KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, October 29, 2009

Panduan Kawal Kemarahan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bukannya orang yang gagah itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang gagah ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah.”

(Muttafaq ‘alaih)

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  • (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
  • (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  • (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  • (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

marah marah marah

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita .

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati anda.

Wednesday, October 28, 2009

Mai Layan Kuliah Ust Shamsuri Tajuk - AURAT



petikan dari blog :


Teknik Nak Bagi Clear Line Internate Anda..

Assalamualaikum,


relas Sat Noo.. Bukan apa tension jugak dok melayan Internate nie bukan apa line berokband nie dah la macam sial campoq pulak dengan aku punya seterimix pon macam sial...sat boleh konet sat putus sat boleh entah laa nak kata apa pon tak tau...

tapi memba aku cadangkan satu antena nak bagi kat aku katanya boleh tarik line bagi clear sikit... lalu dengan x'cited aku pon mintak la kat dia menatang tuu... dan aku rasa hangpa pon boleh buat sendiri kat rumah tanpa perlu habis duit banyak sebab barang2 tu senang didapati...

ini dia kalau hangpa nak tengok menatang tuu....


nak marah pon tak gamak nak gelak pon ada.. dunia dunia....

Wednesday, October 21, 2009

Peperiksaan hakiki yang dilupakan

Kehidupan kita sebagai hamba Allah sebenarnya menghadapi ‘peperiksaan’ setiap hari tanpa kita sedari. Kegagalan atau mendapat markah yang rendah dalam ‘peperiksaan’ di dunia ini masih boleh diperbaiki pada masa-masa yang akan datang.

Pada hakikatnya, kegagalan yang seperti ini tidak memberi kesan yang besar pada diri seseorang insan. Mungkin hanya akan menjejaskan ‘sedikit’ peluang pekerjaan. Hanya sedikit.. kerana masih ramai yang boleh berjaya tanpa kecemerlangan akademik.

Akan tetapi, ‘peperiksaan yang hakiki’ yang sedang dan akan terus dilalui oleh setiap hamba Allah pada setiap hari adalah satu peperiksaan yang akan menentukan kedudukannya di akhirat kelak. Sama ada mendapat kebahagiaan yang abadi atau ditimpa kecelakaan yang hakiki. Jika kita gagal dalam ‘peperiksaan’ ini, tiada lagi peluang untuk memperbaiki diri setelah kita kembali menghadap Allah ‘Azza wa Jalla.

Bahkan Allah S.W.T telah menjadikan mati dan hidup kita ini juga sebagai ‘peperiksaan’ untuk melihat siapakah yang paling baik amalannya. Firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)

Menurut para ulama tafsir, amalan yang paling baik yang dituntut dalam ayat-ayat al-Quran adalah suatu amalan yang paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syariat. Kita juga dituntut untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

'Peperiksaan' yang menguji umat manusia, siapakah yang bersyukur (beriman) dan siapakah yang kufur dari kebenaran. ‘Peperiksaan’ ini sudah disediakan saat kita mula dijadikan oleh Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (Al-Insan: 2-3)

Dunia ini juga dijadikan ‘peperiksaan’ dengan perhiasan di atas muka bumi untuk menguji umat manusia. Firman Allah Ta’ala (bermaksud) : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (al-Kahfi: 7)

Allah Ta’ala menjadikan bumi ini tempat tinggal makhluk-makhlukNya sebagai tempat berusaha dan beramal, agar nyata di kalangan mereka siapakah yang taat dan patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Adakah kita telah ditipu dan diperdayakan oleh kesenangan dunia yang sedikit atau terus hanyut dibawa arus material yang deras? Allah Ta’ala menguji kita dalam ‘peperiksaan’ ini, agar menjadi nyata siapakah dari kalangan hamba-hambaNya yang paling baik amalannya.

Bagi orang-orang yang diberi nikmat dan kesenangan dunia, sama ada ilmu yang luas, harta yang melimpah ruah atau kekuasaan yang menyebabkan dia berasa besar diri, renungilah kata-kata Nabi Sulaiman a.s yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatNya),” (al-Naml: 40)

Betapa ramai orang yang berasa hebat dengan sedikit ilmu yang dimiliki lalu memperlekeh orang lain? Ilmu pengetahuan juga adalah ujian dari Allah untuk melihat adakah kita bersyukur dan tawadduk atau ingkar lalu menjadi bongkak dan ‘ujub pada diri sendiri. Begitulah juga dengan harta, kekuasaan dan sebagainya.

Kesemuanya adalah ‘peperiksaan’ yang kita lalui setiap hari.
Bagi para pemimpin yang memerintah, di sana juga terdapat ujian, adakah kita menjalankan amanah dengan mengikut syariat Allah atau sebaliknya.

Firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am: 165)

Dalam ‘peperiksaan’ ini, kita digesa agar berlumba-lumba mengejar kebaikan. Firman Allah Ta’ala: “..tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. “ (al-Maidah: 48)

'Peperiksaan' ini akan berterusan sehinggalah datangnya saat kematian, ini bagi menamatkan tempoh cubaan dan ujian yang dihadapinya semasa hidup. Firman Allah S.W.T (bermaksud): “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’: 35)

Firman Allah lagi (bermaksud): “Di tempat itu (padang Mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya dahulu dan mereka dikembalikan kepada Allah Pelindung mereka yang sebenarnya dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.” (Yunus: 30)

Inilah ujian dan peperiksaan yang hakiki yang sering dilupakan oleh insan. Berapakah markah yang bakal kita perolehi kelak? Yang pastinya, kita tidak lagi memerlukan segolong ijazah untuk mendapatkan pekerjaan di sana.. di alam akhirat.



Sumber: permaya

Thursday, October 15, 2009

Gambaq Reunion lagiii









maaf gambaq nie aku baru dapat untuk di upload. Sesapa yang simpan gambaq reunion kita lagii, sila emailkan kat moderator. Terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

he He he Anda Di kesan berada di Bagan Pinang...


PEJUANG SEJATI NIE
SAH TOLAK TAK TERBALIK....he he he..!!

Friday, October 9, 2009

Baby Baru Mak Cik Fizah


Ain Sarah Ilhana : 2 bulan

Thursday, October 8, 2009

Orang Kampung Perlu Bantuan Nie...

Note : Det nie orang kampong hang nie.... cuba tengok sat tang mana boleh kita tolong....

Pesakit ketumbuhan otak mohon kerusi roda

KAMPUNG CHAROK KUDONG - Seorang pesakit tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan akibat mengalami ketumbuhan otak yang serius memohon mana-mana pihak agar dapat membantunya menyumbang kerusi roda.

Che Mustafa Selimi, 56, yang mempunyai empat anak berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan disebabkan sakit pertumbuhan di bahagian otak yang dialaminya hampir tiga tahun.

Dia yang merupakan bekas pemandu bas tradisional hanya mengharapkan pendapatan daripada dua anaknya yang hanya bekerja sebagai tukang jahit.

“Dua anak masih lagi bersekolah dan juga mengharap perbelanjaan daripada kakaknya kerana saya tidak dapat lagi menanggung keluarga.

“Akibat penyakit yang dialami ini, saya sudah tiga kali menjalani pembedahan di hospital Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, walaupun sudah tiga kali menjalani pembedahan tetapi ketumbuhan di bahagian otak masih lagi ada menyebabkan dia perlu selalu mendapatkan rawatan doktor.

Che Mustafa berkata, disebabkan penyakit itu dia tidak dapat berjalan seperti biasa dan kadang-kadang bergantung kepada tongkat.

“Walaupun menggunakan tongkat tetapi saya tidak boleh berdiri lama seperti dahulu kerana saya tidak dapat mengimbangi badan disebabkan pembedahan itu.

“Pembedahan ini memberi kesan pada mata saya menyebabkan penglihatan saya kadang-kadang menjadi kabur,” katanya

Sementara itu, isterinya, Faridah Ismail, 48 berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan bagi menyara keluarga kerana terpaksa menjaga suaminya.

“Suami amat memerlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pengurusan saya dan tidak perlu lagi memapah suami untuk ke mana-mana.

“Kerusi roda sangat diperlukan kerana sering membawa suami ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Dia berkata, dia selalu membawa suami membuat rawatan iaitu seminggu sekali dan kos perjalanan setiap kali mendapatkan rawatan sebanyak RM150.

Dia mengharapkan mana-mana pihak agar dapat menyumbangkan sebarang bantuan kepadanya bagi meringankan beban.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran