KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Sunday, March 30, 2008

Waspada ancaman internet

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN

Bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga daripada ancaman yang dibawa internet?


MENJADI tanggungjawab ibu bapa memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam ruang internet.


INTERNET telah membuka sebuah dunia dengan peluang baru. Ia begitu sebati dengan kehidupan seharian kita sehinggakan mustahil untuk dibayangkan sebuah kehidupan tanpanya.

Pergantungan manusia terhadap komputer, peranti komunikasi dan perkhidmatan yang menghubungkannya memang tidak dapat dipersoalkan lagi. Angka komputer tempat kerja di dunia hari ini telah mencecah lebih 100 juta. Organisasi dan pekerja memerlukan komputer bagi tujuan integrasi bagi memudahkan akses kepada informasi.

Di Malaysia secara khususnya, statistik menunjukkan peningkatan pengguna internet yang drastik sejak tahun 2000. Pada tahun 2007, pertumbuhan penggunaan internet telah meningkat sebanyak 303.9 peratus dari tahun 2000.

Dengan peningkatan ini, tidak hairanlah jika kes berprofil tinggi seperti kecurian identiti dan virus komputer telah membawa kepada kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan dunia internet.

Bagi memastikan pengalaman melayari internet yang lebih selamat, ibu bapa dan anak-anak perlu memahami risiko dan ancaman yang wujud di internet sentiasa berubah dan berevolusi selari dengan perubahan teknologi.

Perkhabaran baiknya ialah kebanyakan ancaman yang wujud boleh dielakkan. Malah, terdapat juga penyelesaian secara teknologi dan perilaku untuk pelbagai jenis risiko dan ancaman.

Selepas semua ini difahami, langkah seterusnya ialah untuk menyiapkan diri dengan kaedah pertahanan yang tepat dan mencukupi terhadap ancaman yang wujud. Tiga pecahan kaedah yang boleh diguna pakai ialah:

Lindungi diri

Sebelum anda memuat turun sebarang fail, sama ada dengan cara mengklik pada pautan daripada emel atau daripada laman web, pastikan ia daripada sumber yang dipercayai. Fail yang dimuat turun boleh menjadi medium kepada kandungan berbahaya seperti malware dan spyware.

Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, penting untuk menggunakan kata laluan yang sukar diteka. Gunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan aksara dan mempunyai kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol.

Elakkan daripada membuka emel daripada penghantar yang tidak dikenali, apatah jika ia mempunyai subjek yang menarik seperti , 'Tahniah!, anda baru sahaja memenangi…' atau yang meminta bantuan untuk menjadi pemegang amanah kepada harta jutaan ringgit kerana negaranya dilanda perang.

Uruskan maklumat peribadi anda dengan teliti dan berhati-hati. Apabila anda membeli-belah atau membuat pembayaran secara online, pastikan anda membaca polisi syarikat tersebut sebelum meneruskan urusniaga bagi memahami sepenuhnya bagaimana mereka akan menguruskan maklumat peribadi pelanggan.

Pastikan juga penggunaan borang dalam talian untuk sebarang pembelian dan jangan sekali-kali menghantar butiran kad kredit atau maklumat kewangan anda melalui emel. Sebelum meneruskan sebarang transaksi yang melibatkan wang, pastikan laman web yang anda lawati itu mempunyai alamat yang bermula dengan https dan ikon mangga pada bahagian bawah browser, yang menunjukkan laman tersebut selamat.

Lindungi keluarga

Adalah penting untuk ibu bapa mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam ruang internet sama ada berbual bersama teman, mempunyai jaringan sosial ataupun blog sendiri. Namun, adalah penting untuk melakukan ini tanpa menceroboh hak privasi mereka.

Kunci kepada ini semua ialah dengan mengadakan perbincangan secara terbuka dengan anak-anak bagi memahami apa yang mereka lakukan dalam talian. Ketahui laman web yang sering mereka lawati dan siapa teman mereka. Pada masa yang sama, tetapkan peraturan penggunaan internet.

Bincangkan tentang aktiviti dan tanamkan disiplin agar mereka tidak meletakkan maklumat sensitif di internet. Selain itu, sebagai langkah tambahan, penggunaan aplikasi penapisan web seperti BlueCoat K9 Web Protection boleh didapati secara percuma. Ini dapat mengelakkan anak-anak melawat laman web yang tidak sepatutnya.

Lindungi komputer

Jenayah siber semakin meningkat setiap hari. Komputer di rumah telah diambil alih bagi mencuri identiti empunyanya. Laman web yang tidak dilindungi dengan betul juga telah diubah menjadi tempat untuk melancarkan aktiviti spam dan penipuan internet.

Langkah pertama melindungi komputer ialah dengan mengaktifkan aplikasi firewall. Firewall membantu menguruskan maklumat yang memasuki dan meninggalkan komputer daripada internet.

Pastikan komputer dilengkapi dengan aplikasi antivirus terbaru dan perisian antispyware. Antivirus melindungi komputer daripada ancaman virus dan program berbahaya yang lain, manakala antispyware melindungi komputer daripada pop-up dan ancaman sekuriti lain yang sering menyebabkan kelembapan pada operasi komputer.

Akhir sekali, aplikasi perlindungan ini harus dikemaskini pada kadar yang kerap. Ini bagi memastikan komputer dilindungi dengan perlindungan terkini sekali gus mengurangkan risiko terhadap komputer kesayangan anda!

Jalan2 cari makan : Sup Jalan Penang

Oleh MOHD. AZELI ALI


SUP Hameed dijual antara RM3 hingga RM20 semangkuk dan menu paling istimewanya - sup telur lembu.


Dicicah dengan roti ban, pastinya tidak cukup hanya menjamah semangkuk sup di Restoran Sup Hameed.

MENYUSURI lorong dan jalan di tengah kesibukan George Town, anda mungkin tidak akan terlepas daripada melalui Jalan Penang.

Pelbagai perkara yang mampu menambat hati pasti diperoleh di situ sama ada pusat hiburan, tempat makan ataupun bazar beli-belah.

Jika teringin untuk mencuba pelbagai jenis jeruk dan makanan asam, singgahlah ke tingkat bawah Bazar Chowrasta yang menampilkan pelbagai pilihan jeruk seperti buah melaka, pala, betik, mangga, salak, kedondong dan kabung.

Harga yang ditawarkan ialah RM5 bagi setiap kilogram. Pengunjung boleh memilih sendiri jeruk kegemaran sama ada satu jenis atau mencampurkan pelbagai jenis yang ada.


Pilih buku lama di kedai No. 27


Bagi penggemar buku, bazar itu juga menjanjikan pilihan buku-buku baru dan lama termasuk yang berusia puluhan tahun.

Sebut sahaja genre yang diminati - novel seram, biografi, gaya hidup atau akademik, penjual buku di situ tahu yang mana satu menepati cita rasa anda.

Timbunan buku di deretan kedai itu menghimpunkan hasil karya penulis ternama dunia dan tempatan sebagai santapan minda kepada penggemar buku.

Kebanyakan buku di situ juga dijual pada harga yang amat berpatutan malah pembeli juga boleh menjual buku mereka yang telah habis dibaca.

Menurut pemilik kedai No. 67, Gulam Mohamad, 52, bazar buku itu menjadi pilihan pelancong asing yang gemar membaca.

“Pelancong ini suka datang ke sini bagi mencari buku-buku yang sukar diperoleh di tempat lain termasuk di Kuala Lumpur,” katanya.

Setelah penat menelaah buku di situ, perut pastinya berkeroncong minta diisi dan tibalah masanya anda menjengah ke kedai nasi kandar Line Clear yang dibuka 24 jam sehari.

Pelbagai lauk-pauk boleh dipilih di kedai tersebut sama ada ayam goreng, sotong, kari kepala ikan, udang galah, hati ayam atau daging yang pasti tidak sanggup dilepaskan pengunjung.

Tentunya anda teringat pesanan rakan-rakan bahawa tidak sah ke Pulau Pinang jika tidak ke sini untuk mendengar sendiri ucapan keramat ‘line clear’ oleh pemiliknya.

Di celah-celah deretan kedai di jalan itu juga terdapat gerai beroda yang menjual cendol, ais kacang untuk membasahkan tekak ataupun anda boleh memilih buah berangan goreng sebagai kudapan sambil berjalan di situ.

Di jalan sepanjang 200 meter itu juga terdapat tapak landasan kereta trem yang pernah menjadi identiti Pulau Pinang suatu masa dulu.


BECA-beca di Jalan Penang


Anda juga dapat melihat gelagat beberapa penarik beca yang bersila di kaki lima kedai untuk bermain dam tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang.

Mungkin itulah cara mereka melepaskan tekanan atau menghilangkan bosan menunggu pelanggan yang sudi menggunakan perkhidmatan mereka untuk menjelajah bandar atau dihantar ke destinasi tertentu.




Jika siangnya anda menjamah nasi kandar, pada waktu malam pula jangan lepaskan peluang mencuba pilihan sup seperti sup ayam, kambing, daging, ekor, lidah dan perut lembu, kaki kambing atau torpedo.

Dicicah dengan roti ban, pastinya tidak cukup hanya menjamah semangkuk sup di Restoran Sup Hameed yang terletak di hadapan Hotel Malaysia.

Malah di sekitar restoran itu juga terdapat deretan pusat hiburan buat mereka yang sukakan hiburan di kelab malam atau bar.

Tentunya tidak rugi berkunjung ke Pulau Pinang dan meneroka keistimewaan Jalan Penang.

Wednesday, March 26, 2008

MB KITA Ustaz Azizan Abdul Razak



Dari Wikipedia Bahasa Melayu, http://ms.wikipedia.org/wiki/Azizan_Abdul_Razak


Azizan Abdul RazakUstaz Haji Azizan Abdul Razak merupakan Menteri Besar Kedah Ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Pendidikan
Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom.

Kerjaya
Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa PAS Pusat. Beliau juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

(minta kengkawan tolong tambahkan biodata lengkap beliau- Terima KAsih)

Sunday, March 23, 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADDUN:MB TRG dilucutkan ahli Umno

Awat jadi lagu niee??
Perpaduan apakah ini????
MANA ketaatan kepada Sultan????
Siapa penderhaka????
Siapa pemecah belah masyarakatttttttt????
Semakin panassssssss!!

MB Terengganu yang baru menerima watikah daripada MPPR, Dato' Ahmad Said kini adalah ADUN Bebas dan bukan lagi ahli Umno.

Beliau kini dilucutkan keahlian setelah hadir ke majlis Mengangkat sumpah MB yang akhirnya ditukar kepada Majlis menerima watikah sahaja. Keahlian Umno MB Trg itu disahkan oleh Dato' Rosol Wahid ketika dihubungi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama rombongan 23 ADUN BN lain di atas jemputan Pak Lah.

Sebelum ini, Tg Nan ada menyatakan tindakan disiplin akan diambil oleh BN terhadap Ahmad Said serkiranya engkar arahan Pucuk pimpinan tertinggi dan tidak mengiktiraf Idris sebagai MB Terengganu.

Ini bermakna, MB Terengganu dilihat terpaksa menelan slogan yang turut dicipta bersama-sama Idris dahulu iaitu MEMAHAT SEJARAH, MENCIPTA TAMADDUN.

Kedudukan MB Terengganu itu dilihat terumbang ambing dan sukar diramal. Terdapat ura-ura 11 Adun lain akan turut menyokong Mat Said, tetapi apabila soalan itu diajukan kepada Rosol, dia menyatakan bahawa kesemua 23 Adun masih bersamanya.

Malah katanya, walaupun apa yang terjadi, beliau dan teamnya itu tetap di belakang Idris dan Pak Lah.

Tunggu dan lihat drama bersiri ini....(Mengalahkan drama korea..beb!!)

Thursday, March 20, 2008

Dafi kini anak menteri......

Dafi dan Keluarga

Ayah Dafi, Datuk Ismail Sabri Yaacob, 48, telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Mac 2008.

Dafi hanya mengetahui berita ini selepas satu jam Abdullah membuat pengumuman. Ini kerana semasa itu, Dafi sedang sibuk di lokasi filem Sayang U Can Dance di Sarawak.

Menurut Dafi: "Dafi tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan Dafi, rasa bangga, gembira dan bersyukur kerana akhirnya orang nampak penat lelah bapa selama ini."

Bapa Dafi bertanding bagi kawasan Parlimen Bera.

Team ManggaOnline ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri atas lantikan ini. Semoga Datuk dapat memikul tanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan sukan dan aktiviti belia di Malaysia. Semoga Belia Malaysia "Belia bebas dadah, Belia Sihat dan Aktif" serta Sukan Malaysia bertambah tinggi kualiti dan mutunya.

Bapa dan ibu Datin Muhaini sangat menyokong kerjaya Dafi sebagai penyanyi.

p/s: saje jer nak bagi info kat hangpa....
khas buat makcik fizah peminat setia dafi tuuuu.. he he he

Ikan gerumi menu istimewa Mutiara Sari


ISTIMEWA. Jangan lepaskan peluang menikmati ikan gerumi goreng di restoran Nasi Padang.


MENURUT pemilik Mutiara Sari Nasi Padang, Datuk Ghazali Saiboo, hampir kesemua bahan mentah asas yang digunakan dalam setiap hidangan tersebut diimport dari Indonesia.

Ia bertujuan bagi mengekalkan keaslian rasa setiap hidangan yang dihasilkan selain faktor ketiadaan bahan berkenaan di negara ini.

Sebagai contoh katanya, masakan ikan gerumi goreng. Ia merupakan antara masakan istimewa di restoran berkenaan. Ia turut diimport dari negara jiran itu kerana ikan tersebut tidak diperoleh di negara ini.

Selain itu, kunyit hidup yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersantan juga dibawa khas dari Indonesia kerana kunyit di negara ini. Ini kerana ia tidak sesuai untuk masakan tersebut terutama untuk menghasilkan warna kuning yang menjadi identiti masakan lemak Orang Padang.

Kini dengan adanya kemudahan yang membawa masuk kesemua bahan tersebut dari Indonesia, maka pelangggan di Malaysia berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan Nasi Padang sama seperti hidangan di negara asalnya.

Antara hidangan yang dianggap istimewa termasuklah daging rendang, ayam goreng bumbu, pucuk ubi gulai, ikan pari masin, gulai otak lembu dan gulai tunjang selain beberapa jenis minuman seperti jus avocado, jus sirsak (durian belanda), jus markisa dan ais pelangi.

Justeru, tidak hairan dengan hampir kesemua bahan masakan yang dibawa dari negara asalnya, kini restoran Mutiara Sari mampu menghidangkan hampir 120 jenis masakan lauk pauk dan sayur-sayuran setiap hari selain hampir 100 lagi jenis minuman yang kesemua resipinya dibawakan khas dari seberang.

Malah dengan jumlah hidangan yang sebanyak itu, ia kini telah dianggap sebagai salah sebuah restoran Nasi Padang yang paling lengkap dalam segi hidangannya di negara ini sehinggakan ada di antara pelanggannya yang datang dari jauh termasuk Kuala Lumpur semata-mara untuk menikmati hidangan Nasi Padang asli.

Kenapa takut ular?


TAKUTKAN ular merupakan satu perasaan yang berlaku secara terevolusi dalam diri manusia.


TAKUTKAN ular merupakan salah satu daripada fobia yang paling biasa walaupun ramai orang tidak pernah terserempak dengan haiwan ini. Jadi, bagaimana perasaan takut ini terjadi?

Kajian terbaru menunjukkan kecenderungan perasaan manusia terhadap ular berlaku secara terevolusi iaitu mereka 'belajar' takutkan haiwan ini.

Ahli-ahli psikologi mendapati orang dewasa dan kanak-kanak dapat mengesan imej ular lebih pantas berbanding objek lain termasuk katak, bunga atau ulat beluncas.

"Keupayaan ini telah dibantu oleh kelangsungan hidup manusia dalam hutan liar sejak dahulu.

"Ideanya ialah ia berlaku menerusi sejarah evolusi yang mana manusia mempelajari untuk takutkan ular demi meneruskan hidup dan melahirkan generasi baru," kata pengkaji Vanessa LoBue di University of Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, pengkaji telah mencadangkan keperluan untuk menyedari kehadiran ular dalam dunia liar telah menyumbang kepada penglihatan yang lebih baik dan otak yang lebih besar bagi primat-primat terdahulu.

"Perasaan ini sangat biasa," kata LoBue kepada LiveScience.

"Kita tidak melihat ular setiap masa. Jadi, tentulah tidak ada alasan kenapa kita begitu geli atau membencinya."

Para pengkaji terpanggil untuk mengkaji ketakutan terhadap ular apabila mereka fikir bagaimana secara universal manusia amat geli dengan 'cicak tak berkaki' itu.

Rakannya, Judy DeLoache, sememangnya takutkan ular. "Apabila saya melihat gambar ular, saya macam... oh Tuhan...jijiknya!"

Inilah antara sebab kenapa kami mengkaji tentang bagaimana perasaan ini terbentuk.

"Firasat saya menunjukkan ada sesuatu yang membuatkan saya takutkan ular sejak dulu lagi," ujarnya.

Kucing semahal kereta


SEEKOR anak kucing Ashera boleh mencecah harga RM70,400.


SELAMAT tinggal Goldendoodle (baka anjing popular). Musim kacukan atau mereka baka anjing sudah semakin tenggelam. Ini kerana pada hari ini, penggemar binatang peliharaan mula menggilai baka-baka kucing kacukan.

Apa yang lebih menarik pencinta baka kucing ini tidak meletakkan sebarang batasan kepada harga atau kos untuk haiwan kesayangan mereka itu.

Binatang peliharaan kacukan sebenarnya dibangunkan untuk menghasilkan kucing yang lebih cantik, manja dan tingkah laku yang terkawal.

Ini kerana pemilik kucing hari ini cenderung untuk menjadikan haiwan itu sebagai teman rapat sehinggakan tidak lagi menyediakan bangsal untuk haiwan itu. Sebaliknya, kucing kini dipelihara di dalam rumah.

Selain itu, obsesi penggemar anjing kacukan pula sudah beralih daripada anjing jenis puggles, labradoodles atau yorkipoos kepada kucing kacukan yang mempunyai postur dan rupa bentuk yang mengkagumkan.

"Untuk kebanyakan pelanggan, obsesi kepada kucing menyebabkan mereka tidak kisah tentang bayarannya," ujar salah seorang pembiak kucing kacukan Simon Brodie di New York, Amerika Syarikat.

Brodie menggunakan 'resipi rahsia' untuk mengkacukkan baka kucing Afrika dan leopard Asia dengan baka kucing tempatan untuk menghasilkan baka kucing hibrid yang dipercayai antara yang termahal di dunia.

Dinamakan sebagai Ashera, produk eksklusif dari firma Boride, Lifestyle Pets, anak kucing itu boleh mencapai berat sehingga 13 kilogram ketika kecil.

"Baka kucing ini sangat mesra dan manja," ujar Brodie kepada CNN.

Walaupun seekor anak kucing Ashera boleh mencecah harga RM70,400, namun Lifestyle Pets sudah hampir kehabisan stok bekalan baka itu, lantaran permintaan yang sangat tinggi.

Sungguhpun begitu, Brodie, berkata, pihaknya memang tidak membiakkan Ashera dalam jumlah yang besar untuk memastikan nilai eksklusif dan keunikan kucing itu terpelihara.

"Kami hanya membiakkan haiwan ini sekitar 50 ekor setahun," katanya.

Walaupun Ashera menjadi salah satu jenis baka kucing kacukan yang meraih populariti besar dan paling mahal di pasaran kini, namun terdapat beberapa baka lain yang turut mendapat permintaan tinggi seperti Bengal, Savannah dan Chausie.

Holy Hummel, salah seorang pembiak kucing kacukan sejak 20 tahun lalu memberitahu, permintaan terhadap kucing eksotik sangat tinggi kerana kucing baka itu lebih manja dan cantik.

Sunday, March 16, 2008

MAWI: Lagi Kes Budak Hilang

oleh : M.S Abu Sahid (S/u UA DPPWP)http://amalwilayah.wordpress.com/


KUALA LUMPUR (Ahad) 13 MAC 2008 - ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki Asmawi Jalalluddin, 11, dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Sehingga hari ini, sudah empat hari Asmawi dilaporkan hilang. Menurut kakaknya Saodah, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu sehari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.

Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.

Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.

Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.

Thursday, March 13, 2008

FROM KLATE WITH LOVE

Salam, apa habaq semua.. ?


masih dalam demam PRU12. Jenuh menerima & m'fwd sms -sms kretif yg tak kunjung reda. Aku la nie dah start gherja di Airport Pengkaan Chepa. Sesapa nak mai Klate, jangan lupa cari akau kat sini. anak bini aku masih di KL lagi. SJJ. suami jarak jauh...


Hampir seminggu kat sini koi tembon la aku dibuatnya. apa tidaknya, Klate nie syurga makanan la... macam2 jenih makanan. Ada orang kata makanan kat sini semua manih2 .. tapi kita boleh pilih hat jenih pedas mcm selera kedah pon belambak dok da...


Paling banyak pilihan, sarapan pagi la.. Payah nak tengok kemeriahan kedai sarapan pagi disini kat tempat lain.. Yang pastinya semua kedai kat sini juai nasi.. Bermacam jenih nasi dok ada. kerabu, dagang, minyak, berlauk, lemak , kukuih, ulam... tiap2 hari aku try menu berbeza.. dan yg paling menyejutkan aku.. harga dia cukup TERUJA.. nasi (air, dagang, kerabu, minyak )+ ayam + sayuq @ikan +teloq masin @ ikan masin + daging bersama teh O =RM2.20- RM2.50 mana nak jumpa harga nie dah kat pendang. Kalu pi kantin SMKP pun la ni aku rasa tak leh dapat harga nie dah...


tapi nie harga utk sarapan ja.. kalau makan tengah hari haraga dia lebih kurang kedah jugak. nasi + ayam + sayuq + sambal belacan+Teh O ais limau= RM4.50.

so.. Feeeeeeelll freeeeeee to contact aku bila hangpa mai KLATE...

Aku pon la nie dah jadi ketagih budu pulak dahhhhhhh.... heeeee....


Posting aku kali ini aku cuba laghi dari pengaruh politik.. Bukan semua pengunjung sini minat politik ye tak. Cuma posting2 musim PRU12 tu sekadar menghangat kan suasana.


Jangan la hang pa rasa serik pulak kalau tak sehaluan ngan bahan2 PRU12 dulu tu.. SEBAGAI TAPAK UNTUK KITA TAUTKAN UKHUWWAH SESAMA KITA MAI LA KITA KURANGKAN KONTERVESI YANG BOLEH MENJARAKKAN KITA. SEBARANG PERBEZAAN PANDANGAN TU ANGGAPLAH SEBAGAI RENCAH DALAM KEHIDUPAN.


MAAAAAAF ZAHIR BATIN.


TAHNIAH KEDAH YANG BEROLEH MB BARU...(Ini bukan ucapan politik nooooo)


ni gambaq aku masa BRITISH tawan Tanah Melayu dulu,,, lawa ooo nooo :D heee..

Tuesday, March 11, 2008

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan

Sunday, March 2, 2008

Salam berpelukan IMAN HADHARI


klik pada image utk paparan lebih besaq

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran