KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, October 31, 2008

Amalan penenang jiwa

Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.


BERSIHKAN diri dan jiwa dengan ayat-ayat suci al-Quran.



DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.

Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.

Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).

*Puasa wajib dan puasa sunat.

*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).

*Menunaikan haji.

*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).

*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.

*Bertafakur.

*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.

*Muhasabah diri.

*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.

*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).

*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.

*Ketahui cara menghindar penyakit hati.

Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.


AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.


Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:

*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.

*Latihan untuk mendisiplinkan diri.

*Memupuk sikap sabar.

*Mewujudkan rasa insaf.

*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.

Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.

Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.

Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:

*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.

*Mendorong penjelajahan fikiran.

*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.

*Mendorong untuk celik akal.

*Mewujudkan kesedaran kendiri.

*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.

Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.

Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.

Agar diri dicintai

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.




FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.

Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Tunduk kepada queen control?

Ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.


PAKAR berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri bersikap queen control.

DIA memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali.

Dia juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan.

Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.

Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.

Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi.

Justeru, melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

Malah, menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini? Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.

Untuk kepastiannya jelas Tuah, terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.

"Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri

"Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

"Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya.

"Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri," tegasnya.


TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan.


Justeru, dalam meneliti punca utama lahirnya sikap sebegini, queen control berlaku apabila si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan. Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan.

"Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus.



"Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan," jelasnya pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini.

Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekali gus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai.

"Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku. Ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat," tegas beliau.

Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong? "Ya, memang silap si lelaki. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, nanti hilang kredibiliti.

"Suami adalah pemimpin, ketegasan itu kadang-kadang perlu supaya si isteri tidak terbabas memiliki sifat yang salah.

"Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan. Lelaki seperti ini lebih rela menjalani hidup sedemikian rupa atas sebab kasih sayang yang besar sebagaimana digambarkan oleh watak Re (Tompel) dalam filem Do Re Mi.

"Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri," jelasnya.

YOGA : PESONG AQIDAH

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. "Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat. "Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka. Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran. “Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

Wednesday, October 22, 2008

SPM SUDAH DEKAT


Kepada rakan-rakan sekalian, utk makluman semua peperiksaan SPM 2008 dah dekat dah. Ingat tak lagi tahun 1991 ketika kita nak ambik peksa tu. macam-macam perasaan timbul kan,,, sama la dengan budak-budak la ni. Jika ada saudara mara anda yg nak menduduki periksa tu, anda boleh la bagi motivasi,,, sekarang masa yg sesuai...
sapa yg minat nak masik IPTA boleh beli unik Id sekarang melalui sekolah...
adik-adik yg nak mohon ke smk teknik, permohonan dibuka sekarang..... sila layar web kpm.

p/s.. teringat aku masa periksa spm dulu, kena sakit batuk teruk....
BD zakaria, waktu tu, naik jerawat banyak lak...hu.hu.hu sian.

Tuesday, October 21, 2008

Makluman - Produk ADABI

AWAS MAKANAN YG TAK HALAL, TERUTAMA CHICKEN RICE SHOP

Assalamualaikum sahabat.....

Mula mula ucapan Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir Batin

Di sini ana mendapat makluman bg produk ADABI. Informan dari bekas Resource Manager (ADABI) yang telah resign baru2 ni.

Untuk produk ADABI jika boleh elaklah beli barangan dibawah:-

Sos Cili dan Sos Tomato - (bukan dikilangkan tetapi sub terus dari Kilang KIMBALL CHEONG NAN)

Instant Noodle - kesemua perasa (SDA - seperti di atas - sub terus dari Kilang di Melaka)

Sos Tiram - Sub terus dari kilang bangsa Cina - x pasti kandungan nya sbb QC dari ADABI x dapat check sebab dibotol di kilang di atas.

Kicap ADABI - Akan disubkan kepada kilang di Batu Caves (milik Bangsa Cina)

Ini adalah kebanyakkan Manager berugama Islam telah ramai berhenti kerja (look elsewhere) dan kebanyakkan produk ADABI di subkan....

Salah sorang Marketing Manager sekarang adalah orang bukan Islam (Bangsa Cina),

Produk yang boleh dipercayai adalah rempah ratus seperti serbuk kari, kunyit, sup bunjut dll kerna diproses sendiri di kilang ADABI dan monitor oleh QC sendiri...

Semoga dengan info ini dapat di manafaatkan.......InsyaALLAH.

Sebarkan pada sahabat yang lain......

Bersama ini juga ana attachedkan kehalalan restoran yang telah disahkan oleh JAKIM - untuk rujukan.
Attached Files
File Type: pdf Status kehalalan restoran dll.pdf (55.3 KB, 265 views)

Friday, October 17, 2008

Panjang tempoh bateri

Ketahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk memanjangkan jangka hayat bateri komputer riba anda sekali gus dapat menggunakannya dengan lebih lama.


SETIAP bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu.


KOMPUTER riba bukanlah gajet yang dianggap terlalu mewah pada hari ini. Jika dahulu penggunaannya terhad kepada golongan profesional atau setidaknya mereka yang telah bekerja, tetapi hari ini ia digunakan secara meluas termasuk golongan pelajar.

Faktor mobilitinya menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Sungguhpun begitu faktor bateri ada kalanya menyebabkan aktiviti dengan komputer mudah alih ini agak terhad. Langkah-langkah berikut dapat membantu memanjangkan nyawa bateri komputer anda.

Kebanyakan bateri komputer riba hari ini digerakkan oleh bateri lithium ion (li-ion). Bateri jenis ini lebih ringan, mempunyai nisbah kuasa dengan berat yang lebih baik, mampu menyimpan cas lebih lama, mempunyai jangka hayat dan tidak memberi kesan kepada ingatan komputer sekiranya ia menemui kegagalan pra-matang.

Kos pengeluaran bateri lithium ion ini juga lebih rendah berbanding bateri generasi sebelumnya - nickel metal hydride. Satu-satunya kekurangan pada bateri jenis lithium-ion ialah ia boleh menyebabkan litar pintas malah meletup sekiranya terlampau panas. Setiap bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu. Periksa tempoh bekalan kuasa yang tertera pada katalog sebelum membeli sesebuah komputer riba.

Anda boleh memilih pengunaan bateri yang optimum ialah dengan memadankan tetapan bateri selari dengan mod penjimatan kuasa pada komputer anda.

Tetapan ini akan meletakkan cakera keras pada mod tidur ketika beban tugasan berkurangan dan ini akan mengurangkan prestasi unit pemproses bagi memaksimumkan hayat bateri. Pilih longest battery life pada tetapan kuasa komputer anda.

Di sini, digariskan beberapa langkah-langkah penjimatan bateri yang boleh diamalkan. Semoga ia dapat memanjangkan lagi hayat cas bateri komputer riba kita. Maka, anda dapat menggunakan komputer riba dengan lebih lama!




Langkah penjimatan bateri

*** Sekiranya komputer tidak digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang, letakkannya pada mod bersedia atau standby. Mod bersedia akan memastikan data semasa disimpan di dalam RAM dengan pengunaan kuasa yang minimum.

*** Menambahkan ingatan sementara atau RAM komputer anda akan menjimatkan kuasa bateri kerana ia akan mengurangkan pergantungan sistem operasi pada virtual memory swap pada cakera keras anda.

*** Tetapkan kecerahan skrin LCD anda serendah yang mungkin tetapi selesa pada mata anda. Semakin cerah paparan skrin, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan.

*** Elakkan daripada mengecas bateri dan pada masa yang sama mengoperasikan komputer menggunakan adapter AC anda. Seboleh-bolehnya, cas ketika komputer tidak digunakan. Ini membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna tanpa gangguan.

*** Sekali-sekala bersihkan sambungan bateri (berwarna keemasan) bagi memastikan ia bebas daripada habuk. Anda boleh menggunakan sedikit alkohol dan lapkan dengan kain bagi mencuci bateri.

*** Nyahaktifkan fungsi atau ciri yang tidak digunakan pada komputer riba anda. Sebagai contoh, keluarkan disk optikal (CD/DVD) dari pemacunya apabila tidak digunakan. Pemacu CD/DVD akan cuba membaca media di dalamnya dan ini menggunakan kuasa bateri yang lebih.

*** Cabut kabel perkakasan tambahan seperti pencetak, pengimbas atau gajet digital lain daripada komputer anda kerana ia akan memakan bekalan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.

*** Hentikan carian automatik wifi dan bluetooth anda apabila tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak menggunakannya langsung, matikan semua fungsi ini dan sekali gus anda dapat membuat penjimatan kuasa yang lebih.

Thursday, October 16, 2008

Ada tambahan gambaq lagi

Na sibuk mewawancara MIna untuk program Talk Shownya... "Awat anak hang JANTAN BELAKA" .
Sesambil JAS yang sedang asyik dok mengadjust kedudukan agar kentut yang ditahannya tidak merosakkan majlis.. heeee....


Gambaq mamat mana tah nie , Walau Rupa mu tak ku kenali tapi Perut buncit mu tetap mengundang gundah gulana, syoqnya anak kat dalam perut tu, space luas.. heeee...

"You KNOw MIna, I kan kalu tak korek cekam kaki once a day tak leh duduk la" kata MArgerat De Folba Flustiono ... HEEE .. " Aku pon sama JAS,,tapi kalau korek saja tapi tak cium mcm TAKDE MAKNENYEEE " sambut puan Luciano Van Der Shelliano..

Gambaq dari Kamera Hisyam Hamzah


Mai kita cari gambaq sapa ada dalam nie
Nie Gambaq Tuan Rumah ngan Suami dia.. Cun tak? Siap sinting lengan lagi.. mana2 peluh hat termercik kat dalam masak merah hari tu kira HALAI ja nooo.. Heee..


Nie gambaq Ramai2.. Kalu sapa rajin pi perbesaq dan frame kan letak kat tengah 2umah

Monday, October 13, 2008

Jom pakat2 kita pi cuti...


La ni semua kita masih lagi dalam mood raya no...tambah2 REUNION raya kita tu masih segar di ingatan hangpa semua...BEST. Jenuh dengan cerita masing2...riuh bangat (jawa)...aku yang rugi pasai meng'absent'kan diri lambat sampai pun terasa bahangnya bila dok jeling2 gambaq yang pakat2 buat PEKASAM tu...kira spesel la tetamu lelaki terakhir...dapat jumpa pun kengkawan yang dah panas bontot nak balik...Tahun depan buat lagi meriah no....

Tang ni aku nak suggest kat hangpa semua selain dari REUNION RAYA...Lagipun SYAWAL dah nak koi2 pi...Apa kata kalau kita buat program CUTI2 REUNION plak...Boleh buat acara wajib untuk calendar tahunan kita...Kan ka, ada sapa2 yang setuju bulan DECEMBER (package la)? Biarlah kita jumpa setahun dua kali...buat la acara kukoq nyok ka, lari dalam guni ka apa2 ja...Exec Marketing pun boleh la promote JAM dia...Lokasi boleh cari...Tepi pantai pun best tak pun BUKIT MERAH (aku belum sampai)...Fizah dengan Na cadang MELAKA...Aku ni mengkala Johor, Melaka dan Negeri 9 dah cemuih dah....Lagipun banyak kengkawan kita berkelana di utara...Lembah Klang ni pun berapa kerat ja...Aku faham komitment hangpa semua...Tapi keja ni selagi kita tak pencen selagi tu tak habis...
Aku boleh jadi marshal naik 'VESPA' antik aku klau nak komboi ramai2...

' FROM KAYEL WITH LUV'

Saturday, October 11, 2008

LAGI GAMBAR REUNION.....




<=== Lan sedang mem"besar"kan lagi anaknya supaya dapat masuk iklan susu "enfalek"...huah..huah..huah...









<=====Det sedang menalipon marka lama....hehe mampuih la ngan bini hang....






<===Lebai Pin menayangkan giginya yang putih bersih...nak habaq gigi dia masih muda belia...hahaha...








<===== Keluarga Bahagia....hmmm..laki orang lain..bini orang lain...anak orang lain...camana tu?...hmm...








<==== Jas sibuk bercerita pasai anak dia...Mizi dok bang telinga...bini ngan anak dia simpan kat umah..hampeh tol...





Aku ada banyak ni ja gambaq...kalau ada lagi boh la...gambar ramai2 tu ada lagi dak?...tolong emel kat aku sapa2 yang ada gambar ramai2 tu...



LEPAS NI KITA BUAT PERCUTIAN KE MELAKA PULAK....TUNGGUUUUU......

Kenangan aidilfitri 2008/1429

Assalamualaikum,

Eishhh hangpa nie harap ja kamera canggih manggih... ambik gambaq lap lip lap lip tak mau mau hari tu.... last-last sampai hari nie sekeping pon tak ada sapa nak letak kat sini... awat hangpa segan ka nak letak gambaq aku yg hensem machoo tuu...

oklah memandangkan hangpa segan nak letak jadi terpaksalah aku letak gambaq dari kamera aku yg tak berapa canggih nie... namun kira ada gambaq laa walaupon tak seterang mana.... tapi mintak maaf laa nak habaq kat hangpa aku cuma ambik sekeping nie saja hari tu dan segak tak segak pon yg nie ja ada...

nah buat tatapan semua...dan pakat2 tengoklah muka hangpa dengan muka zaman dahulu kala...dan pakat kerenyeh sendiri laa tengok yg mana lagi hensem dulu ka kini kaa atau sama macam tu saja....


Friday, October 10, 2008

ALAHAI MAMAK STALL......

Cerita ni bukan lah nak boikot ataupun nak jatuhkan reputasi mamak sebagai peneraju stall yang dah sedia maju kat m'sia ni....Cuma nak berkongsi kisah2 benar yang pernah di lalui...Bila sebut mamak stall ni ada segelintir kita sanggup mangkit 3-4 pagi semata-mata nak pekena teh tarik steeeengah gelas, roti nan garlic atau cheese atau roti tempayan, mee goreng mamak pedaih, teloq setengah masak, roti bakar, maggie goreng mamak dengan seleper teloq kat atas....sudu garpu yang masih basah2 gitu dan roti canai garing kuah bla bla....Bila dah kenyang masing2 buat la isyarat tangan sambil mulut sok sek...."mamak sedap,bagus" dah la guna tissue murah....Rasanya semua mamak stall guna tissue yang sama brand kot....Pergi la kt Johor ka, negeri 9 ka atau melaka pun sama juga maklum lah persatuan....Cuba perhati elok2 dengan tangan yang dok bagi kita plate tu....dah la kuku hitam dan dengan tangan yang berminyak pasal dialah tukang masak dialah juga tukang hantaq makanan.....harga jgn kata la..di tambah dengan gomen tax...Nak tau mai la try kat TTDI ni.....'kosher' pun banyak....
Yang saya nak cerita ni pasal kerja2 krew nun di belakang tabir dan mandrem makanan dengan benda2 kotor.....


CERITA 1.......
Berlaku di PRESINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon Cosmetic. Seorang makcik ni lalu belakang.... mamak stall ni. Dia nampak mamak ni na la punya tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!..Makcik ni pun satu haru....penat ooo... YB Amran Abbas ada pengalaman buat MURTABAK..cuba risik dengan dia.. Ada 2 stall mamak tang tu. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih . Yang makcik tu nampak di kedai pekerja2 yang pakai apron putih Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mau ingatlah ye¡K. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui ke'halal'annya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik macam RESTORAN DAPUR MAS (sapa yang tau ja ) branch PUTRAJAYA tu ka.. Saya kenal owner DAPUR MAS ni dah 10thn...Bukan nak promote pun tapi support sikit melayu sekoq ni...walau layanan tak sebaguih abang mamak tu....


CERITA 2.....
Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment yang baru di beli di PUTRA PERDANA PUCHONG..Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluaq dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik. Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu..You ISLAM? dengan takut2 dia jawab saya HINDU + HINDRAF tapi BOSS saya ISLAM. saya suruh dia panggil BOSS dia dan BOSS dia datang cakap "maaf". saya cakap maaf kepala hotak you!!! saya tanya dia you ISLAM??? dia cakap ya!. saya bayar dan terus blah..yang sedih sangat tu bukan apa kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. .Baru la saya perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada "Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD" besar -besar tu HALAL dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan...So yang tak perasan lagi berhati2 !!!...


CERITA 3......
Restoran Mamak DI ALOQ SETAQ
Di suatu ketika dahulu......kami ada buat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Aloq Staq. Kami jemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk bacakan do'a pembuka tirai. Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun borak2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAKAN MAMAK DI ALOQ STAQ DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut! Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...Awat jadi lagu tu, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz,...... Dan mamak2 tu pulak telah mengikat kontrak bekal ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 akan saman Majlis Agama....."Permintaan ustaz," Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu....


CERITA 4....
RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABDUL RAHMAN
Kisah Benar-Nasi Beriani- GAM
Ada kengkawan pi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak pi basuh tangan kat belakang kedai, lepas selesai basuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia pi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member. Nak jadikan cerita......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH..TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH.. apa lagi.......dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi....sampai kat opis.... dia terus muntahkan nasi tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi....... Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak ja terus terkam makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central,


CERITA 5.......
Ada satu stall bawah escalator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja tang tu ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!Tengok pada dua orang India/Mamak tu...tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!!Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 ,mereka akan pakai 'calit-calit sarjan' kat dahi...???MAMAK KE TU??


CERITA 6........
Lagi satu sesiapa yang selalu ke pasar PUDU , ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO
Tang tu ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Rabun kot?? Cuba perati sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-calit sarjan kat dahi'!! Kenapa tak mau susah sikit, cross jln kenapa makan makanan yang was-was macam tu???


CERITA 7.....
Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA .
Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit).Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut. Ini semua adalah manderem ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik...


CERITA 8......
DI LEBUH AMPANG KL , ada sebuah RESTORAN mamak yg tak berapa baru dibuka iaitu
RESTORAN MAJU CURRY HOUSE rangkaian SHAH MAJU. Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL . Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk dibelanja makan di kedai tersebut. Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dlm periuk nasi lemak. Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabnya dia tak mau makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut pasai bomoh sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula tuan kedai tidak boleh melihat toyol dgn mata kasar....


CERITA 9.......
RESTORAN NASI KUKUS(SPENDER) ZAINI.....KAY BEE,KELANTAN....
>> Dulu RESTORAN yang terletak dekat dengan IPK KAY BEE ni memang famous habis.... Semua orang yang pernah kekenyangan mungkin dah sedia maklum dengan RESTORAN tu dek kerana kesedapannya dan terpaksa beratur panjang.....Nak jadi cerita mungkin petunjuk dari ALLAH... Satu hari TANGKI AIR RESTORAN tu tersumbat....Mau tak mau owner RESTORAN tu terpaksa la juga panggil orang untuk baiki.....Rupa2nya ada beratus SPENDER pelbagai jenama dan mungkin juga jenama yang selalu kita pakai masa nak pi main GOLF macam RENOMA, BYFORD, BUM,HUSH PUPPIES,PUMA, BODY GLOVES dll.. sudah buat tangki air RESTORAN tu tersumbat.....Tukang baiki yang prihatin tadi ni dalam diam sudah buat laporan kepada MPKB dan KKM.....Pasal dia pun selalu makan kat situ....Siasat punya siasat....Lama la juga OWNER RESTORAN tu naik turun MAHKAMAH...Bayar denda RESTORAN pula terpaksa di kuarantin (tutup daa).....Moral dari cerita ni.....Punca air yang di gunakan untuk MENGUKUS nasi yang sedap tu......??????


CERITA 10.....

Mungkin ramai yang setuju dan mungkin ramai juga yang tak bersetuju dengan cerita ni....apapun tepuk dada tanya selera....tapi umum pun dah maklum..hangpa mai 10 orang ka pat ploh orang ka respect dia boleh ingat apa yang kita order tu.....


>>>Wallahualam. ...

Wednesday, October 8, 2008

Pelancaran Projek TERBARU...

Assalamualaikum...

Apa habaq semua.. hari nie aku nak lancarkan satu projek terbaru aku kat hangpa semua tapi aku nak kerjasama hangpa semua semoga projek ini berjaya...

kalau hangpa tak bagi sokongan sia-sia sahaja projek aku nie... walaupon makan berjuta-juta kos dia....

Aku lancarkan ruangan ~Memba Online~ nie supaya kita semua mudah berhubung guna YM dimana sesiapa yg online kita dapat tengok terus melalui blog kita tak payah2 nak buka YM nak tengok sapa ONline...

TAPI bila dah tahu sapa Online tu kalau nak chat kena la log in YM masing2 baru boleh pakat2 sembang... nie baru syok sikit...

Idea nie pon aku dapat selepas mamat yg ngaku hensem tu ajak YM kesian kat dia tak tau sapa yg Online... JADI dgn adanya projek nie semoga ianya memudahkan kita nak berhubung....

Oleh itu aku nak mintak jasa hangpa bagi kat aku YM hangpa semua... bagi yg tak ada YM tu hangpa aku hukumkan WAJIB buat kalau tak buat HUKUMAN tahun depan hangpa kena SPONSER majlis HARI RAYA kita semua...(SETUJU GENG....he he he)

Ok kepada yg baca cepat email kat aku YM hangpa SEBERAPA SEGERA... nak email tu letak la nama hangpa sapa YM nama apa senang aku nak update jangan macam CHEDET nama YM 'LEBAIPAS' kalau mail kat aku 'LEBAIPAS' saja tobat aku tak tau hangpa sapa....

OK mailkan kepada aku di - chenorazlan@gmail.com

Wassalam....

aku sudah datang, jeng,jeng,jeng

aku sudah jadi blogerss sekarang

nantilah kemunculan artikel aku......
pasti menyegarkan sesiapa yang membacanya.

jeng-jeng-jeng........

Tuesday, October 7, 2008

Kemalangan ngeri di lebuhraya


Kemalangan ngeri di lebuhraya, 13 maut, 5 cedera dan 5 lagi merayau......

TANDA TANDA ANDA ANAK 80an

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.




* berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?....hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

* ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb....

· cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?
· semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
· Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
· time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
· internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
· kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam'.
· bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
· tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.





· lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
· kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
· lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
· hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
· bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
· AIDS wujud sejak diorg lahir.
· CD pun wujud time diorg lahir.
· Michael Jackson dah putih dah time tu.
· Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
· Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
· Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
· Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih....dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..
· dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
· hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
7. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

last skali, bile dah bace massage ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...heheheYaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulukan?

Monday, October 6, 2008

Salam Lebaran...dan TAHNIAH dan TQ....

Assalamualaikum,

OK TAHNIAH dulu sebelom apa2... bukan apa ini sempena terlaksananya MISI REUNION kita kat teratak makcik Fizah tempohari dengan jayanya...

TQ kepada semua yg terlibat secara langsung atau tak langsung atau secara paksa bagi menjayakan misi tersebut..

Alhamdulillah segalanya telah selamat... dan aku rasa semua pon dah selamat balik ke bumi mencari nafkah masing2 dan aku rasa mana yg dah selamat mendarat dan bawak kemera tempohari tu jangan la malu-malu nak update kat sini.. jangan biaq bersawang dalam MEMORY KAd tu saja.. dah la nak cuci sekeping pon susah.... JADI pakat2 la letak sini kita pakat2 tengok balik majlis hari tuu...

Insya'allah TAHUN DEPAn kita adakan lagi dan kita pertambahkan lagi AHLI KITA yg masih tak tau pasal program kita nie....

OK sahabat semua... TERIMA KASIH SEKALI LAGI....

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran