KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, September 26, 2008

Ada org Nak sponser MENU..!!

Salam...

Perghhh jadi YB plak aku lanie... YB pon YB laa mana tau masin mulut hang pizah dapat jadi aku YB nanti... hehehe...

Alhamdulillah so far kira selamat dah majlis kita akan diadakan... kira makcik pizah dah setuju nak adakan majlis tu di Bangalow dia... jadi pakat2 la kita pie kerumun di sana....

Aku just nak habaq yg kawan kita ada nak sponser daging panggang kawan kita sapa aku rasa tak payah habaq lah kot sebab dia suruh rahsiakan saja TAPI menu yg dia nak sponser tu memang best gilak... aku harap hangpa tentu suka...

Nie dia menu dia.. CHE DET hang suka kaa....

Thursday, September 25, 2008

UPDATE REUNION KITA...

Salam semua.....

Harap semua sihat dibulan posa ni....tinggai bopa hari ja lagi nak raya...hehe...sabaq..sabaq....

Ok..beralih kepada reunion kita..YB Lan Sawa dah update kat hampa yang venue dia kat banglo aku kat Choras nun....kalau sapa tak setuju sila angkat tangan....

Bab menu ni kami AJK dah bincang....dan menu dia "biarlah rahsia"....yg pastinya mesti menjilat jari...sapa tak mai rugi wooooo.....hehehe...

Setakat ni chedet kata satu keluarga charge RM30...kalu tak cukup hat belen2 tu aku tambah la...hehehe...

Ok..sapa2 yg nak jadi dermawan sila lah kunjungi Maybank berdekatan dan masukkan seberapa boleh kat akaun aku ni... 107134550904 ....

Setakat ni dulu update aku...apa2 sila contact aku yer....

Wassalam,

PENGUMUMAN PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA



Assalamualaikum,

bahawasanya dengan ini aku nak mengistiharkan yang tempat kita nak pegi makan2 tu aku dah jumpa.. dan aku harap hangpa janganlah berkecik hati ka berbesaq hati ka jika tempat nie tak kena dengan taste hangpa...

Setelah aku menilik dan merujuk kepada pihak yg berkenaan pasai cari mencari tempat nie maka dengan ini aku nak habaq yg aku telah membooking sebuah HOMESTAY VILLA kat CHORAS untuk tempat beriadah kita yg mana lain tak bukan RUMAH MAKCIK FIZAH kita.. he he he

Ini semua disebabkan ada kekangan dari segi DATE yg di tetapkan, jumlah budget yg dikeluarkan dan beberapa lagi masalah berbangkit yg terpaksa urusetia RAHSIAkan kerana bersangkut paut dengan ISA @ OSA... (hanya urusetia yg tau....)

maka dengan ini venue telah pon di tetapkan dan date pon telah ditetapkan dan masa jugak telah pon ditetapkan... JADI satu ja yg belom ditetapkan lagi..iaitu..MENU.. bab nie aku serah kat MAKCIK FIZAH kita la dia nak jamu apa kat hangpa... mintak2 jangan ayaq sejuk dah laa... tu dah kira KEMUT TAHAP CIPAN dah tuuu....

OK MAKCIK FIZAH.. hang punya part plak.. dan kalu hang nak depa sumbang @ menyumbangkan sekupang dua untuk hang buat MENU 5 STAR tuu...hang bagi la nombot akaun bank hang mana tau ada DERMAWAN yg sudi nak bagi SPONSER untuk majlis nie kira ALHAMDULILLAH....

OK JUMPA DISANA.........


Tuesday, September 23, 2008

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

wallahua'lam

Saturday, September 20, 2008

Apa itu Lailatul Qadr dan apa kelebihannya?

Lailatul Qadr adalah suatu malam yang paling istimewa, paling utama dan paling barakah dalam setahun. Firman Allah Ta`ala mafhumnya:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Qur’an) pada Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apa Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah Al-Qadr 97: 1-3)

Atas kelebihan ini umat Islam amatlah digalakkan melakukan amal ibadah khusus sebanyak mungkin pada malam ini. Sesiapa yang melepaskan peluang bertemu malam ini sebenarnya telah terlepas peluang mendapatkan ganjaran yang amat besar.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa al-Rasul (s) bersabda: “Sesiapa yang berdiri (di dalam qiyam) pada Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (akan ganjaran Allah), akan dihapuskan seluruh dosanya yang telah lalu.” (al-Bukhari, Muslim)

Apa persiapan kita untuknya?

Ada beberapa amalan khusus yang boleh kita amalkan sebagai persediaan kita untuk bertemu dengan malam istimewa ini, antaranya:

Melakukan salat qiyam
Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadith Abu Hurairah di atas.

Membanyakkan berdoa
`A’ishah (r) pernah bertanya kepada al-Rasul (s): “Ya Rasulallah! Jika aku mendapati Lailatul Qadr apakah yang perlu aku baca ketikanya?” Al-Rasul (s) menyuruhnya membaca:

(Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Engkau menyukai keampunan maka ampunilah aku). (Ahmad, Ibnu Majah, al-Tirmidhi, disahihkan oleh al-Albani)

Meninggalkan kenikmatan dunia untuk beribadah
`A’ishah (r) juga pernah berkata: “Apabila sepuluh (terakhir Ramadan) telah bermula, al-Rasul (s) akan menjauhi isteri-isterinya, berjaga sepanjang malam (untuk beribadat) dan membangunkan ahli keluarganya.” (Muslim)


Bila sebenarnya Lailatul Qadr?

Ulama’ berbeza pandangan mengenai kedatangan malam ini. Ada yang berkata malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29. Ada yang berpandangan ia tidak tetap malah berubah-ubah setiap tahun tetapi sentiasa pada 10 malam terakhir.

Banyak hadith yang menyebutkan tentang bilakah Lailatul Qadr perlu dicari.

Ibnu `Umar meriwayatkan bahawa al-Rasul (s) bersabda: “Carilah ia pada 10 malam terakhir. Jika ada di antara kamu yang lemah, janganlah dia meninggalkan tujuh malam terakhir.” (al-Bukhari, Muslim)

Pada hakikatnya malam ini dirahsiakan daripada pengetahuan umat.

`Ubbadah bin al-Samit berkata bahawa al-Rasul (s) memasuki masjid dan mendapat dua orang lelaki sedang bertengkar. Baginda (s) bersabda: “Aku telah datang untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr, apabila dua orang lelaki ini bertengkar dan pengetahuan ini telah diangkat (diambil), dan mungkin ini lebih baik untuk kamu. Maka carilah ia pada malam ke-9, 7 dan 5 (selepas 20).” (al-Bukhari)

Dan daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa al-Rasul (s) pernah bersabda: “Carilah ia pada 10 terakhir, pada malam yang ganjil.” (al-Bukhari)

Maka apa yang pasti kita amat digalakkan untuk mencarinya 10 malam terakhir, terutamanya pada malam ganjil. Adapun kerahsiaan akan kedatangan malam ini adalah antara hikmah Allah Ta`ala untuk umatNya.

[Akan bersambung dgn Bahagian 2 insha Allah]

Friday, September 12, 2008

X-10-ion : Cepat Nak makan RAYA tang mana nie..??

salam,

kepada sahabat semua aku dapat mandat dari chedet suruh cari tempat pakat nak kumpoi masa raya nanti... aku pon tak tau pasai pa dia boleh mai cekop aku.. dulu aku dengaq makcik fizah kita nak handle semua nie maybe tahun nie kena bakaq kueh raya banyak kot itu pasai tak dan tuu...

ok lah tak mengapa pasai benda tu nanti aku try usha tgk camna.... cuma aku dok kompius hangpa nak stail jenis mana... HOTEL ka.. SUNGAI ka.. TASIK ka.. RESTORAN ka @ kat UMAH sapa-sapa kaa...

TAPI kalau tak ada kata PUTUS sampai ISNIN @ SELASA nie aku just nak pie usha kat tempat fabroute dan kesayangan semua jaa iaitu TASIK YG LUAS MATA MEMANDANG kat PENDANG nie jaaa....he he he... (TAK PONIN kepala den nak mikiou nya)

Ok pakat sms kengkawan semua tanya apa pendapat hangpa... Ohh Yaa cadangan aku kita buat RAYA ke 3 maybe waktu PETANG... OK cepat sebelom aku GUNA kuasa VETO aku nie.. sapa suruh aku buat semua nie....he he he

Pak Lan

sekadar berkongsi ILMU...

semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor.

sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz.
lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru.

tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor.

kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..

sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?'
nazir menjawab..'takde ustaz..kenapa? '
'kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...'
kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..? semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2..
ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia .

mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai..

kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing..

maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat.

tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

mungkin ramai yang tahu tentang ini..sekadar berkongsi.

Sunday, September 7, 2008

Jom PEKENA KARI KEPALA IKAN..

Nah..sesaper rajin nak buat KARI KEPALA IKAN..meh aku kasik menu dia....

Ramuan:
Ikan tenggiri
1 batang serai - diketuk
1 tangkai daun kesum
Bunga Kantan
Bendir atau Terung bulat
2 ½ gelas air asam jawa
kunyit hidup
setengah inci belachan
4 ulas bawang merah/putih
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar: 4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
kunyit hidup
belachan dikisar dengan 20 biji cili kering

Cara:Tumis bahan yang dikisar sampai pecah minyak. Letakkan bendir atau terung. Tumis lagi. Masukkan daun kesum, bunga kantan serta air asam jawa ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta garam secukup rasa.

Friday, September 5, 2008

Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?


LELAKI dan wanita sebenarnya saling melengkapi.



LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

n Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

n Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

n Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

n Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

n Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

n Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI

Sumber: askmen.com

Rahsia tapak tangan lelaki




Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran