KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Sunday, December 30, 2007

Salammmmm..........

buat kawan-kawan sekelian terutamanya yang begitu setia mengunjungi dan merapu kat blog ni..... aku syok tengok hangpa pakat2 memeriahkannya dan kita pakat2 sebarkan buat kawan2
yang belum lagi tahu akan kewujudan blog ni.

buat det....thanx kerana merealisasikannya......

buat fizah, aku masih ingat kenangan kita kat SMP, mau keras perut gelak kalau himpun balik cerita2 lama.......

ok....takat ni dulu, bye......

dari aku - Miena.

Saturday, December 29, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008 DARI AKU DAN MESIN TEBU AKU...

Okey kekawan semua.......SELAMAT TUKAQ KALENDAR DINDING BARU 2008.
Terutama yang masih memeriahkan blog nie....DETLANFIZAHNA.....

DARI AKU DAN MESIN TEBU AKU.....

Friday, December 28, 2007

Salam Sejahtera di Hari Jumaat yang Mulia ini. 28hb Disember 2007 bersamaan 18 Zulhijjah 1428



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh....



Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni..asyik dok merapu kat chatbox tu ja.. Tp apa pun happy sesangat sebab dengan adanya blog ni lah kita dapat bersua walaupun hanya di alam maya..( cewah..cewah..cewah.. bak kata mail kerbau dulu..)



Hari ni aku ada contact 2 orang memba lama kita...tak lain tak bukan Sham Tone ngan Mizi pak menakan dia tu lah.. Mana boleh berenggang dua orang ni. Dah la result STPM dapat sama..U pun sama.. Course pun sama gak.. haiii nasib baik bini tak leh kongsi no..hee..jgn marah no Mizi dan Hisham.. Yang aku dapat info tadi..Mizi dok Baling..Hisyam dok Sik.. kira dekat gak la tu.. Aku dah kata ..2 orang ni tak leh berenggang...



Sebenaqnya depa tak dan lagi nak lawat blog kita ni..Depa kan cuti la ni.. Broadband pun tak dan beli lagi.. Tunggulah lepas ni depa kata depa nak join.. Kalu dah tu kami ucapkan..WELCOME TO THE CLUB...




Pas tu tadi Syamsilah pun ada contact aku.. seronok la hari ni..boleh bersembang ngan kawan2.. Macam chedet gak.. Det..sama2 kita menjejaki kawan2 kita..




Buat Saudara LAN SAWA matang...bila hang nak letak gambar famili hang kat sini.. Hang memang KEDEKUT nak mampus la woooiiii.... Hee..jgn marah..nanti hilang kehenseman yang selama ini hang dok jaga tu...kui!kui!.. (Perasan tak sudah2 mangkuk sekoq ni...dulu nyata skit...la ni bertambah2 pulak kenyataannya tu.)




Walau Apapun Lan..aku tetap salute hang lah...( ni puji ada makna ni...)..
Hang paham2 lah Lan no...heee... JANGAN LUPA TAU.. 25% bak kata assistant Sadiq Sigaraga..


OK sampai sini dulu.. Jumpa di lain hari lembaran...Dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008... (sedaq2 lah diri umuq makin tua...khas untuk mana2 yang tak sedaq diri ja lah..yg sedaq ok..maintain..)




OK ...chow..chin..chau...








NaZiR SenaFi

HARI NI, aku nak masukkan muka sorang lagi memba lama kita. Yang sekolah sampai tingkatan 5 di SMP mungkin tak kenai la memba kita nie..


NAZIR SEnaFi... Orang Lubuk Merbau. Mai SMP masa Form 6. Dok kelas sekali dengan Muzarmin . Depa 2 ni memang kamceng masa tu la. Tingkatan 6 rendah dok asrama sekali ngan aku. Tingkatan 6 atas depa dok umah sewa kat depan pagaq SMP. Masa aku kerja kat TUDM aloq Setaq masa balik dari training dulu, aku selalu lepak kat rumah depa.


La nie Nazir dah jadi cikgu .... tak sangka pandai juga MAT OuP sekoq nie... Habih ketegaq la nak murid dia la nie.. tak pun pakat jadi MAT BUNGA mcm dia... heeee...


Kat bawah nie aku paste email yg nazir kirim kat aku:-


Assalamualaikum.....

Aku syok la ....pasai hampa semua ada idea untuk mewujudkan blog nie...tiap-tiap malam aku buka dan baca apa hampa tulis....hampa semua hebat - hebat belaka.
Hang dah tau dah pasai aku kan.... jadi apa yang aku nak habaq.

Ok..aku cerita pasai family la...
Aku kawin tahun 1998..dengan orang Gunong Keriang dan dikurniakan 2 cahaya mata pompuan.Skrg ni aku mengajar kat Mergong dan bini aku mengajar kat Gunong Keriang.menetap kat Gunong Keriang.Kalau nak mai rumah aku senang je...cari Masjid Gunong Keriang, belakang tu rumah aku la...

Ok...Det ni aku bagi gambar anak dan bini aku....

Ok.. aku bla dulu...

Wassalam.............




Nah.. nie dia gambaq dia. Nak contact dia tengok no phone kat Side roll tu..@ email kat nateila74@yahoo.com

Wednesday, December 26, 2007

Nak Kekal Berkasih ?

Nie aku ambik dari blog sahabat aku....

bukan aku yg rajin dok karang panjang2 nie.....

Tapi aku suka baca apa yg dia dok membebelkan nie..
Kalau hangpa suka baca..baca laa kalau tak suka..
baca p laa hangpa bukan ada keja apa pon....
dok ngadap PC jaa..terutama makcik FIZAh & Na tuu...
he he he...lawak jaa..Selamat membaca.......
------------------------------------------------------------

(Bagaimana kamu tunjukkan bahawa kamu sayang isteri kamu?)

Untuk menjawab soalan di atas aku tulis sebuah Drama yang bertajuk:

“Empat puluh Empat Penumpang tidak termasuk yang berdiri..”, (enjoy)

Aku melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr.. juga sedang menghabiskan baki sisa sisa umur kami..,

Di mataku, terbayang tentang bagaimana segala kepenatan ini bermula…

Adik - perempuanku - kahwin!

Tiga ayat di atas cukup untuk menggambarkan betapa aku dalam kepenatan, lebih penat dari menyertai perhimpunan kuning (aku rasa..), mungkin korang rasa aku tidak ihklas atau mengada atau apa saja sangkaan korang, lantak korang ler, aku tidak peduli, kalau korang nak dengar, mari sini aku cerita…

Dalam keluarga yang seramai 16 adik beradik ini, perkahwinan adalah laksana acara tahunan, kejap kejap yang tu kahwin, kejap kejap yang ni kahwin, lepas tu anak saudara pulak kahwin, kemudian sepupu kahwin, yang letihnya, dari tahun ke tahun cara mengadakan majils dan hidangan menjadi bertambah besar dan kerja tugas yang semakin bertambah.., sementelah lagi bila adik sendiri yang kahwin…

Adikku ini adalah yang ke 14 dari semua adik beradik, terkenang pula lagi dua orang adik perempuan yang masih belajar, sorang di University Al azhar dan sorang lagi di Politech tanah air.., tahun depan kahwin ler tu…

Aku drive tiga jam baru sampai ke kampong, tanpa rehat dan tidur yang cukup, aku terus berkecimpung dalam sebuah majlis perkahwinan..

Cerita terus rancak dengan pengorbanan seekor lembu, kami sama-sama sembelih dan melapahnya, mencicang tulang, menyiat kulit dan memotong seluruh danging lembu kepada cebisan cebisan kecil..

Perut Lembu kami tanam dalam-dalam..

Aku yang benanak tiga dari Kuantan bersama dengan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun, di tugaskan meminjam peralatan dapur dari dewan utama kampong, angkat periuk besar yang tak boleh di isi dalam bonnet kereta, angkat tuku besar yang tak boleh pikul dengan kudrat manusia, namun kami gagahi jua, dan berjaya akhirnya.., sementara abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula, di tugaskan sebagai pemasang khemah, meja dan susun kerusi..

Di dapur, kakakku yang beranak sembilan bertugas sebagai ketua masakan dari ulu Terengganu, dan di tolong oleh kakakku yang beranak tiga kesemua lelaki dari Kuala, dan juga jiran jiran yang masing masing sudah beranak pinak..

Ibuku yang beranak ramai pula menjadi penyampai atau penyeru jiran-jiran kampong berkerja..

Oleh kerana terlalu ramai adik beradik, ayahku yang beranak enam belas itu telah menyewa sebuah rumah untuk di diami oleh kakakku yang beranak 10 dari Rompin, dan abangku yang beranak sembilan dari temerloh..

Mereka juga akhirnya menjadi pembantu yang hebat..

Kakak sulongku seorang yang kaya dari Kuala Lumpur dan memakai baju seperti artis tanah air beserta tiga beranak cukup sekadar hanya menjadi pemerhati dan sekali sekala tumpang ketawa akan beberapa lawak dari dapur..

Ramai rupanya rakyat Malaysia yang masih berugama islam..

Sambil bekerja, kami adik beradik lelaki sempat berbincang isu isu ugama dan bagaimana nak selamatkan dunia…

Apa-apalah!

Malam itu kami tidur berterabur dan bersepah serta bergelimpangan, abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula ambil keputusan untuk tidur di beranda rumah, sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun siap berkhemah di halaman rumah, mentang mentang bekas pengakap di raja, Aku yang beranak tiga pula sekadar tidur dalam bilik kecik a.k,a ruang solat di rumahku.., (bolehlah..)

Tidur lewat dan bagun awal, maka tibalah hari perkahwinan,

Aku yang beranak tiga, dan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua menjadi saksi akad nikah majlis perkahwinan, adikku yang ada satu anak sedang perut masih mengandung dan nak beranak bila bila masa pula menjadi pengapit..

Bila tiba jamuan makan, aku yang beranak tiga bertugas sebagai penjaga lauk dari berkurangan sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua bertugas sebagai penjaga nasi,

abangku yang beranak lima menjaga air dan adik lelakiku yang beranak tiga sementara bini sedang mengandung pula menjaga lain-lain hal.. (aku dah malas nak eksplain)

Yang lain sibuk membasuh cawan dan gelas, manusia datang macam ombak tsumani, dan adikku si Raja sehari bersama suaminya tersenyum malu-malu kucing sedang menjamah hidangan lauk pengantin yang aku tak boleh nak makan, hampeh..

Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan suasana, Bukan semua ahli keluargaku yang balik rupanya, abangku yang beranak empat di KL, dengar cerita keretanya baru kena tarik dan hidup sedikit miskin tak boleh balik, kakakku yang beranak tiga kesemunya perempuan dan tinggal di kajang, dengar cerita baru pindah rumah baru (duit tak cukup) juga tak dapat balik.., dan sudah tentu adikku yang sedang belajar di Mesir juga tak balik..

Panjang cerita, aku pendekkan dan kita kembali ke babak awal entry ini..

Aku yang beranak tiga melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr… juga sedang menghabiskan sisa sisa baki umur kami..,

Alhamdulillah dalam keluarga yang jika naik bas 44 orang tidak termasuk yang berdiri juga penuh, dengan masalah lupa nama cucu dari pihak ayahku dan lupa nama anak saudara dari pihak aku sendiri.., dan bila ada anak saudara yang duduk tepi aku orang akan anggao kakak aku, atau awek aku.. namun.. sehingga ke saat ini, belum ada yang bercerai.., (bermadu lain cerita) alhamdulillah…!!

Cuma cerita tentang yang NAK bercerai dan NAK bermadu sering timbul dan hangat di bualkan dalam keluarga kami..

Bak kata ‘keretamayat’:

Bercerai kita roboh..
Bermadu kita teguh…


Dan petang itu cerita itulah yang kami duduk borak, bahas dan bincangkan…

Nak kata mengumpat tak juga, tapi lebih kepada bagaimana nak selesaikan masalah keluarga.., boleh gitu?

Di hujung perdebatan dan perbahasan, abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua mula membuat kesimpulan..

“Hanya satu patah perkataan sahaja untuk selasaikan semua masalah ini..”

Semua terdiam menunggu jawapan..

“Sabar”…

(semua hadirin angguk setuju kecuali aku)

Aku yang tak sabar menyampuk..

“mana ada bahagia bagi pasangan yang asyik “SABOOR JE LAH..”.

(semua hadirin ketawa)

“Kita kahwin semuanya dapat dua perkara, betul tak?”

Tanya aku lagi, dan semua hadirin senyap tunggu jawapan.

“Kita kahwin akan dapat dua perkara iaitu dapat anak dan dapat saborrr je lahhh”

(semua hadirin ketawa semula)

Lalu kakakku yang beranak sembilan pula bersuara.., (dia ni kira otai)

“Tidakkah kamu semua berasa penat? (dengan majlis perkahwinan ini) maka begitulah susahnya kami semua dahulu (mengadakan majlis perkahwinan untuk kamu semua), jadi minta tolong, jagalah dengan sungguh-sungguh (akan) rumah tangga masing masing, jangan terdengar dari telinga kakak, adik-adik yang bercerai.."

(kami semua diam setuju)

Ayahku yang beranak 16 perlahan-lahan hisap rokok, dan menghebuskan asap ke udara..

Aku tammatkan cerita tentang kisah suka duka rakyat Malaysia yang berugama islam pada babak beranda rumah, sekarang kita pergi pada babak yang lain pula..

Dalam perjalan pulang, dalam kereta, aku dan isteriku berbincang tentang isu isu keluarga aku tadi..

Secara kesimpulannya;-

Suami isteri ada masa akan bergaduh juga, lidah pun akan tergigit bak kata orang tua, tapi yang jadi masalah bila bergaduh, masing masing, pakat-pakat menyakiti hati pasangan antara satu sama lain, di sinilah segala masalah muncul..

Pada permulaan pergaduhan, mula mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, caci dan makian, yang tak sepatutnya di keluarkan oleh orang yang bermoral, semuanya dengan niat menyakiti hati pasangan, lebih dari itu mula bercerita dan mengumpat keburukkan pasangan masing-masing, hati mana yang tak sakit?

Dan lebih teruk, bila ada yang sanggup keluar dengan wanita lain, hanya nak buat isteri sakit hati, ada yang layan lelaki bujang hanya nak buat suami sakit hati, dan bila aku baca akhbar, ada orang bukan islam apabila bergaduh, sanggup bunuh anak hanya semata-mata nak bagi pasangan sakit hati..

Sungguh simpati…

Bagi aku, jika korang nak bergaduh, boleh.., tapi jangan sekali kali dalam bergaduh, masing masing cuba buat pasangan sakit hati, kerana, melalui jalan ini (bergaduh tanpa saling menyakitkan hati), pintu berdamai akan sentiasa terbuka…

Tapi bila tiba bab saling melukakan hati pasangan, boleh bergegar tiang arasyh di buatnya!!…

Dan begitu jugak nasihat aku kepada yang bergaduh kerana politik, jangan sampai tahap saling sakit menyakiti, walaupun hanya sekeping hati.., ingat pesan Nabi, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nak berbeza pendapat, apa salahnya?, berbeza pendapat itu Rahmat bila kena dengan cara, Imam 4 mazhab juga berbeza pendapat tapi mereka boleh hidup aman damai, hari ini kerana berbeza pendapat dalam politik, dalam ugama yang di politikkan, hidup menjadi cukup carca-merba!!

Hampeh (aku meludah)

Satu lagi bila takde peluang nak sakitkan hati, korang pakat-pakat berdendam pula..

Bagi aku, orang yang berdendam, adalah tidak patut di jadikan isteri, dijadikan kawan dan di jadikan musuh dan tidak layak jadi Wakil Rakyat!!…, maka aku memaafkan segala laku kamu, dan semoga Allah mengampunkan segala salah laku kita bersama…

Maka, wahai orang politik sekalian, jaga lidah kamu, dan jika kamu ada sifat berdendam, KAMU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN…

Hampeh..!!(sekali lagi aku meludah, dah lama membebel, banyak pula air liur yang bertakung di hujung bibir)

Aku dah tulis panjang bab bagaimana nak bergaduh dulu..

Akhir sekali, (Ingat, babak ini masih lagi dalam kereta), bini aku tanya satu solan yang menyimpulkan segala kesudahan, iaitu bagaimana nak selesaikan masalah suami isteri yang mungkin nanti akan bergaduh....

Aku pun berpantun..:

Sayang emak hamba luruskan,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Sayang anak tangan-tangankan,
Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Aku tahu bunyinya agak hampeh, tapi keberkesanannya adalah begitu baik sekali. (baca: Sayang isteri tinggal-tinggalkan..)

Dah berpantun, aku bermonolog pula..

Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Dalam berjauhan, terdapat banyak ruang untuk berfikir..
Dalam berjauhan, baru mengenal erti rindu..

Dalam kerinduan, Banyak kemaafan tercipta…
Dalam kerinduan, Banyak niat untuk membahagiakan pasangan tercipta..

Dah habis bermonolog, aku menyanyi pula..

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

( P Ramlee)

Tapi isteri ku sudah Turn ON Radio kereta dan kuatkan volume, ada pulak lagu My Chemical Romance...(faham-faham sahajalah, suara aku bukannya sedap)

Akhir sekali, tentu korang akan tanya aku:
“Sayang isteri tinggal-tinggalkan?
“Nak tinggal pergi mana?..”

“Cari harta? Berdakwah? Berjihad? Pergi berhimpun? Pergi belajar ugama?

Aku kata:
“Faham-faham sahajalah, korang kan pandai dan bijak…”

Lalu kereta itu terus memecut laju sambil ditutup dengan lagu “The Black Parade”..

Ps: Sayangilah pasangan anda sebelum mereka menjadi mayat yang sejuk di pembaringan, muka pucat membiru dan perut mulai kembong…, hanya mayat yang bisa memisahkan kamu.. tapi.. janganlah anak dan isteri kamu lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya, kerana kelak, kita akan di azab kerana mengabaikan ini (baca: sayang isteri tinggal-tinggalkan)…

Tuesday, December 25, 2007

Movie : Final Fantasy VII


*Tgk cepat nanti kena delate tak sempat dah

Jalan-Jalan Cari Makan


*Rancangan ini ditujukan KHAS kpd Makcik FIZAH dan PAKCIK ZAHARI atas kerajinan mereka berjalan-jalan cari makan....

Layan Jejak Rasul sekejap...


*nak tengok cerita nie kena guna explorer sbb firefox aku rasa tak dapat laa...
hangpa try la tgk camna...

Monday, December 24, 2007

Senyum Kambing

Simpulan Bahasa : SENYUM KAMBING

Maksud: Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat

Kalau nak tgk THE ORIGINAL - SENYUM KAMBING,

Sila scroll bawah

v

v

v

v

v
v

v

v
Macam ni............
v




v

Qurban Oh Qurban....









Sempena RAYA QURBAN yg lepas ini aku kasi
la gambaq untuk tatapan hangpa semua xtvt di kwsn aku
*nak tengok aku tang mana hg pa cari laa.....





Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu

Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. (1)

Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi..

Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang :

1. Niat yang rosak

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rusak maka rusaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” (2)

Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan karena Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.”

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil

Coba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terbersit di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang bisa selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Karena seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…

Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” (3)

Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin / senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :

“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan banrangsiapa yang beramal karena riya maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” (4) Naudzubillahi mindzalik.

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, niscaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!

4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan

Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Coba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???

5. Menyia-nyiakan kesempatan belajar di waktu kecil.

Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)
Karena itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, laki-laki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.

Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai kapankah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”

6. Bosan dalam menuntut ilmu

Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan bisa mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan : ” Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya” (5)

Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada obatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh karena itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatnya ilmu.

7. Menilai Baik Diri Sendiri

Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.

Allah TA’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)

8. Tidak Mengamalkan Ilmu

Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)

9. Putus Asa dan Rendah Diri

Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78)

Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.
Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.

10. Terbiasa Menunda-Nunda

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan merusak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.” (6)

11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah

Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah karena ahlul bid’ah merasa ridha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.

12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu.

Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, karena belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.
Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,”Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”

Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,”Dikataka n kepada Imam As-Sya’bi ’Darimana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,’Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak.”

Disarikan dari : Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga, karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas (Pustaka At-Takwa : 1428 H)

Catatan Kaki:
Hadist Shahih, diriwayatkan oleh ahmad, abu Dawud, attirmidzi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban [1]
hadist shahih riwayat Al-Bukhari [2]
hadist shahih riwayat Thabrani [3]
HR.Bukhari-shahih [4]
Ishlaahul Masaajid minal Bida’ wal Awaa’id hal.110, karya al-Allamah Muhammad bin Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah [5]
dari Iqtida al-Ilmi al’amal [6]

source: jilbab online

Friday, December 21, 2007

WORDS BY GREAT LEADERS









Perbualan Profesor dengan Student tentang Tuhan

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new Muslim students to stand and.....

Professor: You are a Muslim, aren't you, son?

Student : Yes, sir.

Prof: So you believe in God?

Student : Absolutely, sir.

Prof: Is God good?

Student : Sure.

Prof: Is God all-powerful?

Student : Yes.

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him.
Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't.
How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)

Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?

Student : Yes.

Prof: Is Satan good?

Student : No.

Prof: Where does Satan come from?

Student : From...God.. .

Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?

Student : Yes.

Prof: So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness?
All these terrible things exist in the world, don't they?

Student : Yes, sir.

Prof: So, who created them?

(Student has no answer.)

Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the
world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Prof: Tell us if you have ever heard your God?

Student : No , sir.

Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God?
Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student : No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says
your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Prof: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Prof: Yes.

Student : No sir. There isn't.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat,
white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold.
We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go
any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we
use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.
Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something.
You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you
have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it?
In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness
darker, wouldn't you?

Prof: So what is the point you are making, young man?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof: Flawed? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality.
You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God.
You are viewing the concept of God as something finite,
something we can measure.
Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism,
but has never seen, much less fully understood either one. To view death as
the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a
substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it.
Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a
monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the
argument is going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and
cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not
teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?

(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it,
touched or smelt it?....No one appears to have done so.
So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable
protocol, science says that you have no brain, sir.
With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face
unfathomable. )

Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir.. The link between man & god is FAITH.
That is all that keeps things moving & alive.

Kekuatan Sedekah

Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama sedekah yang mendapat pahala sepuluh
- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin
Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah ketiga yangmendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat
Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

'Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya,
dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya
dan baangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya.'

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :
'Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan'.

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh,

Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?'
Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi' (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?'
Allah yang Maha Suci menjawab, 'Ada, iaitu api' (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?'
Allah yang Maha Agung menjawab, 'Ada, iaitu air' (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?'
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, 'Ada, iaitu angin' (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung
dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi 'Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?'
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, 'Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya '.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :
'Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya'

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya
dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Allah Ta'ala berfirman, 'Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah' .{Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, 'Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui'. {Qs.Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, 'Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah '. Yang satu lagi menyeru ' musnahkanlah orang yang menahan hartanya '.

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
RasulAllah SAW , sbb :
'Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah ' .
'Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah '.
'Ubatilah penyakitmu dengan sedekah '.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan
umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan.

Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda:
'Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus kecuali tiga hal: amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya'
(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.
4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .
Place a water cooler in a public place.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
Participate in the building of a mosque.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a .
Share a dua or Quran CD.
9. Bantulah pendidikan seorang anak .
Help in educating a child.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

Jadilah dai 'sejuta artikel' dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk '.

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda:
' Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat'.

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Nilai Tangan Seorang Anak........

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...
kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.
Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, "
balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

A Beautiful Story

Why do we read Qur'an, even if we can't understand a single Arabic word?
This is a beautiful story:

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and r eplied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breathe, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different.

It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

If women controlled the world







HADITH:- PEREMPUAN HAID DISUNATKAN DENGAR KHUTBAH RAYA

KuLiah Ustaz Azhar Idrus.Di Surau Flat Gelong Bilal pada 2 Disember 2007

::: solat sunat 2 hari raya amat dituntut kepada umat islam .. sehinggakan perempuan yang 'uzur' juga disunatkan hadir untuk mendengar khutbah hari raya .. ada banyak hikmah disebalik suruhan itu .. sehingga mereka yang tiada pakaian untuk menutup aurat disuruh pinjam dari orang lain supaya hadir mendirikan solat dan mendengar khutbah jumaat .. :::




Wednesday, December 19, 2007

TAKBIR RAYA

Aidiladha - Raikan dengan ketaqwaan

Oleh ZUARIDA MOHYIN
HARI Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu, sekali gus menandakan bermulanya ibadat korban.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah tersebut.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ini ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hakikatnya, terdapat di dalam

masyarakat beberapa golongan yang silap faham lalu melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Begitu juga, di dalam permasalahan pembahagian daging korban, haiwan

korban adakah menjadi pengangkutan di kemudian hari? dan juga berkaitan penyaksian mereka yang melaksanakan korban.

Bertemu Pensyarah Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail diharap dapat menjelaskan kemusykilan sekitar tajuk di atas ini.

Soalan: Hadis popular yang mengatakan binatang yang kita korbankan itu akan menjadi tunggangan atau kenderaan di akhirat kelak. Adakah hadis di atas ini hanya satu bentuk kiasan, ataupun ia membawa maksud yang langsung?

Jawapan: Setiap kali menjelangnya Hari Raya Korban, banyak tulisan-

tulisan ilmiah atau perbincangan agama bersandarkan kepada hadis yang menyatakan tentang haiwan korban akan menjadi tunggangan apabila melintasi titian sirat pada Hari Kiamat nanti.

Hakikatnya, hadis ini dijadikan sebagai satu galakan kepada kita supaya melaksanakan ibadat korban. Pun begitu, apabila diteliti tentang status hadis tersebut, menurut al-Hafiz al-'Azjluni al-Shafei dalam kitabnya, Kashfu al-Khafa', menyatakan bahawa kesahihan hadis ini diragui.

Beliau memetik dari kitab al-Nihayah oleh Imam al-Haramain, alGhazali dalam kitab, al-Wasit dan al-Rafei dalam Kitab al-Aziz, bahawa Ibn Solah ada menyatakan bahawa hadis ini adalah tidak dapat ditentukan statusnya atau dengan kata lain ia adalah hadis dhaif. Ada di kalangan ulama hadis lain, menyatakan bahawa hadis ini bukan hadis, bahkan ia adalah merupakan kata-kata ulama.

Oleh itu, titian sirat merupakan salah satu perkara-perkara ghaib yang berkaitan dengan akidah dan tidak boleh dijelaskan menggunakan hadis-hadis dhaif, apatah lagi diragui ia adalah hadis atau tidak.

Perlukah orang yang berkorban itu menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan korbanan mereka dan segelintir menganggap ia satu kemestian. Ini berdasarkan kepada hadis bermaksud: Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu. (Riwayat Al-Imam Bazzar dan Al-Imam Ibnu Hibban). Berikan pandangan Ustaz?


Berhubung dengan persoalan di atas, iaitu adakah perlu orang yang berkorban itu menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan korbanan mereka dan jika mereka tidak menyaksikan akan mengakibatkan batal ibadat

korbannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam sanad sahih yang bermaksud:

Wahai Fatimah!! Berdirilah di sisi

korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.

Hadis ini tidak menunjukkan bahawa menyaksikan korban bagi mereka yang ingin berkorban itu satu kemestian dan menyebabkan batal ibadat korban jika tidak berbuat demikian. Perbuatan tersebut merupakan sunat dan lebih afdhal sekira disaksikan sendiri.

Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban. Di dalam kitab-kitab fikah menyatakan, penyaksian korban adalah sunat yang penting bagi mereka yang ingin melaksanakan korban berniat untuk melakukannya.

Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj ada menyatakan demikian, iaitu disunatkan bagi mereka yang ingin melaksanakan korban menyembelih sendiri

binatang korban dan sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka

menyaksikan penyembelihan tersebut.

Pengertian ibadat korban dan sejarah ringkas Hari Raya Korban?

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang amat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang mampu dari segi kewangannya. Ibadat korban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Di dalam ibadat korban ini juga, terdapat pelbagai hikmah dan rahsia serta ganjaran yang amat besar sekali daripada Allah s.w.t.

Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah Sunat Muakkad, melainkan bagi mereka yang bernazar, ia akan menjadi suatu perkara yang wajib manakala, makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya, sedangkan ia mampu.

Pun begitu, ibadat korban merupakan suatu ibadat yang wajib kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud: Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu.

Ibadat korban bermaksud, penyembelihan binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan seumpamanya, pada hari raya korban, iaitu 10 Zulhijjah sehingga gelincir matahari pada hari akhir tashriq, iaitu 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Berikan beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan tentang kelebihan mereka yang melaksanakan ibadah korban?

Hakikatnya terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis berkaitan permintaan di atas. Namun di sini, saya akan sediakan beberapa yang popular. Kelebihan hari raya Aidiladha dan ibadat korban ada disebut di dalam al-Quran dan sunah. Antaranya firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud: Bersembahyanglah olehmu wahai Muhammad dan sembelihlah olehmu.

Solat di sini bermaksud, solat hari raya dan apabila Allah s.w.t. menyuruh melaksanakannya sudah tentu terdapat padanya kelebihan dan fadhilat yang amat besar.

Sembelih di sini bermaksud, ibadat korban. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Hajj ayat 34 yang maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.

Selain itu juga, Rasulullah s.a.w. juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu meng

ambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.

Apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari raya korban?

Menyentuh perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari raya korban, apa sahaja yang disunatkan pada Hari Raya Aidilfitri juga disunatkan pada Hari Raya Korban. Di antaranya;

1) Kita disunat solat hari raya dan mendengar khutbah seperti mana pada Hari Raya Aidilfitri. Menurut Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fatawa Mu'asirah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, melakukan solat di tempat yang terbuka seperti di padang atau di tempat-tempat yang luas dengan tujuan untuk memperlihatkan syiar Islam dan kekuatan umatnya.

Berdasarkan pada hadis solat di padang dan seumpamanya, adalah lebih afdal berbanding di masjid, sekalipun masjid mampu menampung bilangan jemaah yang ramai melainkan dalam cuaca yang tidak menentu.

2)Disunatkan juga memperbanyakkan takbir dan tahmid dan berpakaian baru dengan tujuan untuk menzahirkan nikmat Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadis diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat suka melihat hasil nikmat yang dikurniakan ke atas hamba-Nya (iaitu memakai pakaian indah pada hari raya.

3) Di samping itu juga, disunat berwuduk dan mandi sunat hari raya sebelum menunaikan solat sunat hari raya serta saling menziarahi dan menghubungkan silaturahim di antara satu sama lain, terutama sekali menziarahi kedua ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan lain-lain lagi.

4) Kita juga disunatkan untuk melaksanakan ibadat korban sekiranya mampu untuk berbuat demikian.

Oleh itu, bagaimanakah seharusnya Hari Raya Korban itu disambut dan dibesarkan agar tidak bercanggah atau bertentangan dengan ajaran Islam?

Tidak dinafikan bahawa masyarakat hari ini tidak menyambut Hari Raya Korban menurut ajaran Islam seperti pergaulan bebas. Oleh itu, bagi memastikan cara menyambut hari raya ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, maka hari kebesaran ini perlu dirayakan menurut acuan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Misalnya, Islam amat menggalakkan saling menziarahi sesama Islam, namun bukannya dengan cara pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Selain itu, Islam amat menggalakkan berpakaian baru, namun bukannya sampai mengakibatkan pembaziran dan paling mengharukan, perlaksanaan ibadat korban tidak sampai kepada objektifnya yang dikehendaki oleh Islam.

Misalnya mereka yang melaksanakan korban disunatkan memakan hanya sedikit daripada daging

korban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Namun, apa yang berlaku hari ini, adalah sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan kejahilan masyarakat tentang hukum agama, khususnya hukum ibadat korban.

Hari raya korban begitu sinonim dengan makna pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim. Bagaimanakah nilai pengorbanan ini boleh disesuaikan dengan suasana yang berlaku pada masa ini sama ada, dalam apa juga aspek kehidupan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hari Raya Korban yang bakal kita raikan mengandungi rahsia yang amat hebat sekali yang dapat dijadikan pedoman hidup kita.

Sebenarnya Hari Raya Korban mempunyai hubungan yang amat rapat dengan kisah yang telah berlaku di antara Nabi Ibrahim dengan puteranya yang tercinta, iaitu Nabi Ismail.

Menurut kitab Tafsir Ibn Kathir, pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda telah lanjut usia. Namun Nabi Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya dikurniakan zuriat.

Maka dengan kuasa Allah s.w.t. yang tidak dapat diduga baginda telah dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail.

Baginda berasa amat gembira dan tidak ada perkataan dapat dilafazkan melainkan mengucapkan syukur di atas kurniaan yang telah lama ditunggu-tunggu. Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Shoffat ayat 101 yang bermaksud : Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Para ulama bersepakat termasuk ahli kitab, bahawa Nabi Ismail telah dilahirkan terlebih dahulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan sewaktu Nabi Ibrahim berumur 99 tahun.

Tatkala umur Nabi Ismail telah meningkat muda remaja, satu ujian yang amat berat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. ke atas dua beranak tersebut, dengan tujuan untuk menguji keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya.

Betapa berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah tersebut kepada anaknya, Ismail. Namun, ini merupakan perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan .


Menurut ulama tafsir di dalam kitab tafsir, Fath al-Qadir, Nabi Ibrahim telah bermimpi tiga malam berturut-turut menyembelih anaknya. Sebagaimana yang kita maklum, mimpi para nabi bukan mainan tidur, bahkan ia merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan tentang perintah Allah s.w.t. itu kepada Nabi Ismail. Namun, jawapan yang amat menakjubkan keluar dari mulut Nabi Ismail dengan menyatakan: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang-orang yang sabar".

Kisah kepatuhan dan kesabaran dalam melaksanakan perintah yang amat berat ini telah dinyatakan dalam surah al-Saffat ayat 102 yang bermaksud: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!. Ia (Ismail) menjawab: "Hai bapakku kerjakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu; insyallah kamu akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.

Dan ini merupakan ujian yang amat berat ditanggung oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya yang tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa termasuklah menerima penghinaan dan cercaan daripada kaumnya. Oleh kerana ketaatan kepada Allah dan kesabaran yang teramat tinggi, maka mereka berjaya mengharungi ujian Allah s.w.t. ini.

Akhirnya Allah s.w.t menggantikan tempat Nabi Ismail dengan memerintah Nabi Ibrahim menyembelih seekor kibas. Kenyataan ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Saffat ayat 107 yang bermaksud: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (kibas).

Peristiwa inilah merupakan dasar kepada pensyariatan ibadat korban pada setiap kali tibanya Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Pengajaran

Pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail banyak telah memberi pengajaran kepada kita dalam pelbagai aspek kehidupan antaranya;

Mengambil iktibar dan pengajaran terhadap ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tanpa menghiraukan cercaan dan penghinaan, demi mematuhi perintah Tuhannya.

Oleh itu, untuk melakukan sesuatu yang baik tidak semestinya akan ditaburkan dengan pujian, kadangkala ia akan dihamburkan dengan penghinaan dan cercaan.

Lantas ujian inilah terpaksa dilalui oleh mereka yang inginkan kebenaran. Begitu juga untuk berdakwah kepada agama Allah, kesabaran merupakan suatu perkara yang amat penting.

Hasil dari peristiwan Nabi Ibrahim dan anaknya ini juga, Allah s.w.t. telah mensyariatkan ibadat korban. Dan dalam ibadat korban mengandungi berbagai-bagai hikmah di antaranya, memupuk sikap keprihatinan terhadap masyarakat, iaitu dengan mengagihkan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya seperti fakir miskin dan seumpamanya

Selain itu peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dapat menyemai sifat murni di dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan serta sifat mereka yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah s.w.t.

Ini kerana, ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hamba-Nya adalah berdasarkan darjat keimanan mereka. Allah s.w.t. tidak akan menguji hamba-Nya melampaui keimanan yang ada.

Sekiranya kita merasakan ujian yang kita terima hari ini adalah berat, sebenarnya ujian tersebut tidak sehebat ujian yang diterima oleh Nabi Ibarahim dan anaknya Ismail.

Selain tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi, kita dituntut supaya membangunkan diri, keluarga dan umat. Demikian juga kita dituntut untuk membangun kampung halaman, tempat kita tinggal dan mencari penghidupan, seterusnya membangun tanah air atau negara kita yang tercinta sesuai dengan peranan dan kemampuan

masing-masing, berpandu kepada syariat Allah yang bersumberkan al-Quran dan sunah.

Perbezaan ibadah korban dan akikah. Terangkan kerana seringkali timbul kekeliruan tentang dua ibadat ini?

Terdapat beberapa kekeliruan yang sering kali timbul antara ibadat korban dengan akikah, khususnya dalam kes menggabungkan niat korban dan akikah secara serentak. Misalnya, seseorang itu berniat korban dan akikah serentak atas seekor kambing.

Menurut Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Kubra dan dalam kitab Tuhfah: ''Jika seseorang itu berniat ibadat korban dan akikah atas seekor kambing serentak, maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.

Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri. Selain itu juga, korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka yang melakukan dosa, manakala, akikah dilaksanakan disebabkan kelahiran.

Boleh dikatakan akikah dan korban mempunyai matlamat dan hikmah yang tersendiri, maka sudah tentulah niat perlu diasingkan di antara satu sama lain.

Tuesday, December 18, 2007

Tahukah anda...

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3.Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Kuang..kuang..kuangg...

Sunday, December 16, 2007

Pelajaran Jawi hari ini...

YANG INI HURUF KHA !

" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "

" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "

" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "

" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "

" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ...Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "


" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonce
t! "

"
Toncet?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu ... "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "


" Huruf Khaaa ? "



TAPI kalau yg ini... Apa bunyinya??

Friday, December 14, 2007

Bacalah wahai Kawan-kawanku...

Ni post aku untuk kali ni.. Mari lah kita sama-sama mempelajari sesuatu darinya...


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian
p/s: Budakbaik..dok asyik puji diri sendiri ja ni..apekehe ni...kui!kui!..Perasan la tu...

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran