyak mengambil berat terhadap masalah pelajar dan akan mengunjungi rumah murid untuk bertanya khabar jika seseorang murid itu tidak datang ke sekolah.

"Kami sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer selepas waktu mengajar atau hari cuti untuk mengetahui kenapa murid tak datang ke sekolah, dan kami juga membawa ubat demam dan kudis kepada murid yang sakit," kata beliau.

Katanya, guru pada zaman beliau juga memberikan tumpuan mengajar tulisan Jawi kepada murid dari semua kaum sehingga terdapat anak kaum Cina dan India yang pandai menulis dan membaca Jawi.

Abdullah yang mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan, kini mempunyai lebih 50 cucu, 20 cicit dan tiga piutBekas muridnya, Jusoh, dari Kampung Banggol Wan Mat Baling berkata, Cikgu Pak Chu tegas ketika mengajar dan amat mengambil berat masalah muridnya.

"Dia akan tanya apa masalah yang kita hadapi jika kita tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran," kata beliau.

Omar, dari kampung Seberang Pekan Baling, pula berkata, semua pelajar di sekolah Kebangsaan Baling tidak berani bising dalam kelas ketika Cikgu Pak Cu sedang mengajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Azmi Che Hussain, berkata beliau akan berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak bekas guru di sini untuk diraikan dalam satu majlis sebagai menghargai jasa mareka kepada anak bangsa.BERNAMA

Tuesday, May 19, 2009

GURU2 SMK PENDANG 2009


Dalam sambbutan hari gurubaru-baru ni, ada sesi bergambar guru-guru, aku sempat le amik gambar dg kamera digital aku 7 mpixel, , ini saja yg terbaik, cikgu ramai sangat, kena duduk jauh, jauh, cuba le tengok, cikgu-cikgu kita dulu.

Monday, May 18, 2009

mai BuaT KEK COKLAt


Sempena Hari CIKGU , aku fwd email yg dikirim dari blogger baru kita Makcik Syitoh... Welkang makcik... hangpa try la buat , past tu kirim la sehiris dua kat aku ..

"Det hang masuklah resepi ni kat blog. kot2 lah ada kawan kita nak buat bisnes jual choc cake"

KEK Coklat

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Kalau hangpa tak dan nak buat.. beli ja dari Syitoh . Dia dan ... heeeee

Saturday, May 16, 2009

PROMOSI SIKIT...

Keistimewaan sup Abang Dan



SIAPA yang tidak kenal dengan Bihun Sup Abang Dan. Setiap orang yang berkunjung ke pekan Simpang Empat, Perlis, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kenikmatan bihun sup tersebut.

Keenakan bihun sup Abang Dan bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, bahkan ada pelanggannya yang berkunjung buat kali pertama ke Perlis akan datang semula ke gerainya semata-mata untuk menikmati bihun itu.

Setiap pengunjung yang datang ke gerai milik Azizan Puteh, 55, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati bihun sup daging lembu yang dicampur bersama organ dalaman seperti lidah lembu, perut, limpa dan hati.


DAGING pejal dipotong nipis untuk dicampur dengan perut, limpa, hati serta lidah lembu ke dalam bihun sup.


Bahan-bahan lain yang terdapat dalam bihun sup Abang Dan termasuklah ubi kentang, selain sambal kicap untuk menambah selera pengunjung.

Azizan yang berpengalaman menjual bihun sup selama lebih 30 tahun itu berkata, beliau menggunakan daging lembu tempatan dan import sebanyak 30 kilogram sehari manakala organ dalaman pula kira-kira 20 kilogram.

Tambah beliau, harga bagi semangkuk bihun sup Abang Dan adalah RM3 untuk bihun biasa manakala RM4 untuk bihun sup istimewa.


KEENAKAN bihun sup Abang Dan menggamit kedatangan pelanggan dari kawasan berdekatan serta luar pekan Simpang Empat, Perlis.

Bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke sana, mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa kerana ia dibuka setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 3 petang hingga 10 malam. - SHAH NIZAM OMAR

Nama gerai: Bihun Sup Abang Dan
Lokasi: Simpang Empat, Perlis (berdekatan lampu isyarat pekan Simpang Empat)
Harga: Sup istimewa (RM4), Sup biasa (RM3)

Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day! Selamat Hari Guru!


















To all my teachers and ustaz's, I wish you all a 'Happy Teacher's Day'!

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless you all with the best of Iman, health, wealth and give you your due rewards both here on Earth and in the Hereafter, Ameen Ya Rabbal Alameen.

Teachers play a very important part in our life's. Without teachers, knowledge won't be what it is today. Those who teach us the good, bad and the ugly play a very important role in molding us to be who and what we are or become. The choice to learn anything is ours. So choose well.

The very first record we have of a teacher is in the Holy Qur'an where the Supreme Teacher of the entire Universe, Allah the Almighty, taught Our Father, the Prophet Adam Alaihis Salam, all that he needed to know, in Jannatul Firdaus, the highest Paradise.

This is before the rest of the humankind came to exist. So, none can lay claim to beat this record.

When the Archangel Jibreel Alaihis Salam appeared before the Last Messenger of God , the Holy Prophet Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, he came in the form of a glowing shining light and uttered 'I'qra!' meaning 'Read!'

The very first word and revelation of the Holy Qur'an , God's Last Testament and Complete Guidance for all Mankind is to 'Read!'

First and foremost, naturally we worship Allah Subhanahu Wa Ta'ala, then we love our Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam. In Islamic traditions, we are to honor our mother first, then our father, then our teachers.

Teachers play a very important deciding role in our life's. Those who are true to their profession have always proved to be willing to sacrifice their whole life's for the sake of their pupils and I have been fortunate to have had good, examplary teachers in my life.

Terima kasih Cikgu!




I wish to all of my kengkawan yang dah jadi CIkGU a blessed and 'Happy Teacher's Day'!
CIKGU SYAM, CIKGU MIZI, CIKGU SYITOH, CIKGU NAORAINI, CIKGU POZIAH, CIKGU ROZITA, CIKGU NANG REZA, CIKGU IDA, CIKGU AZLINA, CIKGU SARINAH, CIKGU RODZIAH, CIKGU COM, CIKGU TARMIZI SHAARI , CIKGU MASYITAH HUSIN, CIKGU pISYAH.. AND CIKGU CIKGI YANG AKU TAK TAU MANA DAH HANGPA BERADA.....

Terima kasih Cikgu!

Thursday, May 14, 2009

HAPPAY BELATED NURSE DAY

ALAHAI, baru-bari ni aku tengok buletin utama, dok cerita pasai jururawat, so aku teringat le kawan-kawan kita yg jadi misi, eg liza, hanafisyah. kalau terbaca artikel ni aku nak ucapkan selamat hari jururawat, aku pernah dok spital dulu, xcden, sapa lagi yg jaga aku kalau bukan nurse, so tq 2 all nurses in the world.

Tuesday, May 12, 2009

Terkini.. Lagi semak.. tambah kelam kabut..

Ini lah keputusan mahkamah terpantas didunia yang telah dibuat dizaman Mahajib..
Aku minat nak tengok cerita P Ramlee dalam Nasib Labu Labi.. "Awak.. akan.. dijatuhkan 10 tahun kerja berat.." oohhh.. berat.. berat.
.



Mahkamah Rayuan hari ini benarkan permohonan DS Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Penangguhan sementara tunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut. Selepas keputusan kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun gesa Nizar supaya kosongkan pejabat MB untuk bolehkan Zambry kembali bertugas.. baca sini..



Monday, May 11, 2009

Sunday, May 10, 2009

Ini Ada Soalan Tapi jawapan... Luu Pikir Laa Sendiri...

Firman Allah :
Pada hari itu ( Qiamah ) tidak bermanfaat lagi bagi orang –orang yang zalim sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk melepaskan diri, dan mereka tidak diberi peluang untuk memohon keredaan ALLAH - Surah Ar Rum Ayat 57
Soalan:

1. Apakah jawapan Anda ketika ditanya oleh ALLAH. Kenapa anda mengkhinati Amanah yang diberikan ?

2. Apakah jawapan anda? Dan sejauh manakah anda gunakan untuk melaksanakan perintah ALLAH ?

3. Apakah jawapan anda ketika ditanya oleh ALLAH, kenapa anda mendedahkan aurat anda ?

4. Dan apakah jawapan anda ketika ditanya tentang solat anda? Adakah anda seorang yang bersolat?

Anda boleh ketawa atau berdiam diri atau mereka pelbagai alasan untuk memenangkan diri anda tetapi adakah anda yakin anda akan menang di hadapan TUHAN anda???

Jawaplah untuk diri anda di dunia sebelum jawapan anda tidak berguna di akhirat kelak.

Sempena hari ibu ni aku ucapkan kepada semua kekawan, isteri2 kekawan,mak2 kekawan aku semua...SELAMAT HARI IBU..ingat2lah mak-mak hangpa semua. syurga di bawah tapak kaki ibu..iskh..iskh..iskh...

Ha, ni sorang lagi, sapa dia


baru-baru ni aku pi smk lubuk merbau, aku jumpa le sorang kawan lama kita, xsmpendang student gak, stpm. ruzita . la ni dia ngajar kt sk tandop luas kt kola nerang. tapi lupa nk amik phone number, aku bagi alamat blog kt dia. ingat tak dia ni....sempat amik gambar lagi kt situ.

Friday, May 8, 2009

Ca hangpa Teka Sapa?

Salam..

Nie gambaq terbaru ahli kita yang berjaya diJIJaK Kasih semula.. heeeeeee. Mai kita teka ..

Pemenang akan dilayan First Class ke rumah mak mertua sendiri.. Dengan Koc mewah sumbangan poket peribadi..
Ca Teka?Sapa dia ni ha?
Mak Cik Pizah?
Bukan...
Mak cik Jas ? pun bukan....
Liza..
Ha dekat- dekat dah tu,... nie memang betoi2 mak cik LIZA.... heeeeeeeeeeeeeh
Nanti dia bagi berita lagi aku post lain kat sini...

Kesian aku kat hang ,.. Laki x pandai bela... cikeding lagi serupa dulu... ye tak kengkawan?

Thursday, May 7, 2009

Untuk renungan semua

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid. Kelima, orang yang suka minum arak." Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu se mas a nyawa kitasedang dicabut. "Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Ibu

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada......
.....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Jejak - jejak memba



Setelah lama dok copy paste arikel org ja..
Hari nie aku try taip sendiri posting niee..

Azizi Usus mai opis aku minggu lepas..Dia balas derau pasai minggu sebelum tu aku pi balai dia.. La nie dia dah posting masuk balai balik dah. lepas BPR jadi SPRM. Kekalau hangpa melintas kot area Taman Tun Dr Ismail Damansara, jgn lupa pow Azizi usus di balai polis kat situ.. heee
Bersembang ghabung la aku ngan dia.. LA nie dia tengah gila motor besaq. pakai Honda 600cc.,. cinabeng.. mana dia cekau duit tuu???..

Bercerita pasai arwah Anot Black yang cukup kamceng ngan dia. jiran sebelah rumah. Dia sempat balik tengok jenazah hari tu. tak sangka sungguh. mcm tak caya pon ada.. Arwah daah selamat ke sana. ... Kita?
Azizi Usus cerita pasai Che Zambil Ahmad (sg Tiang) yg turut terkejut dgn berita nie. Che Zambil dok Kl la nie. dia lambat tau pasai berita nie..

At Kobah pon call dia. Turut sama bertafakur pasai kehilangan arwah Anot Black.
Bila dia sebut At Kobah ja,,, bru memori aku berkarau balik. last aku jumpa dia, 2 tahun lepas di LHDN jln Duta. No phone dia, hilang dah..Azizi kat tak pa, dia dah bagi no phone aku kat At.

2 Hari lepas tu At coll aku.... Dia bersama dengan tetamu tak diundang katanya.. Dari dlm tipon dia aku dengaq sora awek tua dok mengekek gelak.. Mcm besa dengaq ja gelak tu.. Rupanya Masyitah Md Zain Bkt raya pi jumpa dia. Nak minta consultant pasai LHDN .
Ghabung sakan gak la kami bertepuk tampaq dlm phone tu...

Esoknya Syitah sms aku. aku call dia balik.. lama gak bersembang. Dia masih di Batu Caves. Cikgu sekolah menengah. Dari dia aku dpt no phone anak penakan dia HasLiza anak penghulu Padang Kerbau dulu..
Seingat aku Liza ngaji kat SMP masa form 6 ja kot. Dia kelas skali ngan Pizah & Na. Pra U 2A & Pra U1A. Tapi dia pernah joint program Projek anak angkat Penilaian darjah 5 kat SKPendang dulu.. pernah dok bilik skali ngan bini aku.
Esoknya aku call Liza. La ni jadi staff nurse kat Hospital Aloq Setaq. Umah kat area Mergong. Taman apa tah? Anak 4 dah… ( usaha sikit lagi utk lawan aku.. heee) Laki kontraktor.. Fuyyyoo… power tuu? Dari dia aku dapat no tipon Zairunnizam a.k.a Dik Own. Kelas skali ngan aku gak STPM . Satu lg no phone Hanafisyah Wahab. Anak Wahab kaya projek Asam Jawa Pdg . Pusing.
Pagi tadi aku Call Pisyah. Dia gherja kat wad Bersalin Kenanga hospital Aloq Setaq. Kepada memba2 yang bakal menetas dan yang tengah plan nak mengeram,,,,,,,, heeeee…. Jangan lupa savekan no phone Pisyah dlm handphone hangpa…. Pisyah pon tak ngalah gak oiii. Anak 4 dah. Laki dia MA (Medical Assistant) . La dah naik pangkat apa tah… (NA pulak kot Heee…) Laki dia Kena posting mai PJ . dah dekat setahun. Cian kat dia.. Gersang la.. heeee..
Kelam kabut katanya. Nak urus 4 anak. Gherja shift. Sapa sanggup jaga anak misi . Nursery jaga sampai petang ja. Kalu kerja malam, dia kena hantaq anak2 balik kat mak dia di Asam Jawa.
Bulan lepas. Satu hari tu dia balik kot jalan Titi Hj Deris. Sampai kg Aloq Pudak depan umah besaq 2 tingkat tepi jalan tu dia terlanggaq seorang makcik naik motor. Melambung makcik tu atas cermin depan kereta dia.
Habih umuq kat situ jugak.. “Inna lillah hi wa inna ilai hirojiun..”. Menggetaq sakan la Pisyah. Dia tak berani keluaq kereta sampai ada orang mai bawa dia pi buat report polis. Hangpa bayangkanlah kalu benda nie jadi kat hangpa.. Apa perasaannya??? Sampa i hari nie Pisyah masih trauma . So sebagai kawan… mai la kita tolong sms ka , call ka.. pakat bagi semangat sikit kat dia . Kepada geng2 Kaunselor mcm Syam Tone , mizi , Poziah & rakan2 sewaktu dgnnya, time nie la hangpa nak kena guna skill hangpa. Bantu sikit kawan kita nie…
Panjang dah aku megheben ni.. Koi panjang mgeben koi pelan cemuih hangpa nak baca. Maaf kalau ada salah silap. Chowww dulu…
Muassalamah Ila Liqo’.

Tuesday, May 5, 2009

Hanya jauhari mengenal manikam

aku copy & paste dari blog memba kita


Malam tadi, aku mendapat berita, seorang kenalan meninggal dunia.

Innalillahiwainnailaihiraaaaaji'unnnn..

Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali.

arwah meninggal kerana serangan sakit jantung. Umur sebaya denganku. Semoga rohnya berada di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.

AKu termenung. Memikirkan tentang diri. Takut. Sapa tak takut mati. Semua orang takut. Kalau hantu pon kita takut, apatah lagi MATI. kalau hantu boleh la kita lari sekuat hati, baca ayat itu ayat ini untuk menghindari diri. Tapi kalau MATI..nak lari mana?nak baca doa apa supaya malaikat tak cabut nyawa?habaq mai sini..

Oleh itu..terima lah hakikat. Setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

dan apa persediaan kita utk mengadap Illahi?

bila di telek diri ini, banyak sungguh kekurangan diri. Bila mengangkat takbir Allahuakbar, rasa sebak menguasai diri. Sungguh hina rasanya diri ini disisiNYA.

Apakan tidak. Sentiasa mengharapkan rezeki yang banyak, harapkan kesihatan yang baik, pekerjaan yang bagus..Dan waktu itu...waktu susah itu...tak lekang dari tikar sejadah. Sembahyang malam cukup mudah.Bangun pon senang. Kerana?waktu itu waktu diri susah. Nak minta pada siapa lagi kalau bukan pada Allah? Orang mana nak tolong waktu kita susah?Payah nak cari..Sebab tu ringan tulang kita terbongkok2 rukuk dan sujud mohon pertolonganNYA.

tapi bagaimana jadinya bila segala doa sudah dimakbulkan?Apakah rajin diri ini bangun sepertiga malam mengerjakan tahajjud?mengerjakan solat hajat?Atau bila jam berbunyi..bila azan Subuh berkumandang, makin erat selimut ditarik?makin kuat dengkuran berbunyi?

Inilah persoalan yang menghantui diriku.Tidak kumengatakan pada orang lain, melainkan pada diri sendiri. Hanya jauhari yang mengenal manikam.Hanya kita yang mengenal diri kita sendiri.

Monday, May 4, 2009

ISTIMEWANYA WANITA




" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."


" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:
"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jom Makan BUDU

Kehebatan budu Kelantan

Sos ikan bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur. Kini makanan tradisional itu mendapat kebanggaan baru – dipeketkan dan dijadikan produk kecantikan.




BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.

“Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,” akui Tan Chia Ying, 22.

Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.

“Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu,” katanya yang berkulit putih gebu.

Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga.

Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.

“Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda,” ujarnya sambil tersenyum.

Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat.

Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya.


BUDU Ketereh yang diusahakan Mat Ismail turut digunakan sebagai agen antipenuaan dalam produk kosmetik.


Selepas 30 tahun, ternyata budu telah memberi banyak kebanggaan kepada beliau.

Ia bukan semata-mata kerana beliau kini tinggal di rumah banglo dan memandu kereta Mercedes Benz.

Sebaliknya, Budu Ketereh beliau menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek. Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik.

Buat masa ini, Mat mempunyai sebuah kilang budu di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dibantu 40 orang pekerja.


SOS budu terhasil selepas enam bulan dibiarkan di dalam tong pemeraman.


Empat daripada lapan anaknya hasil perkahwinan dengan Kamariah Hussein, 45, turut melibatkan diri dalam perniagaan itu.

Menurut Mat, proses membuat budu adalah ringkas iaitu hanya mengunakan ikan bilis, garam dan gula.

Katanya, kerja memproses budu dimulakan dari bulan Jun hingga November kerana ia merupakan musim ikan bilis.


IKAN bilis merupakan ramuan utama budu.






ADAKAH rahsia kehalusan kulit wanita Kelantan kerana mereka mengambil budu setiap hari?


“Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja pembersihan dan pengasingan ikan bilis dilakukan oleh pekerja di bahagian pelantar kilang yang dibina di tebing sungai sebelum diangkut ke darat.

“Ikan bilis itu digaul dengan garam dan diperam selama enam bulan di dalam tong gentian kaca atau dalam kolah yang diperbuat daripada simen,” katanya yang kini memiliki 20 buah tong gentian kaca berukuran 1.2 meter tinggi dan 2 meter lebar.

Khabarnya, Mat merancang untuk membeli 200 buah tong lagi.

Penggunaan tong gentian kaca disarankan oleh Sirim bagi meningkatkan kebersihan produk berbanding kolah simen.

Bulan Disember hingga Mei pula adalah masa untuk memasak, menapis dan membotolkan makanan itu.

Selepas budu dimasak, ia ditapis dan disejukkan selama beberapa jam sebelum dibotolkan menggunakan tenaga mesin dan manusia.

Secara purata, kilang Budu Ketereh mampu mengeluarkan 12,000 botol budu sehari untuk memenuhi pasaran di seluruh Malaysia.

Bekalan bilis makin kurang

Bagaimanapun, Mat mengakui kekurangan ikan bilis menyebabkan pengeluaran budunya agak terhad.

Secara purata beliau memerlukan bekalan ikan bilis sebanyak tiga hingga empat tan sebulan, namun bekalan yang diperoleh sejak kebelakangan ini sekitar satu tan sahaja.

“Saya terpaksa membeli ikan bilis dari Sabah untuk memenuhi permintaan.

“Ikan bilis di perairan negara kita semakin berkurangan dan pada masa yang sama banyak kawasan pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara,” katanya yang menambah budu yang baik bergantung pada kualiti ikan bilis yang dibekalkan.

Pada awal tahun ini, Mat membeli sebuah mesin pembungkusan baru berharga RM45,000 untuk memasarkan budu dalam bentuk peket.

Budu yang diusahakan oleh Mat Ismail merupakan budu yang pertama di negara ini yang dimodenkan penampilannya hasil bantuan Sirim dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Menurut Mat, idea untuk memasarkan budu di dalam peket muncul selepas beliau mendapati kebanyakan produk seperti kopi segera kelihatan lebih moden dan ringkas apabila dipeketkan.

“Selain itu, budu yang disimpan di dalam botol agak sukar dipasarkan ke negara luar kerana ia tidak boleh dibawa dengan kapal terbang.

“Dengan pembungkusan menggunakan teknik lebih canggih, saya berharap Budu Ketereh mampu menembusi pasaran antarabangsa sedikit masa lagi,” katanya.

Mat berkata, mesin pembungkusan baru itu mengeluarkan budu dalam dua peket berbeza iaitu kandungan 20 mililiter dan 80 mililiter. “Dalam sehari mesin itu boleh mengeluarkan lebih 1,000 peket budu,” katanya.

Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.

Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.

“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya.


HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.


Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Islam inklusif..???

Menuju Islam inklusif

Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.


SYARAT pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. - Gambar hiasan

Para pemimpin Islam sering menyatakan bahawa Islam adalah agama toleran, yang menghormati dan menghargai agama-agama lain. Begitu juga pemimpin agama lain turut menyatakan hal yang sama bahawa agama mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak! Namun, realiti menunjukkan kekerasan sering berlaku atas nama agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya agama aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam agamanya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.

Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan, menjelaskan bahawa daripada sudut ajaran Islam, kerukunan umat beragama merupakan akibat wajar daripada sistem keimanannya. Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menegaskan bahawa beliau bukan pertama dalam kalangan utusan Allah (dalam Surah al-Ahqaf, ayat 46). Juga ditegaskan bahawa Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, yang sebelumnya telah datang rasul-rasul lain (dalam Surah Ali Imran, ayat 144). Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.

Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati 'keberadaan' agama-agama itu tanpa membeza-bezakannya. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara berbagai agama itu hanyalah dalam bentuk jalan (syariah) dan cara (minhaj) menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).

Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif agama sendiri bahawa 'agama sayalah yang paling benar', agama lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.

Rumusan daripada seorang pakar teologi Kristian kontemporari, Ajith Fernando, misalnya, menarik untuk diungkapkan. Katanya, 'other religions are false path, that mislead their followers' (Agama lain adalah jalan sesat, dan menyesatkan pengikutnya). Ungkapan Fernando itu memang sangat keras dan langsung menggambarkan segi eksklusifnya. Dan yang membimbangkan adalah kitab suci Kristian ditafsirkan seolah-olah membenarkan hal tersebut. Teologi inklusif ini, jika dibaca dari sudut pandang Kristian akan berbunyi, "Jesus adalah satu-satunya jalan yang absah untuk kebenaran dan keselamatan. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku" (Yohannes 14:6). Pandangan eksklusif seperti itu memang dilegitimasikan atau tepatnya dicarikan keabsahannya melalui kitab suci. Tetapi itu bukan satu-satunya kemungkinan. Misalnya, dalam tradisi Katolik, sejak Konsili Vatikan II (1965), sudah jelas bahawa pandangan menjadi sangat terbuka ke arah adanya kebenaran dan keselamatan dalam agama-agama bukan Kristian. Karl Rahner, seorang pakar teologi besar Kristian yang menafsirkan Konsili Vatikan II, merumuskan teologi inklusifnya yang begitu terbuka dengan mengatakan, "Other religions are implicit forms of our own religion" (Agama lain adalah bentuk-bentuk implisit daripada agama kita). Tulisan Rahner mengenai hal itu dibahas dalam bab Christianity and the non-Christian Religions dan Observations on the Problem of the Anonymous Christian dalam bukunya Theological Investigations.

Dalam pemikiran Islam, masalah itu juga terjadi secara ekspresif. Walaupun sejak awal sudah ada konsep Ahli Kitab yang memberi kedudukan kurang lebih setara kepada kelompok bukan Muslim, dan ini dibenarkan oleh al-Quran, tetapi selalu sahaja ada interpretation away, iaitu satu penafsiran yang akhirnya menafsirkan sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan bunyi 'teksual' kitab suci, sehingga ayat inklusif dibaca secara eksklusif.

Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik. Oleh kerana itu, diperlukan satu perspektif baru untuk melihat "Apa yang difikirkan oleh suatu agama, mengenai agama lain dibandingkan dengan agama sendiri." Perspektif itu akan menentukan apakah seorang yang beragama itu menganut satu fahaman keberagamaan yang eksklusif, inklusif atau pluralis atau seorang yang terbuka?

Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif. Alwi Shihab, seorang sarjana perbandingan agama di dalam bukunya bertajuk Islam Inklusif, menjelaskan bahawa Islam inklusif adalah satu sikap terbuka dalam beragama. Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat? Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Dalam penafsiran moden menurut Alwi, ada berbagai pandangan yang menunjukkan keragaman. Misalnya, Muhammad Abduh berpendapat bahawa syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. Selanjutnya, anak muridnya, Rasyid Ridha, ikut memperkuatkan pendapat gurunya. Ridha mengakui bahawa keimanan sejati kepada Allah dapat ditemukan di luar Islam, mungkin yang ia maksudkan adalah orang-orang terdahulu yang beriman kepada Allah sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ahli tafsir Syiah tersohor, Allamh Al-Thabathabai lain pula penafsirannya. Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana. Pandangan Thabathabai itu juga dijelaskan dalam tulisan Fazlur Rahman, pemikir Islam tersohor, yang berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.

Semangat dan sikap Islam inklusif amat bertepatan dengan rumusan Sidang Agama-Agama Dunia yang pernah diadakan pada 1993 dengan mengatakan, "Those who known only their own religion, know none. Those who are not decisively committed to one faith, know no others. To be religious today is to be inter-religious."

Penulis ingin menutup tulisan ini dengan kutipan daripada ajaran sufi. Para sufi tidak sahaja menegaskan kesatuan wahyu, tetapi juga menganggap diri mereka sebagai pelindung Islam dan pelindung agama-agama lain.

Akhirnya dalam semangat inklusif inilah kita menghargai perbezaan. Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.

Saja Megheben



Larat ka kaki haluih kepala besaq dok lawan laghi gini?


Elok la siapkan diri.. pastikan talipinggang dipasang rapi.. jangan tengok saja.. Janji pakai.. betoi ka salah apa aku peduli heeee

Tunjukkan skill yang mana ada.. jangan biaq tersimpan, rendam lama2 takut karat..


malu @ takut nak tengok elok katup mata


Gamak gatai mata jangan di jolok.. gaghu ja macam niee .. heee

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran