KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, December 25, 2008

" aku bukan musuh harta "



LAGU POPULAR di RTM Tahun 2008 sehingga kena GAM....

Waspada sambut tahun baru

IKLAN

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.

Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.

Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.

Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120)

Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran mahupun sunah yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.

Setiap sambutan yang dikhususkan pada hari tertentu dan sambutannya berulang-ulang setiap tahun serta diagung-agungkan oleh orang-orang bukan Islam maka ia termasuk dalam kategori hari-hari perayaan yang terlarang bagi umat Islam menyambutnya. Apatah lagi umat Islam mempunyai hari-hari perayaan tersendiri yang diredai oleh Allah SWT dan ia membatalkan seluruh hari-hari perayaan lain yang tidak disyariatkan.

Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) pada masa jahiliah, maka Baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." (riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Sunannya no: 959)

Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak r.a bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah SAW untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka? Mereka menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313)

Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah.

Tentu sekali menyambut hari-hari besar musuh-musuh Allah seperti pesta sambutan tahun baru bersama mereka di seluruh dunia memiliki implikasi yang lebih berat di sisi syarak.

Umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya tersebut maka di akhirat kelak mereka akan tergolong bersama-sama dengan kaum yang memusuhi Allah tersebut. "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512)

Tambahan pula Allah SWT telah menjadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya memiliki hubungan yang akrab di antara satu sama lain. Maka keterlibatan orang-orang Islam dalam upacara-upacara golongan yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan mereka telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang zalim tersebut sebagaimana ditegaskan dalam surah al-An'am ayat 129.

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah SWT melalui firman-Nya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujaadalah: 22)

Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah SWT telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir ayat 75.

Berdasarkan paparan yang telah dikemukakan di atas, maka tidak boleh hukumnya seorang Muslim untuk menganjurkan, menghadirkan diri, mempromosikan ataupun membantu mengadakan perayaan-perayaan hari-hari besar yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru. Ini kerana ia termasuk perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Maaidah ayat 2.

Pun begitu, tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya setiap kali munculnya tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Oleh itu, apabila tibanya tahun baru maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah.

Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.

Monday, December 22, 2008

ISU IPD Pendang Yg Terbengkalai

Petikan Perbahasan YB Dr Hayati di Parlimen

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamulaikum warahmatullah, selamat pagi
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, ada sedikit tambahan IPD Kuala Muda
di Sungai Petani.
4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
bilakah projek Balai Polis Pendang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan
IPD Kuala Muda Sungai Petani akan diteruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada
syarikat terbabit.
■1030
Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Pendang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, projek cadangan Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah tidak dilaksanakan secara cross subsidy bersama balai polis
Yan dan IPD Sungai Petani seperti Yang Berhormat tanyakan tadi. Sebenarnya projek ini asalnya
termasuk dalam pakej projek penswastaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan Kedah yang telah
dimeterai perjanjian dengan kerajaan pada Julai 2001.
Tempoh perjanjian penswastaan ialah mulai 11 Julai 2001 selama tiga tahun. Kos membina
ketiga-tiga IPD ini berjumlah RM109 juta. Cara pembayarannya dengan pemberian tanah ataupun
lands award milik kerajaan yang digunakan oleh PDRM di Sungai Petani kepada kontraktor. Harga
tanah tersebut adalah senilai dengan kos projek.
Walau bagaimanapun, dalam kontrak ini pihak kontraktor hanya dapat menyiapkan projek
IPD Kuala Muda sahaja. Kos pembinaan ialah RM53.7 juta. Sijil layak menduduki dikeluarkan pada 2
DR. 11.12.2008
8
September 2004. Kerajaan telah membayar kos projek ini dalam bentuk memberikan sebahagian
tanah yang dijanjikan dalam kontrak yang bersamaan dengan nilai RM53.7 juta.
Projek IPD Pendang telah dimulakan oleh kontraktor pada 15 Mac 2005 tetapi telah
terbengkalai ketika kemajuan kerja yang dicapai hanya sekitar 28%. Atas persetujuan kedua pihak
kontraktor dan kerajaan, kontraktor bersetuju menarik diri dari melaksanakan projek yang seterusnya
perjanjian telah ditamatkan pada 17 September. Status projek tersebut pada masa ini adalah kita
akan laksanakan projek ini melalui private finance initiative dengan izin di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan dan ianya akan dilaksanakan pada 2009. Status projek-projek tersebut adalah
di dalam proses penyediaan dokumen peringkat tender oleh pihak JKR selaku agensi pelaksana.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya projek ini telah dimulakan semasa Pilihan Raya Kecil
Pendang 2002. Kerajaan telah memberikan tanah kepada syarikat ini di Sungai Petani iaitu bekas
kem polis hutan di Sungai Petani dan mereka telah pun berjaya membuat rumah kedai, rumah
penginapan dan telah berjaya menjual dan mendapat keuntungan RM400 juta tetapi dua balai polis di
Yan dan juga di Pendang masih terbengkalai. Di Yan belum dibuat dan di Pendang macam Yang
Berhormat Menteri kata 28%. Hari Khamis lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab 27%.
Tak apalah. Dekat-dekat 27 dengan 28. Masalah yang dihadapi adalah kawasan tersebut telah pun
ditumbuhi oleh pokok-pokok menjadi hutan dan membiak banyak binatang buas. Saya tak tahu
syarikat yang mendapat projek ini kalau tak silap saya Nagasari telah pun diberhentikan dan
menghantar surat surrender tidak mahu lagi meneruskan.
Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang membengkalaikan
projek yang telah diberikan. Mereka sudah dapat tanah, sudah buat bangunan dan untung beratus
juta tetapi ditinggalkan dua buah balai polis ini. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap
syarikat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, 27 dengan 28 samalah kira. Betul Yang
Berhormat cakap tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek ini telah ditamatkan. Bila
ditamatkan pihak kementerian melihat dari segi nilai kepada projek yang siap. Sebab itu satu sahaja
tanah yang diberikan satu lot di Sungai Petani yang telah diberikan kepada kontraktor yang
bersamaan dengan nilai kontrak yang sudah siap. Yang lagi dua itu tidak diberikan kepada kontraktor
dan akan dilakukan melalui projek PFI sebagaimana yang saya katakan tadi.

Kelmarin Menteri pi Sg Petani dan dia kata memang syarikat tu akan kena tindakan, pada sesi lepas lagi ana dah beberapa kali bangkitkan isu itu dan dah berapa syarikat yang dah surrenda nak buat IPD tu, tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka .
Pemaju gagal siap 2 IPD boleh dikenakan tindakan
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pemaju yang gagal menyiapkan ibu pejabat polis (IPD) daerah Pendang dan Yan yang tertangguh sejak lebih 10 tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kegagalan syarikat pemaju itu melaksanakan kedua-dua projek berkenaan yang pada asalnya hanya bernilai RM55.7 juta menyebabkan kerajaan terpaksa merancang semula pembinaan kedua-dua IPD itu dengan kosnya meningkat kepada RM90 juta.

“KDN sedang meneliti semula terma perjanjian projek itu dan sekiranya ada fakta kukuh, kita akan mulakan tindakan saman.

"Pada masa depan kita kena buat perjanjian lebih ketat supaya kejadian seperti ini tidak berulang kerana kita sekarang kena belanja RM90 juta untuk menyiapkan dua IPD itu," katanya selepas mendengar taklimat projek pembangunan polis Kedah di pejabat polis trafik Kuala Muda di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Mashuri Zainal dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Syed Hamid bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat pemaju diberikan kontrak membina projek itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.
Pembinaan IPD Pendang dan Yan serta Kuala Muda diumumkan pada 1997 menerusi konsep penswastaan, dengan kerajaan menukarkan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bandar ini sebagai kos pembinaan tiga IPD itu kepada sebuah syarikat pemaju.

Bagaimanapun, hanya IPD Kuala Muda disiapkan pada 2003 manakala dua lagi tidak disiapkan dengan IPD Pendang hanya siap setakat 28 peratus, manakala pembinaan IPD Yan belum dimulakan.

Ketiga-tiga projek berkenaan sepatutnya mampu menyediakan 700 unit kuarters untuk anggota polis.

Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengambil balik tanah seluas 5.5 hektar yang sepatutnya diberikan kepada pemaju terbabit kerana kegagalan membina IPD Yan dan Pendang.
Bagaimanapun, kawasan seluas 72 hektar di Sungai Petani sudah menjadi milik syarikat berkenaan sebagai kos membina IPD Kuala Muda.

Beliau berkata, pembinaan semula kedua-dua IPD terbabit dijangka dimulakan tahun depan menerusi konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

"Kos asal pembinaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan ialah RM109.4 juta dengan IPD Yan berharga RM26.7 juta, manakala Pendang RM29 juta.

"Sekarang kita hendak bina semula (IPD Yan dan Pendang) dan setiap satu berharga RM45 juta,” katanya.

Selain itu, beliau juga kecewa kerana IPD Baling baru sudah 95 peratus siap dan sepatutnya sempurna pada 2005 belum boleh diduduki

Senang-senang syarikat dapat untung tetapi lepas tangan kerajaan tak ambil apa-apa tindakan. Dalam sesi lalu ada dinyatakan syarikat tersebut, bunyi macam Nagasari, tetapi ana kena pastikan dulu sama betul atau tidak.
Walau bagaimanapun, kawasan hutan tapak IPD tu sekarang sudah jadi hutan belantara dihuni oelh ular sawa, biawak dan mungkin naga juga .

sumber : http://mppendang.blogspot.com

Sunday, December 21, 2008

Baik : Berdengkurlah



Buat mereka yang berdengkur, anda mungkin akan menemukan lebih banyak ketenangan jika mengetahui anda membakar lebih banyak kalori ketika berdengkur berbanding ketika anda berehat tanpa membuat bising.

Kajian yang dijalankan dalam kalangan penghidap simptom gangguan tidur ini menunjukkan ia sebenarnya membakar 373 lebih kalori setiap hari berbanding mereka yang berdengkur sedikit atau tidak berdengkur langsung. Ia mungkin diakibatkan perubahan pada sistem saraf yang mencetus keadaan ini.

Penemuan ini dibukukan dalam jurnal Arkib Otolaringologi: Pembedahan Kepala dan Leher.

Wednesday, December 17, 2008

Melayu masih dihimpit kemiskinan


KEMISKINAN tegar masih berlaku di Malaysia dengan majoritinya orang Melayu. - Gambar hiasan

PROFESOR Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, 86, bukanlah seorang usahawan, diplomat, ahli politik dan seorang menteri, namun hasratnya untuk menjadi seorang intelektual tidak menghalang beliau mendekati masyarakat.

Bergelar cendekiawan kelas pertama, walaupun pernah ditawarkan jawatan penting pada zaman Tun Abdul Razak, jiwa pendidiknya amat kental dan beliau sama sekali enggan berpisah dengan dunia pendidikan.

"Sampai sekarang pun pada usia 86 tahun, saya masih menjadi penasihat dan penyelia kepada penuntut pengajian doktor falsafah (Ph.D) dan masih beri ceramah di universiti serta tempat lain dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, saya masih lagi seorang guru," katanya.

Selain menjadi pendidik, keprihatinan beliau berhubung kemiskinan yang dialami masyarakat Melayu mendorong beliau melakukan beberapa kajian untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah itu.

Sumbangan Prof. Ungku Aziz tidak terhenti di situ malah beliau dilihat melibatkan diri dalam usaha pembangunan ekonomi desa, pendidikan negara dan penubuhan institusi masyarakat.

Pendidikan dekatkan masyarakat

Mengajar dan belajar adalah kunci kejayaan yang dipegang oleh Prof. Ungku Aziz.

Pada awal penglibatannya sewaktu di Singapura pada tahun 1950-an, Prof. Ungku Aziz pernah mengajar ilmu kepenggunaan kepada suri rumah di Singapura. Antaranya mengajar isteri-isteri posmen bagaimana mahu menjadi pembeli yang bijak serta membeli lampu picit dan menggunakan dacing.

"Ketika itu, masih ramai yang beli ikan tetapi tidak tahu menggunakan dacing. Waktu itu, saya dibayar seringgit satu jam dan kadangkala apabila bekalan elektrik terputus, saya mengajar menggunakan lampu picit yang disediakan oleh persatuan orang dewasa," cerita beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Ungku.


BANTUAN dihulurkan kepada penduduk miskin.

Daripada kelas dewasa, Pak Ungku kemudian berangkat ke Jepun memasuki Universiti Waseda. Di sana, beliau perlu menduduki peperiksaan kelayakan yang seratus peratus dalam bahasa Jepun.

"Saya diberi tiga orang guru dan tekanannya cukup hebat. Hinggakan saya rasa saya bermimpi pun dalam bahasa Jepun," tambahnya yang berjaya menguasai bahasa tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Beliau lulus dan menjadi penuntut universiti berkenaan pada usia 18 tahun.

Peperangan menyebabkan kesemua universiti ditutup dan beliau pulang ke tanah air menjadi jurubahasa Jepun sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Raffles dan menjadi anak Melayu pertama memasuki Universiti Malaya (UM) di Singapura dengan lulus kelas pertama.

Pada 1963, beliau kemudian berkhidmat sebagai pensyarah di UM yang dibuka di Kuala Lumpur. Seterusnya menjadi profesor dan dekan fakulti ekonomi sebelum dilantik sebagai Naib Canselor universiti berkenaan dari tahun 1968 hingga 1988.

Kaji kemiskinan

Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu.

"Saya kata tak payahlah, sebabnya, apa yang orang LSE boleh ajar, saya boleh dapatkannya di sini. Maksud saya, kalau saya pilih London, saya tidak akan tahu tentang kemiskinan orang Melayu.

"Kemiskinan orang Melayu hanya boleh dipelajari melalui penyelidikan di sini. Sampai sekarang, saya masih menulis dan memikirkan kenapa orang Melayu tinggal dalam kemiskinan," jelas Pak Ungku.

Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan tersebut. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963, sebelum Kedah dan Perlis.


PENDUDUK miskin sentiasa mendapat bantuan, tetapi sampai bila?

Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan Kelantan.

Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya, mereka hanya makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di negeri-negeri utara.

Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.

Teori Indeks Sarong

Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

"Ada yang perli saya sebagai profesor kain sarung. Tetapi itulah hakikatnya. Bila pergi ke Kelantan dan Terengganu, cuba masuk ke dalam sikit. Tengok kain yang disidai, berapa helai kain sarung? Boleh tanya berapa helai di setiap rumah. Kalau nasib baik tiga hingga empat helai, kalau tidak, mereka basuh dan gilir.

Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa itu membuatkan beliau sedih dan berfikir bagaimana mahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan.

Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk.

Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan mereka.

"Saya buat kajian dan cari lebih ramai pakar mengkaji sebab kesihatan dan pemakanan. Uji darah, tengok ada macam-macam kuman. Menerusi sampel najis murid sekolah rendah, ada cacing. Sampai tiga jenis untuk satu orang. Jadi, bila perut penuh cacing maka pemakanannya terbahagi dua. Menyebabkan badan tak akan sihat dan sel darah kurang merah (anemia)," katanya.

Selain kajian tersebut, Pak Ungku turut menulis rencana-rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu terjerumus dalam kemiskinan.

Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.

"Masalah ini berterusan sejak 30 tahun dulu lagi. Kenapa Melayu yang kena pindah? Sebabnya, bangsa lain duduk di tempat yang lebih baik dan tinggi. Berbalik semula kepada masalah kemiskinan," ulasnya.

Menurut beliau, sungguhpun kerajaan dari semasa ke semasa mengeluarkan statistik penduduk miskin dan menyatakan tidak ada lagi kemiskinan tegar, beliau tidak bersetuju dan berpendapat masih lagi wujud kemiskinan di kampung-kampung.

Pendidikan dan komuniti

Kerana minatnya dalam usaha membasmi kemiskinan, beliau turut memainkan peranannya sebagai orang kuat akademik apabila mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM.

Asal penubuhannya masih lagi berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan hanyalah seramai lima pelajar. Jika bernasib baik, dua atau tiga orang akan berjaya menjadi doktor.

"Melihat keadaan itu, kita wujudkan satu sistem baru pusat asasi sains. Kita pilih orang yang hendak memasuki kursus perubatan, kejuruteraan dan sains dengan mengambil anak-anak orang kampung. Waktu itu, kebanyakan anak orang kota akan dihantar ke London untuk belajar perubatan.

"Tetapi, di fakulti perubatan, gurunya bercakap dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam bahasa Melayu. Bukan soal istilah yang menjadi masalah tetapi soal minda yang berfikir dalam bahasa Melayu. Jadi, kita cari guru yang boleh mengajar perubatan dan bidang berkaitan serta mengeluarkan risalah dalam bahasa Melayu," jelas beliau.

Hasilnya, selepas tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu ini telah boleh menyerap istilah dan berfikir dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa Inggeris. Bermakna mereka boleh berdebat dan berbincang tentang perubatan dengan berfikir di dalam bahasa Melayu. Satu perkembangan yang baik untuk negara.

Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains UM mungkin telah mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir mencecah usia persaraan. - Bernama

Tuesday, December 16, 2008

Walimatul Urus

Assalamualaikum ..

Dengan segala hormatnya aku (Fizah) menjemput semua kawan-kawan ke majlis perkahwinan adik lelaki aku pada 27hb Disember (Sabtu) beralamat dirumah aku di KM 19, Jalan Pendang, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar Kedah.

Semoga dengan kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis kami...

Jemput datang ye...

Bayi Ditemui Masih Menghisap Jari


"Kalau akal sudah tidak dapat menguasai diri...maka akan hilanglah pertimbangan akan HALAL dan HARAM...Betul dan Salah..serta BAIK dan Buruknya sesuatu perkara..seterusnya menjerumuskan manusia ke lembah yang hina lagi menyedihkan untuk memberi peluang kepada makhluk ALLAH yang bernama SYAITAN atau JIN untuk menguasai diri...

Kita masih lagi segar dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjelang AIDILADHA beberapa hari yang lalu...kesannya masih lagi terasa terutama kepada penduduk sekitar ibunegara yang masih lagi trauma dengan peristiwa yang menyentuh hati semua masyarakat MALAYSIA itu...

tapi ada segelintir manusia yang masih tidak berasa takut akan musibah yang boleh dikatakan sebagai petanda akan hampirnya kita kepada kemusnahan bumi ini iaitu Hari Kiamat...seolah-olah akal sudah tidak mampu lagi menafsir mana yang patut dan mana yang tidak boleh dibuat...

Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin.

Semasa ditemui pada pukul 10.15 pagi, bayi lelaki itu masih lagi berlumuran darah dan bertali pusat. Kejamnya manusia, sanggup meninggalkan bayi dalam keadaan menghisap jari dan juga diletakkan dalam mangkuk tandas. Ketika ditemui, bayi itu juga sudah kebiruan dan badannya sudah lemah kerana kesejukan.

Selepas dijumpai, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon untuk rawatan lanjut. Suri rumah itu berkata bahawa bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut. Pada awalnya, anak jirannya itu takut untuk pergi melihat lalu dia menggagahkan diri untuk melihat tempat di mana suara itu datang. Sebaik membuka pintu tandas, dia melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa...NAUZUBILLAH!

Sehingga sekarang,masih ada lagi manusia yang sanggup membuat perkara yang lebih hina dari apa yang dibuat oleh binatang...Binatang lebih sayangkan anak dari manusia menyayangi anaknya jika inilah keadaannya...Apa akan terjadi kepada kehidupan bayi itu seterusnya dan apabila dewasa, cuba kita bayangkan apa perasaannya jika diberitahu yang dirinya ditemui dalam mangkuk tandas oleh seorang surirumah..Pelbagai musibah yang melanda sekarang ini tidak dijadikan panduan oleh kita sehingga ada yang sanggup berbuat perkara yang sedemikian rupa...ALLAH telah memberi pelbagai dugaan kepada manusia agar semuanya insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk menemui keredhaan-Nya...

Tahun Baru 2009 bakal menjelang tiba dan di akhir Disember 2008 ini, sudah ada kes pembuangan bayi untuk kita ratapi...Apa akan berlaku pada malam sambutan Tahun Baru nanti yang rata-rata sedia maklum bahawa pelbagai aktiviti serta konsert melalaikan diberi permit untuk dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI???Sedangkan baru menghampiri tahun baru,sudah ada kes seperti ini...Bukan niat untuk meminta agar ada lagi kes seperti ini pada tahun baru nanti, tetapi pengalaman lampau dalam menghadapi sambutan tahun baru memberi mesej yang berguna untuk kita sama-sama bersiap sedia menghadapinya...Eloklah rasanya diadakan majlis tahlil dan disusuli dengan solat hajat serta doa yang seikhlasnya demi kemajuan negara dan keharmonian rakyat MALAYSIA menjelang tibanya detik Tahun Baru 2009 nanti...

Wallhua'lam...!

ANUAR BLACK TELAH DITEMUI




Fuihh Gemapk BEB.. Memba lama gilaaa.. sejak 1989 aku x pernah jumpa hantu sekoq nie.. tengok gambaq atas tu tahun 1988. Anuar Black yang paling black antara kami.... Buaihhh sungguh mamat sekoq nie tak tau nak cerita laaaa.. tak caya hangpa tanya JAs,. Dia classmate JAS.. Dah la tak hensem Besaq gabai pulak...tapi masa tu ja... heeee ( hang jangan balas kutukan aku Anuat oiii)
TOT - tot petang tadi dia tipon mai kat aku.. belain sungguh dengaq sora... WARO' abih beb.. maklumlah dah jadi cikgu kat USJ.. ada sesapa yg rasa boring2 tu, call la dia kat 0380243292 atau email kat anot@oum.edu.my
Nanti minggu depan dia nak mai cari aku.. so boleh la aku post gambaq latest Hantu merangkap hawaq sekoq nie.. heeeeeeeeeeeeeee tunggguuu

Monday, December 15, 2008

Solat dulu atau makan dulu?

oleh KeretaMayat

(Apa maksud Muzakarah atau Muqalabah dan janganlah mudah-balah)

Kadang kadang kita hairan atau buat-buat hairan akan “kenapa masjid kosong” dan kenapa ramai orang islam di Malaysia bumi bertuah ini, lebih suka solat kat rumah berbanding di Masjid, walaupun antara mereka bukan calang calang bab ilmu ugama beb, ada yang lepasan Universiti islam, baru balik Azhar, lepasan sekolah pondok, pejuang parti islam dan malahan ada ramai gak ustaz-ustaz yang lebih suka solat di rumah jika tak bertugas, imam dan bilal pun sama!..

Kenapa jadi lagu tu?

Sebelum tu kita dengar dulu satu cerita seram sedih, kisah seorang bapa dan anaknya, yang mana pada suatu hari, van yang biasa ambil anaknya pulang dari sekolah tidak dapat datang seperti biasa kerana mengalami (sedikit) masalah teknikal, maka si anak ni pun telefon ler ayah dia suruh ambik beliau kat sekolah pada waktu tengahari tu, berkebetulan pula, hujan turun dengan lebatnya, maka si ayah yang pentingkan anak dan sayangkan anak, keluarlah dari pejabat untuk pergi ambik anak dia dengan kereta, hujan-hujan cam gini, macam-macam boleh berlaku, bisik si ayah dalam hati…

Lepas dah ambik anak dan bila dah sampai rumah, dari TV dalam rumah terdengarlah laungan azan yang menandakan solat waktu zohor dah masuk bagi kawasan yang sama waktu dengannya, maka anak yang berjiwa kamil inipun tanyalah pada si ayah yang sedang melabuhkan punggung di sofa sedang di tangan ada surat khabar..

“Ayah tak pergi masjid ke?”

Ayahnya sambil duduk dan bukak akhbar berkata:

“Hujan kat luat tu, lagipun ayah baru balik kerja”

“Pelik, saya yang duduk kat sekolah, jauh dari tempat kerja ayah, boleh pula ayah tinggalkan kerja datang ambik saya walaupun dalam hujan ribut, tapi kenapa pula ayah tak boleh pergi masjid yang dekat sahaja? "

Ceritu tu habis kat situ, skrip terlalu berilmiah untuk seorang kanak-kanak tadika.., dan korang sendiri boleh karang ending ceritu tu, mungkin boleh tambah effect CGI untuk babak banjir besar atau tsunami, apa-apalah!

Kita balik pada main topic, tentang kenapa masjid kosong dan kenapa ramai orang islam di Malaysia yang lebih suka solat kat rumah walaupun mereka bukan calang calang bab ilmu ugama, ada yang lepasan Universiti islam, baru balik Azhar, lepasan sekolah pondok, pejuang parti islam dan malahan ada ramai gak ustaz-ustaz yang lebih suka solat di rumah jika tak bertugas, imam dan bilal pun sama!..

Kenapa?

Aku jarang dengar alasan dari mereka ni solat kat rumah sebab nak tengok TV, atau sengaja nak lepak, atau main game, atau update berita semasa, atau nak layan astro, baca blog dan lain-lain..

Tapi mereka dalam bagi alasan atau dalam mempertahankan kenapa tak pergi masjid, alasan cukup berilmiah, mari kita Muzakarah atau Muqalabah bab ni tapi janganlah kita mudah-balah.

(Balah bermaksuh gaduh dalam loghat Terengganu)

Alasan 1

“Imam tu baca Al Quran tak betul, tak sah solat belakang imam yang baca salah tajwid, sebab tu aku solat di rumah”

Pulak?!, Pergilah awal dan duduk belakang imam tu, jika salah boleh jer tegur direct dalam solat, tak batalpun, kau jugak yang dapat pahala., atau kenapa tak tegur luar solat atau kenapa tak ajar imam tu baca tajwid yang betul? Dan bila kau dah ada ilmu yang lebih tinggi dan tahu imam tu salah, maka wajib atas kau betulkan imam tu demi solat orang lain gak, tak payahlah nak bertapa kat rumah layan astro layan naruto, lagipun masjid kat Malyasia ni banyak, tak sampai 1 km ada masjid lain, kenapa kat situpun kau tak pergi gak? Kat situpun salah jugak imam baca tajwid ke?, ke semua masjid kat Malaysia ni takde yang baca betul? habis tu kenapa tak pindah duduk kat Mekkah terus?

Alasan 2

“Aku solat bersama anak dan isteri, boleh aku ajar mereka solat yang betul”

Anak orang lainpun bapak dia ajar jugak solat, tapi elok jer bapak dia pergi masjid dan anak isteri kat rumah elok jer solat tanpa imam dan masih betul serta sah, apahal benak serta lembab sangat otak anak dan isteri kau sampai tiap kali masuk waktu solat kau nak kena ada jadi imam mereka, nanti bila kau dah jadi mayat siapa nak imamkan solat mayat kau, anak isteri kau pandai ke solat tanpa kau?

Alasan 3

“Aku makan ler, sebab ikut Hadis Dalam Sahih Muslim Nombor:866 bagitahu bila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu”

Oh, patutlah tak datang solat jemaah, makan rupanya, baik, aku rasa bab makan dulu tu betul, sebab cerita bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL! Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...

Kamu ni nak ikut Sunnah atau nafsu?, Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kamu ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?

Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah? Lu pikirlah sendiri!

Alasan 4

“kalau solat dulu, nanti tak khusyuk sebab ingat makanan”

Habis tu kalau dah kenyang dan terbukalah pintu nafsu dan ingat benda lain yang haram tak tambah rosak ke solat kau?, Nabi solat dalam keadaan lapar kau tahu, ada sahabat yang pengsan sebab lapar, tapi bila masuk waktu solat boleh bangun siap solat sampai kyusuk lagi, tak ke lapar itu bagus? Aku tengok ramai yang dah kenyang ler sebab tu tinggal solat jemaah atau lengah-lengahkan solat, terbaring kekenyangan tunggu nasik turun ke perut konon, korang ingat Allah bagi rezeki suruh korang tinggal solat jemaah ke?

Ketahuilah, ramai yang tak kyusuk solat sebab ingat pada makanan, tapi ramai lagi yang tak khusuk solat sebab dah kenyang lalu ingat benda lain, dan yang paling hampeh, ramai orang yang khusyuk makan sampai lupa nak solat.. hampeh sekali lagi!

Alasan 5

“Tapi Hamka, ada hadith daripada Abdullah bin Umar, Apabila dihidangkan makan, kena makan dulu”

Siapa suruh bini kau hidang makanan masa azan? Tak tahu hormat waktu solat ke? Siapa suruh kedai makan hantar order waktu masuk solat jika kau sendiri yang memang order makan waktu dah nak masuk solat, tak ke hampeh?

Tapi, jika kau di tangkap sebab bom disko lalu masuk dalam penjara dan tentera America bagi hidangan ketika masuk waktu solat, aku rasa masa tu kau makan lah dulu… faham?

Alasan 6

“Solat jemaah itu ibadat, tapi kerja pun ibadat gak, wajib jugak aku kerja…”

Ye betul, kerja itu ibadat gak, tapi ibadat tahap binatang, semua binatang cari rezeki sambil berzikir, dan mereka tak payah buat ibadat tahap khalifah, seperti hormat ibu bapa dan berkahlak mulia, mereka jugak tak payah ibadat tahap malaiakat, nak kena solat, baca Quran, dan puasa, dan mereka jugak tak payah ibadat tahap Nabi, nak kena buat dakwah dan tabligh, semua tu ibadat, tapi sebab mereka binatang, dengar azan tak payah ler pergi solat…, sebab mereka binatang, ibadat mereka cari rezeki sahaja, harap maklum!

Alasan 7

“Hari hujan, boleh solat kat rumah..”

Kalu masjid tutup, boleh kot korang solat di rumah, tapi masjid mana pernah tutup? macam hari kerja gak, hujan turun tapi pejabat tak tutup, maka kelihatan lah korang yang bawak kereta dalam hujan laju-laju sebab nak kejar punch card, yang naik motor, sanggup susah payah berhenti bawah jambatan tukar baju hujan dan sambung balik naik motor meredah mara bahaya, sebab? pergi kerja dapat RM27 ringgit, walaupun hari hujan kena kerja gak,tak salahpun, tapi solat jemaah dapat 27 kali ganda, ‘apalah sangat’? ‘Kan’?

Alasan 8

“Pakcik tak pergi sebab dah tua, uzur, sakit, tak larat”

Pakcik,.. pilihan raya baru-baru ni saya tengok pakcik pergi naik kerusi roda, mak long tak bagi takut pakcik susah tengah jalan, tapi pakcik nak pergi gak sebab pakcik cakap nak perjuangkan ugama, kena pangkah parti islam, dan ada kawan pakcik yang terlebih uzur siap dipapah oleh orang muda parti XYZ pergi menundi..

Perkara yang sama jugaklah berlaku zaman Nabi terhadap orang tua, dipapah pergi masjid solat 5 waktu berjemaah, malahan ada sahabat nabi yang lebih tua dan mata pulak buta, pun masih pergi masjid, pakcik pergilah masjid…, bukan pakcik mata butapun, lagipun, pakcik pun dah tua, alang-alang mati, biarlah mati pergi masjid..

Alasan 9

“saya tak pergi masjid sebab saya perempuan, kami kena elakkan fitnah”

Betul! Pandai! Tapi walaupun tak pergi masjid, tetap kena solat awal waktu, banyak azab untuk mereka yang lengahkan solat, tu belum cerita bab datang haid tapi belum solat… pendek kata kalau boleh, masa dengar azan tu dah siap pakai kain sembahyang..

Alasan 10

“Imam tu parti ABC, aku parti XYZ, tak sah solat belakang imam tu..”

Hampeh! Aku tengok kau takdepun dalam masjid XYZ subuh tadi, kau solat kat mana?

Arghhh, habis kelas hari ni kat sini, malas aku bila alasan politik digunakan untuk tinggal sunnah Nabi, maka, (bunyi kertas bergeser) cikgu nak korang semua ambik kertas A4 dan pergi jumpa jiran masing-masing, lepas tu bila masuk waktu solat, ajak mereka pergi masjid, jika mereka bagi alasan, tulis jawapan untuk setiap alasan itu dengan segala ilmu pengetahuan yang ada dengan tidak melebihi 360 patah perkataan, kemudian, postkan kat aku sebab aku rasa banyak lagi alasan-alasan dari mereka mereka yang malas pergi masjid tapi perasan bagus., kita muzakarah sama-sama bab ni, dan ingat akan tujuan muzakarah, iaitu:-

Kita muzakarah untuk hidupkan sunnah Nabi, bukan muzakarah cari alasan tak nak buat sunnah Nabi..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku tulis…

Sekian.

Ps: Tapi kalau korang berak dan waktu nak basuh air takde, kemudian masuk pulak waktu solat, maka pergilah cari air dan basuhlah berak dulu baru solat..

Wednesday, December 10, 2008

Sunday, December 7, 2008

Tazkirah Korban

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam)

Selamat hari Raya Aidil Adha..

Thursday, December 4, 2008

Mr Jutawan


Amran Abbas sudah hebat
dikenali sebagai mr 001, UDM.
Xsmpendang student.

Bersamamu..!!

Jln-Jln Hari Merdeka: Sebuah Rumah di Kaki Rimba

Dalam perjalanan seterusnya cikgu Basri membawa kami ke sebuah rumah usang yang terletak nun jauh di pinggir rimba.
Rumah yang terletak di penghujung kampong Batu 7 di sempadan Kedah/Perak antara Mahang Kedah dan Bertam Perak ini dihuni oleh adik Nursyuhada 15 dan adiknya Syahidah 13 beserta ayahnya Pakcik Usin 46 tahun.

Ketika mengekori motor cikgu Basri mencari arah ke rumah Pakcik Usin ini, jenuh juga kami terpaksa berhenti sana sini. Sebabnya ialah kerana cikgu Basri sendiri tak berapa

pasti jalan ke situ. Bila cikgu Basri bertanyakan di mana rumah adik Nursyuhada kepada seorang anak muridnya di kampong itu, budak tu cakap:

"Rumah dia...nuuuu...dok jauh dalam hutan nu cikgu!!"

Kata Sabki pula sambil melawak:

"Tu dia aih, dah la Mahang ini pun depa kata Ulu dah..... Ini duduk di dalam hutan pulak di Ulu Mahang....lagi la jenuh!"

Rupa-rupanya apa yang dimelawakkan oleh Sabki itu bukan lawak, memang sungguh pun. Cuba tengok gambar yang disertakan ini; oleh kerana kereta tak boleh masuk, kami terpaksa menapak berjalan kaki meredah denai, jalan dusun dan hutan getah menuju ke sana. Saya tak pasti berapa jauhnya rumah tersebut dari jalan besar, tapi cukup jauh hinggakan anak-anak Wahab yang 2 orang tu (dalam gambar di tepi perigi) mengeluh tanya awat la jauh sangat. Nasib baik cikgu Basri bawa motor, tak payahlah dua orang anak Wahab tu jalan kaki ke sana.

Sesekali meredah pinggir hutan memang menyeronokkan. Bila mendengar bunyi riang-riang dan cengkerik rimba berlawan irama, rasa satu macam ketenangan bermain di jiwa. Lupa sebentar suasana riuh dan sibuknya tempat kerja.

Namun, bagi mereka yang tak biasa dengan suasana denai hutan macam tu mungkin agak gabrah juga; misalnya waktu tengah dok meredah lorong kecil antara celah-celah hutan getah dan kawasan dusun, ketika seorang sahabat dok cerita pasal bekas-bekas kesan tapak kaki babi yang ditemui, tiba-tiba ZASSSS!!!!.....sdra Rashid tiba-tiba macam terperanjat nak angkat cabut lari. Saya pun tumpang terkejut, dok ingatkan sang Babi, rupa-rupanya sekoq lembu secara tiba-tiba meluru keluar daripada celah-celah semak hutan tu betul-betul di hadapan kami. Terkejut beruk kami!

Jauh juga perjalanan ke rumah pakcik Usin tu, peluh la jugak. On the way, kami ternampak satu bangsal kecik mungkin tempat org tunggu durian atau tempat rehat; kami singgah sekejap melepas penat di situ. Jalan punya jalan, ikut kebun dan jalan hutan, last-last kami sampai juga ke rumah pakcik Usin. Beliau tak ada di rumah, yg ada cuma anaknya adik Nursyuhada 15 tahun dan 2 org teman sepermainannya dari kampong yg sama.

Terkejut juga adik Nursyuhada ini bila melihat rumah ayahnya yg jarang-jarang menerima tetamu tiba-tiba entah sapa-sapa yang datang; dah la muda-muda belaka, ramai pula tu. Nasib baik ada cikgu Basri menerangkan tujuan kami datang.

Rumah ayah Nursyuhada ini nak kata rumah pun, boleh lah kata rumah; tapi bagi sesetengah orang mungkin lebih kurang macam bangsal saja. Bangsal ka apa ka, di rumah inilah pakcik Usin membesarkan Nursyuhada dan adiknya Syahidah sejak 15 tahun yang silam, seorang diri tanpa seorang isteri di sisi.

Bila ditanya adik Nursyuhada mana ibunya; macam segan saja dia nak cerita. Ibu dan ayahnya sudah lama berpisah seusia beliau masih belum darjah satu lagi. Tinggallah beliau dua beradik dengan ayahnya di situ sementara adik bongsunya yang kini dalam darjah 5 mengikut ibunya.

Ketika kami di sana, ayahnya tiada di rumah kerana tidak seperti majority kita yang dianugerahkan cuti sempena hari Merdeka; pakcik Usin terpaksa bertugas meneruskan kerja hariannya menjual pucuk paku di pekan-pekan berhampiran.

Menurut Nursyuhada, ayahnya cuma ada di rumah selang sehari; iaitu sehari mengutip pucuk paku dan sehari lagi ke pekan menjualnya.

Kadang-kadang bila kelapangan adik Nursyuhada turut sama-sama membantu ayahnya mengutip pucuk-pucuk paku yang kami lihat banyak kedapatan di kawasan berpaya berhampiran, dan antara rutin beliau bila pulang dari sekolah ialah membantu ayahnya mengikat pucuk-pucuk paku mengikut timbangan yang tertentu.

Sekali fikir tentu tekanan hidup yang cuma berayah tanpa ibu di sisi dan terpaksa pula membantu ayahmencari rezeki dalam usia yang masih mentah tentunya mengganggu konsentrasi pelajaran anak-anak ini. Tapi, kami agak terperanjat bila diberitahu yang Nursyuhada ting 3 dan adiknya Syahida ting 1 itu masing-masing mendapat no 3 dan no 5 dalam Peperiksaan yang lalu.

Kira hebat sungguh la anak-anak pakcik Usin ini.

Lagi satu, kami naik kagum dan respect dengan keberanian dan kecekalan hati anak gadis dua orang ini. Bayangkanlah tiap-tiap pagi kayuh basikal sejauh 4 batu tunggu bas untuk ke sekolah, meredah jalan hutan di pagi buta dalam suasana subuh kelam yang mungkin masih gelap gelita. Kalau calang-calang orang tak berani punya!

Tabah sungguh nampaknya anak-anak pakcik Usin ini berhadapan dengan reality hidup; dan tentu tabah lagiayah mereka yang membesarkan anak-anak tanpa seorang insan bergelar isteri di sisi, tanpa seorang ibu tempat anak-anak mengadu, nun jauh di kaki rimba hanya berbekalkan pucuk-pucuk paku dan hasil hutan sebagai sumber pendapatan. Beliaulah ayah beliaulah ibu untuk anak-anak tersayang.

Kami tak pasti berapa banyak pendapatan bulanan pakcik usin hasil jualan pucuk paku itu, tapi rasanya cukup-cukup makan saja; nak beli benda-benda lain terutamanya belanja persekolahan anak-anaknya itu mungkin kurang berkemampuan.

Bila menjenguk ke dalam rumah, kami dapat rasa anak-anak pakcik Usin memang paham dan cukup paham dengan ketidakmampuan ayah mereka ini. Lihatlah tulisan tangan anak-anak pakcik Usin ini di dinding rumahnya:

Nota Untuk Ayah:

"Cikgu Minta Duit Hari Kantin. Cikgu Minta Duit Yuran (RM20). Bayar Lambat Tak Apa!!"

Tiada kata-kata yang mampu kami gambarkan tatkala menatap tulisan itu, seribu satu keharuan menerpa di lubuk dada. Mungkin itu sudah ketentuan nasib dan rezeki anak-anak pakcik Usin dan Pakcik Usin sendiri untuk menerima ujian hidup yang sedemikian. Moga mereka bertiga akan tabah menempuh hari-hari yang mendatang.

Sebelum pulang, sempat kami tinggalkan pesan kepada adik Nursyuhada untuk terus keep it up dengan keputusan cemerlang dalam pelajarannya, moga suatu hari nanti beliau akan mampu jua melangkah keluar daripada kemelut hidup yang sedang dihadapinya. Sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan harian sebungkus dua beserta duit sumbangan peribadi dua tiga kupang. Dalam hati kami harap duit sekupang dua itu boleh lah kot beliau belikan buku-buku rujukan untuk periksa PMR akan datang.

Dalam perjalanan pulang sempat saya tanyakan kawan-kawan yang lain apa lagi yang mereka nampak yang saya tak lihat. Kata Rashid atau Wahab, "Kesian depa, tandas pun pakai tibia atas batang Nyior Nan Sebatang!!"

Tak banyak yang kami bualkan dalam perjalanan pulang meredah jalan hutan yang kami lalui tadi; mungkin masing-masing jadi agak terpana kerana tak sangka di celah-celah keriuhan mat-mat motor mengibar Jalur Gemilang sepanjang perjalanan kami ke Mahang pagi tadi, rupa-rupanya nun jauh di kaki rimba di ulu mahang sana nuu masih ada lagi anak-anak bangsa yang hidupnya sebijik macamkata pepatah Melayu lama:

"Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang".

Moga tulisan ikhlas pengalaman kami menyambut Hari Merdeka yang ke-47 ini akan ada manafaatnya untuk rakan-rakan sekelian.

monier_matdin@yahoo.com

Saturday, November 29, 2008

Hargailah Isteri Anda


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Friday, November 28, 2008

Sekarang Masyarakat Kurang Berdakwah

Oleh line

Sekarang panas berita bunuh diri di Terengganu Darul Iman.Bermacam masaalah yang sedang dan akan di hadapi masyarakat di kala ini.Pembunuhan,rogol,sex bebas malah suri rumah pun tidak terkecuali membuat masaalah.

Adakah ini semua berlaku kerana kemajuan yang tidak terkawal atau kekurangan IMAN di dada.Aku melihat dari sudut keimanan dan tugas berdakwah yang kini amat kurang di buat oleh masyarakat.

Ini baik di pihak pemerintah ataupun pendakwah bebas.Aku nampak sekarang ini masa terlalu suntuk sehingga masa untuk mendengar ceramah dan belajar ilmu amat terhad.Contohnya sekerang masa cuti sekolah,tiada program atau kem keagamaan di anjurkan untuk pelajar sekolah. Kalau tentang pembelajaran komputer atau B.Inggeris banyak sangat.

Aku juga jarang melihat pihak pendakwah turun bertemu masyarakat dan bertanyakan masaalah.Apa yang nampak adalah mereka hanya berucap di surau dan pondok sahaja.Jadi apa yang berlaku adalah dakwah tidak sampai ke akar umbi.Kita harus tahu mereka yang melakukan masaalah adalah golongan yang jarang menghampiri majlis agama.Maka mereka tidak akan mendengar jika ceramah di adakan di masjid saja.

Apakah cara yang patut di lakukan oleh ulamak dan ustaz serta masyarakat yang prihatin? Aku teringat apa yang AL-ARQAM lakukan tak lama dulu.Mereka dengan berserban membawa buku meronda pelbagai tempat yang menjadi tumpuan manusia.Ada di kalangan yang ada masaalah dapat bertanyakan kemusykilan di situ.Mereka secara tidak langsung menjadi pengawal yang megurangkan maksiat kerana remaja akan merasa malu apabila mereka berada di situ.

Namun kini keadaan seumpama itu tiada lagi. Orang beragama pun hanya tahu menjatuh hukum saja tanpa cuba memperbaiki keadaan. Setiap kali berbincang mereka hanya membacakan hadith dan ayat2 quran saja tanpa menjelaskan relevennya ayat tersebut dengan situasi semasa.Mereka juga memandang serong masyarakat yang tidak mengikut fatwa mereka tanpa cuba memberi kefahaman ke atas perkara tersebut.

Pandangan aku selagi ulamak dan masyarakat tidak bersatu bertindak mencari jalan dan bertindak atas perkara yang berlaku dalam masyarakat maka apa yang di perkatakan adalah RETORIK DAN ALASAN untuk mengelak dari kegagalan mereka. Jadi jangan kita mempolitikkan penyakit masyarakat tapi haruslah mencari penyelesaian yang terbaik.

Kuatkan Dakwah kembali. Adakan badan bertindak dan masyarakat harus menjadi peka.MENJAGA TEPI KAIN ORANG adalah penting sekarang memandangkan keadaan keluarga tidak utuh seperti dulu. Kesederhanaan adalah penting kerana jika tiada ini maka kita akan kehilangan perkara penting yang diamanahkan ALLAH yaitu ahli keluarga....sekarang pilihlah wahai ketua keluarga mana lebih penting - DUIT ATAU KELUARGA. Maka berdakwahlah pada keluarga sendiri dan eratkan hubungan supaya anda peka apa yang berlaku dalam keluarga.

Sesunggunya dakwahlah keluarga anda dahulu sebelum anda mendakwahkan orang lain.Ingat perkara ini boleh berlaku pada kita bila2 masa saja.Jangan menganggap perkara ini remeh dan merasakan kita memang sudah cukup mendidik ahli keluarga kita.Selalu ingatkan diri dan keluarga agar terhindar dari kejadian ini.

Fikirkanlah.....

Thursday, November 27, 2008

MALAYSIA BOLEH- CAKRA ALAM PENIPU (UTZ.ARIF PENIPU)

TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

hangpa baca lagi kat sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive


Wednesday, November 26, 2008

Aku Mahu Bunuh Diri..!


Assalamualaikum..

 Herm.. dalam masa seminggu sahaja ada dua hamba Allah yang beragama Islam di Malaysia tercinta ini ingin membunuh diri. Itu yang keluar dalam akhbar.. mungkin di sana ada lagi beberapa kes yang tidak dapat dihidu oleh pihak media. Apa nak jadi ni..?! Pada zaman dahulu.. zaman remaja bagi ayah dan ibu kita dahulu, perbuatan bunuh diri adalah amat jarang-jarang berlaku. Ia menjadi satu kepelikan dan kehairanan jika berlaku perbuatan terkutuk ini. Namun, sekarang ini.. bunuh diri seolah-olah menjadi satu trend untuk menjadi penyelesaian andai seseorang itu dibelenggu masalah.

Hai.. Masalah.. masalah.. dan masalah..! Sedangkan perbuatan terkutuk ini amat dilarang dalam agama Islam.. Sepatah ayat dalam bab keempat Al-Quran, An-Nisaa berbunyi:
"Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)
Opps.. bukan agama Islam sahaja.. tetapi semua agama melarang perbuatan terkutuk ini..!Sudah jelas.. Allah sayang pada kita.. tapi kita tidak pernah nak sayang kepada diri sendiri.. Patutkan dengan hanya kerana masalah, kita korbankan kasih sayang Allah pada kita..?


Namun, timbul persoalan mengapa perbuatan jelik ini tetap menjadi pilihan utama masyarakat yang hidup di zaman cerdik pandai dan penuh kemodenan ini untuk menyelesaikan masalah ? Pelik. Andai ia berlaku pada zaman remaja ibu dan ayah kita dahulu, mungkin boleh diterima dengan alasan kurang pendedahan agama berikutan kesusahan dan hidup tanpa kemodenan. Tapi, ia sebaliknya. Mengapa kemodenan, kemewahan dan kecerdikan masyarakat sekarang ini membuatkan mereka lagi 'tidak cerdik' dalam menguruskan kehidupan? Bukankah ini bukti menunjukkan bahawa itu semua tidak menjamin kepada kesejahteraan masyarakat. Iya.. betul. Tapi, itu yang pimpinan negara kita kejarkan..!Itu yang menjadi matlamat dan impian mereka..! Dan itu yang mereka realitikan sekarang ini..!

Ini baru kita bincang pasal 'bunuh diri', gejala sosial.. buang anak.. dadah.. rompak.. rogol.. bunuh.. ummmpphh.. bukankah ia sudah menjadi perkara biasa sekarang ini? Lu jawab la sendiri..

Benih yang tidak baik akan merencatkan pertumbuhan sesuatu tumbuhan itu. Tumbuhan itu akan layu dan mati. Begitu juga dengan asas pemerintahan yang di 'matlamat' kan dalam sesuatu pemerintahan. Andai baik asasnya.. baiklah natijahnya.. begitu juga sebaliknya. 1+2 tetap 3, ia tidak akan menjadi 5.. tidak.. sesekali tidak.

Namun, masih lagi belum terlambat untuk kita kembalikan zaman remaja ibu-bapa kita dahulu. Belum terlambat. Bukan direalitikan pada zaman kita sekarang ini tetapi zaman anak-anak kita nanti. Ubah lah mentaliti mereka. Tanamkan kemewahan, kemajuan,kesenangan dan keseronokan bukan segala-galanya. Tapi, hendaklah mencari keberkatan. Ibu bapa kita dahulu, tidak mewah.. tetapi tetap bersyukur. Tidak maju tetapi tetap redha. Hiburan mereka adalah mandi sungai, bermain lumpur di sawah, tangkap ikan.. namun, tetapi ada sikap bertanggungjawab. Mana ada pencemaran sungai pada zaman dahulu. Sekarang..?! Ummph..

Moga kita dan zuriat-zuriat kita terpelihara daripada perbuatan mungkar kepada Allah. Moga kita dan zuriat-zuriat kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat kepada Allah dalam semua hal. Istighfar lah tika sedar melakukan dosa. Salam syifa'..

www.syifaarjuna.blogspot.com

10 Pesanan Rasulullah SAW

Ada sepuluh pesanan Rasulullah s.a.w yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sedari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesanan-pesanan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;


1- Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".

2- Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3- Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4- Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5- Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6- Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7- Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8- Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9- Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10- Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya

Sunday, November 23, 2008

Kisah 4 Pengantin Baru

ciplak by Rasputin Rush

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murnidan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon.

Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, akai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'..Bahagialah Si Siti rupanya..


Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...


Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'.... Bahagialah Si Murni rupanya.....


Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya
'AIR ASIA '
.
http://www.dragoninnfloating.com.my/db2/images/stories/contentnews/airasia-logo.gif

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??

he he he..HANGPA CARI SENDIRI....
(Sebab nie artikal
Rasputin Rush punya aku post je)

Hidup mulia atau Mati syahid - Nasyid IMAM SAMUDERA

KAMPUNG DET..!!

Ibarat syurga buah-buahan


Shamsul Azreen Ghazali tersenyum puas menunjukkan hasil dusunnya.


SEPERTI kebanyakan dusun, yang kebanyakannya terletak tepi jalan, anda sesekali tertarik dengan pokok buah-buahan apabila melalui jalan menuju Kenering Gerik dekat Kampung Charuk Api-Api, Pengkalan Hulu, Baling, Kedah.

Tarikan dusun yang penuh dengan tanaman bermusim sepanjang jalan nyata menggamit anda untuk singgah kerana memilik kelainan tersendiri.

Kunjungan anda ke daerah Pengkalan Hulu jika dilakukan pada musim buah-buahan, pastinya akan memberikan keseronokan sebaik terpandang pokok yang ‘meriah’ dengan buah-buahan.

Ini semua menguatkan hajat anda untuk singgah kerana mahu merasai sendiri pengalaman memetik, memungut, dan makan sepuas-puasnya.

Apatah lagi musim cuti sekolah ketika ini, rombongan balik kampung mungkin lebih bersemangat jika diberitahu musim buah-buahan sedang menjengah, menanti kehadiran sanak- saudara dan keluarga.

Hakikatnya hasrat itu boleh dinikmati di Dusun Keluarga Bahagia.

Dusun milik Shamsul Azreen Ghazali, 30, itu agak unik kerana ia turut menyediakan kemudahan bilik penginapan bagi membolehkan anda menanti sendiri buah jatuh seperti buah durian di malam hari .

Selain Shamsul Azreen dan ibunya, Che Puteh Md. Rejab, 53, cetusan idea adik-beradik dari keluarga ini, Shaifol Amreey,25, dan An‘Nisa, 22, kawasan seluas hampir dua hektar ini mempunyai tarikan tersendiri kepada pencinta buah-buahan tempatan untuk menikmatinya di sini.

Sebut sahaja buah-buahan bermusim yang anda minati pastinya cita rasa anda akan tertunai di dusun ini.

Raja buah dari klon 101, D24, D15 sehinggalah ke klon tangkai panjang pastinya sudah cukup memuaskan hati penggemar durian yang mahukan isi kuning, tebal, lemak dan manis.

Deretan pohon durian yang ditanam pemiliknya sejak tahun 1985 itu berbuah lebat sehingga memukau mata kerana klon yang ditanam itu sudah matang menunggu peminatnya.

Malah tidak salah untuk penggemar durian yang tidak sabar untuk makan boleh menunaikan hajat sekalipun di bawah pokoknya.

Raja buah ini sama ada yang besar atau kecil semuanya mempunyai rasa berbeza kerana itu menjadi hasrat tuan punya dusun ini dalam menyediakan pakej kepada pengunjung.

Bagi yang tidak gemar makan durian, boleh memilih beberapa lagi buah-buahan lain seperti rambutan, manggis dan dokong di dusun ini.

Di dusun keluarga ini terdapat antara 50 hingga 80 pokok rambutan yang apabila tiba musimnya antara bulan Julai hingga September tentunya masa untuk memetik buah.

Sementara pohon manggis yang ditanam di celah pokok-pokok utama turut berbuah lebat menguja peminatnya sendiri untuk terus memetik si hitam manis ini.

Dari kejauhan antara kemerah-merahan rambutan jenis deli, gading, anak sekolah dan isi nyior, deretan pokok dokong yang hampir 300 pokok berjuntaian sehingga ke pangkal pokok.

Menurut Shamsul Azreen, setiap kali musim, dokong mengeluarkan buah antara satu hingga tiga tan metrik buah dokong dapat dijual.

Menariknya, buah spesies langsat ini bukan sahaja ditanam untuk dimakan oleh keluarga ini malah mampu dikomersialkan.

Tambah Shamsul Azreen, setiap tahun dokong dari kebunnya mendapat tempahan daripada pemborong sama ada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Penggemar buah yang berkunjung ke dusun ini tidak perlu bersusah payah untuk memetiknya kerana buahnya lebat sampai ke pangkal pokok.

Bukan itu sahaja, penggemar buah cempedak juga boleh menikmatinya kerana cempedak yang ditanam pemilik ini juga menghasilkan buah yang banyak.

Bentuk geografi kawasan dusun ini mungkin meletihkan pengunjung untuk berjalan kaki pemiliknya menyediakan kenderaan pacuan empat roda bagi menyusuri dusun ini.

‘‘Naiklah kenderaan pacuan empat roda yang kami sediakan dan nikmatilah pengalaman di dusun ini,” jelas Shamsul Azreen yang mahu mempopularkan dusunnya kepada pengunjung termasuk pelancong dalam dan luar negeri.

Di hujung dusun terdapat sebuah kolam yang kini dimanfaatkan untuk ternakan ikan air tawar bagi melengkapkan dusun ini dengan ciri-ciri pelancongan tani.

Dengan tidak mahu menoleh ke belakang Shamsul Azreen bersedia untuk menerima kunjungan tetamunya menikmati suasana dusun yang lengkap ini.

Bagi ibu Shamsul Azreen, Che Puteh tidak menyangka pada mulanya usaha mereka anak beranak hanyalah suka-suka dan memenuhi masa lapang dan berbakti pada tanah.

Namun semuanya, berubah apabila dusun milik mereka mampu mengeluarkan hasil yang melimpah.

Bagi memudahkan pengunjung keluarga ini turut menyediakan sebuah rumah yang dilengkapi ruang masak, bilik tidur, ruang rehat dan bilik air.

“Jika pengunjung mahu memasak, kami juga sediakan kemudahan itu,” kata Che Puteh yang banyak menyerahkan kepada anaknya untuk menguruskan dusun itu.

Shamsul Azreen menganggap kelebihan dusun milik keluarganya sebagai satu cara mempromosikan pelancongan di kawasan itu.

Pun begitu, saban tahun ada sahaja individu atau kumpulan menjadikan dusun ini sebagai tempat belajar dan mendalami kaedah penanaman buah-buahan tempatan.

Impian keluarga ini ialah menjadikan dusun ini sebagai kawasan pelancongan dengan tarikan khusus buat penggemar buah-buahan tempatan yang mahu merasai kesegaran dan mutu secara terus dari dusun.

Berkunjung ke dusun ini pastinya melengkapkan kunjungan kerana semuanya ada di sini.

Makanlah sepuas-puasnya kerana dusun milik keluarga ini ada segala-galanya menjadikan Raja Dusun ini perlu dikunjungi.

Saturday, November 22, 2008

PERJUMPAAN MB dengan Penghulu

Cuba hangpa:-
perembang, ghelin, NAP,
perati, tenung, usya, cari tengok gambaq kat bawah nie. Aku comfirm hangpa terpesaan ada mamat sekoq tu macam Familiar sangat kat kedai KASUT AHMAD SALEH.
SAPA HA?


Friday, November 21, 2008

Masuk Jawi



CUTI SEKOLAH dah abih seminggu hari nie. Hat mana ada anak jantan, mula berkira nak pujuk anak2 depa nak bagi kurang buas sikit. Aku ? Heeeee... semua anak2 aku dah...... JUST nak imbau balik zaman kita yang dah lepas dulu . baca la sikit artikel nie


Berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.
Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


Teringat balik Masa aku masuk jawi dulu , tahun 1984. Masa tu kita semua darjah 4. Dah liat dah . Heeee.. Cuti sekolah bulan 12. Pak aku masuk share aku dan adik ke 2 aku MOHD NASIR (officemate LAN SAWA)dalam senarai budak2 yg bakal bertukaq alam dirumah seorang saudara aku di Charuk Kudong. Awatnya "Bertukaq alam" pulak ? Kalau sebelum nie alam pakai helmet , lepas dari kejadian tu aku dah tak payah pakai helmet lagi... Heeeeeee...

Kami bersunat cara tradisional. Pakai Tok Mudim dari SAWA. Kg Lan . tengok misai tok mudim tu ja boleh kuruih semangat. Peserta seramai 6 orang aku no 4 adik aku no 5. No 1 mestilah tuan rumah.

Tapi nak dijadikan cerita. Yang no 1 nie Gemuk Gedempoi sikit. Untuk melapah dia nie susah la sikit. Kena tekan isi keliling pangkal anu tu. Dah la terketaq takutkan Tok Mudim, senjata dia yang kecik tu pon terKELOQ masuk dalam isi. So lama la sikit nak kerjakan dia nie.



OLeh kerana proses peserta No 1 nie lama sikit. Orang lain kat belakang lagi la koi pelan ketaq. TOT-tot si No 1 renggah Ghhiyau . Berkereot la semangat kami yg menunggu nie. Masa tu aku dok pikiaq, kalau la boleh lari!!! tapi semua jalan nak lari depa dah blok. Bergagah jugak la menunggu giliaq aku. Tapi Alhamdulillah semua peserta yg 5 org lagi cool..
Selesai sudah hari bersejarah tu, esok pula , ada lagi hari menderita nak kena tempoh. Pagi2 lagi kami kena kejut untuk dicuci luka bersunat tu. Kena buka balut . pakai ayaq rebusan daun inai, kulit setoi dan entah kejadah apa lagi tah ramuan ayaq tu.. Mak oiii.. Siksanya nak tanggalkan balutan nie.. Tobat dah oiii aku tak mau masuk jawi lagi.....

heeeeee, cerita aku , mesti la aku jadi HEro...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran