KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, February 18, 2010

Mokhzani Mahathir antara 20 terkaya di M'sia



Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.

Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

Tuesday, February 9, 2010

5 Sekawan Cetus iLuvislam.com


www.iLuvislam.com
Team Tabloid iLuvislam




Untuk pilihan ikon minggu ini, ILuvIslam memperkenalkan lima anak muda berjiwa besar di sebalik tabir laman sesawang iluvislam.com. Mungkin selama ini tidak ramai mengenali siapakah yang bertanggungjawab terhadap iluvislam.com.

Mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laman web iluvislam.com ialah Mohd Nurul Imran Koyube, Muhamad Ruzaini Ibrahim, Firdaus Rahim, Wan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery dan Ahmad Izwan Nordin. Kelima-lima jejaka ini adalah rakan baik dan bersepakat berkongsi pengalaman menubuhkan iluvislam.com yang sehingga kini telah menjadi wadah tarikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan anak muda. Usaha mereka turut dibantu bebe rapa krew lain.

Kesungguhan yang terpancar daripada usaha murni mereka berdakwah telah menarik perha-tian Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB), Datuk Hussamuddin Yaacub. Demi menyokong mereka, beliau akhirnya besetuju menjalinkan kerjasama dengan iluvislam.com.

Menurut pengasas iluvislam.com ini, pertemuan dan perkenalan dengan KKSB memberi makna buat me reka, apatah lagi dengan persetujuan kedua-dua pihak memikul tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat. Kerjasama yang terjalin dengan adanya ILuvIslam (majalah akhbar) tidak ubah seperti satu hubungan simbiosis yang istimewa.

Selain itu, kolaborasi ini turut dilihat sebagai satu ranting dalam usaha berdakwah dunia moden yang menuntut individu agar lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan medium dakwah. Ia juga dilihat mampu menarik warga muda dan remaja untuk membaca dan menyimpan sisipan akhbar bagi mempertingkatkan ilmu agama serta info tentang isu semasa.

Berkongsi ilmu
Menurut Presiden iluvislam.com, Mohd Nurul Imran Koyube atau lebih mesra dengan panggilan Im, pada awalnya iluvislam.com ditubuhkan bagi berkongsi ilmu dan maklumat di kalangan rakan-rakan yang bakal melanjutkan pela jaran di luar negara. Antara yang ingin disampaikan adalah persediaan hidup di negara orang. Tambah Imran, melalui laman web ini, dia dan empat rakannya yang lain turut cuba berkongsi info tentang persediaan rohani dan jasmani agar tidak berlaku sebarang kejutan budaya.

Walau bagaimanapun akui pemuda dari Sungkai ini, laman iluvislam.com cuma aktif bermula penghujung 2007. Itupun setelah ditegur beberapa orang rakan. Ujar Ruzaini, pada peringkat awal, iluvislam.com cuma untuk memenuhi masa senggangnya. Namun, setelah melihat semakin ramai yang melayarinya, Ruzaini mula berasa seronok. “Setelah ditegur, kami menjadi lebih bertanggungjawab terhadap laman ini. Hasilnya iluvislam.com sudah mencecah ratusan ribu pengunjung dan terkenal di kalangan remaja dan orang ramai sama ada di dalam mahupun di luar negara,” sambung Ruzaini tersenyum puas.

Sunday, February 7, 2010

Perasan Unik?

dari blog keretamayat

(Blog yang berbentuk nota kepada diri adalah tidak sesuai di baca oleh orang yang ‘perasan unik’)

Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN UNIK”…

Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya menyusahkan orang...

Sebagai contoh, adalah mereka yang selalu komen aku tapi menggunakan tulisan yang ‘perasan unik’ seperti:-

1)Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z :

“Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz "trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz zzzzzzz,

I likes yos blozz soz muzz..

Aduhh, tolonglah jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz lemapngzz teruz z, fuz u!

2) tulis terlalu singkat..

“ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”

Aduh.., maaf jika ada yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok elok, korang nak tanya soalan ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu bila aku tak layan, korang email pulak..

“cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb bl..

Korang perasan tak? Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:

“emm stlh aku bc bog en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”

Tolong, jangan perasan unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang terlalu banyak iklan, atau blog yang ada gambar ustaz ulamak, yang buat malaikat rahmat lari.., ..atau.,. atau... arghh, malas aku nak cakap lagi, moralnya jika korang nak tulis untuk diri korang sendiri, lantaklah, nak tulis macam manapun, aku tak kisah,tulis kat blog korangpun aku tak kisah.., tapi bila korang email aku atau nak tulis komen, janganlah susahkan orang lain dengan gaya perasan unik, tak unikpun, macam budak tadika jer aku tengok.., macam sampahpun ada, kalau korang umur 25 tahun ke atas dan masih perasan unik, memang korang hampeh!

*****

Ok, itu bab tulisan, banyak lagi perkara yang ‘perasan unik’ berlaku dalam kehidupan kita,dan kebanyakan perasan unik ni berlaku di kalangan orang perempuan, dalam bab perhiasan diri seperti perempuan hodoh yang pakai barang kemas banyak banyak kat badan, tak nampak unikpun, nampak bodoh lagi ada.., atau pakai tudung, tapi baju singkat bila membongkok Nampak lurah bontot, tak uniklah adik.., panic lagi ada, atau pakai baju fesyen trafic light, tudung warna merah, baju warna kuning, dan kain warna hijau.., ha ha, tak unik lah adik, macam budak tadika jer abang tengok...

Mungkin korang kata, kami perasan unik tapi tak menyusahkan orang..

Tak menyusahkan kepala otak kau?

Pakai baju yang perasan unik, yang warna terang boleh merangsang kemaluan lelaki, yang terbelah sana sani, boleh merangsang kaki perogol, yang ketat dan yang sendat, boleh merangsang zakar pencabul , pakai barang kemas banyak banyak, boleh merangsang tangan peragut.. yang itu, yang ini..

Oh!, tolonglah jangan perasan unik, tak payah ikut fesyen apa salahnya?, pakai baju kurung cukuplah, atau baju yang longgar sikit dan warna gelap.., ok apa?, yang cantik tetap cantik, tapi kalau dah muka hancur, pakailah fesyen apa apapun, maka jadilah kamu seorang yang perasan unik.., dan perasan unik adalah satu kebodohan..

Itu bab perempuan, lelaki pun ada jugak yang perasan unik, bodoh dan hampeh, contoh: beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, aku sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo3, baik beli evo3 terus.., bodoh ke apa? lepas tu bunyi macam ribut, tapi jalan macam siput, (1.3 kan..) lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., betul betul menyusahkan JPJ, sebab tu aku benci dengan mereka yang perasan unik!

Ok, cukup sampai situ, banyak lagi perasan unik yang boleh aku tulis tapi korang boleh fikir sendiri,

Sebenarnya, jika korang nak unik, lain dari yang lain, boleh takde masalah, dengan syarat tak menyusahkan orang.., macam bab budaya, cina, melayu, india, semua ada keunikan budaya masing masing.., dan keunikkan itu tidak menyusahkan bangsa lain.., tapi jika ada budaya yang menyusahkan bangsa lain, maka itu bukan lagi budaya yang unik, tapi dah jadi ‘perasan unik’, hampeh dan perlu di tentang!

Faham?!

Last, perkara yang aku nak sentuh adalah perasan unik dalam bab ugama..., ini paling berat.., lain dari yang lain dalam bab ugama dikenali sebagai “bidaah”.., dan bidaah ini hukumnya haram apatah lagi jika ianya menyusahkan ummat islam...

Kadang kadang ummat islam ni ada yang cuba menjadi ‘hebat’ atau ‘cool’ apabila dapat berbeza pendapat dalam hal hal ugama, mereka cuba menjadi ‘unik’, tapi sebanarnya perasan unik, hampeh dan perlu di selamatkan...

Bab lantik pemimpin guna majority, banyak nyusahkan orang.., dengar azan tak nak ke masjid, menyusahkan orang jugak.., berdakwah dengan blog atau dengan perti jugak banyak menyusahkan orang.., konon unik lah tu.., tak unikpun.., hampeh lagi ada.., menghalalkan mengumpat, bergabung dengan orang kapir menentang orang islam, please, tolong, jangan jadi lain daripada nabi dan sahabat...,

Contoh terkini, bab kalimah Allah dalam majalah kristian, ada yang ‘unik’ dengan bersetuju.., lalu berhujah dengan aku, takpe kalimah Allah diukir pada salib, yang penting iman kita kuat, takpe kalimah Allah yang diukir pada salib di bawa masuk ke dalam tandas oleh orang kapir sebab itu dosa mereka dengan tuhan..

Aduh.., kalaupun nak perasan unik, gunalah hujah yang cerdik sikit, tapi Nampak sangat korang ni ada unsur politik, (setuju sebab parti korang setuju) tapi tak tahu nak berhujah apa, lalu bagi asalan yang menampakkan lagi kebodohan...

Kan aku dah cakap?, orang kapir mintak sebab nak guna dalam penerbitan majalah mereka, dah tentu nanti bila mereka quote bible dalam majalah tu, mereka akan guna "Allah berfirman", dan kita tahu bahawa bible tu dah kena ubah, dan kita tahu betapa berdosanya bersetuju atas perkara berdusta atas nama Allah,

Korang setuju mereka berdusta atas nama Allah?

Sedangkan berdusta atas nama Nabi dah masuk neraka..

Bodoh ke apa?

ok, jangan emosional, orang perasan unik tak marah kan?, aku tak kata korang yang setuju tu bodoh, aku tanya jer, bodoh ke apa? jika bodoh silalah kritik aku, jika tidak, diam diam sudah, dan bertaubat.

Akhir kata, dah tentu dengan pendedahan “perasan unik” ni akan buat mereka yang ada sifat perasan unik akan rasa nak marah, atau bertambah benci pada aku, atau delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower aku..

Aku tak peduli, nobody cares, dan ini bukan pertama kali aku dibenci, ada pembaca blog aku yang marah sama aku, email aku betapa kecewa sebab aku kutuk parti kegemaran mereka, atau aku kutuk apa yang mereka suka, lalu delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower, dan berhenti komen.., tapi dalam diam diam, sentiasa baca blog aku secara senyap senyap, malahan menunggu nunggu aku edit entry baru, atau komen dengan nickname “anonymous” dengan harapan aku akan berubah.., sayang korang pada aku, ye?

Al maklumlah, blog keremayatkan unik, kan?

Woha!

Ps: aku ulangi, unik adalah lain daripada yang lain tapi TIDAK menyusahkan orang, manakala perasan unik adalah lain dari yang lain tapi menyusahkan orang, tolong jangan slow sangat, ok..

Wednesday, February 3, 2010

Kes liwat: Anwar minta dibicarakan

Feb 3, 10 10:55am
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Luampur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan minta dibicarakan.

NONEKetua umum PKR itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Manakala Mohd Saiful sedang memberi keterangan sebagai saksi pertama kes tersebut.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

Tuesday, February 2, 2010

Al Quran dan Angka : boleh tak hangpa check BeToi ka dak ?

"Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali


LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu,
peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan."
http://minda-anak-mudan9.blogspot.com/2010/01/keajaiban-nombor-dalam-al-quran.html

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran