KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, April 29, 2010

HULU SELANGOQ

saja ja nak tayang gambaq aku kat Hulu Selangoq


sapa pon lalu depan aku sure nampak aku cool ,, memang cool .. sebab tong ais kat depan aku. . heee Terima kasih anak 2 aku yang tolong sama minum free hari tuuuu

Saturday, April 24, 2010

mai Kenali Tok KENALI

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali

9 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).


Baca Seterusnya...

Thursday, April 22, 2010

Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kembimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Penuh

Wednesday, April 21, 2010

Nikah kat Taman Melati tak jemput Aku pun....

Dah letih layan cerita Hulu Selangor... hari nie cite anggota Parlimen Kinabatangan dan isterinya yang seksi itu mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.

Kinabatangan, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Pelakon di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas (dekat markaz Pas Wangsa Maju).

Kinabatangan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pelakon ini juga dituduh berkahwin dengan orang Kinabatangan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Yang menjadi musykil dihati aku , berani sungguh depa...Rumah aku yang cuma sepelaung dari tempat depa nikah tu tak dijemput.. nak kena suruh tulih surat tunjuk sebab niee.. depa tak kenai lagi kot aku sapa... heeeeeeeee

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran