KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, February 29, 2008

Tuesday, February 26, 2008

NIE BARU BETOI-BETOI KEMPEN

SALAM,



BACA DAN TELITI LEK LOK BUAT SEMUA PENGUNDI PARLIMEN PENDANG, DUN TOKAI DAN DUN SUNGAI TIANG.





DENGAN AKAL WARAS DAN BIJAK INGATLAH NAMA-NAMA BERIKUT:-

1) DR MOHD HAYATI

2) TAULAN RASUL

3) SOBRI AWANG

MAAAKAASIHHHHHH...

Monday, February 25, 2008

INI BUKAN KEMPEN PRU12.

Cerita luar negara yang menarik minat aku. Betapa pimpinan AK bersabar dan penuh berhikmah juga BERSTRATEGI bagi memenangi hati dan minda rakyat turki sehingga akhirnya menguasai parlimen dan mampu membuat perubahan yang telah dinanti2kan oleh seluruh ummat Islam dan para pencinta kebebasan serta hak asasi manusia.


isteri Kamal Atartuk asalnya menutup aurat, tapi dibuang apabila Kamal menggila dengan dasar sekularnya. Kamal telah disiksa Allah semasa di penghujung hayatnya tetapi rakyat Turki yang telah dirasuk sekular tidak mengambil iktibar .HINGGA KINI MAYAT KAMAL ATARTUK MASIH TIDAK DITERIMA BUMI. TERPAKSA DITINDAN DENGAN KEPINGAN2 KONKRIT.

SYUKUR ALHAMDULILLAH AKHIRNYA SAUDARA2 KITA DITURKI MENDAPAT KEBEBASAN UNTUK MENGAMALKAN SURUHAN / AJARAN ISLAM DALAM ASPEK MENUTUP AURAT TERUTAMA KAUM MUSLIMAH.

Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen

ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik
pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak
pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran
daripada golongan berfahaman sekular.

Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411
menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara
majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi
kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda
perdamaian,' ' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli
Parlimen selepas pengundian dijalankan.

Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka
dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan
berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman
pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak
asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga
wanitanya menutup kepala mereka.

- Agensi Photobucket

Friday, February 22, 2008

Keadilan Khalifah Abdul Aziz

Aku mengimpikan pemimpin seperti ini.



--------------------------------------------------------------------------------

Khalifah Umar Abdul Aziz, adalah seorang pemimpin yang adil dan bijaksana. Beliau sangat jujur. Kekuasaan di tangannya bererti kemakmuran untuk rakyatnya, dan bukan untuk diri atau keluarganya. Beliau sangat berhati-hati menggunakan wang negara, agar tidak jatuh kepada bukan haknya. Rakyatnya hidup dalam suasana kerukunan yang aman, tanpa kebimbangan untuk menyampaikan keluhan atau kesulitan hidup terhadap tindakan pegawai pemerintah yang bertindak tanpa mempertimbangkan baik buruk kepada rakyat dan negara.
Beliau tidak ingin melihat rakyat melakukan perbuatan yang tidak baik. Beliau tidak takut untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan termasuk orang-orang yang rapat dengannya.
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di dalam pejabatnya sedang
memeriksa buku keluar masuk wang negara dan juga Baitulmal. Tiba-tiba khalifah terdengar ketukan.

Bilik itu diterangi dengan lampu minyak, yang cukup terang untuk membaca. Khalifah bertanya tanpa membuka pintu, "Siapa di luar?" "Saya ayah," terdengar suara seorang pemuda, puteranya sendiri.

"Ada urusan apa?" Tanya khalifah. "Saya disuruh oleh ibu untuk berbicara dengan ayah tentang beberapa perkara," jawab puteranya. "Masalah apa?" tanya Khalifah. "Buka pintu dulu ayah. Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak. "Terangkan dulu, masalah apa? soal keluarga, soal kemasyarakatan atau soal negara?" Tanya khalifah, tetap tidak dibuka pintu untuk anaknya masuk.

"Tentu saja urusan keluarga kita, Ayah." jawab anaknya hairan. "Kalau begitu, tunggu sebentar," sahut khalifah Umar daripada dalam. Lantas ia bangun, menghampiri satu-satunnya lampu di biliknya dan ditiup hingga padam. Barulah pintu itu dibuka dan disuruh anaknya masuk. Puteranya itu semakin hairan. Masakan mereka hendak bercakap di dalam gelap?Apakah ayahnya terlalu kuat bekerja sehingga tindakannya menjadi ganjil, di luar kebiasaan orang awam?

Lalu anaknya bertanya kepada khalifah," Ayah, di bilik ini, hanya ada satu lampu. Mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang di tengah kegelapan?" "Benar, kita akan berbicara di dalam gelap, kita akan berbicara di dalam bilik ini," jawab khalifah tanpa ragu-ragu. "Mengapa, ayah?" tanya anaknya kerana inginkan kepastian. "Adakah kau tahu, bilik apakah ini?" tanya khalifah semula kepada anaknya. "Pejabat, ayah?" jawabnya. "Siapa ayahmu?" khalifah menyoal anaknya lagi.

"Pemimpin negara, Khalifah, Amirul Mukminin," jawab anaknya semakin bertambah kehairanan. Bahkan semakin curiga, jangan-jangan ayahnya telah mabuk kuasa. "Itulah dia jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin, maka kita harus bercakap tanpa lampu di bilik ini," ujar khalifah kepada anaknya. "Mengapa?" soal anaknya lagi. Khalifah lantas memberikan penjelasan. "Yang akan kita bincangkan adalah diatas urusan keluarga, sedangkan minyak lampu itu dibeli dengan wang negara. Wang rakyat. Aku tidak mahu kerana urusan keluarga, akan merugikan harta kepunyaan rakyat dan negara. Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaaan adalah amanat yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak?"

Wednesday, February 20, 2008

Masih hidup hingga kini walaupun hanya tinggal separuh badan kerana dilanggar lori

Inilah yang dikatakan kuasa tuhan (Allah). Selagi belum ajal, seorang lelaki Peng Shulin dari China masih lagi dapat hidup walaupun sebahagian badannya telah tiada buat selamanya. Semangat yang cekal dan kuat, menjadi kekuatan kepada beliau untuk menerima hakikat dan meneruskan hidup dalam keadaan begini.

Bagaimanakah kita yang masih ada kaki dan separuh badan lagi…apakah kita tidak bersyukur dengan apa yang ada..dan masih meminta-minta pada manusia dan bukannya pada Tuhan (Allah)?


Miracle man walks again

He survived against all the odds; now Peng Shulin has astounded doctors by learning to walk again.

When his body was cut in two by a lorry in 1995, it was little short of a medical miracle that he lived.

It took a team of more than 20 doctors to save his life.

Skin was grafted from his head to seal his torso – but the legless Mr Peng was left only 78cm (2ft 6in) tall.

Bedridden for years, doctors in China had little hope that he would ever be able to live anything like a normal life agan.


But recently, he began exercising his arms, building up the strength to carry out everyday chores such as washing his face and brushing his teeth. Doctors at the China Rehabilitation Research Centre in Beijing found out about Mr Peng’s plight late last year and devised a plan to get him up walking again. They came up with an ingenious way to allow him to walk on his own, creating a sophisticated egg cup-like casing to hold his body with two bionic legs attached to it. He has been taking his first steps around the centre with the aid of his specially adapted legs and a resized walking frame. Mr Peng, who has to learn how to walk again, is said to be delighted with the device.

What a Selfconfidence !!!! Great

Monday, February 18, 2008

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

oleh zulkiply http://www.zulkiplyharun.com/

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

  • Baca lagi di sini
  • Wednesday, February 13, 2008

    Aku dan Kucing dalam SPM




    heheheh....nie gambar aku dan Nikholai My Charming Boy (Norwegian Forest Cat) masa kat TV1, Selamat Pagi Malaysia.

    Pengawas SMP 1989

    erm...ada sapa-sapa dalam gambar nie??. Disebelah kiri aku, Zainuddin...member baik...tah kemana menghilang...moga-moga di terjumpa blog nie.




    Warkah tidak beralamat...


    Buat kau yang tetap dihati…




    Aku terjaga dari tidur…jam menunjukkan pukul 3:00am. Aduhh tubuhku terasa sengal..jelas demamku masih belum pulih..tiba-tiba aku menjadi rindu padamu..

    Hampir 20 tahun kenangan itu berlalu..namun ingatanku terhadapmu masih jelas dibenakku. .


    Zie, masih kau ingat pada diriku? Insan yang selalu memberi senyuman mesra padamu…insan yang selalu memuja dirimu..

    1989..3S1 setiap hari kakiku melangkah masuk kekelas, pandangan pertamaku semestinya padamu..dan tiap kali aku melihat kau tertawa bersama rakan-rakanmu ia pasti memberikan semangat padaku untuk terus mengejar masa hadapan yang pasti.

    Entah apa cerita dirimu sekarang..mungkin kau sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang semanis wajahmu..wajah yang tidak pernah lekang dari kamar hatiku.


    Aku ingin sekali mendengar ceritamu..sekurang-kurangnya sebelum aku menutup mataku buat selamanya..tiap kali aku menghampiri penciptaku..tiap kali itulah namamu tidak pernah lekang dari doaku..Setiap kali keretaku melalui Guar Chempedak…aku berdoa moga2 akan kelihatan kelibatmu dikedaerahan itu.

    Zie,

    Bagiku cinta yang abadi tidak semestinya berakhir digerbang perkahwinan..tetapi, cinta yang abadi menuntut kita mengingatinya sampai nafas yang terakhir.

    Aku tidak kisah jika kau sudah berkeluarga..bukan niatku merutuh masjid orang..bukan jua mengungkit kenangan silam..sekadar ingin melihat senyumanmu dan bicaramu buat kali terakhir..

    Semoga disuatu ketika…warkah yang tidak beralamat ini akan sampai jua kepadamu..dan jika ditakdirkan aku pergi dahulu…kirimkanlah doa untukku..dan percayalah..aku akan tetap menyayangimu…

    Yang baik akan kalahkan kejahatan

    Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

    FIRMAN Allah s.w.t., Dan apabila mereka (yang beriman) itu keluar menentang jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kepada kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”.

    Mereka (tentera Thalut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud yang turut serta dalam tentera Thalut membunuh Jalut dan sesudah itu Allah memberikan kepadanya kuasa pemerintahan dan hikmah serta diajarkannya apa yang dikehendakinya.

    Dan kalaulah Allah tidak menolong setengah manusia dengan setengahnya yang lain nescaya rosak binasalah bumi, akan tetapi Allah sentiasa melimpahkan kurnia- Nya kepada sekelian alam. Itu adalah ayat-ayat dari Allah, kami bacakan kepadamu dengan hak (benar) dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus. (al-Baqarah: 250-252)

    AS-SYA’RAWI berkata: “Inilah gambaran keimanan tribulasinya bagi siapa yang hendak berhadapan dengan musuh. Berdoa seraya berkata: “Hai Tuhan kami” dan tidak berkata: “Ya Allah!” Tetapi berkata: “Hai Tuhan kami” kerana sifat rab yang menjaga tarbiah dan kurniaan. Sedangkan tuntutan kalimah bagi Allah adalah perhambaan dan taklif”.

    Firman Allah, Dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

    Sayyid Qutub berkata: “Ungkapan ini menggambarkan kedudukan mereka yang jelas iaitu keimanan menentang kekafiran dan kebenaran menentang kebatilan. Ia merupakan doa kepada Allah agar membantu para hamba kesayangannya yang mukmin untuk mengalahkan musuh mereka yang kafir.

    “Tidak ada apa-apa keraguan di dalam hati nurani mereka dan tidak ada apa-apa kekeliruan dalam kefahaman dan pandangan mereka, tidak ada apa-apa keraguan terhadap keikhlasan tujuan perjuangan mereka dan terhadap kejelasan jalan yang diambil mereka. Hasil perjuangan itu ialah hasil perjuangan yang diduga dan diyakini oleh mereka”.

    Firman Allah: Mereka (tentera Thalut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah.

    Sayyid Qutub berkata: “Hakikat kemenangan ini telah ditekankan dengan ungkapan ‘dengan keizinan Allah’ supaya diketahui oleh orang-orang yang beriman atau supaya menambahkan pengetahuan mereka dengan kenyataan ini, juga supaya jelaslah satu kefahaman yang sempurna terhadap hakikat yang berlaku di alam buana ini dan terhadap hakikat kekuatan yang menjalankan alam buana ini.

    “Kepada mukmin ini merupakan seolah-olah tabir kudrat, di mana Allah melakukan terhadap mereka apa yang dikehendaki olehnya dan Allah melaksanakan dengan perantaraan mereka apa yang dipilih olehnya dengan keizinan-Nya. Mereka tidak mempunyai apa-apa saham di dalam urusan itu dan tidak pula mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, tetapi Allah memilih mereka untuk melaksanakan kehendak masyi’ah-Nya agar berlakulah dari mereka sesuatu yang dikehendaki-Nya dengan keizinan-Nya.

    “Inilah hakikat yang seharusnya membuat hati setiap mukmin dipenuhi kedamaian, ketenangan dan keyakinan bahawa dia adalah hamba kesayangan Allah. Di samping itu ia yakin pula terhadap keluhuran matlamat, kebersihan jalan perjuangan, kerana dalam semua tindak-tanduknya ini ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri sendiri, malah dia hanya melaksanakan kehendak Allah.

    “Semuanya ini memerlukan kepada niat yang baik dan keazaman yang kukuh untuk terus taat dan bertawajjuh kepada Allah dengan penuh keikhlasan”.

    Al-Sonhaji berkata: “Untuk mengekalkan perjalanan sunnah Allah, supaya al-a’min tidak binasa sehingga sampai kepada saat kebinasaannya, Allah mentadbirkan setengah manusia menentang setengah yang lainnya yang mukmin dan taat mengalahkan yang kafir dan derhaka.

    “Yang baik dan berbudi mengalahkan yang jahat dan pembuat kerosakan. Jika mereka dibiarkan, nescaya akan bermaharajalela, dan dengan demikian binasalah bumi ini. Tetapi dengan kurniaan Allah, seluruh alam dapat mengecap nikmat-Nya”.

    Firman Allah, Dan Nabi Daud yang turut serta dalam tentera Thalut membunuh Jalut dan sesudah itu Allah memberikan kepadanya kuasa pemerintahan dan hikmah serta diajarkannya apa yang dikehendakinya. Dan kalaulah Allah tidak menolong setengah manusia dengan setengahnya yang lain nescaya rosak binasalah bumi, akan tetapi Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada sekelian alam.

    Hamka berkata: “Kemenangan Bani Israel kembali setelah beberapa tahun lamanya telah diperintah oleh orang Palestin. Demikian adalah suatu yang lumrah dalam pergaulan hidup. Kehidupan di dunia ini adalah ibarat sebuah pertarungan si kuat dengan si lemah. Sekiranya si lemah tidak dapat bertahan, dia akan dikalahkan oleh si kuat.

    Ayat ini menegaskan hal itu dengan jelas dan benar. Apa yang dinamakan sekarang sebagai ‘perjuangan untuk hidup’ atau struggle for life sudah ada sejak zaman purba dan diakui adanya oleh al-Quran. Ayat ini dan beberapa ayat yang lain telah menjelaskannya”.

    Firman Allah: Itu adalah ayat-ayat dari Allah, kami bacakan kepadamu dengan hak (benar) dan Sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus.

    Ibnu Kathir berkata: “Ayat-ayat Allah ini yang kami kisahkan terhadapmu daripada perkara yang kami sebutkannya dengan sebenar. Kebetulan dengan apa yang ada ditangan ahli kitab seperti mana yang diketahui oleh ulama Bani Israel. Dan sesungguhnya kamu hai Muhammad adalah benar-benar di kalangan Rasul yang diutuskan”.

    Sayyid Qutub berkata: “Maksudnya itulah ayat-ayat yang amat tinggi darjatnya dan amat jauh maksudnya yang kami ‘bacakannya kepadamu’. Yakni Allah s.w.t.sendiri yang membacanya. Itulah kenyataan yang amat besar apabila manusia memikirkan hakikatnya yang amat dalam dan hebat”.

    Al-Sonhaji berkata: “Allah berfirman yang bermaksud: Itu adalah ayat-ayat dari Allah, kami bacakan kepadamu dengan hak (benar). Yakni: Semua kisah tersebut, adalah sebenar-benar kisah yang mesti diyakini, tidak sekali-kali boleh diragukan, kerana tercatat di dalam kitab-kitab mereka (yahudi)”.

    Dan Allah melanjutkan firmannya yang bermaksud, Dan Sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus.

    Yakni: dalam keadaan engkau (Muhammad s.a.w) buta huruf, tidak tahu membaca kitab-kitab mereka. Dapat pula engkau ceritakan kepada mereka tentang kisah orang zaman dahulu. Ini menunjukkan apa yang engkau ceritakan itu adalah wahyu daripada Allah dan engkau menjadi pesuruh-Nya.

    Iktibar Ayat:

    * Allah boleh mengurniakan kemenangan kepada siapa yang dikehendaki.

    * Hikmah dan kerajaan merupakan milik Allah yang boleh dikurniakan kepada yang dikehendaki.

    * Kita beriman bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang daripada rasul-rasul yang diutuskan.

    Tuesday, February 12, 2008

    TABARRUJ

    Soalan; Apa yang termasuk dalam pengertian tabarruj?

    Jawapan;

    Hukum tabarruj adalah haram. Wanita yang bertabarruj adalah berdosa kerana ia melanggar arahan Allah di dalam al-Quran iaitu firmanNya;

    وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
    “…dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

    Adapun makna tabbaruj; dari sudut bahasa ia bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. (al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi, hlm. 238). Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. (Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33)

    nak tahu lagi
  • klik disini
  • Tuesday, February 5, 2008

    Manusia ,malaikat,syaitan ...

    (sekadar gambaq hiasan/ tidak kena mengena dgn yg hidup atau baru nak idup)

    Manusia - Eh, dah subuh dah?
    Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
    solat subuh...
    Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
    kejap lagi ye..

    Manusia - Nak makan, laparlah
    Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
    Bismillah...
    Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
    Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
    menutup aurat..
    Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style
    langsung!

    Manusia - Alamak, dah lewat!
    Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti
    terlewat untuk ke kuliah
    Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat
    lagi... baru pukul 8.30am...

    Manusia - Azan sudah kedengaran...
    Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
    menunaikan kewajipan
    Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

    Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini,
    berdosa...
    Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
    pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
    Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak
    tengok..

    Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
    Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
    Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
    orang. .

    Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini
    kepada orang lain
    Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
    menasihatilah sesama kamu..
    Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat
    apa sesusah.

    Manusia - aku telah berdosa..
    Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,
    tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,
    sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
    Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
    bertaubat (kalau sempat)..

    Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
    Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
    melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
    berpalinglah dari jalan itu ..
    Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang
    tahu...

    Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
    RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
    untukmu.
    Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
    kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
    akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

    Monday, February 4, 2008

    AKU -CUTI & JET SKI

    Hari Jumaat lepas, hari wilayah. Anak 2 & bini aku cuti. Aku pon terpaksa la ambik cuti tahun pasai aku kerja di selangoq bukan cuti umum.
    Alang- alang cuti bekembaq nie memba aku ajak Pi Teluk Kemang Port Dickson. 3 hari 2 malam kat sana . PD koi pelan kotoq. Tak ramai orang mandi - manda serupa dulu. Why? Y? mungkin bulan nie org tak minat nak melancong lagi kot.

    Hari sabtu petang tu , sedang asyik aku membuta kat tepi pantai.. Tetiba ja bunyi dentuman yang kuat berserta jeritan riuh rendah. macam drama tamil la.. Sebuah Jet Ski personal yang khabarnya dipandu laju oleh seorang anak Dato Melayu telah terbabas dan terlepas. Jet ski tadi meluru laju melanggaq sekumpulan family geng- geng India yang sedang mandi kat tepi pantai tu. seorang budak lelaki terus pengsan dirempuh manakala seorang remaja perempuan india terkoyak kulit dagu & pipi muka sebelah kiri. Dasyat beb,.. Ngorrii 4 cik nengok nya.Jet ski yang meluncur laju tadi hanya berenti selepas terlanggaq tembok batu tepi pantai.Berdentum kuat. Alhamdulillah la.. Tangki Petrol Jetski tu tak bocoq kalu tak,,, mungkin jadi Benazir Bhotto aku kat situ..

    Mak bermula lah episod HINDRAF disitu bila mana ahli2 keluarga India nie terus hambat anak dato tadi yang masih terpinga2 kat tengah laut. Mujuq memba anak dato nie mai cover cepat. ambik dia naik Jet ski lain. kalu tidak!!! mau jadi ketam cicah la anak dato tu.

    Moral Off the Story " HARAMKAN PERMAINAN JET SKi DI KAWASAN ORANG RAMAI MANDI-MANDA " Mainla kat Tengah2 Laut nu..
    (berita betoi hang pa baca kat sini) http://www.nst.com.my/Monday/National/2149554/Article/index_html
    & http://www.bharian.com.my/Monday/BeritaUtama/20080204002318/Article/index_html


    Nie lah gambaq terbaru family aku yang baru ambik kemarin masa nak balik mai Kl

    Friday, February 1, 2008

    Tambah sikit lagi....

    1 ghe-ngau.... ......... ....menangis
    2 se-qheyat... ......... .....reda/ surut
    3 hambat...... ......... ..kejar
    4 pe-qhembang. ......... .......bidik (aim)
    5 contiang.... ......... ....lukis
    6 ligan....... ......... .kejar
    7 cemuih...... ......... ..bosan/jemu
    8 tokak....... ......... .gigit
    9 gey-ghek.... ......... ....basikal 1
    10 gon......... ........cerun (bukit kecil)
    11 belemoih.... ......... ....comot/ kotor
    12 tetomoih.... ......... ....tersungkor
    13 ku-tey...... ......... ..cubit
    14 tak dan......... ........tak sempat
    15 hebiaq...... ......... ..celupar
    16 maneh melecaih.... ......... ....tersangat manis1
    7 Lincun/lencun. ......... .......basah
    18 lokoih...... ......... ..kuyup
    19 kawaq....... ......... .pencuri
    20 kanyaq...... ......... ..mentah (berhingus)
    21 ketegaq..... ......... ...degil
    22 he-ghot petot....... ......... .senget benget
    23 me-ghela.... ......... ....gatal
    24 log laq......... ........cemekap/ cuai
    25 hawin....... ......... .pusing
    26 punggai..... ......... ...baling/ lempar
    27 tengalong... ......... .....tuju/ baling
    28 me-ghe-kah.. ......... ......Kupas/ koyak
    29 ayaq achaq....... ......... .air longkang
    30 ha-ghin..... ......... ...hancing
    31 kelepiaq.... ......... ....melibas
    32 kelolo...... ......... .."tak berapa betoi"
    33 hemoi....... ......... ."muka tak malu"
    34 me-ghe-nyeh. ......... .......menggatal
    35 da-oh....... ......... .tak "matching"
    36 hapak pera'e...... ......... ..bau hapak
    37 hijau me-ghe-ngak. ......... .......telalu "hijau"
    38 celuih...... ......... ..muat
    39 me-ghelit me-ghelap... ......... .....berkilau- kilau
    40 me-ghe-yup.. ......... ......jauh/ sayup
    41 ghem-pang... ......... ....."tergedik- gedik"
    42 kampoi...... ......... ..kumpul/ kaut
    43 je-ghang.... ......... ....rebus
    44 capoi....... ......... .celupar
    45 te-ghe-bey.. ......... ......lastik
    46 melo-ghoih.. ......... ......lucut/ gelongsor
    47 me-gho-not.. ......... ......membongkok
    48 sene-gheh... ......... .....selisih
    49 be-gha-chaq. ......... .......comot/ kotor
    50 kahaq....... ......... .nakal
    51 pedo........ ......... hati-hati
    52 peysoh...... ......... ..urus
    53 hapuih...... ......... ..tenggelam (lemas)
    54 ghan-dok.... ......... ....redah
    55 se-ghoh..... ......... ...kebah/ kurus
    56 ghen-jong... ......... .....tinggi lampai
    57 pe-gho-ngoih. ......... .......panas baran
    58 takek....... ......... .ketuk/potong
    59 be-ghemba... ......... .....bersaing/ lumba
    60 ghe-tiaq.... ......... ....ikhtiar/ fikir
    61 ge-ghet..... ......... ...gigit
    62 tahaq....... ......... .tahan
    63 gha-gaih.... ......... ....panjat
    64 melewaq..... ......... ...merayau
    65 melahaq..... ......... ...kebulur
    66 gha-bat..... ......... ...naik/panjat
    67 ghim-bok.... ......... ....belasah
    68 melilau..... ......... ...jalan- jalan
    69 cuak........ ......... seram
    70 juih........ ......... mulut muncung
    71 luku........ ......... ketuk kepala
    72 ghodong..... ......... ...melulu
    73 ghedah...... ......... ..redah
    74 ayaq seghabat.... ......... ....air sirap
    75 peqhasat.... ......... ....sangat dengki
    76 mandom...... ......... ..lembap
    77 ceghoi/ca-roi. ......... .......sangat cair
    78 tepok....... ......... .lumpuh
    79 gha-bit..... ......... ...terkoyak
    80 kok-ko...... ......... ..dukung
    81 mai......... ........mari
    82 terple'ot... ......... .....terseliuh
    83 gomoi....... ......... .bergaduh/ bergusti
    84 ketit....... ......... .cubit
    85 ga-ghet..... ......... ...gatal/ mengada-ada
    86 nala........ ......... tersangat
    87 mang-kark... ......... .....buah tak masak
    88 bergenuak... ......... .....berduyun- duyun
    89 pediah...... ......... ..makan 90 polok....... ......... .makan penuh-penuh
    91 tey-liang... ......... .....senget
    92 ghe-lin..... ......... ...jeling
    93 peng-kaq.... ......... ....kaki tempang
    94 me-qhe-nyut. ......... .......serabut
    95 kesot....... ......... .alih
    96 lanyau...... ......... ..bersihkan
    97 cempong..... ......... ...angkat/ dukung
    98 cepung...... ......... ..kepung
    99 conek....... ......... .ekor
    100 depa........ ......... mereka
    101 gha-let..... ......... ...leka/cuai
    102 cey-mey..... ......... ...mata bengkak
    103 bakup....... ......... .mata layu
    104 katok....... ......... .ketuk/pukul
    105 buah ce-ghe-mai.. ......... ......buah kat kedah!
    106 buah ghe-yang-dot. ......... .......buah kat kampung2 kedah!
    107 ikan ka-ghen..... ......... ...ikan laga
    108 bijik ghe-mia..... ......... ...warna keunguan
    109 ikan temenung.... ......... ....ikan kembong
    110 sendai...... ......... ..ketatkan/ kemaskan
    111 ketuat...... ......... ..kutil
    112 mengacom.... ......... ....mengadu
    113 mengkelan... ......... .....tersangkut makanan
    114 kueh dangai...... ......... ..kueh dari kelapa parut
    115 kueh ka-qhaih.... ......... ....kueh macam "bihun"
    116 mot......... ........bawak/ muat
    117 en-jos...... ......... ..exzos
    118 pedai ayam........ ......... kunci mangga/padlock
    119 pre-wen..... ......... ...sprocket/ freewheel
    120 pe-daq...... ......... ..rasa macam "colgate"
    121 to-qheh..... ......... ...turis/ calar
    122 tunggin buyung...... ......... .."somersault"
    123 ponen....... ......... .pondan/lembut
    124 Kesot....... ......... .Injak
    125 Ghamaih..... ......... ...Ramas
    126 Pulun....... ......... .Bersungguh- sunguh
    127 Kedeqhat.... ......... ....Kudrat
    128 Biaq........ ......... Biar
    129 Rabat....... ......... .Panjat
    130 Ragaih...... ......... ..Panjat
    131 Ghamei...... ......... ..Suka/gembira
    132 Terebey..... ......... ...Lastik
    133 Cewi........ ......... Belagak dgn barang baru beli
    134 Belengaih... ......... .....Kotor
    135 Contiang.... ......... ....Lukis
    136 Mengkala.... ......... ....Kalau
    137 Katik....... ......... .Kecik
    138 Celapak..... ......... ...Terpa
    139 Se-gheyau... ......... .....Takut- takut
    140 Mengketedarah. ......... .......Makan
    141 Melahaq..... ......... ...Makan
    142 Hampa....... ......... .Mereka
    143 Depa........ ......... Mereka
    144 Merenyam.... ......... ....Gatal (playgirl) 1
    45 Tak dan......... ........Tak sempat
    146 Nyeh........ ......... Buang hingus
    147 Ghe-nyeh.... ......... ....Senyum nampak gigi
    148 Singkiaq.... ......... ....Singkir
    149 Keleboq..... ......... ...Paya
    150 Pulun....... ......... .Sungguh- sungguh
    151 Lagu mana........ ......... Macam mana
    152 Pokai....... ......... .Duit dah abis
    153 Terejai..... ......... ...Cakap secara kasar
    154 Hawaq....... ......... .Penyamun
    155 Ghe-nyeh.... ......... ....Senyum terlebih
    156 Kuih........ ......... Buang
    157 Kelepiaq.... ......... ....Tangan bergerak ke sana sini
    158 Lau......... ........Reban ayam
    159 Toslet...... ......... ..Lampu suluh
    160 Pelekoh..... ......... ...Pukul
    161 Luku........ ......... Pukul dengan guna tangan (kat kepala)
    162 Be-ghetoh... ......... .....Berlaga
    163 Merengit.... ......... ....Hitam
    164 Kahaq....... ......... .Kasar
    165 Cekeding.... ......... ....Kurus
    166 Lit-lit..... ......... ...Panas
    167 Tere........ ......... Pandai
    168 Hampa....... ......... .Mereka
    169 Ligan....... ......... .Kejar
    170 Gelema...... ......... ..Kahak
    171 Herot petot....... ......... .Bengkang bengkok
    172 Je gheluih..... ......... ...Timbus
    173 Melahaq..... ......... ...Makan
    174 Pengkaq..... ......... ...Jalan tak betul
    176 Puruih...... ......... ..Lidi
    177 Tembun...... ......... ..Gemuk
    178 Cemuih...... ......... ..Bosan
    179 Cenge....... ......... .Garang
    180 Peronguih... ......... .....Ganas
    181 Juruih...... ......... ..Sirim air
    182 Pelaq....... ......... .Kurang ajaq
    183 Kurang ajaq........ ......... Pelaq
    184 Hemoi....... ......... .Tak kisah
    185 Lokoih...... ......... ..Basah
    186 koi-koi..... ......... ...Pelan- pelan
    187 Baloq liat........ ......... Malas
    188 Terpe gheluih..... ......... ...Jatuh
    189 Terpelohong. ......... .......Terbukak
    190 Tak kelapaq..... ......... ...Tak ingin
    191 Tergelinciaq. ......... .......Tergelinc ir
    192 Koroi....... ......... .Kuruih
    193 Koro........ ......... Sorang-sorang
    194 Kelepiaq.... ......... ....Tangan bergerak kesana sini
    195 Gabuih...... ......... ..Cuci
    196 Gabuih...... ......... ..Gabus
    197 Hinggut..... ......... ...Goyang
    198 Terpeleot... ......... .....Tergeliat
    199 Ghenjong.... ......... ....Panjang
    200 Ghalit...... ......... ..Lalai
    201 Pelat....... ......... .Loghat
    202 Hang........ ......... Kau
    203 Tawaq hebiaq...... ......... ..Tawar
    204 Maneh melecaih.... ......... ....Manis
    205 Ro joh......... ........Tikam
    206 Piau........ ......... Original
    207 Chayaq...... ......... ..Cair
    208 Orait....... ......... .All right
    209 Gostan...... ......... ..Undur
    210 Go head........ ......... Ke hadapan

    ~ Radio KEDAH FM ~

    Listen to Quran