KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, March 15, 2010

Mini Reunion XSMP 14 Mac 2010

14 Mac 2010, , pizah and familiy merayau ke ibu kota kola lumpo (ntah cari pa pon aku tatau la...hihihihii)... top top aku terbaca dlm FB depa nak jumpa kengkawan, apa lagi join aja laahhh. Depa ni dok janji kul 5 petang kat Tasik Perdana...katanya konsep bawak bekai...aku ni punya la prepare nak goreng coq kodok...konon nak pi makan kat tepi tasik laa....lebih kurang pukui 2:55 ptg cam tu aaaaa... na cal aku , dia habaq kata dok tengah cari parking kat KFC Shah Alam... hampeh tul la si sham (Sheila As..nama glemer) dia x bagi message kat aku kat tukaq plan...

Aku pon sebenaqnya ari tu,ada kenduri pertunangan jiran mertua aku...kira rapat laaa... tapi aku x sehatt ..jadi aku hantaq anak aku aja ikut tok dia jadi wakil aku. Tapi panggilan kawan2 lagi kuat,, lepas na cal tu, aku terus gerak pakwe aku yg dok tidoq tu.... siap pi jumpa depa. Meh aku senaraikan yang pi.. yanti,na,sham,pizah,khairina,jas,kawan sham (zarina +jurukamera),aku dan para2 suami. Kira meriah la, satu KFC tu dengaq sora kami dok sembang. Tu lah kalau tambah sket lagi bilangan yg p lagi kecoh KFC tu.

Sembang punya sembang sedaq2 jam dah kul 6... tiba2 jas teringat dianyer keta lupa nk amek kunci... apa daaa... tengah2 hujan lebat pulak tu.. dengan pantasnya kwn tu pon minta izin nak berlalu..ya la, mana dok pikiaq kunci lam keta pas tu pak we x ikut plak tu... hmmmm.... Kami pon berlalu lebih kurang 15 minit lepas jas bangkit.... Masa aku naik keta aku pon check2 la hp aku... tengok mcm nombor hp chedet. Aku cuba call balik tapi bateri hp aku dah abih... x bleh call ,, sampai la ari ni hp aku x dak bateri, charger tinggai kat opis... balik pada jumpa depa aku terus pi klinik kat dengkil amek ubat batuk ngan MC skali .... maka ari ni aku pon dok la kat umah dengan tiket MC yang ada. Kepada kengkawan yg lain , x kira la laki ka pompuan ka,, jom la join len kali,,,aku dengaq pizah ada plan...kita tunggu message dari pizah

Friday, March 12, 2010

Gempa gegar tiga negara - China, Russia, Korea Utara

BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.8 mangnitud menggegarkan tiga negara - China, Russia dan sempadan Korea Utara, awal hari ini.


Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa jam 9.15 pagi waktu tempatan itu menggegarkan banyak bangunan pejabat di Beijing dalam tempoh melebihi satu minit.

USGS berkata, gempa berpusat di pesisir pantai Russian dan Jepan di 98 kilometer (km) di barat Vladivostok, Russia dan 110km di timur bandar Yanji di utara Wilayah Jilin di China.

Seorang pegawai bencana/gempa di Wilayah Jilin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terkini mengenai kejadian itu, termasuk mangsa dan kerosakan yang berlaku. - AP

Subject: Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Tuesday, March 9, 2010

Rawat hati


Apabila hati berasa gundah gulana dan perlu dirawat. Buatlah 5 perkara ini:

1. Banyak baca Al-Quran
2. Teliti makna ayat-ayat Al-Quran
3. Kosongkan perut (kurangkan makan)
4. Banyakkan qiamullail
5. Duduk berserta orang alim ulama' dan orang-orang yang soleh

Semoga sama-sama kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Zikir Taubat : Munif Ahmad

Monday, March 8, 2010

KDN 'haramkan' 17 judul buku

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.


Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata, sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.

"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 merupakan penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI #3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu#7', 'Gelora Nafsu #6'. 'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama

Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2' dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'.

Thursday, March 4, 2010

Kabel punya pasal lah ni.

Malam tadi bertempat di Dewan Majlis Daerah Pendang, satu majlis penerangan berhubung isu-isu terkini Negeri Kedah telah diadakan . Majlis diadakan oleh Urusetia Penerangan Negeri dengan Kerjasama Pejabat Daerah Pendang.

Mutakhir ini 3 isu utama yang sedang dimainkan oleh akhbar dan TV adalah berhubung dengan PAKR Mergong khususnya, Isu air dan pembangunan negeri Kedah termasuk pelabur dan hasil mahsul negeri.

Isu yang paling hangat dan panas dan menjadi topik perbahasan panas adalah PAKR Mergong sehingga ada yang menghantar memorendum kepada Menteri Besar untuk menangguhkan pembayaran kutipan bayaran rumah kos rendah tersebut oleh pihak bank saperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.


Pokok bicaranya adalah keengganan tuan rumah yang membeli rumah kos rendah tersebut semasa BN memerintah lagi dan sehingga kini tunggakan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah mencecah 27 juta. Duit untuk membina rumah-rumah tersebut adalah hasil pinjaman daripada kerajaan pusat.Apa yang menjadi kemushkilan rakyat Kedah kini adalah mereka yang tinggal atau membeli rumah tersebut sepatutnya adalah terdiri daripada golongan yang kurang berupaya dan amat memerlukan rumah. Tetapi oleh kerana ada kabel yang kuat dengan pemerintah pada masa itu, maka jadilah mereka ini pembeli rumah yang degil membayar hutang, tak tahulah samada memang betul-betul tak mampu atau sengaja tak mahu bayar maklumlah kalau tak bayar pun kabel sudah kuat dan lekat kukuh sampai tak upaya nak ditumbangkan.


Alkisah jika ditinjau keadaan sebenar mereka ini, maka akan kedapatanlah rumah yang disewa kepada pelajar Insaniah dengan kadar sewa kepala, yakni satu rumah boleh mencapai 400 hingga lima ratus sewa padahal mereka hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri hanya seratus sebulan. Bahkan kalau perhati elok-elok disepanjang jalan Sultanah Sambungan, kita nampak ada kedai tayar, ada kedai jual handphone, saloon, gerai makan dan beranika jenis perniagaan yang sepatutnya menjadi rumah tempat tinggal tetapi kerana kabel kuat maka dah berkulat duduk disitu tidak ada siapa yang nak ambil tindakan pun, maklumlah Dato’ yang jadi wakil rakyat situ dan ramai orang dia disitu. Lantaklah peraturan dan undang-undang. Tapi bila negeri dipegang oleh orang yang nak laksanakan amanah, bermakna hutang wajib dibayar, maka mengelupurlah mereka ini, kabel besar sudah tiada dan gunakanlah mereka yang tak menjadi penghuni disitu pun untuk tambah nilai buat demo konon tak mampu nak bayar, suruh guna cara lain bukan cara bank.

Hairan bin ajaib, selama ini adakah cara bank yang digunakan sehingga tunggakan mencecah 27 juta tuh. Tapi bila MB kata nak serah pada bank kutip hutang, berduyun pula mereka yang datang pejabat boleh pula bayar hutang tertunggak tuh pula.

Sayang seribu kali sayang, agaknya kalaulah BN masih lagi pegang tampuk negeri Kedah, rasanya sampai kiamat kut geng yang ada kabel besar ni tak mampu bayar walaupun mereka duduk ditempat lain, dek kerana terlalu banyak rumah dah yang ada.

MB juga ada sebut, yang memenag tak mampu sungguh boleh datang dan bincang dan JKM boleh tolong bagi bantuan atau kalau yang janda ke, ibu tunggal ka, boleh tolong cari pasangan kut supaya tak jadi tunggal lagi . Tapi kalau guna orang lain yang tak ada kena mengenai dengan rumah disitu, tak akan menyesesaikan masalah pun .

Sampai sekarang ni, dalam simpanan bahagian perumahan Kedah, ada 23 ribu pemohon yang mendaftar untuk mendapatkan rumah kos rendah, jadi kalau yang duduk PAKR Mergong ni rasa mereka tak nak bayar tetapi mampu, haruslah mengosngkan rumah mereka agar orang lain yang lebih layak dapat juga peluang untuk duduk didalam rumah. Kalau 27 juta ini dapat dikutip semula, maka rasanya Insyaallah kerajaan pusat pun dapat beri pinjaman lagi dan dapat buat rumah lagi untuk rakyat yang lain pula.

Bila isu ini bermula, memang kita merasakan akan ada bantahan terutama daripada kepala kabel yang menghulurkan kabel pad permulaan hari tu, memang pun diketahui siapa yang mengetuai demo tersebut kalau bukan ketua parti kabel tu lah, kalau dulu kata kerja monyet, sekarang ni mereka sudah hendak menjadi saperti yang Ketua Pemuda Parti kabel tu kata dululah.


Memang mereka sengaja tak mau bayar nampaknya, bukan tak ada duit. Daripada bancian yang dibuat, ada yang tak bayar sejak mula duduk lagi, dah main puluh tahun, memang hasrat dari awal lagi dah nak duduk tapi tak mau bayar. Peduli apa perjanjian, kata depa, perjanjian minyak di Terengganu dan Kelantan dalam isu royalti minyak pun kerajaan pusat boleh abai, inikan pula kami dengan kerajaan negeri yang lalu (BN), memang bapa borek, anak rintik. Maka akan terus berdemolah mereka. Kalau hampa bayar bukan banyak pun hanya 100 ringgit sebulan , dah boleh dapat hak milik dah pun. Kalau dapat hak milik, bolehlah dapat geran, kalau dapat geran bolehlah buat pinjaman bank nak berniaga ke, nak beli harta lain ke dan macam macam laghi boleh buat.

Tahniahlah Parti kabel kerana dapat ahli yang macam ni, orang buat pinjaman cepat-cepat bayar agar dapat hak milik, tapi depa nak tunggu sampai dapat cucu suruh cucu yang bayar. Inilah yang disebut dalam hadis, amalan orang yang berhutang tidak akan naik , terawang-awang dilangit, sehinggalah ia selesai membayar hutang tersebut.

Lepas ni kita bicara pasai ‘ayaq’ pulak. Pasai yang dok sebok ayaq ni adalah Menteri yang mai dari negeri yang paling moden dan maju dalam Malaysia ni, depa suruh jaga Kedah. Punyalah teruk dia kata Kedah ni, mundurlah, air susah la, tak ada pembangunan la sejak 2 tahun PR perintah Kedah ni, cuba banding tengok dengan negeri di diseberang sana ni sat.?

MP Pendang...

Wednesday, March 3, 2010

Kasih Allah pada mereka yang bertaubat

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadanya seratus kali setiap hari.” [Muslim]

Dalam sebuah Hadith yang diketengahkan oleh Bukhari dan Muslim secara sepakat disebutkan bahawa: dahulu di kalangan orang-orang yang sebelum kalian -yakni kaum Bani Israil- ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai seorang abid untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Abid itu dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh abid itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya.

Lelaki itu bertanya : “Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?”

Ulama itu bertanya balik : “Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?

Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapatnya pemuda-pemuda soleh. Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Dia belum pernah solat, belum pernah puasa, belum pernah bersedekah, belum pernah membayar zakat, dan belum pernah mengerjakan kebaikan sama sekali, tetapi dia kembali kepada Allah dengan bertaubat, menyesal, berharap, dan takut kepada-Nya.

Maka datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab untuk mengambil dan menerima nyawanya dari malaikat maut yang mencabutnya. Mereka berlaku perselisihan ke mana hala tuju lelaki ini. Malaikat rahmat berkata: “Sesungguhnya dia datang untuk bertaubat dan menghadap kepada Allah menuju kepada kehidupan yang taat, kembali kepada Allah, dan dilahirkan kembali melalui taubatnya itu. Oleh kerana itu, dia adalah bahagian kami.”

Malaikat azab berkata: “Sesungguhnya dia belum pernah melakukan suatu kebaikan pun. Dia tidak pernah sujud, tidak pernah solat, tidak pernah zakat, dan tidak pernah bersedekah, maka dengan alasan apakah dia berhak mendapatkan rahmat? Bahkan dia termasuk bahagian kami.”

Allah pun mengirimkan malaikat lain dari langit untuk melerai persengketaan mereka. Selanjutnya, malaikat yang baru diutus itu pun datang kepada mereka yang telah menjadi dua golongan yang bertengkar.

Malaikat yang baru berkata kepada mereka: ”Tahanlah oleh kalian. Sesungguhnya penyelesaian menurutku ialah hendaklah kalian sama-sama mengukur jarak antara lelaki ini dan tanah yang ia tinggalkan, iaitu kampung yang jahat, dan jarak antara dia dan kampung yang ditujunya, iaitu kampung yang baik.”

Ketika mereka sedang sama-sama mengukur, Allah memerintahkan bumi untuk berubah, menyebabkan jarak lelaki itu kepada kampung jahat semakin jauh dan jarak kepada kampung yang baik menjadi lebih dekat. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

(KISAH LELAKI INI DISEBUTKAN DALAM SHAHIH BUKHARI NO. 3395, SHAHIH MUSLIM NO. 6957, DAN AHMAD NO.10924.)

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran