KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, July 3, 2013

Usia dan Masa...

Dedaun jatuh berguguran...angin dingin bertiup kencang..aku membetulkan jaketku..'Sejuk' getus hatiku sendirian...Aku lebih sukakan Malaysia..panas dan hujan..ah..bau tanah ketika titis-titis hujan membasahi bumi...dan aku merindui kenangan-kenangan indah itu..

Angin bertiup agak kencang pagi itu...ayah memberhentikan motosikalnya..lalu menukar baju...dia mengambil tajak dan cangkul..lalu menuju ke bendang miliknya... Aku mengikutinya dari belakang sambil memerhatikan bukit-bukau yang menghijau...burung-burung bangau berterbangan kesana-kesini mencari makan...aman..damai..

ketika memijak batas ban yang agak lembut, aku tidak dapat mengawal badanku..lalu jatuh kedalam sawah-padi...'Aduihhh' aku menjerit... Ayah memusingkan badannya melihatku...sangkaku dia akan datang menolong, tetapi tidak..dia hanya tertawa...aku jarang melihat ayah tertawa..walaupun wajahnya manis..namun dia lebih suka tersenyum dari tertawa...ayah lalu bergerak kearahku lalu mencapai tanganku dan menarikku keatas batas ban semula..ayah bertubuh sasa...

Ayah masih bersandar pada kerusi malas itu..aku melabuhkan punggung disebelahnya...dalam usia yang menjangkau 80an..dia masih bertubuh sasa..dan sentiasa melakar senyuman...ada kalanya aku tidak lagi dapat faham apa yang dikatanya..kadang-kala ceritanya bercampur-baur dengan kenangan-kenangannya....namun dia masih seorang yang aku kenal..jarang berkata-kata kecuali ketika bercerita..jarang marah...dan sentiasa menyendiri...dalam tubuhku..mengalir darahnya...aku mempunyai perwatakkannya..malah, kata kakak-kakak ku...aku saling tidak tumpah macam ayah...

Maha sucimu ya Allah...kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami...dosa-dosa ibu kami..mereka telah mengorbankan usia mereka untuk membesarkan kami...menahan lapar dan dahaga untuk kami...berilah kerberkatan dalam usia mereka..Amin..


Friday, August 19, 2011

Berpuasa belum tentu bertakwa


19 Ramadhan
Orang yang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadhan belum tentu bertakwa, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menentang perjuangan Islam dalam kehidupannya di dunia ini.

Manusia seperti itu banyak terdapat di muka bumi Allah ini dan mereka juga adalah antara golongan yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam jumlah yang banyak di kalangan umat Islam, tetapi hanyalah seperti buih.

Dalam hadis, Rasulullah saw menjelaskan, penyakit yang ada di dalam hati adalah penyakit waham, manakala penyakit waham itu ada dua perkara iaitu cintakan dunia dan benci kepada mati. Setiap umat Islam sepatutnya sentiasa bermuhasabah agar tidak turut tergolong dalam golongan itu demi kepentingan hidup di dunia dan akhirat.
umat Islam di seluruh dunia kini sudah tidak lagi disegani dan ditakuti oleh orang-orang bukan Islam sehingga menyebabkan umat Islam sering diperlakukan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh orang-orang kafir.


"Seorang lelaki yang memusuuhi Islam yang berada di dalam mahkamah itu tiba-tiba terus menikam wanita tersebut berbelas kali. Suami wanita itu berusaha menyelamatkan isterinya kemudian turut ditikam oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya terbunuh.

"Kejadian tersebut berlaku di sebuah negara bukan umat Islam, di dalam mahkamah dan di hadapan hakim yang mengadili kes itu dan turut memberikan kemenangan kepada wanita tersebut.

"Tetapi sudahnya kes itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pembellaan dari sebarang pihak. Begitulah lemahnya umat Islam di seluruh dunia sekarang,"
Kejadian tersebut, perlu direnungi dengan mendalam oleh setiap umat Islam kerana ia berpunca dari kesilapan umat Islam sendiri yang tidak benar-benar berpegang dengan ajaran islam dalam pelbagai aspek seperti yang dituntut oleh Allah.

"Ini menjadikan umat Islam hidup dalam keadaan terhina kerana tidak mendapat pertolongan Allah dalam pelbagai aspek, malah perasaan takut kepada umat Islam turut dicabut oleh Allah dari hati orang-orang kafir," katanya.

Untuk menebus maruah, Seluruh umat Islam sewajarnya tidak hanya Islam pada nama, tetapi beramal dengan ajaran Islam secara sumul dengan berbekalkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan.

harakahdaily/-

Tuesday, July 19, 2011

FUHHHH !!! Berabuk , Bersawang..




Salam,,
Dah lebih setahun , sejak 20 jun tahun lepas.. tak dak sapa nak sapu, nak mengemas, nak mop, sementelahlah nak vakum blog nie..
Mak oii banyaknya sawang, habuk, dah semedang, dah jadi sedagin, lama oii noo..
syuuhhh!!! syuhh!! la ada lipan, lipas sementelah la, semut berpongsu celah dapoq , anai-anai makan tiang seri, kak ti pon bersarang dalam gobok, ... mujoq tak dak bapak randop aja dalam nie,,, lama sungguh noo..'

Woii.. depa dah tak mau lepak dah la sini,,.. dah koi pelan canggih dah.. apa barang lepak sini..
Step dah berkembang la bro.. apa kelas dok berjuntai kat sini... orang dah lepak tempat gini dah la nie..
Sapa la yang nak tolong sapu, tolong mop, tolong kemas, tolong gilap balik,, tak laghat nak cekau sesorang nie,,.. Ca mai kita pakat-pakat ,.. Tolong .. Kalau ghamai buat benda berat koi ghingan,, ... Ca tplong.. boleh kot nooo..

Sunday, June 20, 2010

How To Train Your Frog..?!?!



REUNION kali ke 4/ 2010

Salam...
Dah masuk bulan Rejab dah nie..Antara doa yang disuruh kita perbanyakkan membacanya adalah
ALLAHHUMMA Baarik Lana Fi RAJAB WA Sya'Ban Wa Ballighna RAMADHAN .
" YA Allah Ya TuhanKu Berkatilah Bulan Rejab dan Sya'ban ini bagi ku dan Sempatkanlah aku dengan RAmadhan "

Perbanyak lah latihan & "letih"an untuk mengimarahkan RamaDhan. Lepas tu Syawal la pulak..

Dah tradisi kita sejak 3 tahun lepas dok buat ReUnion di bulan Syawal..
Lagu mana Plan tahun nie?
Sapa yang kita nak angkat jadi CHief de MissIOn utk projek juta-juta kita trip nie ?
nak buat dimana?
Bila?
berapa juta budget ?

Ca Kita berkerut2 kenin sat.. TQ

Saturday, May 15, 2010

Friday, May 7, 2010

Gambar : Juruteknik HANCUR disedut Enjin Jet



Kejadian dilaporkan telah berlaku di El Paso Airport, Texas. Seorang juruteknik telah maut apabila tubuhnya disedut masuk kedalam enjin kedua jet 737-500.

Tubuhnya hancur umpama dimasukkan kedalam pengisar

Airplane Mechanic Sucked Into Jet Engine, Killed at El Paso Airport - Graphic Content

EL PASO, Texas — An airplane mechanic was killed Monday morning after he was sucked into a jet's engine while passengers were boarding from the tarmac, officials said.

"A mechanic walked in front of the engine and was pulled into the engine," National Transportation Safety Board spokeswoman Lauren Peduzzi said.

She said she didn't know if any passengers saw the accident as they boarded Continental Airlines flight 1515 to Houston. A Federal Aviation Administration spokesman said the worker was sucked into the right engine of the 737-500.

The mechanic's identity wasn't released, but Continental identified the victim as an employee of one of Continental's suppliers. Continental released few other details about what it called a "ground incident" at El Paso International Airport.

"My fellow co-workers and I extend our heartfelt sympathies to the family and friends of the mechanic involved in this tragic event," Larry Kellner, Continental chairman and CEO, said in a statement.

There were 114 passengers and five crew members boarding the plane.





Daging yang bertaburan dibelakang enjin



Tiada tulang yang tinggal.. semuanya hancur..

Blade atau Fin yang rosak

Daging yang hancur







Dari jauh kelihatan daging bertaburan..

SUBHANALLAH.....kekuasaan Allah mengatasi segalanya...



Budak tersangkut kerana cuping telinga


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan tempat Ming Ming tersangkut pada palang besi.

BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia enam tahun, Ming Ming terselamat daripada jatuh dari flat lapan tingkat di Yichang hanya disebabkan oleh cuping telinganya yang besar menyebabkan dia tersangkut pada palang besi di tepi tingkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai cuba menjenguk dari tingkap untuk melihat datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi sebelum dia tergelincir, baru-baru ini.

Namun, Ming Ming bernasib baik apabila kedua-dua belah telinganya tersangkut pada penghadang palang besi menyebabkan dia menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan.


MING MING berdoa semasa dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba.


Anggota-anggota bomba kemudiannya bertungkus-lumus menyelamatkan Ming Ming dengan menggunakan sejenis alat pengembang tekanan bagi membesarkan palang besi itu.

Dia berjaya ditarik semula ke dalam rumah tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap pasukan bomba, Wang Shen berkata, usaha menyelamat Ming Ming amat menakjubkan.

Menurutnya, budak itu mungkin terjatuh atau mengalami sesak nafas semasa tergantung di palang tersebut. - Agensi

Thursday, April 29, 2010

HULU SELANGOQ

saja ja nak tayang gambaq aku kat Hulu Selangoq


sapa pon lalu depan aku sure nampak aku cool ,, memang cool .. sebab tong ais kat depan aku. . heee Terima kasih anak 2 aku yang tolong sama minum free hari tuuuu

Saturday, April 24, 2010

mai Kenali Tok KENALI

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali

9 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).


Baca Seterusnya...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran