KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, April 30, 2009

Wednesday, April 29, 2009

KAWAN


Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang... ... .
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit... ..
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir... ..
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana... .
Kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata... ... ..
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan... .
Kata adik,
KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde... ... .
Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT
LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN
& MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan... tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku..

Jom Pi Kelantan & Terengganu





Assalamulaikum semua,

Baru-baru ini aku bawak budak-budak kelab b&k aku buat lawatan ke Kelantan dan Terengganu, syok la depa sebab bayarannya murah ja.RM 50. Kami pi pasar payang, taman tamadun islam dan pantai batu burok. Pas tu kami pi kelantan lak, tido kt PCB, mlm kami makan kt wakaf che yeh. Budak-budak dapat lah pengalaman baru kt sana, budaya dan makanan ala pantai timur, boleh la kita tengok kt sana ramai org perempuan berniaga kt payang dan pasar ct khadijah. Tmn tamadun islam kena bayar rm 10. dapat vaucer rm 3 makan kt kafe di situ. Tapi ada gak bebudak aku tk masuk sbb mahal depa kata. Kenai tk budak-budak ni, ada dok kt batu menunggol, choras, tmn sekitar pendang.....ja? Tengok le gambar kot-kot kena sedara hangpa.

Ok aku chow dulu.

Layan ja Lagu Jiwang lama2

mana tau kot2 mengimbau nostalgia hangpa tahun 1987/88

Tuesday, April 28, 2009

Senarai Prof-Prof Penentang PPSMI, Anda Bagaimana?

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11- 5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038


Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan) . KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan) . KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan) . KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan) . K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan) . KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan) . KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan) . KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032


Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan) . KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi) . KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan) . KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor) . KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan) . KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan) . KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan) . KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Maklumat lanjut rujuk website:
http://www.kesturi.net/archives/715
Prof. Shaharir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

Thursday, April 23, 2009

Mai Imbau sikit pengajaran dari Perang Uhud

Lupakah kita kepada tiga faktor, yang menyebabkan berubahnya kemenangan menjadi kekalahan kaum Muslim dalam peperangan Uhud?
(a) Pelanggaran terhadap perintah Nabi SAW oleh pasukan pemanah.
(b) Berita kematian Nabi SAW. Ini melemahkan semangat banyak orang-orang beriman.
(c) Perselisihan paham di medan perang tentang perintah Nabi SAW.

Seharusnya kita sekarang perlu lebih dewasa dalam bertindak agar ianya tidak memudaratkan semua. Belajarlah daripada sejarah untuk kita sama-sama mencipta sejarah baru yang lebih bermakna lagi mengembirakan untuk semua dan bukannya penderitaan dan malu yang berpanjangan juga untuk semua. Kita sendiri yang bina kenapa kita sendiri pulak yang mahu membinasakannya.

AWAT LA DEPA KURANG AJAQ SAMPAI LAGU NIE?






Bacalah... best tau nieee


KAWAN

Kawan tu bkn mcm main
FUTSAL. Mula-mula kejar … dah dapat sepak..

Kawan tu bkn mcm main
SKATE. Mula-mula gosok … lepas tu pijak...

Kawan tu bkn mcm main
RAGBI. Mula-mula tangkap … dah dapat
tendang..

Kawan tu bknnya mcm
PAMPERS … dah pakai, buang …

Kawan tu bknnya mcm
BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah
sengkek gadai.

Kawan tu bkn mcm
PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru
muncul..

Kawan tu bkn mcm
KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

Kawan tu bkn mcm
CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

Kawan tu bkn mcm
BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.



Lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya
hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan
sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk
dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan
sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya … :)

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?



PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Wednesday, April 22, 2009

Anot Black dalam Kenangan


Salam,
Dalam dok merayau2 dalam google tak sat aku terjumpa link fotopage Arwah Anuar bin Mahadzir @ Anot Black. Jom kita kongsi tengok kat
SINI
Creative jugak arwah nie dalam seni foto.. banyak foto2 menarik tersimpan di dlm page nie.

BERSAMA LAH KITA DOAKAN MOGA ALLAH TEMPATKAN ROH ALLAHYARHAM DI KALANGAN ORANG_ ORANG BERTAQWA

PENTING ...Tolong sebarkan. Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian.

NIE aku postkan email lama kiriman Allahyarham Anuar Black. Moga2 pahalanya berterusan dengan kita mmbantu menyebarkan info ini.




Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang
penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiki lah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible.


Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..............

Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)

Friday, April 17, 2009

Doktor temui pokok dalam paru-paru

jangan telan biji buah ..


POKOK setinggi lima sentimeter ditemui dalam paru-paru Sidorkin.




Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru
Sidorkin.






IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu
supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam
perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini
terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi
lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang
berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di
sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati
terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray
tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat
benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan
disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,"
kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki
paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Thursday, April 16, 2009

NAZAR

Soalan : salam, bolehkan bernazar untuk tujuan menghalang daripada melakukan dosa berterusan, contoh : aku bernazar puasa sehari jika aku terus beli nombor ekor lagi. t.kasih.
Jawapan :
Wajib saudara menjauhi maksiat walaupun tanpa mengikatnya dengan nazar. Dekatkan diri dengan Allah, tunaikan ibadah fardhu dengan sempurna, banyakkan amalan sunat dan pada masa yang sama semaikan dalam hati perasaan takut kepada Allah, Insya Allah akan mudah saudara menjauhi maksiat.
Nazar tidak akan mengubah apa-apa jika tanpa semangat diri yang kuat untuk berubah. Nazar saudara itu dinamakan dalam Fiqh sebagai nazar lijaj iaitu nazar kerana marah. Ia hampir menyerupai sumpah, iaitu seolah-olah saudara bersumpah akan berpuasa satu hari jika saudara beli nombor ekor lagi. Kerana itu, menurut ulamak jika syarat dalam nazar lijaj itu dilanggari, si yang bernazar hendaklah memilih antara mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah. Oleh itu, dalam kes saudara jika saudara melanggar syarat dalam nazar saudara itu (yakni membeli nombor ekor), saudara hendaklah memilih antara berpuasa sehari atau membayar kaffarah (denda) sumpah.
Wallahu a'lam.

Wednesday, April 15, 2009

Tuesday, April 14, 2009

Doa Nabi Nuh mohon ampun

Firman Allah yang maksud-Nya: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku daripada orang-orang yang rugi. (Hud: 47)

Keterangan ayat

Setelah mendapati anaknya bertegas untuk mencari tempat perlindungan daripada banjir besar itu, maka Nabi Nuh memohon belas kasihan Allah agar merahmati anaknya.

Baginda mengatakan dalam ayat sebelumnya iaitu ayat 45 yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku.

Menurut Abu Sheikh, Allah SWT menafikannya dan menolak doa Nabi Nuh. Allah mengatakan dia termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang rugi kerana tidak menuruti Nabi Nuh dalam dakwahnya.

Nabi Nuh memohon keselamatannya selepas banjir reda kerana adatnya mungkin ada yang selamat dalam banjir dengan rahmat Allah.

Terdapat setengah riwayat menunjukkan bahawa anak Nabi Nuh itu sebenarnya adalah seorang munafik iaitu berpura-pura Islam di hadapan bapanya.

Lantaran itu, Nabi Nuh memohon keselamatannya sehingga Allah SWT mewahyukan tentang hakikat kekufurannya itu. (Tafsir Ruhil Ma’ani, tafsir ayat 47 surah Hud).

Menurut Fudhail Iyadh, Nabi Nuh menangisi kesilapannya yang memohon perkara yang tidak diketahui rahsia ketetapan Allah di sebaliknya itu selama 40 tahun.

Al-Imam Ahmad pula menyatakan, baginda menangis selama 300 tahun sehingga menjadi kesan laluan air mata di mukanya seperti laluan anak air. (Tafsir Ruhil Ma’ani, tafsir ayat 47 surah Hud).

Khasiat dan kaifiat beramal

Marilah kita jadikan pengajaran daripada kisah ini untuk meminta keampunan Allah atas permintaan kita kepada-Nya dalam banyak perkara yang kita tidak mengetahui rahsia di sebaliknya.

Jadikanlah doa ini amalan harian sebagai satu usaha bertaubat kepada Allah SWT.

-Petikan daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik



"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." (Riwayat Ahmad)

Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya. Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram.

Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.

Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

Monday, April 13, 2009

Mufti sokong kaji semula Islam Hadhari


KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, sokongan harus diberikan kepada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Juanda, ia bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya tidak hanya diperakui dari segi teori semata-mata.

“Pendekatan melalui segi teori sahaja tidak cujup dalam memperkasakan umat Islam, malah ia perlu diterapkan dengan konsep praktikal di dalam menghayati ajaran Islam.

“Penerapan Islam dari segi praktikal adalah penting dalam memenuhi arus perubahan masyarakat bukan hanya bergantung kepada program-program stereotaip yang dianjurkan yang tidak dijamin keberkesanannya,” kata beliau lagi.

Menurutnya, banyak program kini yang dianjurkan tidak sampai ke peringkat akar umbi dan kajian semula mengenai konsep ini mampu menambah baik dalam usaha dakwah ini.

“Dalam usaha seperti ini (penerapan Islam) ia tidak perlu dicop oleh apa-apa jenama sebaliknya hanya berasakan al-Quran dan al-Sunnah,” kata beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kajian semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari adalah antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) Guru-Guru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (KAFA) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, kelmarin.

Saturday, April 11, 2009

Komuniti talian Muslim

Rangkaian sosial Muslim mempunyai agenda gaya hidup tersendiri dengan menyasarkan kumpulan masyarakat konservatif.


PILIHAN bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi adalah lebih logik berbanding bahasa Arab atau bahasa serantau yang lain dalam laman Muxlim.


Shabana Ahmadzai, 19, dan Sara Bahmanpour, 20, suka melepak di rangkaian sosial Muxlim yang sama hebat dengan Facebook. Wajah-wajah mereka diserikan lagi dengan solekan dan imej animasi apabila melayari laman tersebut yang sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Diasaskan pada tahun 2006 oleh seorang warga Mesir, laman sesawang berbahasa Inggeris itu adalah sebilangan kecil daripada komuniti dalam talian yang mengkhusus kepada masyarakat Muslim dalam membangunkan sebuah komuniti yang maju di pasaran global. Laman-laman lain yang mendukung konsep yang sama adalah Mecca.com dan Islamicaweb.com

Ahmadzai yang tinggal di Finland tetapi berasal dari Afghanistan telah menjadi ahli Muxlim sejak dua tahun lalu. Dia mendapati, laman tersebut lebih mudah dilayari berbanding Facebook untuk mencari rakan dan menyertai pelbagai kumpulan seangkatan.

"Kami berkongsi ideologi yang sama walaupun dengan bukan Muslim atau Ateis. Keinginan untuk mengetahui tentang Islam dan cara hidup orang Muslim telah mencetuskan idea untuk mewujudkan laman sesawang ini," jelasnya.

Rangkaian sosial Muxlim adalah kecil. "Di Britain sahaja, hanya kira-kira 22,000 pelawat direkodkan singgah ke laman tersebut sejak Januari lalu berbanding dengan 22 juta orang di Facebook," menurut pangkalan data ComScore.

ComScore tidak mengumpul data bagi Mecca.com dan Islamicaweb.com. Bagaimanapun, Mecca.com berkata, mereka mempunyai 55,000 orang pengguna manakala Islamicaweb.com mempunyai 9,748 orang. Laman-laman itu juga mengandungi klip video, imej, blog dan laman sembang.

Seorang rakan Ahmadzai, Bahmanpour baru sahaja menyertai Muxlim. Menurutnya, laman itu telah memberinya 52 orang kawan dan kebanyakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Dia berasa selesa dapat beramah mesra dengan mereka yang berpandangan konservatif sehinggalah liberal.


Mohamed El-Fatatry

Dalam gambar profil, Bahmanpour memuat turun sekeping imej bertudung yang diambil oleh seorang jurugambar profesional. Dalam salah satu gambar tersebut, Bahmanpour memakai solekan dengan meniru bintang kegemarannya. "Gambar ini menimbulkan sedikit masalah kerana ramai yang berkata saya terlalu memberi tumpuan pada gambar. Semua ini menunjukkan betapa berbezanya kami."

Sebagai ahli Muxlim, gadis-gadis ini terdedah kepada hampir 150,000 orang pengguna Internet untuk bersembang, berkongsi kandungan maklumat dan membuang undi dalam talian terhadap sesuatu isu berbangkit. Mereka juga boleh mereka karakter peribadi seperti Avatar.

"Mereka yang berpegang kepada ajaran Muslim yang konservatif dan mengikuti peraturan yang ketat tidak menghadapi sebarang masalah apabila berkomunikasi melalui rangkaian dalam talian," ujar seorang wartawan dan penulis blog berbangsa Amerika-Pakistan, Ali Eteraz.

Eteraz berkata, dia menyaksikan kunjungan ramai pengguna pada awal pelancaran sesebuah laman tetapi menurun secara signifikan kerana bajet pemasaran. Muxlim yang diperkenalkan oleh Mohamed El-Fatatry, 24, menjelaskan, jumlah pengunjung telah bertambah kepada 1.5 juta orang daripada 100,000 orang sejak 18 bulan yang lalu.

"Jumlah itu hanya dua peratus daripada populasi Muslim yang melayari laman sesawang," ujar El-Fatatry yang berasal dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan kini berada di Finland untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 2004. Katanya, laman tersebut yang menjana pendapatan melalui sektor pengiklanan dan menjual kandungan yang boleh dimuat turun, dijangka akan memberi keuntungan kepada penghujung pada tahun depan dan beliau juga menyasarkan bilangan pengunjung yang berlipat ganda kepada 10 juta orang sebulan.

Strategi beliau adalah menembusi pasaran minoriti Muslim di sesebuah negara. Contohnya, sebanyak 60 peratus daripada pengguna Muxlim tinggal di Amerika Utara dan Eropah. Tiga peratus lagi adalah mereka yang bukan beragama Islam dan sebahagian besar daripada pengikutnya ialah kaum wanita.

Setahun selepas bermula, Muxlim menerima pelaburan sebanyak RM7.13 juta (AS$2 juta) daripada sebuah firma kapital Rite Internet Ventures. "Mereka mempunyai trafik pengunjung yang memuaskan dan dihargai oleh pengguna. Oleh itu, kami ramalkan kumpulan ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan rugi jika dibiarkan sebegitu," ujar Chrisoffer Hagglund, Ketua Pegawai Eksekutif kepada firma Sweden itu.

Hari ini, Muxlim mencari sumber pelaburan baru dan El-Fatatry bercadang untuk melebarkan sayap rangkaian itu dengan jenama yang mampu menembusi pasaran Muslim. Dia mengungkap semula sebuah laporan pada tahun 2007 daripada sebuah agensi pengiklanan JWT yang menjangkakan bahawa pendapatan tahunan komuniti Muslim di AS adalah berjumlah kira-kira RM606 bilion (AS$170 bilion).

Muxlim terawal bermula dengan panggilan nama MuslimSpace yang kemudiannya ditukar oleh El-Fatatry dengan rujukan Linux yang menggunakan sistem pengoperasian komputer terbuka. Sebuah akhbar di Finland membuat perbandingan kerjanya dengan pencipta Linux iaitu Linux Torvalds, seorang warga Finland.

"Ketika itu, anda banyak menemui laman yang menyediakan perkhidmatan keagamaan dan agensi mencari jodoh termasuk laman yang menganalisis tentang politik. Tiada satu pun daripada laman itu yang saya mahu. Saya mahukan sebuah laman di mana saya mampu berkongsi maklumat tentang fesyen, muzik dan filem," lapor akhbar itu.


MOHAMED EL-FATATRY (kiri) bermain ping pong dengan seorang pekerjanya di pejabatnya di Helsinki, Finland.

Muxlim juga tidak mempunyai polisi penyuntingan yang ketat tetapi membuat pemantauan teliti agar ucapan yang digunakan tidak terlalu kasar, menyoal sensitiviti kaum, imej seksi atau seksual. "Di mana lagi anda boleh mencari sebuah pasaran khusus?" soal beliau.

Eteraz juga memberitahu rangkaian sosial berbahasa Inggeris yang menarik minat masyarakat Muslim di barat terutamanya mereka yang tinggal di AS, Kanada dan Kesatuan Eropah. Ada juga kumpulan kecil dari negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim.

"Bagi sebuah laman web yang menggunakan prinsip Islam untuk memasarkan diri, pilihan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi adalah lebih logik berbanding bahasa Arab atau bahasa serantau yang lain," ujar El-Fatatry lagi.

Ahmadzai dan Bahmanpour berkata, mereka menyertai Muxlim kerana mengikut kawan-kawan lain. Ahmadzai yang mempunyai animasi Jepun pada profilnya mendapati, sesetengah orang yang diajak berbincang menganggap dirinya terlalu terbuka. Misalnya, dia pernah berbual mengenai hak seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga tidak semestinya ditiduri oleh suami selagi dia belum bersedia. "Saya percaya perbincangan sebegini penting untuk kita kekal berkomunikasi dalam talian. Tanpanya, kita tidak dapat belajar." - Reuters

Tuesday, April 7, 2009

awat sepi ja ni

assalamulaikum semua,
awat sepi ja nie, hgpa semua kena ribut kat bukit gantang dan bukit selambau ka. blog kita dah lama tak renew ni. apa-apa pun 9.00 malam ni kita akan tau sapa menang kt 2-2 bukit tu. minggu lepas (sabtu) aku ada la pi ronda-ronda kt kawasan bukit selambau, rasa macam tak meriah ja. tak macam pilihanraya kecil kawasan pendang dulu, lagi meriah. sapa ada pi bukit gantang cita la sikit...
gua chow dulu......

Thursday, April 2, 2009

Menyangkal Hujah PENDAKWAH MELAYU KRISTIAN

Benjamin Stephen dikatakan berasal dari Johor dan telah murtad dari Islam. Dia telah menyampaikan ceramah yang menghina Islam dan Muhammad s.a.w., semua dakwaanya adalah palsu dan tanpa dalil. Sila lihat sendiri...

Wednesday, April 1, 2009

cuba cari cikgu kita dulu



di sini ada la beberapa orang cikgu kita dulu,
carilah sendiri

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran